Jumaat, 28 Zulkaedah 1442H: Daripada Aus bin Aus RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam dijadikan, pada hari itu baginda diwafatkan, pada hari itu ditiupnya sangkakala (berlaku kiamat) dan pada hari itu akan ditiupkan sangkakala pertama (dibangkitkan kembali).Maka perbanyaklah selawat kepadaku kerana selawat kamu akan disampaikan kepadaku."
Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada kamu, sedangkan kamu telah wafat? (atau) mereka berkata: "Telah hancur (tulangnya)”.
Lalu baginda SAW bersabda: "Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi AS."
(Hadith riwayat Abu Dawud, No: 1047, 1531, An-Nasaie, No: 1374, Ibn Majah, No: 1085, 1636)
No comments:
Post a Comment