Selasa, 27 Ramadhan 1444H: Dua Kegembiraan Orang Berpuasa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ …. لِلصَّائِمِ
فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ
.....
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda… Bagi orang
yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka dan
kegembiraan ketika bertemu Tuhannya nanti….
(H.R. Muslim No : 1945)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bagi orang puasa,
mereka akan mendapat kegembiraan ketika berbuka kerana dapat makan dan
minum serta menghilangkan rasa lapar dan dahaga selepas menahannya di
siang hari.
2. Kegembiraan kedua apabila dapat bertemu Allah
kelak. Ia hanya akan terhasil dari puasa yang dilakukan dengan penuh
keimanan dan keikhlasan, menjaga segala syarat, kehendak dan mengharap
keredhaan Allah. Hal ini penting untuk kita meraih kegembiraan yang
hakiki di akhirat dengan ganjaran keampunan.
3. Bukan sekadar
rasa nikmat selepas menahan lapar, iaitu tidak sekadar letih jasmani.
Tapi yang kita inginkan juga nikmat rohani. Hubungan dan ikatan kita
dengan Allah SWT menerusi amalan kita. Ibadat yang benar-benar
bertunjangkan keikhlasan dan kehambaan dalam menjalaninya.
4.
Marilah kita berusaha meraih kedua-dua kegembiraan. Kita menjaga dan
melatih mulut, pandangan dan segala pancaindera yang lain agar akur
kepada perintah Allah.
5. Mohon jauh dari puasa yang sia-sia.
Jika hanya kegembiraan yang pertama kita raih, rugi dan sia-sialah kita.
Rugi juga jika hanya perut yang lapar, tapi nafsu masih sentiasa
kenyang. "Dedah aurat, pergaulan bebas, asyik dengan hiburan, web lucah,
mengumpat, menghina, dedah aib, berkata kotor, menyebarkan fitnah dan
perkara yang tidak betul menerusi WhatsApp, Telegram, FB serta
bermacam-macam lagi dosa lain. Andai solat yang ditinggalkan, maka tiada
guna seluruh puasanya".
No comments:
Post a Comment