Rabu, 25 Muharram 1446H | Tidur Dalam Masjid
عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي نَافِعٌ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يَنَامُ وَهُوَ شَابٌّ أَعْزَبُ لَا أَهْلَ لَهُ فِي مَسْجِدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Daripada Ubaidullah berkata, Nafi' telah menceritakan kepadaku katanya, Abdullah bin Umar telah mengkhabarkan kepadaku bahawa beliau pernah tidur dalam masjid Nabi SAW, ketika itu dia seorang pemuda bujang yang belum mempunyai isteri. (HR Bukhari No: 440) Status Hadis Sahih.
Pengajaran
1. Tidur di dalam masjid hukumnya diharuskan, dengan syarat dapat menjaga ada-adab dan kebersihannya. Imam Nawawi dalam kitabnya Al-Majmu' Syarah Al-Muhazzab (Juz II, halaman 173-174) menjelaskan:
"Tidur di masjid hukumnya boleh, tidak makruh menurut pendapat kami. Imam Syafie Rahimahullah telah memberikan nas yang membolehkan tidur di masjid dalam kitabnya Al-Umm, dan pendapatnya itu telah disepakati oleh sahabat-sahabatnya".
2. Sesetengah orang menganggap tidur di dalam masjid memberikan 'pemandangan' yang kurang baik. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan sebagai larangan mutlak kerana telah dijelaskan dalam hadis di atas.
3. Adab tidur di dalam masjid perlu sentiasa dipelihara mengikut sunnah Nabi SAW, diiringi dengan adab dan perlakuan yang sopan antaranya masuk ke dalam masjid dengan berwuduk, di mulakan dengan kaki kanan, menunaikan solat sunat tahiyatul masjid dan niat iktikaf serta menjaga aurat dan adab kesopanan di dalam masjid.
Walaupun begitu, bagi yang ingin tidur dalam masjid perlu mengambil kira perkara berikut:
• Mendapat kebenaran Jawatankuasa Masjid supaya tidak timbul sebarang permasalahan.
• Pilih di ruangan yang tidak mengganggu jemaah yang ingin solat di dalam masjid.
• Pastikan ketika tidur dalam keadaan menutup aurat sepenuhnya.
• Jauhkan daripada perkara yang mengotorkan masjid seperti keluarnya air liur basi dan sebagainya. Justeru, sebagai salah satu caranya dengan menghamparkan cadar atau kain di tempat tidur.
• Hormati waktu solat dan hendaklah melazimi solat berjemaah ketika berada di dalam masjid.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Wednesday, July 31, 2024
Tuesday, July 30, 2024
Orang Munafik Berat Solat Isyak dan Subuh Di Masjid
Selasa, 24 Muharram 1446H | Orang Munafik Berat Solat Isyak dan Subuh Di Masjid
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ صَلَاةٌ أَثْقَلَ عَلَى الْمُنَافِقِينَ مِنْ الْفَجْرِ وَالْعِشَاءِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِيهِمَا لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ الْمُؤَذِّنَ فَيُقِيمَ ثُمَّ آمُرَ رَجُلًا يَؤُمُّ النَّاسَ ثُمَّ آخُذَ شُعَلًا مِنْ نَارٍ فَأُحَرِّقَ عَلَى مَنْ لَا يَخْرُجُ إِلَى الصَّلَاةِ بَعْدُ
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Nabi SAW bersabda: "Tidak ada solat yang lebih berat bagi orang-orang Munafik kecuali solat subuh dan solat Isyak. Seandainya mereka mengetahui (kebaikan) yang ada pada keduanya tentulah mereka akan mendatanginya (masjid) walaupun dengan merangkak. Sungguh, aku berkeinginan untuk memerintahkan mu'adzin untuk azan, kemudian aku perintahkan seseorang untuk memimpin orang ramai (mengimami) solat, lalu aku pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu api menuju rumah orang yang tidak keluar untuk solat berjemaah (tanpa alasan yang benar) kemudian membakar rumah-rumah mereka. (HR Bukhari No: 617) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isyak dan solat subuh (berat untuk menunaikan secara berjemaah di masjid).
2. Sekiranya seseorang itu mengetahui pahala yang terdapat pada solat isyak dan subuh berjemaah, nescaya mereka akan mendatanginya (pergi ke masjid) walaupun terpaksa merangkak (kerana sakit).
3. Rasulullah SAW memberi amaran bagi lelaki yang tidak ke masjid untuk solat waktu tanpa ada apa-apa keuzuran dengan memerintahkan muadzin untuk azan, kemudian memerintahkan seorang mengimami mereka, lalu Rasulullah SAW pergi bersama beberapa orang dengan membawa kayu bakar menuju rumah orang yang meninggalkan solat berjemaah untuk membakar rumah-rumah mereka (menunjukkan pentingnya solat berjemaah di masjid).
Ayuh jangan ada sifat orang munafik pada kita. Berusaha bersungguh-sungguh untuk memelihara solat isyak dan subuh dengan berjemaah di masjid. Jangan berasa berat dan malas hingga menghalang kita ke masjid.

Monday, July 29, 2024
Ancaman Kepada Lelaki Yang Tidak Solat Berjemaah Di Masjid
Isnin, 23 Muharram 1446H | Ancaman Kepada Lelaki Yang Tidak Solat Berjemaah Di Masjid
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ آمُرَ بِالصَّلَاةِ فَتُقَامَ ، ثُمَّ أُخَالِفَ إِلَى مَنَازِلِ قَوْمٍ لَا يَشْهَدُونَ الصَّلَاةَ ، فَأُحَرِّقَ عَلَيْهِمْ .
Daripada Abi Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya aku bertekad supaya solat didirikan kemudian aku akan pergi kepada setiap rumah seseorang yang tidak hadir solat berjemaah lalu akan aku perintahkan agar dibakar rumah mereka. (HR Bukhari No: 2420) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah menekankan kepentingan untuk lelaki Muslim mengerjakan solat fardu di Masjid.
2. Ancaman Rasulullah SAW untuk membakar orang berserta rumahnya kerana tidak mengerjakan solat fardu di masjid (tanpa sebarang alasan yang dibenarkan syarak). Menunjukkan kepentingan solat fardu berjemaah di masjid bagi lelaki.
3. Lelaki Muslim yang mendengar azan dan tidak menunaikan solat berjemaah di masjid, solat yang dilaksanakan di rumahnya tidak akan sempurna tanpa alasan yang dibenarkan syarak. Hadis Rasulullah SAW:
مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُمْ قَالُوا مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْ فَلَا صَلَاةَ لَهُ و قَالَ بَعْضُ أَهْلِ الْعِلْمِ هَذَا عَلَى التَّغْلِيظِ وَالتَّشْدِيدِ وَلَا رُخْصَةَ لِأَحَدٍ فِي تَرْكِ الْجَمَاعَةِ إِلَّا مِنْ عُذْرٍ
Daripada sahabat Nabi SAW dengan banyak jalur, mereka mengatakan, "Barangsiapa mendengar seruan azan lalu tidak memenuhi panggilannya (hadir untuk solat), maka tidak ada solat baginya." Dan sebahagian para ahli ilmu berkata; "Hal ini sangat ditekankan dan tidak ada keringanan bagi seseorang untuk meninggalkan solat berjamaah kecuali bila ada uzur." (Sunan Tirmidzi No: 201) Status: Hadis Sahih
4. Marilah kita imarahkan Masjid dengan melaksanakan solat waktu di masjid.

Sunday, July 28, 2024
Amal Yang Dicintai Allah
Ahad, 22 Muharram 1446H | Amal Yang Dicintai Allah
عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ قَالَ حَدَّثَنَا صَاحِبُ هَذِهِ الدَّارِ وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلىَ دَارِ عَبْدِ اللهِ قَالَ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَّ الْعَمَلِ أَحَبُّ إِلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ؟ قَالَ: “الصَّلاَةُ عَلىَ وَقْتِهَا “. قُلْتُ ثُمَّ أَيُّ ؟ قَالَ: ثُمَّ “بِرُّ الْوَالِدَيْنِ ” قُلْتُ ثُمَّ أَىُّ ؟ قَالَ: ثُمَّ الْجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللهِ قَالَ: حَدَّثَنِيْ بِهِنَّ وَلَوِ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِى
Daripada Abu Amr Asy-Syaibani, ia berkata: ”Pemilik rumah ini (sambil menunjuk rumah Abdullah bin Mas’ud) memberitakan kepadaku, “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, Apakah amalan yang paling dicintai oleh Allah?” Maka baginda menjawab, “Solat pada waktunya.” Aku bertanya lagi, “Lalu amalan apa lagi, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Berbakti kepada kedua orang tua.” Aku bertanya kembali, “Kemudian amalan apa lagi?” Baginda bersabda, “Kemudian berjihad di jalan Allah.” Ibnu Mas’ud berkata, “Baginda (hanya) menyebutkan perkara tersebut, jika sekiranya aku bertanya lebih banyak, maka tentu baginda akan menambahnya” (HR Bukhari No: 527) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa antara amalan yang dicintai Allah SWT dalam kehidupan Muslim:
1. Solat di awal waktu
2. Berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas keduanya meninggal dunia)
3. Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut ruang dan kesempatan yang ada)
Lakukanlah amal yang dicintai Allah dalam kehidupan kita.

Saturday, July 27, 2024
Solat Fardhu Di Masjid Penghapus Dosa Dan Peninggi Darjat
Sabtu, 21 Muharram 1446H | Solat Fardhu Di Masjid Penghapus Dosa Dan Peninggi Darjat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَطَهَّرَ فِي بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِيَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالْأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً
Daripada Abu Hurairah RA katanya; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berwuduk di rumahnya, kemudian berjalan ke salah satu rumah Allah (masjid) untuk melaksanakan solat fardhu yang Allah tetapkan, maka kedua langkahnya, yang satu menghapus dosa dan satu langkahan lagi meninggikan darjat." (HR Muslim No: 1070) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Dua kelebihan orang yang solat fardhu di masjid:
a. Langkah kaki pertama menghapuskan dosa
b. Langkah kaki kedua meninggikan darjat
2. Syarat untuk mendapat keampunan dan ditinggikan darjat ialah dengan berwuduk terlebih dahulu di rumah kemudian menuju ke masjid untuk melaksanakan solat fardhu berjamaah.
Bagi orang lelaki, rebut peluang setiap waktu solat untuk mendapat keampunan melalui langkahan menuju ke masjid dan langkahan seterusnya ditinggikan darjat di sisi Allah.

Friday, July 26, 2024
Syurga Untuk Orang Solat Berjemaah Di Masjid
Jumaat, 20 Muharram 1446H | Syurga Untuk Orang Solat Berjemaah Di Masjid
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِى الْجَنَّةِ نُزُلاً كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Daripada Abi Hurairah RA, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang pergi dan balik dari masjid, maka Allah akan menyediakan baginya tempat di syurga setiap kali dia pergi dan balik.” (HR Muslim No: 1556) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pelihara solat waktu dengan berjemaah dengan berusaha solat fardhu di masjid berjamaah.
2. Orang yang meninggalkan solat fardhu di masjid bermakna ia meninggalkan antara sunnah Rasulullah SAW.
3. Orang yang solat fardhu di masjid, akan disediakan baginya tempat di syurga.
4. Sesungguhnya ganjaran berganda untuk mereka yang solat fardhu berjemaah di masjid. Dalam riwayat daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ أَحَدِكُمْ وَحْدَهُ بِخَمْسَةٍ وَعِشْرِينَ جُزْءًا
Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat salah seorang kalian bersendirian sebanyak 25 darjat. (Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi’ as-Solat, Bab Fadhl Solat al-Jama’ah, hadis no: 649)
Bagaimana dengan solat anda? Beruntunglah orang yang solat fardhu berjemaah di masjid kerana digandakan ganjaran pahala serta disediakan bagi mereka syurga ketika dia pergi ke masjid dan ketika pulang ke rumah.

Thursday, July 25, 2024
Apa Alasan Tidak Solat Berjemaah Di Masjid
Khamis, 19 Muharram 1446H | Apa Alasan Tidak Solat Berjemaah Di Masjid?
عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة
Daripada Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum RA bahawasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW; "Ya Rasulullah, aku adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan aku mempunyai orang yang menuntunku tapi dia tidak membantuku, maka apakah aku mendapat keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku?"
Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?"
Dia menjawab; "Ya."
Baginda bersabda: "Aku tidak mendapatkan keringanan untukmu!"
(Sunan Abu Daud No: 465) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Keutamaan solat Fardu bagi orang lelaki adalah di masjid
2. Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang membenarkan mereka untuk solat di rumah
3. Rasulullah SAW mengarahkan Abdullah Ibnu Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan apabila mendengar azan).
4. Imam Syafi’i dalam Mukhtashar Al-Muzani: “Adapun solat jamaah, aku tidaklah memberikan keringanan untuk ditinggalkan kecuali ada uzur.” (Ash-Shalah wa Hukmu Tarikiha, hlm. 107)
Apakah alasan kita untuk meninggalkan solat berjamaah di masjid, padahal kita dalam keadaan tidak buta, sihat tubuh badan, aman dalam perjalanan, berdekatan rumah dengan masjid dan memiliki kenderaan?
Agaknya kita yang tidak pergi solat fardhu ke masjid ni cacat apa ye???

Wednesday, July 24, 2024
Solat Berjemaah Dimasjid Apabila Terdengar Azan
Rabu, 18 Muharram 1446H | Solat Berjemaah Dimasjid Apabila Terdengar Azan
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَمِعَ الْمُنَادِيَ فَلَمْ يَمْنَعْهُ مِنْ اتِّبَاعِهِ عُذْرٌ قَالُوا وَمَا الْعُذْرُ قَالَ خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ لَمْ تُقْبَلْ مِنْهُ الصَّلَاةُ الَّتِي صَلَّى
Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mendengarkan azan dan tidak memiliki keuzuran yang menghalangnya mengikuti solat (tidak mendatangi ke tempat dilaungkan azan iaitu masjid). Para sahabat bertanya; Apakah alasan (uzur yang dibenarkan) itu? Baginda menjawab: "Takut atau sakit, maka tidak diterima solat yang dia kerjakan. (Sunan Abu Daud No: 464) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Lelaki Muslim yang mendengar laungan azan di masjid atau surau, menjadi tanggungjawab untuk menyahut dengan segera ke tempat azan dilaungkan untuk sama-sama solat waktu berjemaah
2. Dua orang yang mendapat pengecualian solat berjemaah di masjid ialah orang yang sakit (sakit yang menyukarkan untuk ke masjid) serta orang yang takut (contohnya ada sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat dipertengahan jalan).
3. Menurut Ibnu Qudamah didalam kitab Al-Mughniyy: "Takut" (khauf) terbahagi tiga; takut sesuatu yang mudarat ke atas diri atau harta atau ahli keluarga.
4. Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat di masjid tanpa alasan syarie, solatnya tidak diterima (tidak sempurna).
5. Menurut Imam an-Nawawi, solat berjemaah adalah tuntutan Fardu Kifayah yang diwajibkan bagi orang lelaki yang berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai apa-apa keuzuran syarie ketika azan dilaungkan (contohnya seperti hujan lebat, sedang mengurus jenazah, doktor yang sedang melakukan pembedahan).

Tuesday, July 23, 2024
Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat
Selasa, 17 Muharram 1446H | Pahala Solat Berterusan Dan Didoakan Malaikat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَدُكُمْ مَا قَعَدَ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ فِي صَلَاةٍ مَا لَمْ يُحْدِثْ تَدْعُو لَهُ الْمَلَائِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Salah seorang diantara kalian dihitung akan sentiasa berada dalam (pahala) solat selama duduk menunggu solat, dan selama ia tidak berhadas, malaikat juga akan mendoakannya; "Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia." (HR Muslim No: 1063) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang berada di masjid awal atau iktikaf sambil menunggu waktu solat seterusnya di masjid untuk solat berjemaah, akan mendapat ganjaran pahala seolah-olah sentiasa berada dalam keadaan solat selama ia masih menanti waktu solat seterusnya di tempat solat tersebut (di masjid) selama mana ia masih berwuduk.
2. Orang yang berada dalam keadaan berwuduk serta berada di masjid sementara menunggu waktu solat seterusnya, para malaikat akan berdoa untuknya agar dosanya diampunkan dan dia sentiasa dirahmati Allah.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ
Ya Allah, ampunilah dia, ya Allah, rahmatilah dia.
Ayuh rebut pahala berterusan dan mendapat doa dari Malaikat dengan kita berada di masjid sementara menunggu masuknya waktu solat seterusnya.

Monday, July 22, 2024
Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid
Isnin, 16 Muharram 1446H | Orang Yang Paling Banyak Pahala Solat Di Masjid
عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْظَمُ النَّاسِ أَجْرًا فِي الصَّلَاةِ أَبْعَدُهُمْ فَأَبْعَدُهُمْ مَمْشًى وَالَّذِي يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ حَتَّى يُصَلِّيَهَا مَعَ الْإِمَامِ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الَّذِي يُصَلِّي ثُمَّ يَنَامُ
Daripada Abu Musa berkata, "Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat adalah mereka yang paling jauh (jarak rumahnya ke masjid), kerana paling jauh dalam perjalanannya menuju masjid. Dan orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat kemudian tidur." (Sahih Bukhari No: 614) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang paling banyak mendapatkan pahala dalam solat di masjid:
a. Orang yang paling jauh jarak rumahnya ke masjid
b. Orang yang menunggu solat hingga dia melaksanakan solat bersama imam (tidak solat sendirian)
2. Beruntung mereka yang rumahnya jauh dari masjid namun tetap datang ke masjid. Semoga orang yang lebih jauh jarak rumahnya lebih semangat untuk ke masjid kerana pahalanya lebih besar dibandingkan dengan orang yang rumahnya dekat dan mudah untuk ke masjid.
3. Seseorang yang menunggu solat dengan datang awal ke masjid hingga dia melaksanakan solat bersama imam, lebih besar pahalanya dari orang yang melaksanakan solat (hanya datang pada waktu hampir solat didirikan).
4. Ganjaran pahala bertambah dengan seseorang mengambil kesempatan berada di masjid antara dua waktu solat seperti waktu maghrib dan menunggu sehingga waktu isya – sama ada membaca al-Quran, berzkir, mendengar kuliah atau bergaul mesra merapatkan hubungan ukhuwah sesama ahli jamaah.

Sunday, July 21, 2024
Ganjaran Pahala Haji dan Umrah Ketika Solat Subuh Berjemaah
Ahad, 15 Muharram 1446H | Ganjaran Pahala Haji dan Umrah Ketika Solat Subuh Berjemaah
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
Daripada Anas bin Malik RA dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah." dia (Anas radliallahu 'anhu) berkata, Rasulullah bersabda: "Sempurna, sempurna, sempurna." (HR Tirmizi No: 535) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Ganjaran pahala berganda sentiasa disediakan kepada setiap Muslim yang menunaikan solat berjemaah khususnya di masjid.
2. Barang siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sampai matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat (solat isyrak atau duha), maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.
3. Solat Isyraq bermula setelah matahari naik pada kadar segalah iaitu lebih kurang 1.5 meter atau kira-kira 12-15 minit selepas matahari terbit (12-15 minit selepas waktu Syuruk – BUKAN sebaik sahaja masuk waktu syuruk – waktu syuruk adalah waktu terbit matahari menandakan berakhirnya waktu solat subuh) (Rujuk Bughyat al-Muthatawwi’ fi Solaat al-Tathawwu’: 58).
4. Rasulullah mengulangi tiga kali kalimat "Sempurna" (dianugerahkan ganjaran seperti pahala mengerjakan ibadat haji dan umrah yang sempurna).
Rebutlah peluang ganjaran pahala seumpama mengerjakan haji dan umrah.

Saturday, July 20, 2024
Didik Anak Untuk Solat
Sabtu, 14 Muharram 1446H | Didik Anak Untuk Solat
عَنْ عَمِّهِ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا الصَّبِيَّ الصَّلَاةَ ابْنَ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا ابْنَ عَشْرٍ
Daripada Abdul Malik bin Ar Rabi' bin Sabrah dari Ayahnya dari datuknya ia berkata; "Rasulullah SAW bersabda: "Ajarkanlah solat kepada anak-anak diumur tujuh tahun, dan pukullah mereka ketika meninggalkan solat di umur sepuluh tahun." (HR Tirmizi No: 372) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Didiklah anak-anak kita untuk mengerjakan solat sejak dari kecil. Ajaklah mereka solat bersama dan berjemaah.
2. Proses membimbing, memujuk, dan menggalakkan anak-anak agar menunaikan solat sejak berumur 7 tahun hingga 10 tahun dengan sabar dan bersungguh-sungguh (3 tahun mengasuh dan membimbing anak agar solat sehingga ia menjadi tabiat dan kebiasaan).
3. Disiplinkan anak-anak dengan menghukum mereka apabila berumur 10 tahun jika masih enggan menunaikan solat .
4. Sayangilah anak-anak kita dengan memberikan didikan yang betul dan bersungguh-sungguh sejak berusia 7 hingga 10 tahun dengan belaian, bimbingan, pujukan, penghargaan selama 3 tahun. Namun selepas berusia 10 tahun, jika mereka masih enggan melaksanakannya maka perlu didisiplinkan dengan menghukum dengan kadar yang dibenarkan syara.
Ayuh, didik anak-anak agar solat dengan cara yang betul.

Friday, July 19, 2024
Masjid Sebagai Rumah Orang Bertaqwa
Jumaat, 13 Muharram 1446H | Masjid Sebagai Rumah Orang Bertaqwa
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ اَلْمَسْجِدُ بَيتُ كُلِّ تَقِيٍّ وَتَكَفَّلَ اللهُ لِمَن كَانَ الْمَسْجِدُ بَيْتَهُ بِالرَّوحِ وَالرَّحْمَةِ وَالْجَوَازِ عَلَى صِرَاطٍ إِلَى رِضْوَانِ اللهِ إِلَى الْجَنَّةِ
Daripada Abi Darda, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Masjid itu rumah bagi orang-orang yang bertaqwa. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya dengan roh yang damai rahmat dari Allah melimpah-limpah dan melepasi titian sirat menuju reda Allah di dalam syurga” (HR Tabrani No 6020) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Masjid adalah rumah untuk orang yang bertaqwa.
2. Usahakanlah Masjid sebagai rumah ke dua kita yang tetap kita "pulang" ketika masuk waktu solat fardhu.
3. Allah menjamin kepada orang yang menjadikan masjid sebagai rumahnya untuk dimakmurkan dengan limpahan rahmat kasih sayang Allah yang melimpah ruah.
4. Masjid akan menjadi syafaat kepada pemakmurnya di hari kiamat sebagai kenderaan untuk melintas titian sirat menuju ke syurga.
5. Jadikanlah kunjungan ke masjid sebagai bukti keimanan kita. Sabda Nabi SAW:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسَاجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ
Daripada Abi Said al-Khudri daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda: Apabila kamu melihat seseorang lelaki sentiasa mengunjungi masjid, maka saksikanlah yang ia adalah seorang yang beriman” (HR Ibn Majah No : 794)
Masjid Quba dan Masjid Madinah adalah bangunan pertama yang Rasulullah dirikan dalam peristiwa hijrah sebagai asas pembinaan ummah. Ayuh ajak ahli keluarga kita bersama untuk memakmurkan masjid. Semoga ia menjadi syafaat untuk kita memasuki Syurga.

Thursday, July 18, 2024
Mengutamakan Orang Lain
Khamis, 12 Muharram 1446H | Mengutamakan Orang Lain
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ إِلَى نِسَائِهِ فَقُلْنَ مَا مَعَنَا إِلَّا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ يَضُمُّ أَوْ يُضِيفُ هَذَا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ أَنَا فَانْطَلَقَ بِهِ إِلَى امْرَأَتِهِ فَقَالَ أَكْرِمِي ضَيْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ مَا عِنْدَنَا إِلَّا قُوتُ صِبْيَانِي فَقَالَ هَيِّئِي طَعَامَكِ وَأَصْبِحِي سِرَاجَكِ وَنَوِّمِي صِبْيَانَكِ إِذَا أَرَادُوا عَشَاءً فَهَيَّأَتْ طَعَامَهَا وَأَصْبَحَتْ سِرَاجَهَا وَنَوَّمَتْ صِبْيَانَهَا ثُمَّ قَامَتْ كَأَنَّهَا تُصْلِحُ سِرَاجَهَا فَأَطْفَأَتْهُ فَجَعَلَا يُرِيَانِهِ أَنَّهُمَا يَأْكُلَانِ فَبَاتَا طَاوِيَيْنِ فَلَمَّا أَصْبَحَ غَدَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ ضَحِكَ اللَّهُ اللَّيْلَةَ أَوْ عَجِبَ مِنْ فَعَالِكُمَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ: (وَيُؤْثِرُونَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ وَلَوْ كَانَ بِهِمْ خَصَاصَةٌ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ )
Daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang lelaki (yang susah) datang kepada Nabi SAW lalu baginda memberitahu para isteri baginda (jika ada sesuatu yang boleh diberi). Para isteri baginda berkata; "Kami tidak mempunyai apa-apa selain air". Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang ramai: "Siapakah yang mahu mengajak atau menjamu orang ini?". Maka seorang lelaki Ansar berkata; "Aku". Lelaki Ansar itu pulang bersama lelaki tadi menemui isterinya lalu berkata; "Muliakanlah tamu Rasulullah SAW ini". Isterinya berkata; "Kita tidak memiliki apa-apa kecuali sepotong roti untuk anak kita". Lelaki Ansar itu berkata; "Sediakanlah makanan itu, tidurkanlah anak kita dan matikanlah lampu". Ketika mereka hendak menikmati makan malam, maka isterinya menyediakan makanan itu lalu mematikan lampu dan menidurkan anaknya kemudian dia berdiri seakan hendak memperbaiki lampunya, lalu dimatikannya kembali. Suami-isteri hanya menggerak-gerakkan mulutnya (seperti mengunyah sesuatu) seolah keduanya turut menikmati hidangan. Kemudian keduanya tidur dalam keadaan lapar kerana tidak makan malam. Ketika pagi harinya, lelaki Ansar menemui Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: "Malam tadi Allah kagum kerana perbuatan kalian berdua". Lalu Allah menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Hasyr ayat 9 yang artinya: (Dan mereka lebih mengutamakan orang lain (Muhajirin) dari pada diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung). (HR Bukhari No: 3514) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dengan berusaha tidak menghampakan setiap yang datang menemui baginda
2. Melayani tetamu adalah antara tuntutan akhlak terpuji seorang Muslim
3. Memiliki sifat "itsar” (mengutamakan orang lain) melebihi diri sendiri adalah akhlak yang dikagumi dan suatu kemuliaan di sisi Allah
4. Mengutamakan dan memuliakan orang lain adalah satu daripada akhlak terpuji yang perlu diasuh sebagai satu daripada sifat RAHMAH seorang Muslim.
Marilah kita berusaha untuk memiliki sifat “itsar” agar menjadi orang yang mulia disisi Allah.

Wednesday, July 17, 2024
Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin
Rabu, 11 Muharram 1446H | Tuntutan Berkasih Sayang Sesama Mukmin
عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Daripada An Nu'man bin Bisyir dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan menyayangi bagaikan satu tubuh badan. Apabila ada salah satu anggota tubuh badan yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga (tidak boleh tidur) dan panas (turut merasakan sakitnya) ' (HR Muslim No: 4685) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang mukmin sesama mukmin adalah bersaudara.
2. Perumpamaan berkasih sayang sesama Mukmin seperti satu tubuh badan. Jika ada anggota badan yang sakit, anggota lain juga turut menanggung kesakitan.
3. Persaudaraan dalam Islam menuntut nilai kebersamaan iaitu saling memerlukan dalam apa jua keadaan. Saat bergembira akan dinikmati bersama begitu juga saat berduka tetap akan bersama mengharungi kesusahan serta keperitannya. Sebagai mukmin, menjadi kewajipan kita untuk saling tolong menolong di antara satu sama lain. Apatah lagi jika mereka memerlukan bantuan.
4. Hak-hak yang lahir daripada persaudaraan diwajibkan kerana iman. Wajib memberikan komitmen terhadap hak mukmin yang lain sama seperti wajibnya menunaikan solat, puasa, zakat dan haji
5. Wajib memelihara hak sesama mukmin dengan tidak menyakiti, menzalimi, mengumpat, memfitnah dan membiarkannya dalam kesusahan.
6. Kejayaan Rasulullah SAW dalam peristiwa Hijrah membina Negara Madinah yang makmur dan harmoni apabila baginda berjaya mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajiran untuk sama-sama bertolong bantu membangunkan Negara Islam Madinah.
Ayuh kita tunaikan hak persaudaraan yang wajib dengan sentiasa berkasih sayang sesama mukmin dan bertolong bantu membina Ummah Sejahtera Yang Berkualiti. Jika memelihara solat, puasa, zakat dan haji itu wajib, menunaikan hak persaudaraan ini juga wajib.

Tuesday, July 16, 2024
Amalan Pintu Kebaikan
Selasa, 10 Muharram 1446H | Amalan Pintu Kebaikan
عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ
Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Nabi SAW menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.
2. Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.
3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ
Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).
4. Puasa sunat pada bulan Muharam antaranya puasa Tasu’a pada 9hb Muharam dan puasa Asyura pada 10 hb Muharam moga menjadi salah satu pintu kebaikan serta perisai buat kita dari api neraka.
5. Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan.
6. Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi antara pintu kebaikan serta pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:
اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ
Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
7. Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini mampu membina kekuatan rohani kita.
Marilah kita melaksanakan amal-amal yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.

Monday, July 15, 2024
Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul
Isnin, 9 Muharram 1446H | Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا
Daripada Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.
2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.
3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk kepada Nabi Allah Musa AS. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa AS mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.
Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya. SELAMAT BERPUASA sunat di bulan Muharam.

Sunday, July 14, 2024
Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka
Ahad, 8 Muharram 1446H | Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.
2. Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ
Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih
3. Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.
4. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan
Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.
Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

Saturday, July 13, 2024
Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)
Sabtu, 7 Muharram 1446H | Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Abdullah bin Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)
2. Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.
3. Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:
a) Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).
b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.
c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.
Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 15hb Julai hari Isnin dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 16hb Julai hari Selasa. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu.
Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?

Friday, July 12, 2024
Puasa Asyura
Jumaat, 6 Muharram 1446H | Puasa Asyura
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ إِلَّا هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَهَذَا الشَّهْرَ يَعْنِي شَهْرَ رَمَضَانَ
Daripada Ibnu Abbas RA, beliau mengatakan: “Saya tidak pernah melihat Nabi SAW memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda utamakan dari pada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura, dan puasa bulan Ramadan.” (HR Bukhari No: 1867) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara ibadat puasa yang menjadi keutamaan kepada Rasulullah SAW untuk kita contohi selain puasa dibulan Ramadan ialah puasa pada hari Asyura (10hb Muharam)
2. Puasa Asyura ganjarannya dapat menghapuskan segala dosa setahun yang lalu (Imam Nawawi kata diampunkan segala dosa kecil). Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA, beliau mengatakan:
سئل عن صوم يوم عاشوراء فقال كفارة سنة
Nabi SAW ditanya tentang puasa Asyura, Baginda menjawab: “Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR. Muslim No: 1976). Status: Hadis Sahih
Rebutlah peluang melakukan puasa sunat sempena Asyura. Semoga amalan berpuasa sunat Asyura akan menjadi penebus dosa-dosa kita setahun yang lalu. Jadilah Muslim yang memiliki jati diri yang kukuh, bersih dari dosa dan maksiat.

Subscribe to:
Posts (Atom)