Friday, January 7, 2022

Manusia Bakhil

 

Jumaat, 4 Jamadilakhir 1443H: Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :”Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”

Maka kami (para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” 
 
Maka Rasulullah SAW meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
 
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Dicukupkan Keperluan Mereka Rasulullah menjelaskan kepada Saidina Ubai bahawa orang memperbanyakan selawat akan dicukupkan keperluannya oleh Allah. Sabda Rasulullah وسم kepada Saidna Ubai: ذَنْبُكَ لَكَ وَيُغْفَرُ هَمَّكَ تُكْفَى إِذَا " Jika demikian Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu. (Hadis riwayat al-Tirmizi) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎‎

No comments: