Khamis, 23 Safar 1443H: Daripada Abdullah bin Hisyam Radiallahuanhu bahawa beliau berkata: Kami pernah bersama Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, sementara baginda memegang tangan Umar bin Khatthab Radiallahuanhu, maka Umar berkata kepada baginda: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu kecuali diriku sendiri."
Maka Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: "Tidak, demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, hinggalah kamu lebih mencintai aku daripada dirimu sendiri."
Umar berkata kepada baginda: "Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai daripada diriku sendiri."
Nabi bersabda: "Saat ini wahai Umar (benarlah cinta kamu)".
(Riwayat al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment