Isnin, 29 Syawal 1443H: Tunaikan Permintaan
عَنْ ابْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ سَمِعْتُ
جَابِرًا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ مَا سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ شَيْءٍ قَطُّ فَقَالَ لَا
Daripada Ibn al-Munkadir, aku mendengar Jabir RA berkata; Nabi SAW tidak pernah apabila diminta sesuatu lalu baginda berkata; "Tidak."
(Sahih Bukhari
No: 5687) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW adalah seorang pemurah
2. Rasulullah SAW juga tidak pernah menghampakan harapan dan permintaan orang lain
3. Rasulullah SAW menunaikan permintaan orang lain tanpa merasa bimbang kehabisan harta.
Ayuh kita mencontohi sifat pemurah Rasulullah SAW.
Jangan kata TIDAK. Bersedialah membantu dengan ringankan tulang, bersikap RAHMAH terhadap orang lain, pemurah dan tidak bakhil.
No comments:
Post a Comment