Selasa, 22 Jamadil Akhir 1446H | Ucapan Boleh Mendatangkan Pahala Atau Dosa
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِنَّ الْعَبْدَ لَيَتَكَلَّمُ بِالْكَلِمَةِ مِنْ رِضْوَانِ اللهِ تَعَالى مَا يُلْقِي لَهَا بَالاً يَرْفَعُهُ اللهُ بِهَا دَرَجَاتٍ ، وَإِنَّ الْعبْدَ لَيَتَكلَّمُ بالْكَلِمَةِ مِنْ سَخَطِ اللهِ تَعَالَى لاَ يُلْقِي لَهَا بَالاً يَهْوِيْ بِهَا فِيْ جَهَنَّمَ
Daripada Abû Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata dari keredhaan Allâh tanpa ia menaruh perhatian padanya, maka Allâh akan mengangkatnya lantaran (ucapannya) beberapa darjat, dan sesungguhnya seorang hamba berbicara dengan kata-kata yang mengandung kemurkaan Allâh tanpa memikirkannya maka ia menjerumuskannya ke dalam neraka jahannam. (HR Bukhari No: 6478) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Hadis ini menunjukkan bahawa ucapan seseorang boleh menjadi sebab kenaikan darjat atau kehinaan dirinya. Hal ini kerana Allah memberikan perhatian kepada apa yang kita katakan dan akan menilai setiap perkataan kita.
2. Kita perlu sentiasa menjaga lisan agar tidak mengeluarkan perkataan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah seperti menghina, memfitnah juga menyakiti orang lain.
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Qaf ayat 18:
مّا يَلفِظُ مِن قَولٍ إِلّا لَدَيهِ رَقيبٌ عَتيدٌ
Maksudnya: Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.
3. Berhati-hatilah dengan dosa yang dianggap remeh seperti memandang ringan kata-kata buruk terhadap orang lain seperti umpatan, senda gurau yang melukai hati orang lain kerana ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
4. Ucapkanlah kata-kata yang mendatangkan pahala dan kebaikan seperti memberi salam, memberi nasihat, ucapan yang menggembirakan dan memberi semangat, kata-kata memuji Allah, zikir dan doa.
5. Kata-kata boleh menjadi sebab untuk seseorang mendapat keredhaan atau kemurkaan Allah. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan apa yang diucapkan dan berusaha menggunakan lisan untuk kebaikan. Dengan menjaga kata-kata, kita bukan sahaja memperbaiki hubungan dengan sesama manusia tetapi juga meraih ganjaran besar di sisi Allah SWT.
No comments:
Post a Comment