Friday, January 28, 2022

Doa Terdinding

 

Jumaat, 25 Jamadilakhir 1443H: Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya) berkata : “Doa seseorang itu terdinding (terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”

[Sila rujuk kitab Al-Mu’jam Al-Ausat oleh Imam Ath-Thabrani. Hadith Hasan]
 
 May be an image of monument and text that says "Dari Anas bin Malik .a, beliau berkata bahawa Rasulullah W bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa) serta ditinggikan baginya sepuluh darjat (di syurga kelak)." [Riwayat Ahmad, Nasa'ie dan Al Hakim] 1.00 @kabilahilmu"

Thursday, January 27, 2022

Sujud Balasan Syurga

 

Khamis, 24 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إِذَا قَرَأَ ابْنُ آدَمَ السَّجْدَةَ فَسَجَدَ، ﭐعْتَزَلَ الشَّيْطَانُ يَبْكِي يَقُولُ: يَا وَيْلَهُ! وَفِي رِوَايَةِ أَبِي كُرَيْبٍ: يَا وَيْلِي! أُمِرَ ابْنُ آدَمَ بِالسُّجُودِ فَسَجَدَ فَلَهُ الْجَنَّةُ، وَأُمِرْتُ بِالسُّجُودِ، فَأَبَيْتُ فَلِيَ النَّارُ.
(رواه مسلم)
 
Maksudnya: “Apabila anak Adam membaca ayat sajdah (ayat al-Quran yang disunatkan untuk sujud), lalu dia sujud, syaitan akan mengasingkan dirinya lalu menangis dan berkata: Aduhai celaka dia! 
 
Dalam riwayat Abi Kuraib: (syaitan berkata): Aduhai celaka aku! Anak Adam telah diperintahkan untuk sujud lalu dia sujud, maka ganjaran baginya adalah syurga, sedang aku diperintahkan untuk sujud maka aku enggan, maka balasan bagiku adalah neraka.”
 
(Hadits riwayat Muslim)
 
 May be an image of one or more people, monument and text

Wednesday, January 26, 2022

Kelebihan Sujud

 

Rabu, 23 Jamadilakhir 1443H: Rasulullah bersabda: "Hendaklah kamu memperbanyak sujud, karena sesungguhnya kamu tidak melakukan sujud sekali untuk Allah, melainkan dengan sujud itu Allah mengangkatmu satu derajat dan menghapus darimu satu dosa."
 
(Hadits Riwayat Imam Muslim, dikutip dari Riyadhus Shalihin)
 
May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sujud Mengangkat Darjat Rasulullah menggalakkan kita agar memperbanyakkan sujud kepada Allah. Sabda Rasulullah: دَرَجَةً، بِهَا الله رَفَعَكَ إلا سَجْدَةً تَسْجُدُ لا فَإِنَّكَ خَطِيئَةً بِهَا عَنْكَ وَحََّ " Sesungguhnya kamu tidak sujud melainkan Allah mengangka darjat kamu dengannya serta menghapuskan dosa. " (Riwayat Muslim) "Sungguh aneh amalan sujud. Biarpun meletakkan kepala dilantai, perbuatan ini meningkat darjat seseorang disisi Allah" DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA വി‎"‎‎

Tuesday, January 25, 2022

Ahli Kubur

 

Selasa, 22 Jamadilakhir 1443H: Dari Ibnu ‘Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Jadilah di dunia seperti kamu mengembara atau berjuang di jalan Allah dan anggaplah dirimu (termasuk) dari ahli kubur,”

(HR Ahmad, Abu Daud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah).
 
 May be an image of 1 person and text

Monday, January 24, 2022

Rumah Seperti Kubur

 

Isnin, 21 Jamadilakhir 1443H: Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Hanbal telah menceritakan kepada kami Yahya dari 'Ubaidullah telah mengabarkan kepadaku Nafi' dari Ibnu Umar dia berkata;

Rasulullah SAW bersabda: "Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai tempat mengerjakan solat (sunnah), dan janganlah kalian jadikan sebagai kuburan."
 
(HR Abu Daud, sahih.)
 
 May be an image of 1 person and text

Wednesday, January 19, 2022

Kamu Tidak Akan Sesat Selama-Lamanya

 

Rabu, 16 Jamadilakhir 1443H: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku telah tinggalkan buat kamu (dua perkara) selagi mana kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah NabiNya (Sunnah Nabi SAW).”

(Hadis riwayat Al-Baihaqi)
 May be an image of text

Friday, January 14, 2022

Jumaat Penghapus Dosa

 

Jumaat, 14 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ
 
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” 
 
[Riwayat Muslim (233)]
 May be an image of text

Thursday, January 13, 2022

Tiada Agama Baginya

Khamis, 10 Jamadilakhir 1443H: Daripada Ibn Umar RA, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah SWT di dalam Islam? Nabi SAW bersabda:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ
 
Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. 
 
[Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab)
 
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sifat Malas Melaksanakan Solat Dalam al-Quran Allah menggambarkan salah satu sifat orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah: أكسَالى الصَّلَوةِ Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas (Surah al-Nisa: 142) Menurut al-Imam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan sikap orang munafik ketika mendirikan solat. Mereka bersikap malas sedangkan orang beriman melaksanakan solat dengan penuh khusyuk. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Wednesday, January 12, 2022

Kelebihan Solat Berjamaah

 

Rabu, 9 Jamadilakhir 1443H: Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Pahala solat seseorang dengan berjamaah melebihi pahala solatnya di rumah dan di pasar sebanyak dua puluh lima darjat. 
 
Hal tersebut, kerana apabila seseorang di antara kalian berwuduk, lalu memperelokkan wuduknya, kemudian pergi ke masjid semata mata kerana untuk mengerjakan solat, dan kesempatan itu hanya dipergunakan untuk solat, maka orang tersebut tidak melangkah satu langkah, kecuali setiap langkahnya itu diangkat baginya satu darjat, dan dihapus darinya satu dosa, sampai dia masuk ke dalam masjid.
 
Apabila dia telah masuk masjid, maka dia dikira dalam keadaan solat selama tertahan kerana solat (tidak keluar dari masjid kerana menunggu solat), dan para malaikat akan berselawat (memohonkan rahmat dan ampunan) kepada seseorang di antara kalian, selama dia tetap berada di tempat dia mengerjakan solatnya, mereka (para malaikat) berdoa; Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia dan terimalah taubatnya. Para malaikat itu berdoa demikian selama orang itu tidak mengganggu orang lain di tempat itu atau berhadats."

(HR Abu Daud No: 472) Status: Hadis Sahih
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Sifat Malas Melaksanakan Solat Dalam al-Quran Allah menggambarkan salah satu sifat orang munafik ialah mereka mendirikan solat dalam keadaan malas. Firman Allah: كُسَالَى قَامُواْ الصَّلَوةِ Dan apabila mereka hendak mendirikan solat, mereka berdiri dalam keadaan malas (Surah al-Nisa: 142) Menurut al-lmam al-Qurtubi, ayat ini menjelaskan sikap orang munafik ketika mendirikan solat. Mereka bersikap malas sedangkan orang beriman melaksanakan solat dengan penuh khusyuk. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA ்‎"‎‎

Friday, January 7, 2022

Manusia Bakhil

 

Jumaat, 4 Jamadilakhir 1443H: Hussain bin Ali memberitakan daripada ayahnya Ali bin Abi Talib (semoga Allah meredhainya mereka berdua) bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :”Apakah tidak lebih baik aku khabarkan kepada kamu tentang orang yang dipandang sebagai manusia yang paling bakhil?”

Maka kami (para sahabat) menjawab : “Baik benar Rasulullah!” 
 
Maka Rasulullah SAW meneruskan: “ Orang yang disebut namaku di hadapannya, maka tiada ia berselawat kepadaku, itulah manusia yang paling bakhil.!”
 
[Sila rujuk HR At-Tirmizi,Misykat Al-Masbih-3/299,no : 311.Riyadus Salihin -1440. Imam At-Tirmizi berkata hadith ini adalah sahih. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Ibnu Hibban dan Al-Hakim ]
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Dicukupkan Keperluan Mereka Rasulullah menjelaskan kepada Saidina Ubai bahawa orang memperbanyakan selawat akan dicukupkan keperluannya oleh Allah. Sabda Rasulullah وسم kepada Saidna Ubai: ذَنْبُكَ لَكَ وَيُغْفَرُ هَمَّكَ تُكْفَى إِذَا " Jika demikian Allah akan mencukupkan segala keperluanmu dan mengampunkan dosamu. (Hadis riwayat al-Tirmizi) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎‎

Thursday, December 16, 2021

Semua Masuk Syurga Kecuali Yang Enggan

 

Khamis, 11 Jamadilawal 1443H: Dari Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, ” 
 
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?” 
 
Nabi menjawab: “Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang mendurhakaiku dialah orang yang enggan.”

(HR Bukhari No: 6737) Status: Hadis Sahih
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Menyesal Kerana Tidak Mengikuti Rasul Firman Allah سَبِيلً Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul (Surah al-Furqan: 27) " Rasulullah telah menyediakan panduan dan bimbingan buat kehidupan muslim. Mereka yang tidak menjadikan Rasulullah ikutan, akan menyesal di akhirat kelak. " DR. AHMAD SANUSI AZMI MAJLIS ULAMA ISMA isma‎"‎‎

Tuesday, December 14, 2021

Termasuk Penghuni Neraka

 

Selasa, 8 Jamadilawal 1443H: Diriwayatkan dari jalur Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beliau bersabda yang artinya, “Demi Zat yang jiwa Muhammad berada di tangannya. Tidaklah ada seorang manusia dari umat ini yang mendengar kenabianku, baik yang beragama Yahudi maupun Nasrani lantas dia meninggal dalam keadaan tidak mau beriman dengan ajaran yang aku bawa melainkan dia pasti termasuk salah seorang penghuni neraka.”

(Hadis Shahih Muslim)
 
 May be an image of text that says "" Kita adalah satu golongan yang diberi kemuliaan oleh Allah SWT dengan Islam. Sesiapa mencari kemuliaan selain dari apa yang telah Allah muliakan maka ia telah dihina oleh Allah. [Sayidina Umar Al-Khatab RA] ""

Monday, December 13, 2021

Zikir

 

Isnin, 8 Jamadilawal 1443H: Dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa mengucapkan dzikir ini di siang hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati pada hari tersebut sebelum petang hari, maka ia termasuk penghuni surga.

Dan barangsiapa yang mengucapkannya di malam hari dalam keadaan penuh keyakinan, lalu ia mati sebelum shubuh, maka ia termasuk penghuni surga.” 
 
(HR. Bukhari (7/150, no. 6306).
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Lembutkan Hati Dengan Zikir Seorang lelaki telah datang bertemu al-Hasan al-Basri dan bertanyakan kepadanya tentang bagaimana untuk melembutkan hati yang leka. Lalu al-Hasan al-Basri berpesan: الغفلة به اشتدت كلما القلب لأن وهذا بالذكر أذبه القسوة تلك ذابت تعالی الله ذکر فإذا القسوة به اشتدت " Lembutkan hatimu dengan memperbanyakkan zikir mengingati Allah. Sesungguhnya hati ini akan menjadi keras apabila terlalu banyak kelekaan dan kelalaian yang menyelubungi jiwa. Apabila seseorang mengingati Allah, maka akan lembutlah jiwa tersebut. (al-Wabil al-Sayyib) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Thursday, December 9, 2021

Hati Keras

 

Khamis, 3 Jamadilawal 1443H: Dari Abu Hurairah, dia berkata; bahwa seorang laki-laki mengadu kepada Rasulullah SAW akan kerasnya hatinya, maka bagindapun bersabda: “Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut maka berilah makan kepada orang miskin dan usaplah kepala anak yatim.”

(HR Ahmad No: 7260)
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Antara Tanda Hati Keras Menurut al-Imam Ibn al-Qayyim, antara tanda hati manusia sudah keras adalah dia tidak menangis apabila diingkatkan kepadanya tentang perkara yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Kata Ibn al-Qayyim: " الله خشية من البكاء من العين أقحطت ومتى القلب قسوة من قحطها أن فاعلم تعالى Dan bilamana mata sudah kering dari menangis kerana takutkan Allah, ketahuilah bahawa keringnya air mata itu adalah disebabkan kerana hati yang sudah keras. " (Ibn al-Qayyim, Bada'i al-Fawai'd 3/743) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎‎

Tuesday, December 7, 2021

Niat Berhutang

 

Selasa, 2 Jamadilawal 1443H: Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ
 
Maksudnya: "Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya.
 
Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya."
 
Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)
 May be an image of ‎text that says "‎Konsep Berhutang Dalam Islam "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)." Surah Al-Baqarah ayat 282 SURAH AL QURAN POי Yumida‎"‎

Monday, December 6, 2021

Darjat Diangkat Selepas Meninggal Dunia

 

Isnin, 1 Jamadilawal 1443H: Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW juga menjelaskan: "Selepas meninggal dunia, darjat seseorang masih dapat diangkat."

Orang yang sudah meninggal dunia yang menyedari darjatnya diangkat akan berkata, "Ya Allah, apa ini?"
 
Maka akan dijawab, "Itu adalah kerana anakmu selalu meminta keampunan untukmu."
 
(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari)
 May be an image of 1 person and text

Friday, December 3, 2021

Kematian Mengejut

 

Jumaat, 28 Rabiulakhir 1443H: Daripada Aisyah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan kematian mengejut.

Lalu Baginda bersabda maksudnya: “(Mati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang Mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.” 
 
(Riwayat Imam Ahmad - 25556)
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Menyesal di Penghujung Nyawa Perbanyakkan amal soleh sementara masih diberikan kesempatan. al-Quran sering menampilkan dialog manusia yang menyesal di penghujung kehidupan mereka. Firman Allah: ارْجِعُونِ رَبِّ قَالَ " Sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang antara mereka, dia berkata: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia)" " (Surah al-Mukminun: 99) DR. AHMAD SANUSI AZMI ULUM HADITH RESEARCH CENTRE‎"‎‎

Thursday, December 2, 2021

Penduduk Neraka

Khamis, 27 Rabiulakhir 1443H: Haritsah bin Wahb Al Khuzai’i berkata bahwa ia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ
 
Maukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? 
 
Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong).“
 
(HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853)
 May be an image of text that says "Allah SWT berfirman: "Danjanganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (karena sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri." (QS Luqman: Ayat 18) aira's + signatire signature F"

Wednesday, December 1, 2021

Memintalah Kepada Allah SWT

 

Rabu, 26 Rabiulakhir 1443H: Dari Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezekinya kemudian dia mula meminta-minta kepada orang lain, maka kesempitan itu tidak akan hilang. 
 
Dan barangsiapa menghadapi kesempitan dalam rezeki kemudian dia meminta kepada Allah maka Allah menyediakan kepadanya rezeki dengan segera, sama ada dengan cepat atau dilambatkan sedikit". 
 
(HR Tirmizi)
 May be an image of text that says "BIMBINGAN ISLAM Rezeki Adalah Ujian Dimewahkan bukan berarti dimuliakan, disempitkan bukan berarti dihinakan. "Sungguh mengherankan kondisi orang yang beriman, semua urusannya baik. Itu tidak dimiliki kecuali oleh orang yang beriman. Ketika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur, dan itu baik baginya. Dan ketika dia mendapatkan musibah, dia bersabar, dan itu baik baginya." (HR. Muslim No. 7692) bimbinganislam.com Bimbingan Islam bimbingan_islam tausiyahbimbinganislam"

Tuesday, November 30, 2021

Rezeki Haram

 

Selasa, 25 Rabiulakhir 1443H: Daripada Abu Zar r.a , Rasulullah s.a.w bersabda:

"Manusia yang paling berdukacita pada hari kiamat kelak ialah orang yang berusaha mencari harta yang tidak halal(haram). Maka ia akan masuk dengan sebab itu ke neraka".
 
(Hadith Riwayat Imam al-Bukhari)
 
 May be an image of ‎1 person and ‎text that says "‎Rezeki Makhluk Dijaga Oleh Allah Dalam al-Quran Allah menggambarkan bahawa rezeki makhluk dijaga oleh Allah. Firman Allah: وَمَامِن Dan tiadalah sesuatupun dari yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya. (Surah Hud: 6) Lafaz "dabbah" yang bermaksud "setiap yang bergerak" seakan menunjukkan manusia harus bergerak dan berusaha lalu Allah menjamin rezeki mereka. DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA SİSLA‎"‎‎