Friday, October 29, 2021

Sujud Al Sajadah

 

Jumaat, 22 Rabiulawal 1443H: Daripada Ibnu ‘Umar radiallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat al-Quran yang mengandungi ayat al-Sajdah, ketika itu kami ada bersama baginda. Lalu baginda sujud, kami pun sujud bersama baginda, kami bersesak-sesak sehingga sebahagian daripada kami tidak mendapati tempat untuk meletakkan dahi ketika sujud.

[Sahih al-Bukhari, Kitab Sujud al-Quran, no: 1076.]
 
 May be an image of ‎text that says "‎Bacaan Rasulullah Dalam Solat Subuh Berdasarkan riwayat hadis, Rasulullah وسه dilihat pernah membaca beberapa surah dalam Solat Subuh. Antaranya: بِالوَاقِعَةِ الصُبْح فِي قَرَاً أَنَّهُ ﷺ النَّبِيِّ عَن وَرُوِيَ Dan diriwayatkan daripada Nabi سﷺ sesungguhnya Baginda membaca Surah al-Waqi'ah di dalam Solat Subuh. (Hadis Riwayat al-Tirmizi) Manakala dalam riwayat yang lain pula, Rasulullah dikatakan turut pernah membaca Surah al-Zalzalah (HR Abu Daud), Surah al-Takwir (HR Tirmizi) dan Surah Qaf (HR Muslim). Pada hari jumaat pula Baginda membaca Surah al-Sajadah dan Surah al-Insan (HR al-Bukhari). DR. AHMAD SANUSI AZMI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA‎"‎

No comments: