Khamis, 22 Ramadhan 1444H: Perbanyak Doa Keampunan Di Malam Lailatul Qadar
عَنْ
عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ
أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Daripada
Aisyah radhiyallahu ‘anha, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada
Rasulullah SAW, iaitu jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam
tersebut adalah lailatul qadar, apakah doa yang mesti aku ucapkan?”
Jawab Rasululullah SAW: “Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul
‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun
dan sentiasa memberi pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah
segala kesalahanku”
(Sunan Tirmizi No: 3513) Dar Kutub Ilmiyyah.
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan menuntut kita memperbanyak amal ibadah termasuklah memperbanyakkan doa.
2.
Rasulullah SAW menganjurkan kita agar perbanyakkan doa memohon ampun di
sepuluh malam terakhir dari Ramadhan khususnya apabila menemui lailatul
qadar.
3. Kita bertawasul dengan sifat ‘afwu (Maha Pemaaf Allah) dengan memohon agar Allah memaafkan dosa yang kita lakukan.
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
"Ya
Allah, sesungguhnya Engkaulah yang maha pengampun dan sentiasa memberi
pengampunan atas kesalahan hambamu, maafkanlah segala kesalahanku”
No comments:
Post a Comment