Jumaat, 19 Rejab 1444H: Amal Kebaikan
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْحَارِثِ بْنِ عَاصِمٍ
الْأَشْعَرِيِّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ الطُّهُورُ شَطْرُ
الإِيْمَانِ وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلأُ الْمِيزَانَ وَسُبْحَانَ اللهِ
وَالْحَمْدُ للهِ تَمْلآنِ – أَوْتَمْلأُ – مَا بَيْنَ السَّمَاءِ
وَالأَرْضِ وَالصَّلاَةُ نُورٌ وَالصَّدَقَةُ بُرْهَانٌ وَالصَّبْرُ
ضِيَاءٌ وَالْقُرْآنُ حُجَّةٌ لَكَ أَوْ عَلَيْكَ كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو
فَبَائِعُ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا
Daripada Abu
Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie RA beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir
al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan
al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi (bukti). Sabar
itu adalah sinaran (memberi cahaya). Al-Quran itu adalah hujah bagimu
atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi (berusaha), ada
yang menjual dirinya (sama ada kepada Allah dengan melakukan ketaatan
atau kepada syaitan dan hawa nafsu dengan melakukan maksiat dan
kemurkaan Allah), ada yang memerdekakan dirinya (daripada kehinaan di
dunia dan azab akhirat) dan ada pula yang mencelakakan dirinya (dengan
melakukan maksiat)."
(HR Muslim No: 223) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya
sebahagian daripada lman. Jagalah kebersihan terutama di zaman Wabak
Covid-19 ini.
2. Bersuci merupakan syarat sahnya ibadah, oleh itu setiap Muslim perlu sentiasa mengambil perhatian.
3.
Menjaga ibadat solat akan mendatangkan cahaya petunjuk dan mampu
memperbaiki diri seorang muslim terhadap manusia lain, menjadikan ia
berakhlak dan berperilaku terpuji, memiliki sifat kewarakan dan
ketakwaan di sisi Allah.
4. Semua amalan soleh merupakan
kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang
tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya
baginya, ada yang menjadi pemberat timbangannya dan sebagainya.
Antaranya;
a. Zikir al-Hamdulillah akan memenuhi neraca timbangan.
b. Zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.
c. Solat adalah cahaya.
d.
Sedekah adalah saksi (Seruan untuk berinfaq pada jalan-jalan kebaikan
dan bersegera melakukannya dimana hal tersebut merupakan pertanda dan
bukti benarnya keimanan).
e. Sabar adalah sinaran. (bersabar
tatkala mengalami musibah, khususnya apa yang dialami seorang muslim
kerana perbuatan amar ma’ruf nahi munkar)
f. Al-Qur’an adalah
hujah bagi mukmin (Membaca Al Quran dengan pemahaman dan mentadabbur
(merenungkan) maknanya, mengamalkan kandungannya kerana hal tersebut
dapat memberi syafaat bagi seorang hamba pada hari kiamat).
5.
Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada
kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah,
lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya
kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.
6. Pastikan segala aktiviti harian kita membawa kebaikan dan pahala bukan keburukan dan dosa.
No comments:
Post a Comment