Khamis, 27 Jamadil Akhir 1447H | Jauhi Amalan Jahiliah
عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْعَرِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ، لَا يَتْرُكُونَهُنَّ: الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ، وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ، وَالِاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ، وَالنِّيَاحَةُ. وَقَالَ: «النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا، تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ، وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ
Daripada Abi Malik al Asyaari berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Empat perkara daripada amalan jahiliah masih ada dalam kalangan umatku yang mereka tidak tinggalkan: bermegah-megah dengan keturunan, mencela nasab (keturunan orang lain), meminta hujan melalui bintang-bintang, dan meratap kematian secara berlebihan. Nabi bersabda lagi: Perempuan yang meratap (menangis berlebih-lebihan ketika kematian) jika tidak bertaubat sebelum dia mati, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan memakai pakaian daripada cairan tar dan baju daripada penyakit gatal (kudis atau kurap).” (HR Muslim No: 934) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim wajib meninggalkan amalan Jahiliah dalam kehidupan seharian.
2. Empat amalan jahiliah yang perlu dijauhi antaranya berbangga dan bermegah dengan keturunan atau asal usul, mencela atau merendahkan orang lain, mempercayai Bintang atau astrologi, dan meratap atau meraung Ketika kematian.
3. Bermegah dengan keturunan sambil merendahkan orang lain yang dianggap tidak setaraf dengannya adalah amalan jahiliah. Islam tidak mengukur kemuliaan seseorang dengan asal keturunan, tetapi berdasarkan ketaqwaan
4. Mencela atau merendah-rendahkan keturunan orang lain, memperlekeh serta menghina boleh mencetuskan permusuhan dan perkauman, ia bertentangan dengan ajaran Islam yang menggalakkan ukhuwwah dan kesatuan umat.
5. Kepercayaan bahawa kedudukan atau pergerakan bintang boleh menyebabkan turunnya hujan atau percaya kepada ramalan bintang adalah bentuk syirik kecil kerana meyakini sesuatu selain Allah yang memberi rezeki dan mengatur alam.
6. Meratapi kematian dengan tangisan dan teriakan adalah perbuatan yang dilarang kerana ia menunjukkan tidak redha terhadap qada' dan qadar Allah.
No comments:
Post a Comment