Saturday, October 3, 2026

Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa

Sabtu, 21 Rabiul Akhir 1448H  |  Sakit dan Kesusahan Penghapus Dosa
 
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مَرَضٍ أَوْ وَجَعٍ يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ إِلَّا كَانَ كَفَّارَةً لِذَنْبِهِ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا أَوْ النَّكْبَةِ يُنْكَبُهَا
 
Daripada Aisyah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak ada suatu penyakit atau kesusahan yang menimpa seorang mukmin melainkan ia menjadi penghapus dosa baginya, sehingga duri yang menusuknya atau batu yang ia tersandung kerananya." (HR Ahmad No: 24173) Status: Isnad Hasan
 
Pengajaran:
 
1.    Setiap kebaikan dan keburukan yang menimpa seorang mukmin ada hikmah disebaliknya.
 
2.    Penyakit atau kesusahan yang menimpa ke atas seorang mukmin bertujuan untuk mengampunkan dosa dan meninggikan darjat.
 
3.    Termasuklah musibah yang kecil seperti duri yang mencucuk ataupun kaki yang tersepak batu – juga menjadi penghapus dosa dengan syarat ia reda dan bersabar.
 
4.    Sabar dan mengharapkan pahala ketika sakit mempunyai kedudukan yang besar.
 
5.    Bersabar dan reda di atas sebarang kesusahan dan kesakitan yang menimpa adalah dituntut dan ia menjadi penghapus dosa-dosa kita.
 

No comments: