Wednesday, January 12, 2022

Kelebihan Solat Berjamaah

 

Rabu, 9 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Pahala solat seseorang dengan berjamaah melebihi pahala solatnya di rumah dan di pasar sebanyak dua puluh lima darjat. 
 
Hal tersebut, kerana apabila seseorang di antara kalian berwuduk, lalu memperelokkan wuduknya, kemudian pergi ke masjid semata mata kerana untuk mengerjakan solat, dan kesempatan itu hanya dipergunakan untuk solat, maka orang tersebut tidak melangkah satu langkah, kecuali setiap langkahnya itu diangkat baginya satu darjat, dan dihapus darinya satu dosa, sampai dia masuk ke dalam masjid.
 
Apabila dia telah masuk masjid, maka dia dikira dalam keadaan solat selama tertahan kerana solat (tidak keluar dari masjid kerana menunggu solat), dan para malaikat akan berselawat (memohonkan rahmat dan ampunan) kepada seseorang di antara kalian, selama dia tetap berada di tempat dia mengerjakan solatnya, mereka (para malaikat) berdoa; Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia dan terimalah taubatnya. Para malaikat itu berdoa demikian selama orang itu tidak mengganggu orang lain di tempat itu atau berhadats."

(HR Abu Daud No: 472) Status: Hadis Sahih
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sifat Malas Melaksanakan Solat Dalam al-Quran Allah menggambarkan salah satu sifat orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah: كُسَالَى قَامُواْ الصَّلَوةِ Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas (Surah al-Nisa: 142) Menurut al-lmam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan sikap orang munafik ketika mendirikan solat. Mereka bersikap malas sedangkan orang beriman melaksanakan solat dengan penuh khusyuk. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ்‎"‎‎

No comments: