Khamis, 25hb Rejab 1444H; Diseksa Di Alam Kubur
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ
النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ بَعْضِ حِيطَانِ
الْمَدِينَةِ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا
فَقَالَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ وَإِنَّهُ لَكَبِيرٌ
كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَكَانَ الْآخَرُ
يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا
بِكِسْرَتَيْنِ أَوْ ثِنْتَيْنِ فَجَعَلَ كِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا
وَكِسْرَةً فِي قَبْرِ هَذَا فَقَالَ لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا
لَمْ يَيْبَسَا
Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Nabi SAW
pernah keluar dari salah satu kebun yang ada di Madinah, lalu baginda
mendengar suara dua orang yang sedang di seksa di kuburnya, setelah itu
baginda bersabda: "Tidaklah keduanya diseksa kerana dosa besar namun hal
itu adalah perkara yang besar, salah satu darinya adalah tidak bersuci
dari kencingnya sedangkan yang lain selalu mengadu domba."
Kemudian baginda meminta sepotong pelepah kurma yang masih basah. Baginda membelahnya menjadi dua, sepotong baginda tancapkan di kubur yang satu dan sepotong di kuburan yang lain. Baginda kemudian bersabda: 'Semoga ia boleh meringankan seksa keduanya selagi daun kurma ini belum kering.'
(HR Bukhari No: 1361) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu memiliki akhlak yang sejahtera.
2. Ada orang yang diseksa di alam kubur disebabkan akhlak buruk mereka semasa di dunia.
3. Dua jenis penghuni kubur diseksa disebabkan tidak membasuh kencing dan kesalahan mengadu domba (menimbulkan permusuhan).
4.
Berkata Imam Ibn Hajar al-Haitami: “Disunatkan untuk meletakkan pelepah
yang hijau di atas kubur kerana ittiba’ (mengikut Nabi SAW), sanadnya
sahih, dan kerana sesungguhnya perbuatan itu boleh meringankan azab
dengan berkat tasbih pelepah itu, lantaran tasbih itu lebih sempurna
berbanding tasbih dari pelepah yang kering, yang mana kehijauan itu
adalah sejenis tanda-tanda hidup. Boleh diqiyaskan hukum ini pada apa
yang biasa dilakukan dengan meletakkan tumbuhan-tumbuhan yang wangi, dan
seumpamanya. Haram mencabutnya (setelah diletakkan) seperti mana yang
telah diperbahaskan (oleh ulama) kerana perbuatan mencabut itu menafikan
hak mayat. Namun, pada zahirnya, tidak haram kalau mencabut tumbuhan
yang sudah kering untuk dibuang, kerana sudah hilang hak bagi mayat itu
kerana kekeringannya, itulah kaitannya. Disunatkan untuk meletakkan yang
tumbuhan masih kehijauan dan membuang yang sudah kering, secara
keseluruhan, kerana melihat kepada kaitan yang disebut oleh baginda SAW
tentang peringanan azab dengan warna hijau selama mana tidak kering.”
(Rujuk Tuhfah al-Muhtaj (3/197)
No comments:
Post a Comment