Khamis, 18 Rejab 1444H: Miliki Sifat Santun dan Malu
حَدَّثَنَا يُونُسُ قَالَ زَعَمَ
عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي بَكْرَةَ قَالَ قَالَ أَشَجُّ بْنُ عَصَرٍ
قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ فِيكَ
خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ قُلْتُ مَا هُمَا قَالَ
الْحِلْمُ وَالْحَيَاءُ قُلْتُ أَقَدِيمًا كَانَ فِيَّ أَمْ حَدِيثًا قَالَ
بَلْ قَدِيمًا قُلْتُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَبَلَنِي عَلَى
خُلَّتَيْنِ يُحِبُّهُمَا
Telah menceritakan kepada kami Yunus ia
berkata, Abdurrahman bin Ubay berkata, Asyajj bin Ashr berkata,
"Rasulullah SAW bersabda kepadaku: "Sesungguhnya pada dirimu terdapat
dua sifat yang keduanya dicintai oleh Allah 'azza wajalla." Saya
bertanya, "Sifat apakah itu?" baginda menjawab, "Al Hilm (santun, tidak
mudah marah) dan rasa malu." Saya bertanya lagi, "Apakah kedua sifat itu
telah ada padaku sejak lama atau baru melekat?" baginda menjawab:
"Sejak lama." Saya berkata, "Segala puji Allah yang telah memberiku dua
sifat yang dicintai-Nya."
(Musnad Ahmad No: 17160) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Dua sifat yang dicintai Allah kepada pemiliknya:
a. Al-Hilm iaitu sifat santun, mampu menahan emosi atau tidak mudah marah
b.
Malu iaitu sifat yang mendorong seseorang untuk meninggalkan segala
keburukan sama ada perkataan, perbuatan dan sikap yang dapat mencegah
dirinya dari kelalaian.
2. Antara bentuk malu:
a. Malu melakukan kejahatan seperti mengadu domba
b. Malu kerana merasa lemah
c. Malu kepada diri sendiri
3. Malu itu punca dari iman. Hadis Rasulullah SAW:
اَلحَيَاءُ والإِيمَانِ قُرَنَاءُجَمِيعًا فَإِذَا رَفَعَ أَحَدَهُمَارَفَعَ الآخَرَ
Rasa malu dan iman adalah sama, apabila salah satu daripadanya hilang, maka yang lain akan hilang juga (HR al-Hakim dan Tabrani)
4. Milikilah iman yang sempurna dengan sifat malu untuk berbuat dosa seperti dosa mengadu domba dan membuat fitnah.
5. Marilah kita miliki sifat hilm mampu menahan emosi atau tidak mudah marah dan malu yang dicintai Allah.
No comments:
Post a Comment