Khamis, 29 Jamadil Awal 1447H | Jangan Jadi Orang Celaka
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُهُ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَنْ أَدْرَكَ وَالِدَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا ثُمَّ لَمْ يَدْخُلْ الْجَنَّةَ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda: "Dia celaka! Dia celaka! Dia celaka!" lalu para sahabat bertanya; "Siapakah yang celaka, wahai Rasulullah?" Jawab Nabi SAW: "Barang siapa yang sempat bersama kedua ibu bapanya ketika mereka sudah tua (dalam usia lanjut), atau salah seorang dari keduanya, tetapi dia tidak berusaha masuk syurga (dengan berusaha berbakti kepadanya dengan sebaik-baiknya)." (HR Muslim No: 4628) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Jangan jadikan kita orang yang celaka dan dimurkai Allah.
2. Orang yang celaka adalah mereka yang masih ada ibu atau bapa yang sudah tua tapi tidak berusaha berbakti kepada mereka. Betapa berat dosa anak yang mengabaikan ibu bapa, khususnya ketika mereka telah mencapai usia tua.
3. Berbakti kepada ibu bapa adalah jalan menuju syurga. Peluang untuk menjaga dan berkhidmat kepada ibu bapa, terutamanya ketika mereka tua, adalah peluang keemasan untuk memperoleh reda Allah SWT.
4. Kedua ibu bapa ketika sudah tua amat memerlukan layanan, bantuan, dan kasih sayang anak-anak; maka sesiapa yang gagal melaksanakan tanggungjawab ini adalah termasuk dalam kalangan orang yang rugi dan tercela.
5. Celakalah anak-anak yang tidak sanggup berbakti dan menjaga kedua ibu bapa lalu menghantar kerumah orang tua. Dibiarkan orang tua tanpa diziarahi.
6. Ibn Ḥajar menegaskan bahawa hadis ini mengandungi peringatan keras bahawa berbakti kepada ibu bapa merupakan antara sebab utama seseorang dimasukkan ke dalam syurga, manakala derhaka kepada mereka menjadi punca kebinasaan dan kemurkaan Allah SWT.
7. Bagi yang masih ada ibu atau bapa yang sudah tua, rebutlah peluang berbakti dan berbuat baik kepada mereka dengan segala daya upaya.
8. Daripada Abu Darda’ RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ
“Ibubapa (orang tua) merupakan pintu tengah syurga (paling utama), Jika kamu mahu sia-siakanlah pintu itu atau peliharalah ia”.(HR Tirmizi No:1900)
Syeikh al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini berkata bahawa kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Barangsiapa yang mentaati orang tua maka dia telah mentaati Allah dan barangsiapa yang memurkai mereka sesungguhnya mereka dimurkai Allah. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 21,23/6]
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Thursday, November 20, 2025
Wednesday, November 19, 2025
Tiga Golongan Mustajab Doa
Rabu, 28 Jamadil Awal 1447H | Tiga Golongan Mustajab Doa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa ibu bapa terhadap anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.
2. Elakkan hubungan yang buruk hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.
3. Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:
a) Doa dari orang yang dizalimi
b) Doa orang yang sedang bermusafir
c) Doa dua ibu bapa kepada anak
4. Menurut Imam al-Nawawi doa orang yang dizalimi dimustajabkan kerana kezaliman mengundang kemurkaan Allah SWT; justeru doa orang yang teraniaya menjadi sebab Allah menzahirkan keadilan-Nya.
5. Doa orang yang bermusafir dimakbulkan kerana perjalanan yang jauh biasanya disertai dengan kesulitan, keletihan, dan pergantungan yang tinggi kepada Allah SWT. Menurut Ibn Ḥajar, keadaan musafir merupakan antara waktu paling mustajab untuk berdoa kerana hati seseorang ketika itu bersih daripada kesombongan dan lebih tunduk kepada Allah SWT.
6. Kedudukan ibu bapa amat mulia di sisi Allah SWT. Doa mereka, sama ada untuk kebaikan atau keburukan, boleh memberi kesan besar terhadap kehidupan anak. Oleh itu, ibu bapa berhati-hati dalam mendoakan anak. Perbanyakkan doa kebaikan untuk anak-anak.
7. Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada tiga golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita
Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir. Bagi kedua ibu bapa, pastikan apa yang keluar dari mulut dan yang terlintas dalam doa untuk anak-anak adalah yang baik-baik kerana ia boleh menjadi mustajab. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga bahagia.
Bersama membina keluarga bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama
#PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tuesday, November 18, 2025
Menghubungkan Silaturahim Sahabat Kedua Ibu bapa
Selasa, 27 Jamadil Awal 1447H | Menghubungkan Silaturahim Sahabat Kedua Ibu bapa
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَجُلًا مِنْ الْأَعْرَابِ لَقِيَهُ بِطَرِيقِ مَكَّةَ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ عَبْدُ اللَّهِ وَحَمَلَهُ عَلَى حِمَارٍ كَانَ يَرْكَبُهُ وَأَعْطَاهُ عِمَامَةً كَانَتْ عَلَى رَأْسِهِ فَقَالَ ابْنُ دِينَارٍ فَقُلْنَا لَهُ أَصْلَحَكَ اللَّهُ إِنَّهُمْ الْأَعْرَابُ وَإِنَّهُمْ يَرْضَوْنَ بِالْيَسِيرِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ إِنَّ أَبَا هَذَا كَانَ وُدًّا لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَبَرَّ الْبِرِّ صِلَةُ الْوَلَدِ أَهْلَ وُدِّ أَبِيهِ
Daripada Abdullah bin Umar RA dia berkata; "Seorang laki-laki desa bertemu dengannya di salah satu jalan menuju kota Mekah. Lalu Abdullah memberi salam kepadanya dan menaikkannya ke atas keldai yang ditungganginya, dan memberinya serban yang sedang dipakainya di kepala." Kata Ibnu Dinar; "Maka kami berkata kepada Abdullah bin Umar; 'semoga Allah membalas kebaikan kamu. Sesungguhnya orang desa itu lebih suka yang sederhana." Jawab Abdullah; "Sesungguhnya bapa orang ini dahulu adalah sahabat baik Umar bin al-Khathab (ayahnya). Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya sebaik-baik bentuk kebaktian ialah apabila seorang anak melanjutkan hubungan (silaturahim) dengan keluarga sahabat baik ayahnya." (HR Muslim No: 4629) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa bukan sahaja semasa hidup mereka, malah perlu berterusan selepas keduanya meninggal dunia.
2. Selain daripada mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa, seorang anak juga disuruh menghubungkan ukhuwah dan silaturahim dengan keluarga dan sahabat ibu bapa.
3. Berbuat baik dengan sahabat baik ibu bapa juga adalah antara cara berbakti kepada ibu bapa yang telah meninggal dunia. Islam menuntut kita menghargai hubungan silaturahim dan kasih sayang yang berpanjangan.
4. Menurut Imam al-Nawawi: Kebaktian yang paling sempurna selepas kewafatan ibu bapa ialah dengan si anak menjaga hubungan dan berbuat baik kepada orang-orang yang pernah menjadi sahabat dan teman rapat kepada ibu bapanya.
5. Kebaikan yang kecil tetap bernilai besar di sisi Allah seperti menumpangkan seseorang menaiki kenderaan menuju ke sesuatu tempat juga memberi pakaian, walaupun kepada seorang Badwi, dikira sebagai amal kebajikan yang agung.
Semoga kita sentiasa berbakti kepada ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia dengan cara menghubungkan silaturahim keluarga dan sahabat handai ibu bapa.

Monday, November 17, 2025
Amalan Anak Soleh
Isnin, 26 Jamadil Awal 1447H | Amalan Anak Soleh
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أُمِّيَ افْتُلِتَتْ نَفْسُهَا وَإِنِّي أَظُنُّهَا لَوْ تَكَلَّمَتْ تَصَدَّقَتْ فَلِي أَجْرٌ أَنْ أَتَصَدَّقَ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ
Daripada ‘Aisyah RA bahawa seorang lelaki telah berkata kepada Nabi SAW:
“Sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia secara tiba-tiba (tanpa sempat berwasiat), dan aku menyangka bahawa sekiranya dia sempat berbicara, pasti dia akan berwasiat untuk bersedekah. Adakah aku akan mendapat pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?” Baginda SAW bersabda: “Ya.” (HR Muslim No: 3082) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Anak yang soleh akan sentiasa berbakti untuk kedua ibu bapanya.
2. Anak yang soleh masih boleh berbakti kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia melalui doa, sedekah, dan amal jariah atas nama ibu bapa.
3. Pahala amal soleh yang dilakukan oleh sianak akan turut diperolehi oleh kedua ibu bapa yang beriman.
4. Menurut al-Imam al-Qurtubi, berbuat baik kepada ibu bapa tidak terhenti apabila mereka meninggal dunia, tetapi boleh diteruskan melalui:
a) Doa kepada mereka
b) Sedekah atas nama mereka
c) Menunaikan nazar atau hajat yang tidak sempat dilaksanakan oleh mereka
d) Menghubungkan silaturahim dengan sahabat-sahabat mereka.
5. Hadis ini menegaskan bahawa pahala sedekah yang dilakukan oleh anak dengan diniatkan untuk ibu bapa akan sampai kepadanya dan menjadi sebab keampunan serta rahmat Allah. Hadis ini mengajar kita agar tidak melupakan ibu bapa setelah mereka tiada, sebaliknya terus berbuat baik melalui amal jariah, doa, dan kebajikan atas nama mereka.
Semoga amal baik yang dilakukan oleh anak yang soleh turut menyumbang ganjaran amal baik untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.
B

Sunday, November 16, 2025
Pemberian Pada Anak Menjadi Pelindung Neraka
Ahad, 25 Jamadil Awal 1447H | Pemberian Pada Anak Menjadi Pelindung Neraka
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ دَخَلَتْ امْرَأَةٌ مَعَهَا ابْنَتَانِ لَهَا تَسْأَلُ فَلَمْ تَجِدْ عِنْدِي شَيْئًا غَيْرَ تَمْرَةٍ فَأَعْطَيْتُهَا إِيَّاهَا فَقَسَمَتْهَا بَيْنَ ابْنَتَيْهَا وَلَمْ تَأْكُلْ مِنْهَا ثُمَّ قَامَتْ فَخَرَجَتْ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْنَا فَأَخْبَرْتُهُ فَقَالَ مَنْ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنْ النَّارِ
Daripada ‘Aisyah RA berkata; Telah datang seorang wanita bersama dua puterinya menemuiku untuk meminta sesuatu namun aku tidak mempunyai apa-apa selain sebiji kurma lalu aku berikan kepadanya. Lalu wanita itu membahagi kurma itu menjadi dua bahagian yang diberikannya untuk kedua puterinya sedangkan dia tidak memakannya sedikitpun. Lalu wanita itu berdiri untuk segera beredar. Ketika itulah Nabi SAW datang kepada kami, lalu aku menceritakan perkara tersebut kepada baginda. Lalu Baginda bersabda: “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada kehadiran anak-anak perempuannya (lalu dia berbuat baik kepada mereka), maka mereka akan menjadi pelindung baginya daripada api neraka”. (HR Bukhari No: 1329) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk menyediakan keperluan ahli keluarga khususnya anak-anak, termasuk penyediaan makanan, pakaian tempat tinggal, pendidikan dan sebagainya.
2. Ibu bapa yang soleh akan mendahulukan keperluan anak-anaknya walaupun terpaksa mengikat perut.
3. Ibu bapa yang bersusah payah memberikan sesuatu makanan atau menyediakan keperluan seperti pembiayaan pembelajaran dan lain-lain kepada anaknya, akan menjadi saham melindunginya dari api neraka.
4. Anak perempuan bukan beban, tetapi rahmat dan antara jalan bagi ibu bapa untuk ke syurga.
5. Menurut Imam al-Nawawi, mendidik anak perempuan memerlukan kesabaran, perhatian, dan pengorbanan, terutama dalam konteks masyarakat Arab pada zaman itu yang memandang rendah kedudukan anak perempuan. Oleh itu, sesiapa yang bersabar, mendidik, dan mengasihi anak perempuannya dengan baik, maka anak-anak itu akan menjadi pelindung daripada api neraka.
6. Islam memuliakan peranan wanita dan ibu sebagai pendidik generasi dan sumber kasih sayang. Seorang ibu yang sabar, mengasihi, dan berkorban untuk anak-anaknya, akan mendapat perlindungan daripada api neraka.

Saturday, November 15, 2025
Tangan Di atas Lebih Baik Dari Di bawah
Sabtu, 24 Jamadil Awal 1447H | Tangan Di atas Lebih Baik Dari Di bawah
عَنْ حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنْ الْيَدِ السُّفْلَى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللَّهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللَّهُ
Daripada Hakim bin Hiram RA dari Nabi SAW berkata: “Tangan yang diatas lebih baik dari pada tangan yang di bawah. Mulakanlah (pemberianmu) untuk orang-orang yang menjadi tanggunganmu. Sedekah yang paling baik adalah dari orang yang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka barangsiapa yang berusaha memelihara dirinya (daripada meminta), Allah akan memeliharanya dan barangsiapa yang berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya”. (HR Bukhari No: 1338) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Tangan yang di atas (memberi) adalah lebih baik daripada tangan di bawah (meminta-minta atau mengemis).
2. Berusahalah menjadi pemberi berbanding penerima. Orang yang memberi lebih baik dan barakah rezekinya berbanding orang yang menerima.
3. Menghulurkan sedekah dan sumbangan hendaklah dimulakan terlebih dahulu kepada ahli keluarga yang menjadi tanggungan kita seperti isteri, anak-anak juga ibu bapa.
4. Sedekah yang paling baik adalah lebihan daripada keperluan asas seseorang. Al-Qurtubi menjelaskan bahawa Islam tidak menggalakkan seseorang bersedekah sehingga memudaratkan dirinya atau keluarganya, kerana itu bertentangan dengan hikmah syariat yang mengutamakan keseimbangan.
5. Bagi ketua keluarga, berusahalah mencari rezeki untuk keperluan keluarga dan elakkan diri dari meminta-minta.
6. Allah akan memelihara dan mencukupkan keperluan kepada orang yang berusaha dan bekerja mencari rezeki.
7. Islam mendidik umatnya supaya berusaha, berdikari, dan tidak hidup bergantung kepada belas ihsan orang lain.

Friday, November 14, 2025
Sedekah Mengikut Keutamaan
Jumaat, 23 Jamadil Awal 1447H | Sedekah Mengikut Keutamaan
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَصَدَّقُوا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ عِنْدِي دِينَارٌ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى زَوْجَتِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى وَلَدِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ تَصَدَّقْ بِهِ عَلَى خَادِمِكَ قَالَ عِنْدِي آخَرُ قَالَ أَنْتَ أَبْصَرُ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Bersedekahlah kalian", lalu seorang lelaki berkata Wahai Rasulullah aku hanya memiliki satu dinar, baginda menjawab: "Bersedekahlah dengannya untuk dirimu," ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada isterimu, " ia berkata aku mempunyai yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada anakmu, " ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Bersedekahlah kepada pembantumu," ia berkata aku memiliki yang lain, baginda bersabda: "Engkau lebih tahu siapa yang berhak engkau beri." (HR Nasai No: 2488) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menganjurkan agar kita bersedekah jika memiliki harta. Setiap yang dibelanjakan kepada orang lain, ia akan mendapat pahala sedekah.
2. Jika kita memiliki harta atau wang ringgit, belanjakanlah untuk keperluan mengikut keutamaan dengan panduan tertib menurut syariat:
i. Untuk diri sendiri dengan menunaikan hak tubuh badan seperti makanan, minum, pakaian dan keperluan lain yang wajib.
ii. Untuk isteri (keperluan isteri yang menjadi tanggungjawab suami yang wajib berbentuk nafkah seperti makan minum, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain).
iii. Untuk anak (keperluan anak-anak seperti makan minum, pelajaran dan lain-lain).
iv. Untuk pembantu, pekerja atau sesiapa yang berada dibawah tanggungannya.
v. Mereka yang dirasakan layak dan berhak mengikut keutamaan.
3. Menurut Imam al-Nawawi, sedekah kepada diri sendiri bermaksud menggunakan harta untuk memenuhi keperluan hidup yang halal, seperti makan, pakaian, tempat tinggal, dan kesihatan. Ia juga bertujuan menjauhkan diri daripada meminta-minta dan bergantung kepada orang lain.
4. Sedekah yang paling utama ialah yang memberi manfaat paling besar, bermula dengan tanggungan terdekat yang wajib dipelihara. Dengan itu, sedekah yang baik bukan sekadar banyak, tetapi strategik dan penuh hikmah.
Ayuh bersedekah mengikut keutamaan kepada yang berhak dan bukan hanya kepada orang miskin tetapi termasuk nafkah dan keperluan keluarga.

Thursday, November 13, 2025
Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan
Khamis, 22 Jamadil Awal 1447H | Setiap Pemimpin Akan Dipertanggungjawabkan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ وَالْأَمِيرُ رَاعٍ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang ketua adalah pemimpin. Seorang suami juga pemimpin atas keluarganya. Seorang wanita juga pemimpin atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya." (HR Bukhari No: 4801) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap kita adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan setiap yang berada di bawah kepimpinan kita. Kepimpinan adalah amanah, bukan keistimewaan.
2. Seorang ketua sama ada sebagai pemimpin Negara, negeri, daerah, organisasi, jabatan, unit termasuk keluarga, besar atau kecil tetap akan dipertanggungjawabkan kepimpinan dibawahnya..
3. Sebagai suami akan ditanya kepimpinannya terhadap isteri, anak-anak serta yang berada di bawah tanggungjawabnya.
4. Sebagai isteri ada tanggungjawab dalam rumahtangga, sama ada terhadap suami mahupun anak-anak.
5. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab kepimpinan bersama dalam rumah tangga. Dalam membina keluarga bahagia, suami dan isteri sewajarnya saling bekerjasama berperanan memimpin dan mencorakkan rumahtangga.
6. Setiap Muslim mesti menunaikan amanah kepimpinan dengan penuh ihsan sama ada sebagai pemerintah, ketua keluarga, guru, atau ibu bapa. Setiap kepimpinan akan dinilai bukan pada pangkat, tetapi pada amanah dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Laksanakanlah amanah tanggungjawab yang ada dengan sebaik mungkin kerana ianya akan dipertanggungjawabkan.

Wednesday, November 12, 2025
Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah
Rabu, 21 Jamadil Awal 1447H | Pemberian Nafkah Kepada Keluarga Adalah Sedekah
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْأَنْصَارِيِّ فَقُلْتُ عَنْ النَّبِيِّ فَقَالَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الْمُسْلِمُ نَفَقَةً عَلَى أَهْلِهِ وَهُوَ يَحْتَسِبُهَا كَانَتْ لَهُ صَدَقَةً
Daripada Abu Mas'ud Al-Anshari maka aku berkata; Dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Apabila seorang muslim memberi nafkah pada ahli keluarganya dengan niat mengharapkan ganjaran pahala daripada Allah, maka perbelanjaan itu dikira sebagai sedekah untuknya." (HR Bukhari No: 4932) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bagi seorang suami dan bapa kepada anak-anak, memberi nafkah keperluan kepada ahli keluarga adalah tanggungjawab wajib. Nafkah kepada isteri, anak-anak dan keluarga bukan sekadar tanggungjawab sosial, tetapi ibadah yang berpahala besar jika dilakukan dengan niat mencari keredaan Allah.
2. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga isteri dan anak-anak-anak mengikut kemampuannya. Menyia-nyiakannya akan menyebabkan berdosa. Sabda Rasulullah SAW:
كفى بًالمرء إثما أن يضيع من يقوت
“Cukuplah seseorang dikatakan berdosa jika ia menyia-nyiakan orang yang menjadi tanggungannya” (HR Abu Daud 1692) Status: Hadis Sahih
3. Memberi nafkah ke atas orang yang berada di bawah tanggungannya adalah sedekah. Suami wajib memberi nafkah kepada ahli keluarga dengan sebab perkahwinan, merangkumi makan minum, rumah kediaman, penjagaan kesihatan, perlindungan, kasih sayang, pendidikan dan lain-lain.
4. Dalam masyarakat hari ini, walaupun isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu suami. Isteri masih boleh membantu di mana yang sesuai sebagai pelengkap. Sumbangan isteri kepada keluarga juga dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
5. Keluarga ialah institusi pertama tempat beramal kebajikan. Seorang Muslim tidak boleh mengabaikan keperluan dan kebajikan ahli keluarganya. Seorang suami atau bapa tidak sepatutnya merasa terbeban dalam menanggung keluarga, bahkan berasa gembira kerana setiap sen yang dibelanjakan menjadi ganjaran di sisi Allah SWT.

Tuesday, November 11, 2025
Ciri Wanita Untuk Dikahwini
Selasa, 20 Jamadil Awal 1447H | Ciri Wanita Untuk Dikahwini
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah Wanita yang beragama, nescaya kamu akan beruntung dan beroleh kebahagiaan." (HR Bukhari No: 4700) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Perkahwinan adalah ibadah yang digalakkan bagi yang berkemampuan untuk menyalurkan naluri seks yang halal serta dibenarkan oleh syarak untuk mencari keredhaan Allah.
2. Wanita ideal yang dipilih menjadi isteri sebaiknya memiliki empat ciri berikut:
a) Berharta
b) Berketurunan baik (termasuk keturunan yang ramai)
c) Cantik
d) Beragama
3. Pemilihan wanita yang berdasarkan kepada harta, keturunan dan kecantikan semata-mata tidak digalakkan oleh Islam. Pemilihan ini tidak dapat menjamin sepenuhnya kebahagiaan rumahtangga serta pendidikan anak-anak yang bakal dilahirkan.
4. Pemilihan jodoh sama ada bagi lelaki mahupun wanita hendaklah mengutamakan kepada mereka yang beragama dan beramal dengan kehendak agama (soleh dan solehah). Selepas aspek beragama, barulah dilihat aspek harta, keturunan dan kecantikan.
5. Memilih pasangan yang beragama sebagai keutamaan dan pra syarat akan melahirkan kehidupan yang Sakinah mawaddah warahmah serta menjadikan hidupnya sentiasa kaya dengan akhlak, rohani dan jasmani serta beruntung di dunia dan akhirat.
6. Imam Nawawi menjelaskan maksud: “فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ” ialah pilihlah wanita yang beragama, kerana wanita yang beragama akan mendidik keluarga atas dasar taqwa, menjaga maruah, dan membawa ketenangan hidup.
7. Rasulullah SAW juga mengingatkan kita:
لاَ تَزَوَّجُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَعَسَى حُسْنُهُنَّ أَنْ يُرْدِيَهُنَّ وَلاَ تَزَوَّجُوهُنَّ لأَمْوَالِهِنَّ فَعَسَى أَمْوَالُهُنَّ أَنْ تُطْغِيَهُنَّ وَلَكِنْ تَزَوَّجُوهُنَّ عَلَى الدِّينِ وَلأَمَةٌ خَرْمَاءُ سَوْدَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ
Janganlah kalian menikahi para wanita semata-mata kerana kecantikan mereka, kerana kecantikannya mungkin akan merosakkan mereka (kerana tertipu dan sombong dengan kecantikan). Jangan juga menikahi para wanita kerana harta mereka kerana berkemungkinan harta akan menyebabkan mereka jatuh dalam maksiat dan kejahatan. Akan tetapi, hendaklah kalian berkahwin dengan perempuan atas dasar agama. Seorang hamba perempuan yang sumbing pada mulut dan telinga tetapi mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna lebih baik (daripada perempuan yang merdeka yang membelakangi perintah agamanya. (HR Ibn Majah No: 185).
8. Hadis ini menggariskan prinsip penting dalam membina rumah tangga bahagia, iaitu menjadikan agama sebagai kriteria tertinggi dalam memilih pasangan. Kecantikan, keturunan, dan kekayaan hanyalah hiasan sementara, tetapi agama dan akhlak yang baik menjamin kebahagiaan yang kekal.

