Khamis, 16 Rejab 1446H | Kebaikan Melalui Penguasaan Ilmu Agama
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يُرِدْ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa dikehendaki Allah untuk mendapat kebaikan, maka Allah akan memberikan pemahaman kepadanya tentang agama." (HR Ibnu Majah No: 216) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah yang menganugerahkan kebaikan pada sesiapa yang dikehendaki.
2. Satu daripada ciri orang yang mendapat kebaikan ialah ia menjadi orang yang faqih atau memperoleh kefahaman terhadap agama menerusi ilmu yang dipelajari serta didasari dengan kebersihan hati dan aqidah yang sahih.
3. Faqih juga bermaksud memahami agama dengan ilmu yang benar dan sahih disamping penghayatan dan pengamalan ilmu dalam kehidupan harian.
4. Berusahalah kita menjadi orang yang belajar dan menguasai kefahaman agama berdasarkan al-Quran dan Hadis. Moga dengannya kita menjadi taat kepada perintah Allah.
5. Hadis ini mengingatkan kita bahawa kefahaman dalam agama adalah nikmat dan tanda kebaikan daripada Allah SWT. Oleh itu, seseorang hendaklah berusaha menuntut ilmu agama, menghayatinya, beramal, dan menyampaikannya kepada orang lain. Ia merupakan jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment