Rabu, 18 Ramadhan 1443H : Diriwayat lain, daripada Sayyidina Abu Hurairah berkata, “Rasulullah ﷺ bersabda:“Apabila datang awal malam daripada bulan Ramadhan,dibelenggu syaitan-syaitan dan jin yang ganas, ditutup pintu-pintu neraka sehingga tidak dibuka satu pintu pun daripadanya dan dibuka pintu-pintu syurga sehingga tidak ditutup satu pintu pun daripadanya."
Lalu penyeru menyeru, “Wahai orang yang inginkan kebaikan, lakukanlah. Wahai orang yang inginkan kejahatan, kurangkanlah.” Di sisi Allah, ramai orang yang dibebaskan daripada neraka dan begitulah terjadi pada setiap malam (Ramadhan)."
Riwayat Imam Ahmad, Imam At-Tirmizi, Imam Ibnu Majah dan Imam Al-Baihaqi. Hadis ini diriwayatkan juga oleh Imam Al-Hakim,Imam Ibnu Hibban, Imam Ibnu Khuzaimah, Imam Al-Baghawi, Imam Abdur Razzaq, Imam Al-Ajuri, Imam Abu Thahir dan Imam Ibnu Syahin
No comments:
Post a Comment