Thursday, August 5, 2021

Solat Witir Solat Terakhir Sebelum Tidur

 

Khamis, 26 Zulhijjah 1442H: Daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
 
Maksudnya: "Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur."
 
Riwayat Al-Bukhari (1981)
 
Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا
Maksudnya: "Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam."
 
Riwayat Al-Bukhari (998)
 May be an image of text

No comments: