Sabtu, 14 Muharram 1446H | Didik Anak Untuk Solat
عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلَاةَ ابْنَ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرٍ
Daripada Abdul Malik bin Ar Rabi' bin Sabrah dari Ayahnya dari datuknya ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Ajarkanlah solat kepada anak-anak diumur tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika meninggalkan solat di umur sepuluh tahun." (HR Tirmizi No: 372) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Didiklah anak-anak kita untuk mengerjakan solat sejak dari kecil. Ajaklah mereka solat bersama dan berjemaah.
2. Proses membimbing, memujuk, dan menggalakkan anak-anak agar menunaikan solat sejak berumur 7 tahun hingga 10 tahun dengan sabar dan bersungguh-sungguh (3 tahun mengasuh dan membimbing anak agar solat sehingga ia menjadi tabiat dan kebiasaan).
3. Disiplinkan anak-anak dengan menghukum mereka apabila berumur 10 tahun jika masih enggan menunaikan solat .
4. Sayangilah anak-anak kita dengan memberikan didikan yang betul dan bersungguh-sungguh sejak berusia 7 hingga 10 tahun dengan belaian, bimbingan, pujukan, penghargaan selama 3 tahun. Namun selepas berusia 10 tahun, jika mereka masih enggan melaksanakannya maka perlu didisiplinkan dengan menghukum dengan kadar yang dibenarkan syara.
Ayuh, didik anak-anak agar solat dengan cara yang betul.
No comments:
Post a Comment