Isnin, 14 Muharram 1443H: Daripada Jabir bin Abdullah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda kepada Ka’b bin ‘Ujrah RA: "Mudah-mudahan, Allah memelihara kamu dari kepemimpinan orang-orang yang bodoh.
Ka’b bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu kepemimpinan orang yang bodoh?"
Rasulullah menjelaskan: (iaitu) "Para pemimpin yang muncul selepas dariku, tetapi mereka tidak menggunakan petunjukku, dan mereka tidak mengamalkan sunnahku. Barangsiapa yang membenarkan penipuan mereka, atau membantu kezaliman mereka, maka mereka itu adalah bukan dari umatku. Dan aku bukan sebahagian dari mereka. Mereka tidak akan dapat minum di telagaku (di akhirat kelak).
Barangsiapa yang tidak membenarkan penipuan mereka, dan tidak membantu kezaliman mereka, maka dia adalah sebahagian dari umatku dan aku adalah sebahagiandarinya, dia akan dapat minum di telagaku kelak."
(Musnad Ahmad, no: 14441 - dinilai oleh al-Arna’ut sebagai hadis yang memiliki sanad yang kuat (qawi))
No comments:
Post a Comment