Monday, March 22, 2010

Mendidik Anak Dalam Islam

Isnin, 6 Rabiulakhir 1431H :- Rasulullah SAW dalam hadisnya yang bermaksud: “Setiap anak Adam itu dilahirkan dalam keadaan fitrah, ibu bapanya yang menjadikan ia Yahudi, Majusi dan Nasrani.”Ibu bapa adalah madrasah (sekolah) pertama bagi anak. Sebelum anak dihantar ke institusi pendidikan formal bermula dari tadika, sekolah dan peringkat lebih tinggi, anak mempelajari asas pembentukan pandangan hidup (akidah) dan sahsiah (keperibadian dan akhlak) daripada ibu bapa mereka.

Pendidikan awal penting dan Rasulullah SAW berpesan kepada ibu bapa supaya menyuruh anak mendirikan sembahyang pada usia tujuh tahun. Ia bermakna pada umur itu anak tadi sudah patut menerima dan mematuhi suruhan agama. Penegasan tentang kepentingan tanggungjawab ini amat jelas menerusi sabda Rasulullah s.a.w, “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang sejak umurnya tujuh tahun dan apabila berumur 10 tahun, pukullah mereka jika mereka tidak sembahyang.” (riwayat at-Tirmidzi)

Ia juga bermakna anak sudah terbiasa dengan suasana ibu bapa dan keluarga yang mendirikan dan mementingkan ibadat solat di rumah. Jika mereka tidak terbiasa melihat ibu bapa dan seisi keluarga mendirikan solat, bagaimana mungkin anak boleh meniru dan melakukan perbuatan sama.

Sebenarnya, ini juga satu isyarat bahawa pendidikan yang sebenar ialah dengan amal. Pendidikan hanya akan berlaku apabila pengajaran berlaku dalam bentuk amal, bukan dalam bentuk kata-kata. Ia juga menunjukkan hanya ibu bapa yang terdidik dengan kehidupan Islam mampu mendidik anak dalam acuan dikehendaki agama.Kemudian kita lihat Rasulullah SAW menyuruh ibu bapa memukul anak yang masih meninggalkan solat ketika berusia 10 tahun. Pengajarannya ialah apabila anak sudah berusia 10 tahun, nilai kehidupan sepatutnya sudah mewarnai jiwanya sehingga dia akan melakukan suruhan agama dan meninggalkan larangannya tanpa disuruh. Jika masih meninggalkan solat pada usia itu, ia satu petanda nilai belum terbina dengan baik sehingga hukuman perlu digunakan bagi memperbetulkan keadaan. Apabila anak memasuki umur baligh keadaan menjadi lebih sukar jika jiwa mereka tidak dipupuk dengan nilai yang berlandaskan syariat Islam.

Perlu juga anak-anak dididik dengan penuh hikmah untuk mengelakkan anak-anak mengalami tekanan perasaan jika orang tua bersikap terlalu menekan dan meletakkan harapan yang tinggi kepada anak melebihi kemampuan mereka. Harapan setiap ibu bapa adalah supaya anak menjadi genius, tinggi kemahiran dalam menyerap ilmu, sempurna akhlak dan kuat ibadat. Walaupun didikan yang diterapkan itu keras dan kejam, mereka tidak peduli, asalkan minda anak tumbuh dan berkembang dengan hebat hingga boleh dibanggakan di hadapan sanak saudara dan kawan-kawan. Bukankah membanggakan keturunan itu juga termasuk dalam kategori riak dan sum’ah? Lagi pula cara dan kaedah yang dilakukan dalam mentarbiah itu bertentangan dengan al-Quran dan sunnah Rasul-Nya.

Mereka mungkin terpelajar dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik, tetapi itu bukan matlamat pendidikan. Pendidikan Islam bukan sekadar menguasai bidang teknikal dan akademik, tetapi lebih menjurus pemupukan nilai dan pembentukan akhlak. Beberapa kajian menunjukkan kesilapan mendidik anak pada peringkat awal (antara umur tiga hingga tujuh tahun) menyebabkan kecelaruan nilai dan keruntuhan akhlak pada peringkat umur 13 hingga 20 tahun

Jadi, bagaimanakah kaedah yang sesuai untuk membentuk keperibadian anak mengikut acuan Islam? Pendekatan yang paling sesuai untuk mengajarkan Islam kepada anak adalah dengan kaedah targhib wa tarhib (memberi khabar gembira dan ancaman). Di samping memberi khabar gembira mengenai syurga, harapan mendapat ganjaran pahala dan penjelasan secara mendalam mengenai rahmah dan sifat lemah lembut Allah. Seorang anak juga harus didedahkan khabar yang menakutkan dan ancaman kerasnya seksa Allah bagi menumbuhkan jati diri yang berdisiplin seiring dengan meningkatnya kematangan usia mereka.

Seorang anak yang tidak diperkenalkan dengan sifat Allah Yang Maha Tinggi dan rahmat-Nya tetapi terus diancam dengan seksaan kubur, azab neraka dan ajaran yang berunsur menakutkan, tidak akan berjaya membentuk bingkai pemikiran benar mengenai Islam? Belum mengenal kasih sayang Allah tetapi dipaksa mempercayai bahawa Allah suka menyeksa. Belum mengenal Allah Yang Maha Pengampun tetapi dipaksa meyakini siapa yang berdosa pasti masuk neraka. Akhirnya anak akan memahami Islam sebagai agama susah, kejam, paksaan dan mengongkong, padahal sistem tarbiah yang diterapkan Rasulullah SAW kepada anak sahabat amat menekankan mengenai sentuhan hati, pujukan dan kelembutan, sesuai dengan fitrah semula jadi kanak-kanak.

Alangkah eloknya kita menelusuri kehidupan anak generasi salaf yang menjadi ikutan dan teladan umat sepanjang zaman. Keagungan sejarah generasi pertama yang dididik oleh baginda ini hendaklah menjadi kamus hidup yang dihafal oleh ibu bapa zaman moden kini, supaya tidaklah dunia yang menyilaukan mata ini juga akan membutakan hati. Akhirnya meranapkan impian membina empayar Islam yang gemilang.
Sudahkah anda membaca kisah anak-anak kecil pada zaman turunnya wahyu? Bolehkah kita bandingkan keelokan budi pekerti mereka dengan anak kita? Bagaimana pula dengan keluasan ilmu dan kekuatan ibadah mereka? Apakah itu semua tidak menggetarkan hati seorang ibu dan bapa seperti kita? Bagaimana mungkin anak Umar al-Khattab, anak Abu Bakar al-Shiddiq, anak al-Zubair al-Awwam hendak disamakan dengan anak kita? Betapa terhirisnya hati apabila memikirkan hakikat kelalaian kita sebagai ibu bapa yang beriman. Inikan hendak mendidik anak, sedangkan diri sendiri masih memerlukan perubahan. Akhirnya, kita yang kurang iman, ilmu dan amal ini menjadi tidak sabar menghadapi kerenah anak sehingga menimbulkan kesilapan di dalam memahami kaedah tarbiah mengikut al-Quran dan sunnah.

Ibu bapa yang mendidik anak dengan cara mengancam, menakutkan, mencederakan emosi anak dengan menengking dan menjerit, memaksakan kehendak tanpa memberi pemahaman ketika menyuruh, bukanlah ibu bapa yang mengamalkan Islam sebagai asas tarbiah. Tak hairan anak hanya sembahyang jika disuruh dan melalaikannya jika ibu bapa tidak berada di depan mata. Lihatlah bagaimana Rasulullah SAW mendidik Abdullah Umar yang masih kecil bagi melakukan sembahyang malam. Abdullah Umar berkata: “Ada seorang lelaki apabila bermimpi nescaya dia menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW, maka aku pun berharap melihat suatu mimpi dan menceritakannya kepada Rasulullah SAW. Aku adalah seorang kanak-kanak yang masih kecil, aku pernah tidur di masjid kemudian dalam tidurku aku melihat dua malaikat memegang dan membawaku menuju api, tempat itu melingkari seperti sumur yang mempunyai dua tanduk. Di dalamnya terdapat orang yang aku kenal sehingga aku berkata: Aku berlindung kepada Allah daripada api neraka. Lalu datang kepadaku malaikat yang lain seraya berkata: Janganlah kamu takut. Kemudian aku menceritakan mimpi ini kepada saudaranya Hafsah, isteri Rasulullah SAW dan dia menceritakannya kepada Rasulullah SAW sehingga Baginda SAW bersabda: Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah, jika dia mengerjakan solat malam.” Maka sejak saat itu dia tidak tidur malam kecuali sedikit. - (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW adalah seorang pendidik jiwa terulung. Baginda tidak pernah memaksakan suatu perintah agama tanpa bimbingan, pujukan dan janji serta khabar gembira mengenai ganjaran yang baik. Walaupun Ibnu Umar bermimpi melihat neraka tetapi dia tidak pernah diancam jika tinggal sembahyang malam boleh menyebabkan manusia lalai dan akhirnya masuk neraka. Bahkan Rasulullah SAW memuji dan memberi dorongan bahawa dia akan menjadi pemuda terbaik jika mengamalkan qiamullail. Rasulullah SAW tidak sama sekali menyebut mengenai neraka dalam sabda baginda itu. Yang ada hanya pujian kepada seorang remaja yang sememangnya hanya bersedia untuk dipuji dan dipujuk, bukan ditakuti dan diancam.

Mendidik dengan mendedahkan ilmu bukan sekadar mengancam.
Ibnu Abbas menjadi teladan yang baik sebagai seorang anak yang gemar mengikuti cara ibadat Rasulullah SAW sehingga beliau sengaja tidur di rumah ibu saudaranya, Maimunah, isteri Rasulullah SAW, supaya dapat bersama Rasulullah SAW melakukan qiamullail. Beliau berkata: “Nabi mengusap kepalaku dan mendoakanku agar diberi ilmu takwil (kefahaman dalam mentafsir al-Quran)”. - (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Ibnu Abbas berusia 13 tahun ketika Rasulullah SAW wafat. Maknanya beliau belajar daripada lisan Nabi SAW. Menghafal al-Quran dan hadis di bawah usia itu. Hafalan itu bukan bermatlamat untuk sekadar menghafal dan terkenal bijak tetapi terbukti hafalan itu boleh membentuk iman yang berakar kuat, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya yang tidak berbelah bagi dan kerinduan berdekatan dengan ilmu. Alangkah jauh berbeza dengan anak kita yang belajar al-Quran untuk khatam saja bukan difahamkan hingga menjunam ke hati. Ramai juga yang menghafal saja tanpa memahami maksud apatah lagi hendak mengamalkannya. Walaupun kita belum mampu mengajar dengan sempurna seperti Nabi SAW mengajar Ibnu Abbas, tetapi sekurang-kurangnya jelaskan maksud ayat Al-Quran itu dengan bahasa yang boleh difahami seorang anak kecil supaya dia mudah mengenal Allah dan Rasul serta bangga menjadi seorang Muslim. Tentu dengan pendedahan ilmu yang sederhana sesuai dengan kapasitinya sebagai hamba Allah yang kecil. Maka dia akan berasa seronok dan gembira mengamalkan Islam tanpa rasa tertekan dan terpaksa.

Menghormati anak dan mengiktiraf kredibilitinya.
Khalifah Umar Abdul Aziz pernah didatangi utusan dari kalangan ulama di seluruh negeri yang diperintahnya. Pada suatu hari orang Hijaz datang menghadap Khalifah, maka berdirilah seorang anak muda dari kalangan mereka. Khalifah berkata: “Hendaklah yang bercakap adalah orang yang lebih tua darimu.” Anak muda itu menjawab: Semoga Allah memberi kebaikan kepada Amirul Mukminin, sesungguhnya seseorang itu dinilai dengan dua perkara yang kecil iaitu hati dan lisannya. Apabila Allah menganugerahkan seseorang dengan lisan yang fasih dan hati yang bersih, maka dia berhak untuk berbicara sehingga orang yang mendengar mengetahui keutamaannya. Wahai Amirul Mukminin, kalaulah setiap urusan itu dinilai berdasarkan usia, nescaya pada umat ini ada orang yang lebih berhak duduk di kerusimu ini.” Khalifah berkata: “Engkau benar, berilah aku nasihat!” Anak muda itu berkata: “Semoga Allah menganugerahkan kebaikan kepada Amirul Mukminin, sesungguhnya seseorang di antara manusia terpedaya dengan kemurahan Allah yang diberikan kepadanya sehingga membuat kakinya tergelincir dan terjatuh ke dalam neraka, maka janganlah engkau terpedaya dengan kemurahan Allah yang diberikan kepadamu dan jangan pula terpedaya dengan panjangnya angan-anganmu serta banyaknya pujian manusia kepadamu sehingga kakimu tergelincir bersama dengan suatu kaum. Mudah-mudahan Allah mengumpulkan engkau dengan orang beriman dari umat ini.” Khalifah bertanya kepada orang-orang yang datang: “Berapakah umur anak ini? Seseorang mengatakan: Dia masih berumur sebelas tahun. Dia salah seorang anak al-Husain Radhiyallahu Anhum, kemudian Umar Abdul Aziz memuji dan mendoakannya”. - (Ibnu Abdul Bar; al-Tamhid 23/204, al-Sindi; Al-Hasyiyah 8/10 dan Syarah Al-Zarqani 4/257).

Lihatlah, seorang ketua negara mendengar nasihat anak kecil berumur sebelas tahun. Mengapa pula kita tidak mahu mendengar isi hati anak kita? Pendapat dan idea yang boleh dibincangkan bersama sebagai satu didikan kepada anak supaya mereka berasa dihargai, dihormati dan diperakui sebagai insan yang mempunyai hak untuk diperdengarkan pendapatnya, difahami isi hatinya dan diajak bermusyawarah dalam memilih keputusan. Alangkah ramai ibu bapa yang suka memaksa kehendak mereka yang akhirnya merosakkan masa depan anak. Melahirkan anak yang baik dan sempurna dalam setiap sisi keperibadiannya amatlah rumit dan mencabar, apatah lagi jika kita tidak cukup bersedia disebabkan kurangnya iman, ilmu dan ibadah. Anak bagai kertas putih. Kitalah yang bertanggungjawab mewarnakan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, Nasrani atau Muslim hakiki.

Rasullullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud, “Apabila matinya anak Adam itu terputuslah baginya segala amalan kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa dari anak yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Thursday, March 18, 2010

Kisah Raja Thalut Dalam Surah Al Baqarah 246-252

Khamis, 2 Rabiulakhir 1431H :- Ringkasan kisah. Ayat-ayat Al Qur'an memberi gambaran kepada kita tentang kondisi Bani Israel dalam satu masa kehidupannya di tanah suci Palestina. Dimana saat itu mereka berada dalam masa-masa yang kelam; teraniaya dan menjadi tujuan penyerangan musuh-musuhnya. Sialnya, musuh-musuh mereka dapat mencuri "Tâbut"yang di dalamnya Allah telah memberikan perasaan tenang kepada mereka. Tabut itu merupakan satu-satunya peninggalan dari keluarga Musa dan keluarga Harun As.

Bani Israel sepenuhnya merasakan kehinaan dan penderitaan ini. Semua orang menderita, tak terkecuali para pemimpin mereka. Maka dalam diri mereka timbul niat untuk merubah keadaan ini, mereka memimpikan kemenangan. Mereka sudah bosan menjadi bangsa yang ditindas. Dalam pandangan mereka hanya ada satu jalan untuk meraih itu; perang sampai titik darah penghabisan.

Dari itu para pemimpin Bani Israel mendatangi Nabi mereka, mereka meminta dipilihkan seseorang diantara Bani Israel menjadi pemimpin perang, mampu memberikan kemenangan kepada mereka dan mengalahkan musuh-musuh Bani Israel.

Nabi mereka mengetahui ciri dari tabiat Bani Israel. Jika mereka diperintahkan untuk berperang, niscaya sebagian besar dari mereka tidak akan mau pergi ke medan perang. Nabi mereka menjawab: "mungkin saja jika kalian diwajibkan berperang, kalian tidak akan melakukannya?" perhatikan dialog yang dikatakan Nabi mereka, Al Qur'an mengisyaratkan pemahaman Nabi mereka kepada sifat-sifat dasar yang ada dalam diri Bani Israel.

