Khamis, 11 Rejab 1444H: Anak Boleh Menjadikan Ibubapa Bakhil
عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي
رَاشِدٍ عَنْ يَعْلَى الْعَامِرِيِّ أَنَّهُ قَالَ جَاءَ الْحَسَنُ
وَالْحُسَيْنُ يَسْعَيَانِ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ فَضَمَّهُمَا إِلَيْهِ وَقَالَ إِنَّ الْوَلَدَ مَبْخَلَةٌ
مَجْبَنَةٌ
Dari Sa'id bin Abu Rasyid dari Ya'la Al 'Amiri bahawa
dia berkata, "Al-Hasan dan Al-Husain berusaha datang kepada Nabi SAW,
kemudian baginda memeluk mereka berdua sambil bersabda: "Sesungguhnya
anak adalah tempat kebakhilan dan kekhawatiran."
(HR Ibnu Majah No:
3656) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Anak adalah amanah kepada ibu bapa untuk dijaga dan dididik
يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارٗا
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari apa Neraka (at-Tahrim: 6)
2.
Anak adalah ujian (fitnah) untuk kedua ibubapa. Menjadi tanggungjawab
ibubapa untuk memberi perlindungan, nafkah, pendidikan mahupun kasih
sayang yang sebaiknya agar mereka menjadi anak yang soleh. Firman Allah:
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
“Dan
Ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan
dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.” (QS. Al Anfal:
28)
3. Anak boleh menyebabkan ibu bapa memiliki sifat bakhil
(tidak mahu bersedekah kerana ingin mengutamakan anak. Anak juga boleh
menjadi penyebab orangtuanya pengecut untuk berdakwah atau berjihad
kerana takut sesuatu berlaku sebab sayangkan anak.
4. Al-Munawiy
berkata: anak-anak boleh membawa kedua orang tuanya untuk menjadi
bakhil dan mendorongnya untuk bersifat demikian sehingga dia menjadi
kedekut harta kerananya, serta meninggalkan jihad kerananya.
5.
Al-Mawardiy berkata: “Hadis ini menjelaskan seseorang perlu berhati-hati
terhadap anak, kerana ia boleh menyebabkan munculnya sifat-sifat ini
(kedekut). Juga akan memunculkan akhlak yang demikian…”
6. Sifat bakhil akan mendapat seksa di hari kiamat. Firman Allah:
وَلَا
يَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِينَ يَبۡخَلُونَ بِمَآ ءَاتَىٰهُمُ ٱللَّهُ مِن
فَضۡلِهِۦ هُوَ خَيۡرٗا لَّهُمۖ بَلۡ هُوَ شَرّٞ لَّهُمۡۖ سَيُطَوَّقُونَ
مَا بَخِلُواْ بِهِۦ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِۗ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ
ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۗ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ ١٨٠
“Sekali-kali
janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada
mereka dari kurnia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan itu baik bagi
mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang
mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat.
Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan (Ali Imran:180)
No comments:
Post a Comment