Monday, November 10, 2025
Paling Sempurna Iman
Isnin, 19 Jamadil Awal 1447H | Paling Sempurna Iman
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُهُمْ خِيَارُهُمْ لِنِسَائِهِمْ
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: orang-orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya, dan yang terbaik di antara mereka adalah yang paling baik terhadap isterinya." (HR Ahmad No: 7095) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Kesempurnaan iman seseorang diukur melalui akhlak dan budi pekertinya.
2. Orang yang memiliki Iman yang sempurna ialah orang yang berjaya menggabungkan kekuatan iman dengan akhlak mulia iaitu lemah lembut, sabar, berlapang dada, memaafkan, serta menjauhi sifat kasar dan sombong.
3. Kemuliaan akhlak seseorang lelaki paling jelas dilihat pada sikap terhadap isterinya. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan bahawa kebaikan lelaki kepada isteri termasuklah:
• bertutur dengan lembut,
• menafkahkan dengan ihsan,
• bersabar dengan kelemahan isteri,
• menzahirkan kasih sayang serta penghormatan.
4. Kebaikan sebenar bermula dalam rumah tangga. Seorang yang baik kepada isterinya menunjukkan kekuatan iman, keperibadian, dan kepimpinan rohani dalam keluarga.
5. Akhlak baik terhadap wanita adalah tanda kemuliaan dan keimanan. Islam menolak kezaliman, kekasaran, dan penghinaan terhadap wanita dalam apa jua bentuk.
6. Berakhlak baik, berlemah lembut dan penyayang terhadap ahli keluarga termasuk dalam kesempurnaan iman. Hadis Nabi SAW:
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَكْمَلِ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَأَلْطَفُهُمْ بِأَهْلِهِ
Daripada Aisyah dia berkata, Rasulullah SAW bersabda; "Sesungguhnya termasuk orang yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik akhlaknya, dan paling lembut terhadap keluarganya." (HR Tirmizi No: 2537)
Jadilah orang yang paling baik akhlak dalam kehidupan termasuk dalam berkeluarga untuk menjadi mukmin yang paling sempurna.

Sunday, November 9, 2025
Jadilah Wanita Solehah
Ahad, 18 Jamadil Awal 1447H | Jadilah Wanita Solehah
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّتْ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الْجَنَّةَ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ
Daripada Abdurrahman bin Auf RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya (kehormatannya) dan taat kepada suaminya, nescaya akan dikatakan kepadanya; 'Masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang kamu kehendaki'." (HR Ahmad No: 1573) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Wanita yang solehah di hari akhirat diberi kelebihan untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki dengan syarat ia memenuhi empat kriteria berikut:
a) Melaksanakan solat lima waktu dengan sempurna
b) Berpuasa wajib di bulan Ramadhan
c) Menjaga kemaluan (maruah diri)
d) Taat dan berbakti kepada suami.
2. Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa “حَفِظَتْ فَرْجَهَا” bermaksud wanita menjaga kesucian diri daripada perbuatan keji dan juga memelihara kehormatan perkahwinannya dengan tidak berlaku curang, serta menutup aurat dan menjauhi fitnah.
3. Ketaatan kepada suami merupakan ibadah yang besar ganjarannya.
Selagi tidak bercanggah dengan hukum Allah.
4. Hadis ini menonjolkan kemuliaan wanita dalam Islam. Kebahagiaan dan keselamatan akhirat dapat dicapai melalui ketaatan kepada Allah dan tanggungjawab terhadap suami. Wanita yang menjaga ibadahnya, kehormatannya, dan keluarganya akan mendapat penghormatan tertinggi daripada Allah, iaitu memasuki syurga dari mana-mana pintu yang diingini.
Berusahalah menjadi wanita yang solehah.
Bersama membina keluarga Bahagia. Kasih Keluarga, Bahagia Bersama

Saturday, November 8, 2025
Jadilah Suami Mithali
Sabtu, 17 Jamadil Awal 1447H | Jadilah Suami Mithali
عَنْ الْأَسْوَدِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ مَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ يَكُونُ فِي مِهْنَةِ أَهْلِهِ تَعْنِي خِدْمَةَ أَهْلِهِ فَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ
Daripada Al Aswad berkata, "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah tentang apa yang dilakukan oleh Nabi SAW ketika berada di rumah. Maka 'Aisyah pun menjawab, "Baginda selalu membantu urusan keluarganya, apabila tiba waktu solat maka baginda keluar untuk melaksanakannya (di masjid)." (HR Bukhari No: 635) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh apabila berada di rumah dengan membantu kerja-kerja rumah tangga seperti menjahit pakaian, memerah susu, menampal kasut dan melayani ahli keluarganya.
2. Membantu urusan rumah bukanlah merendahkan martabat seorang suami, bahkan menzahirkan kasih sayang dan tanggungjawab.
3. Rasulullah SAW juga tidak mengabaikan ibadat solat fardhu di masjid apabila sampai waktunya di samping peranannya dalam masyarakat.
4. Pemimpin yang baik ialah yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah, keluarga (rumah tangga) dan kemudian tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan baik dan sempurna.
5. Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.
6. Sifat tawaduk, kasih sayang, dan tolong-menolong dalam keluarga membawa keberkatan dan keharmonian rumah tangga.
Para suami sewajarnya mencontohi Rasulullah SAW dalam kehidupan berkeluarga dengan membantu urusan harian isteri di rumah dan menjaga kewajipan terhadap Allah seperti solat fardhu yang ditunaikan di masjid.

Friday, November 7, 2025
Sedekah Kepada Ahli Keluarga
Jumaat, 16 Jamadil Awal 1447H | Sedekah Kepada Ahli Keluarga
عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًى وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُولُ
Daripada Az Zuhriy berkata, telah mengkhabarkan kepada saya Sa'id bin Al Musayyab bahawa dia mendengar Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: “Sedekah yang paling baik ialah sedekah yang diberikan ketika seseorang itu masih berkecukupan (tidak berhajat kepada orang lain), dan mulakanlah dengan (menafkahkan kepada) orang yang berada di bawah tanggunganmu.” (HR Bukhari No: 1337) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amalan bersedekah atau pemberian kepada orang lain adalah amalan mulia yang dituntut kepada setiap Muslim.
2. Sedekah yang terbaik ialah sedekah yang tidak membawa kepada kemudaratan diri atau tanggungan, sebaliknya dilakukan dengan kemampuan dan keikhlasan.
3. Keutamaan nafkah dan sedekah diberikan kepada ahli keluarga terlebih dahulu seperti isteri, anak dan ibu bapa sebelum bersedekah kepada orang luar.
4. Antara perkara yang membawa kebahagiaan dalam berkeluarga adalah saling melaksanakan tanggungjawab. Satu daripada tanggungjawab ketua keluarga ialah menyediakan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
5. Bersedekah atau pemberian yang sebaiknya adalah selepas menyempurnakan hak dan tanggungjawab ke atas ahli keluarga. Firman Allah:
وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنْفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ
“Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ” Yang lebih dari keperluan.” (Al Baqarah: 219).
Al ‘afwu dalam ayat di atas bermakna sedekah itu di luar keperluan asas (Ibnu Katsir, 2: 145).
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَتُكَ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ وَعَلَى ذِي الْقُرْبَى الرَّحِمِ ثِنْتَانِ صَدَقَةٌ وَصِلَةٌ
Rasulullah SAW bersabda: "Sedekahmu pada orang-orang miskin bernilai satu sedekah, sedangkan sedekahmu pada kerabatmu bernilai dua iaitu; (1) sedekah dan (2) menyambung silaturahim." (Musnad Ahmad No: 17197) Isnad Hasan
6. Hadis ini menekankan prinsip keseimbangan antara tanggungjawab keluarga dan kebajikan masyarakat. Sedekah yang paling afdhal ialah sedekah yang dilakukan dengan penuh tanggungjawab, dalam keadaan mampu, serta dimulakan dengan ahli keluarga sendiri.
Mulakan pemberian kepada ahli keluarga terlebih dahulu termasuk ibu bapa serta kaum kerabat yang terdekat, lebih-lebih lagi apabila kita mengetahui ada ahli keluarga kita yang ada masalah kewangan.

Thursday, November 6, 2025
Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
Khamis, 15 Jamadil Akhir 1447H | Jadilah Orang Yang Paling Baik Pada Ahli Keluarga
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ
Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik antara kamu ialah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Apabila sahabat kamu meninggal dunia maka biarkanlah dia (jangan kamu membicarakan keburukannya)." (HR Tirmidzi No: 3830) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Perkahwinan bertujuan untuk mewujudkan rumah tangga dan ahli keluarga yang bahagia.
2. Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berumah tangga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak.
3. Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaulannya terhadap ahli keluarganya.
4. Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. Rujuk Tuhfat al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (10/269).
5. Bertimbang rasa, bertolak ansur dan saling menyayangi antara pasangan dan anak-anak merupakan antara faktor yang menjamin keharmonian rumahtangga.
6. Contohilah Rasulullah SAW dalam berbuat baik dan memberi layanan kepada ahli keluarganya kerana Rasulullah SAW paling baik layanan terhadap isteri dan anak-anaknya.
7. Islam melarang umatnya mengungkit atau menceritakan keburukan orang yang telah meninggal dunia kerana ia termasuk dalam perbuatan ghibah (mengumpat) yang diharamkan, melainkan untuk tujuan syarak seperti pengajaran atau penjelasan hukum.

Wednesday, November 5, 2025
Elak Jadi Peminta
Rabu, 14 Jamadil Awal 1447H | Elak Jadi Peminta
عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: مَنْ تَكفَّلَ لِي أَنْ لَا يَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا، أَتَكفَّلْ لَهُ بِالْجَنَّةِ؟ فَقُلْتُ: أَنَا. فَكَانَ لَا يَسْأَلُ أَحَدًا شَيْئًا.
Daripada Thawban RA bekas hamba yang telah dimerdekakan oleh Rasulullah SAW beliau berkata, Rasulullah bersabda: "Siapakah yang sanggup berjanji kepadaku bahawa dia tidak akan meminta sesuatu daripada manusia, maka aku akan menjamin untuknya syurga?." Maka Thawban berkata: "Aku (wahai Rasulullah)." Dan Thawban pun tidak pernah meminta sesuatu daripada sesiapa pun selepas itu."(HR Abu Daud No: 1643) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam menggalakkan umatnya menjaga kehormatan diri dan menjauhi sifat suka meminta-minta.
2. Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim menyatakan bahawa hadis ini mendorong umat Islam agar bergantung sepenuhnya kepada Allah, dan tidak menjadikan manusia tempat bergantung untuk urusan dunia.
3. Imam al-Ghazali berkata, meminta tanpa keperluan adalah kehinaan diri, dan membunuh rasa percaya kepada rezeki Allah.
4. Besar pahala dan kemuliaan orang yang menjaga diri daripada mengemis dan meminta-minta, terutama jika dia mampu berusaha sendiri.
5. Janji Rasulullah dengan syurga kepada orang yang menjaga maruah dan kehormatan diri daripada meminta menunjukkan tingginya nilai sifat ‘iffah (menjaga kehormatan diri) dalam Islam.
6. Tidak bergantung kepada manusia secara berlebihan, terutama dalam hal dunia akan membentuk jiwa yang kuat, berdikari, dan yakin bahawa rezeki Allah itu cukup bagi sesiapa yang bertawakal dan berusaha.
7. Umat Islam diajar supaya tidak malas atau mengharapkan bantuan tanpa sebab, walaupun daripada sesama Muslim. Dalam keadaan darurat, Islam membenarkan seseorang meminta pertolongan, tetapi dengan adab dan keperluan yang wajar.

Tuesday, November 4, 2025
Kewajipan Berdakwah Dan Hukum Meninggalkannya
Selasa, 13 Jamadil Awal 1447H | Kewajipan Berdakwah Dan Hukum Meninggalkannya
عَنْ هُشَيْمٍ وَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مِنْ قَوْمٍ يُعْمَلُ فِيهِمْ بِالْمَعَاصِي ثُمَّ يَقْدِرُونَ عَلَى أَنْ يُغَيِّرُوا ثُمَّ لَا يُغَيِّرُوا إِلَّا يُوشِكُ أَنْ يَعُمَّهُمْ اللَّهُ مِنْهُ بِعِقَابٍ
Daripada Husyaim: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah kemaksiatan yang dilakukan pada suatu kaum, kemudian mereka (sebahagian daripada mereka) mampu untuk mencegahnya tetapi mereka tidak berbuat demikian, melainkan Allah akan menimpakan keseluruhan kaum tersebut dengan azab (HR Abu Daud No: 4338) Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Kewajipan setiap Muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT dan rasul-Nya SAW adalah berdakwah iaitu al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahi an al-Munkar (menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada perkara yang mungkar).
Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 104::
وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ ۚ وَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya:“Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”
2. Setiap kita bertanggungjawab terhadap masyarakat. Diam terhadap maksiat walaupun mampu mencegahnya, adalah satu kesalahan besar.
3. Sikap berdiam diri di atas perkara mungkar akan menyebabkan turunnya azab Allah SWT bukan hanya kepada seorang malah seluruh anggota masyarakat walaupun ada yang soleh dalam masyarakat tersebut.
4. Imam al-Nawawi meriwayatkan daripada Abi al-Qasim al-Qusyairi dan kata-kata ini disandarkan kepada Abi Ali al-Daqqaq bahawa “barangsiapa yang diam akan sesuatu kebenaran, dia adalah syaitan bisu.” [Lihat: al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, 20/2].
5. Cegahlah kemungkaran mengikut kemampuan kita. Daripada abu Sa’id al Khudri RA berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:
مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ
Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” (HR Muslim No: 78) Status: Hadis Sahih
6. Jadilahlah kita umat terbaik yang sentiasa berperanan mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada yang mungkar.

Monday, November 3, 2025
Umat Seperti Buih
Isnin, 12 Jamadil Awal 1447H | Umat Seperti Buih
عَنْ ثَوْبَانَ مَوْلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يُوشِكُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ الْأُمَمُ مِنْ كُلِّ أُفُقٍ كَمَا تَدَاعَى الْأَكَلَةُ عَلَى قَصْعَتِهَا قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَمِنْ قِلَّةٍ بِنَا يَوْمَئِذٍ قَالَ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنْ تَكُونُونَ غُثَاءً كَغُثَاءِ السَّيْلِ يَنْتَزِعُ الْمَهَابَةَ مِنْ قُلُوبِ عَدُوِّكُمْ وَيَجْعَلُ فِي قُلُوبِكُمْ الْوَهْنَ قَالَ قُلْنَا وَمَا الْوَهْنُ قَالَ حُبُّ الْحَيَاةِ وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ
Daripada Tsauban, pembantu Rasulullah SAW berkata; Rasulullah SAW bersabda; "Akan tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh pelusuk dunia mengerumuni kamu seperti orang-orang lapar mengerumuni piring makanan." Kami bertanya (para sahabat); Apakah ketika itu bilangan kami sedikit wahai Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda; "Tidak, bahkan kamu ketika itu ramai, tetapi kamu seperti buih di atas air banjir. Allah akan mencabut rasa gerun dari hati musuh terhadap kamu dan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit Wahan" Kami (para sahabat) bertanya; Apakah Wahan itu wahai Rasulullah? Rasulullah SAW bersabda; "Cinta dunia dan takut mati." (HR Ahmad No: 21363) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Akan sampai suatu masa umat Islam bilangannya ramai namun penghayatan kepada amalan Islam amat longgar. Penghayatan terhadap al-Quran dan al-Hadis tidak dihiraukan, semangat jihad dan pengorbanan semakin luntur.
2. Umat Islam ramai bilangannya, tetapi tiada kekuatan sebenar seperti buih di atas air yang tidak punya arah dan kekuatan.
3. Musuh Islam mengerumuni umat Islam seperti mengerumuni makanan kerana tidak ada lagi rasa gerun di atas kehebatan yang ada pada umat Islam. Sifat yang ada pada umat Islam adalah ingin memenuhi keperluan nafsu masing-masing.
4. Walaupun bilangan umat Islam ramai namun umpama buih, tiada kekuatan dan kemuliaan. Ditiup angin pecah dan berterbangan, tidak tahan lama menghadapi suasana dan cabaran. Lemah tidak bermaya kerana mereka menyeleweng daripada panduan al-Quran. Berbeza di zaman Rasulullah dan para sahabat, walaupun bilangan mereka sedikit namun mereka boleh mengalahkan musuh yang ramai.
كَم مِّن فِئَةٍ قَليلَةٍ غَلَبَت فِئَةً كَثيرَةً بِإِذنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصّٰبِرينَ
Maksudnya: "Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (Surah al-Baqarah ayat: 249)
5. Umat Islam lemah kerana telah dicampakkan kedalam hati mereka sifat al-wahan iaitu kecintaan kepada dunia dan bencikan kematian (mereka hanya berlumba mendapatkan kepentingan keduniaan seolah-olah mereka tidak akan mati).
6. Umat Islam akan hilang kehebatan dan dihina musuh apabila mereka lebih mencintai dunia dan takut berkorban demi agama. Umat Islam kehilangan jati diri, keberanian dan semangat jihad, akibat terlalu mencintai dunia dan takut mati.
7. Nilai kekuatan umat Islam bukan dari segi bilangan tetapi yang lebih penting adalah dari aspek kualiti, mereka yang menghayati dan beramal dengan ajaran Islam.

Sunday, November 2, 2025
Beruntunglah Orang Yang Asing
Ahad, 11 Jamadil Awal 1447H | Beruntunglah Orang Yang Asing
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَدَأَ الْإِسْلَامُ غَرِيبًا وَسَيَعُودُ كَمَا بَدَأَ غَرِيبًا فَطُوبَى لِلْغُرَبَاءِ
Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasing." (HR Muslim No: 208) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam dimulai dalam keadaan asing hanya sedikit orang yang menerima sebagaimana keadaan awal di Mekkah dan di Madinah. Islam pada awalnya tidak dikenali, ditolak dan ditentang. Kemudian ia mula tersebar dan ramai masuk Islam berbanding agama lain.
2. Islam akan kembali asing di akhir zaman, sebagaimana awal kemunculannya. Syariat Islam hanya diamalkan oleh segelintir orang yang taat seperti di zaman awal sahabat, padahal umatnya ramai.
3. Maka beruntunglah “orang-orang yang asing” iaitu mereka yang tetap berpegang kepada kebenaran walaupun ditolak oleh masyarakat ramai, dan mereka akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah.
4. Umat Islam yang mengamalkan sunnah dianggap asing, ketinggalan zaman, tidak mengikuti arus semasa dan dituduh dengan pelbagai tuduhan yang menyakitkan. Sementara cara hidup lain seperti budaya barat diangkat dan dipandang mulia dalam masyarakat.
5. Sebagai Muslim, kita hendaklah sentiasa istiqamah di atas ajaran Islam serta memelihara diri daripada terlibat dengan gejala sosial dan penyelewengan yang menyebabkan pandangan negatif masyarakat terhadap Islam.
6. Beruntunglah orang yang asing (sedikit) kerana tetap berpegang kukuh dengan syariat Islam ditengah-tengah masyarakat yang lalai dan meninggalkan cara hidup Islam.
7. Menurut Ibnu Ajlan: maksud ‘thuba lil ghuroba’ (beruntunglah orang yang sedikit) adalah, merekalah yang mendapat kebaikan terus menerus.
8. Rasulullah SAW memuji sikap mukmin yang istiqamah mengamalkan al-Quran dan al-Sunnah ketika masyarakat menjauhi dan memandang hina terhadapnya.

Saturday, November 1, 2025
Dosa Yang Tidak Ditunda Balasannya
Sabtu, 10 Jamadil Akhir 1447H | Dosa Yang Tidak Ditunda Balasannya
عَن أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قال : كُلُّ ذُنُوبٍ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مِنْهَا مَا شَاءَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، إِلَّا الْبَغْيَ، وَعُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ، وَقَطِيعَةَ الرَّحِمِ، يُعَجِّلُ اللَّهُ لِصَاحِبِهَا فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْمَوْتِ
Daripada Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW bersabda: Setiap dosa akan ditunda balasannya oleh Allah SWT hingga hari kiamat, kecuali al-baghy (zalim), durhaka kepada orang tua dan memutuskan silaturahim, Allah akan menyegerakan azabnya di dunia sebelum kematian menjemput.” (HR Al Hakim, Al Mustadrak No 7345). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap dosa seorang insan akan menerima balasan azab daripada Allah melainkan mendapat keampunan Allah.
2. Ada diantara dosa daripada perbuatan maksiat seorang hamba itu akan dipercepatkan balasannya semasa hidup di dunia lagi di samping azab di hari akhirat antaranya:
a) Dosa al-baghy (menzalimi hak orang lain sama ada dengan kuasa, kekayaan juga tindakan, ia adalah sifat tercela dan perbuatan melampau batas yang mempunyai akibat negatif sama ada pada pelaku dan masyarakat antaranya merampas hak orang lain, menindas pekerja atau rakyat, menuntut sesuatu yang tidak halal, memberontak, rasuah dan sebagainya)
b) Dosa derhaka kepada orang tua (menyakiti hati, meninggikan suara, mengabaikan tanggungjawab, atau bercakap kasar kepada ibu bapa)
c) Dosa memutuskan silaturahim (tidak bertegur sapa dengan ahli keluarga terdekat, menimbulkan permusuhan, atau enggan membantu walau mampu)
3. Balasan atau azab terhadap dosa ini akan dirasai di dunia sebelum datangnya kematian, sama ada dalam bentuk kesempitan hidup, kegagalan dalam urusan hidup, penyakit juga hilang keberkatan umur, rezeki dan ketenangan jiwa.
4. Kezaliman, derhaka kepada ibu bapa dan memutuskan silaturrahim adalah dosa yang sangat berat di sisi Allah. Berusahalah menjauhi perbuatan dosa yang akan disegerakan balasannya semasa hidup lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)