Selasa, 23 Syawal 1443H: Segera Mohon Maaf
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ
كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لِأَخِيهِ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَيْءٍ
فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ اليَوْمَ قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ
وَلاَ دِرْهَمٌ إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ
مَظْلَمَتِهِ وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ
صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ
Daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa pernah melakukan kesalahan terhadap saudaranya, sama ada yang berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta dihalalkan kepadanya hari ini (di dunia) sebelum datang suatu hari yang sudah tidak ada lagi dinar dan dirham (hari Kiamat). Ketika itu, jika dia memiliki amalan soleh, amalan solehnya diambil darinya dan diserahkan kepada saudaranya sesuai dengan kadar pelanggaran yang pernah diperbuatnya. Namun, jika dia tidak memiliki amal-amal kebaikan, kesalahan-kesalahan saudaranya itu diambil, lalu dipikulkan kepadanya."
(HR Bukhari No: 2282) Status Hadis Sahih.
Pengajaran:
1.Setiap
Muslim perlu sentiasa berusaha menghindarkan diri dari melakukan dosa
dan maksiat sama ada kepada Allah mahupun sesama manusia lain.
2.Barangsiapa
yang pernah melakukan kesalahan terhadap orang lain, sama ada yang
berkait dengan kehormatannya atau hartanya, hendaklah dia segera meminta
maaf semasa hidup.
3.Jika dosa seseorang terhadap orang lain
tidak dimaafkan, dibimbangi ia menjadi hutang yang perlu dibayar dengan
pahala amalan solehnya di akhirat nanti.
4.Jika amal kebaikan
yang dimiliki telah habis kerana membayar hutang kepada orang lain, maka
dosa saudaranya itu akan dipikulkan kepadanya.
5.Ingatlah firman Allah SWT:
ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عِندَ رَبِّكُمْ تَخْتَصِمُونَ
"Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu."(Surah al-Zumar : 31)
No comments:
Post a Comment