Sunday, October 4, 2026

Adab Orang Yang Ditimpa Musibah

Ahad, 22 Rabiul Akhir 1448H  A|  Adab Orang Yang Ditimpa Musibah
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَتَمَنَّيَنَّ أَحَدُكُمْ الْمَوْتَ مِنْ ضُرٍّ أَصَابَهُ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَاعِلًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

Daripada Anas bin Malik RA dia berkata; Nabi SAW bersabda: "Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu mengharapkan kematian disebabkan musibah yang menimpanya. Namun sekiranya dia benar-benar tidak dapat mengelakkan perasaan tersebut, hendaklah dia berdoa; Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku." (HR Bukhari No: 5239) Status: Hadis Sahih
 
Pengajaran:
 
1. Setiap Muslim diperintahkan agar bersabar dan reda apabila ditimpa musibah.
 
2. Setiap musibah yang menimpa seorang Muslim bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat seseorang.
 
3. Dilarang mengharapkan kematian semata-mata kerana kesakitan atau kesusahan dunia.
 
4. Kita tidak mengetahui sama ada kehidupan atau kematian pada sesuatu ketika lebih baik untuk kita.
 
5. Bagi orang yang ditimpa musibah, tidak boleh meminta dan mengharap supaya dipercepatkan kematian kerana seseorang tidak mengetahui apakah kehidupan atau kematian yang lebih baik baginya.
 
6. Ketika penderitaan terlalu berat, gunakan doa yang diajar Rasulullah SAW. Diharuskan berdoa dengan lafaz ini:

اللَّهُمَّ أَحْيِنِي مَا كَانَتْ الْحَيَاةُ خَيْرًا لِي وَتَوَفَّنِي إِذَا كَانَتْ الْوَفَاةُ خَيْرًا لِي

“Ya Allah, hidupkanlah aku jika kehidupan itu lebih baik untukku, dan matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku”
 

No comments: