Jumaat, 13 Ramadhan 1443H: Daripada Sayyidina Abu Hurairah:Sesungguhnya Rasulullah ﷺ menaiki mimbar (padasuatu hari), lalu Baginda berkata, “Amin(perkenankanlah Ya Allah), amin, amin.”
Ditanyakankepada Baginda, “Wahai Rasulullah, apakah yangmembuatkan Tuan mengatakan kata-kata ini?”
Lalu Baginda menjawab, “Jibril berkata kepadaku, “Semoga Allah menghina seorang hamba atau menjauhkannya daripada rahmat-Nya, yang memasuki Ramadhan,tetapi dia tidak diampunkan (dosa-dosanya).”
Lalu aku(Rasulullah ﷺ) katakan, “Amin.”
Kemudiandia(Jibril)berkata, “Terhinalah seorang hamba atau jauhlah diadaripada rahmat-Nya, yang sempat bersama keduaorang tuanya yang masih hidup atau salah seorangdaripada keduanya (masih hidup), tetapi ia tidakmemasukkannya ke syurga.”
Lalu aku katakan, “Amin.”
Kemudian dia (Jibril) berkata, “Terhinalah seoranghamba atau jauhlah dia daripada rahmat-Nya, ketikanamamu disebut di sisinya, dia tidak berselawat kepadamu.”
Lalu aku katakan, “Amin.”
Riwayat Imam Ibnu Khuzaimah.
No comments:
Post a Comment