Tuesday, October 26, 2021

Sabar

 

Selasa, 19 Rabiulawal 1443H: Daripada Khabbab bin al-Art. Beliau berkata: Kami mengadu kepada Rasulullah SAW ketika Baginda SAW beralaskan sehelai kain di sisi Ka’bah. 
 
Kami berkata: Tidakkah Baginda SAW memohon pertolongan kepada kami? Tidakkah Baginda SAW berdoa kepada kami?. 
 
Lalu Baginda SAW bersabda:

قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ
 
Maksudnya: “Sesungguhnya sebelum daripada kamu, diambil lelaki lalu digali baginya lubang kemudian dihumbankan dia ke dalamnya.Terdapat juga yang didatangkan padanya dengan gergaji lalu gergaji tersebut diletakkan di kepalanya, kemudian digergajikan kepala tersebut sehingga terbelah kepada dua. Ada juga yang dicakar dengan cakaran besi sehingga memisahkan daging dan tulangnya. Ini semua tidak membuat mereka berpaling daripada agamanya (Islam). Demi Allah, akan sempurna perkara ini (Islam) sehingga seseorang pengembara itu mampu berjalan dari San’a hingga ke Hadharalmaut dan dia tidak takut melainkan Allah SWT dan tidak risau serigala akan menerkam kambingnya. Akan tetapi kamu tergesa-gesa (inginkan kemenangan atau hasil)”.
 
[Riwayat al-Bukhari (6943)]
 
 May be an image of text that says "Orang Sabar Dibalas Syurga Allah sering mengingatkan kita tentang sabar. Muslim yang bersabar dalam mentaati perintah Allah akan dikurniakan syurga di akhirat. Firman Allah: ١٢ Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera. (Surah al-Insan: 12) DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA"

No comments: