Rabu, 21 Ramadhan 1444H: Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَيَقُولُ
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
Daripada
Aisyah Radliallahu 'anha berkata: Rasulullah SAW beriktikaf pada
sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan bersabda: "Carilah Lailatul
Qadar pada sepuluh malam yang akhir dari Ramadan". (Sahih Bukhari No:
1916) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menyuruh beriktikaf pada 10 malam terakhir dari Ramadan untuk memburu lailatul Qadr.
2.
Bersungguh beramal pada 10 malam terakhir Ramadan untuk memperoleh
lailatul Qadar yang ganjaran amalan pada malam tersebut lebih baik
daripada 1000 bulan atau lebih baik daripada 83 tahun 4 bulan.
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)
"malam kemuliaan (lailatul Qadr) itu lebih baik daripada seribu bulan" (al-Qadr: 3).
3.
Sepatutnya kita tidak hanya memilih malam-malam tertentu untuk memburu
lailatul Qadar kerana tidak ada satu tarikh yang tepat dan ia
dirahsiakan untuk menjadi pendorong kepada kita mencarinya pada sepuluh
malam terakhir Ramadhan.
4. Bangunkan ahli keluarga kita untuk bersama merebut peluang bertemu lailatul Qadar.
5.
Perbanyakkan iktikaf, pelihara solat fardhu berjemaah di masjid,
tingkatkan tilawah al-Quran, perbanyakkan doa dan permohonan ampun
kepada Allah.
6. Imam Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullah
menyatakan: Sebahagian ulama mazhab Syafie menakalkan riwayat daripada
Ibn ‘Abbas RA bahawa: “Menghidupkan malam Lailatul Qadar akan terhasil
apabila seseorang mendirikan solat ‘Isya’ secara berjemaah dan berazam
untuk melakukan solat Subuh secara berjemaah juga. Imam Malik merekodkan
dalam al-Muwatta’ bahawa Imam Ibn al-Musayyib berkata: Sesiapa yang
bertemu dengan Lailatul Qadar bermaksud (yang mendirikan solat) dalam
berjemaah (pada malam tersebut), maka dia akan memperolehi kebaikan
malam itu. Begitu jugalah yang dikatakan oleh Imam asy-Syafie
rahimahullah dalam pendapat lamanya: Sesiapa yang mendirikan solat Isya’
dan Subuh pada malam Lailatul Qadar, maka dia akan memperoleh
kebaikannya.” Lihat Lathaif al-Maarif (hal. 159).
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Wednesday, April 12, 2023
Memburu Lailatul Qadar Sepuluh Malam Terakhir Ramadan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment