Jumaat, 23 Ramadhan 1444H: Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan
قَالَتْ عَائِشَةُ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي
غَيْرِهِ
Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: “Rasulullah SAW
lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang
tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009)
Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.
2.
Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah
iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran,
sedekah, berzikir, solat sunat seperti solat duha, solat tahajud, solat
tasbih dan lain-lain.
a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan
3.
Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan
ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?
4.
Imām Ibn Rajab Al-Hanbali berkata : Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu
terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu
siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan
qiamullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan
melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah
memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung. Rujuk Lathā’if
Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171)
5. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.
a.
Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada
di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan
tempatnya.
b. Banyakkan Iktikaf. Usahakan pada sepuluh terakhir
bulan Ramadhan dengan mengajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke
Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat
tarawikh.
c. Perbanyakkan doa. "Sesungguhnya doa di waktu sahur
adalah anak panah qadar". Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah
ini, doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia. Juga doa
kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga dan di
seluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan
musibah mereka
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Friday, April 14, 2023
Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment