Wednesday, October 13, 2021

Doa

Rabu, 6 Rabiulawal 1443H: 1)Dari Salman Al-Farsi r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai sifat malu, dan memberi kepada orang yang tidak meminta dengan pemberian yang banyak. Apabila seseorang mengangkat tangannya dihadapan Allah, memohon sesuatu, maka Allah amat malu untuk memulangkan kedua tangan tersebut dengan tangan kosong". 

 
(HR Tirmizi)
 
2)Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda:"Barangsiapa mahu supaya doanya dikabulkan ketika dalam keadaan kesempitan atau kesusahan hendaklah dia banyak berdoa ketika dalam kesenangan". 
 
(HR Tirmizi)
 May be an image of one or more people and text

No comments: