Rabu, 17hb Rejab 1444H ,Sedekah Berkualiti
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ
دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ
بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ
مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا
Daripada Abu Hurairah,
Nabi SAW bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“.
Lalu ada sahabat yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai
Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham
lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang
memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya
seratus ribu dirham untuk disedekahkan.”
(HR. Nasai No: 2527) Status:
Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.
2.
Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya
mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia
bersedekah separuh dari harta yang dimilikinya (dua dirham) walaupun
yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat
besar pada dirinya.
3. Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu
dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di
sisinya (hanya sedikit) kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.
4. Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti dan keikhlasan.
5.
Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada
orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi
hartanya.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا
زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ
لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ
Daripada Abu Hurairah RA, dari
Nabi SAW bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada
orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah
kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah,
melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689)
Status: Hadis Sahih
No comments:
Post a Comment