Bani Israel menyanggah perkataan Nabi itu, lalu mereka berusaha meyakinkan bahwa mereka tidak akan lari dari medan perang jika perintah untuk berperang datang. Dan mereka memberi alasan bahwa yang menjadikan Bani Israel enggan berperang selama ini karena tidak adanya orang yang memimpin mereka. Alasannya lainnya yang mereka sampaikan kepada Nabinya, bahwa mereka sudah tidak kuat lagi menerima kondisi tertekan dan kekalahan yang selama ini mereka alami. Oleh karena itu mereka tidak mungkin lari dari peperangan.

Ketika mendengar penjelasan dan alasan yang logis dari umatnya, Nabi mereka segera berdoa kepada Allah untuk mengabulkan permohonan mereka. Allah mengabulkan keinginan Bani Israel, Ia mewahyukan kepada Nabi itu bahwa pemimpin yang mereka inginkan itu adalah Thâlut. Dialah pemimpin yang Allah pilih untuk menuju kemenangan yang diimpikan Bani Israel.
Tetapi apa yang terjadi? Bani Israel menolak Thâlut sebagai pemimpin mereka. Mereka menginginkan seorang pemimpin dari kalangan bangsawan Bani Israel seperti tradisi yang ada selama ini. Bukan Thalut yang hanya seorang rakyat miskin, dan tidak memiliki harta benda yang setara dengan para bangsawan. "Bagaimana mungkin ia menjadi raja kami, sementara kami lebih berhak untuk menjadi raja. Ia tidak punya harta benda yang banyak!" begitulah ucapan yang keluar dari Bani Israel.

Nabi mereka cukup terkejut dengan pernyataan itu, padahal mereka tidak meminta raja dari keturunan bangsawan. Maka dengan sabar Nabi menjelaskan kepribadian yang ada dalam diri Thalut. Bahwa ia adalah seseorang yang berhak menjadi raja yang layak bagi mereka dalam timbangan Tuhan, itu memang dibutuhkan rasa keimanan untuk menerimanya. Allah memilihnya diantara Bani Israel disebabkan Thalut memilili kelebihan yang menonjol dari ilmu pengetahuan dan kekuatan fisik yang memadai untuk menjadi panglima perang. Lalu apa yang menjadikan kalian (Bani Israel) menolaknya? Sesungguhnya Allah memberikan kekuasan kepada siapa yang dikehendakinya. Dengan penjelasan ini, Nabi mereka ingin mengalahkan logika yang ada dalam jiwa Bani Israel. Oleh karena itu ia jelaskan kelebihan-kelebihan yang ada dalam diri Thalut dan terpilihnya Thalut atas kehendak Allah semata. Kemudian untuk menguatkan kata-katanya, Nabi mereka berkata, "sesungguhnya tanda-tanda ia akan menjadi raja bagi kalian adalah kembalinya Tabut kepada kalian yang dibawa oleh seorang malaikat."

Tabut yang telah hilang dicuri oleh musuh Bani Israel akan kembali kepada mereka. Tanpa ada peperangan dengan musuh-musuh Bani Israel. Allah telah mengutus seorang malaikat untuk mengambil Tabut itu dan membawanya kepada mereka. Ini merupakan bukti dan petunjuk bahwa Allah dan para malaikat meridhai Thalut sebagai pemimpin mereka. Janji yang diucapkan Nabi mereka benar adanya, tak lama kemudian seorang malaikat datang kepada mereka. Akhirnya Thalut menjadi raja Bani Israel dan memerintahkan mereka untuk bersiap-siap berperang.

Di tengah perjalanan menuju medan perang, Thalut yang kini menjadi pemimpin mereka memberi pesan bahwa Allah akan menguji mereka dengan sebuah sungai. "Ketika melewati sungai itu, jangan ada yang meminum airnya. Barang siapa meminumnya berarti ia bukan seorang prajurit yang patuh dan ia bukan dari golonganku. Dan barang siapa taat atas perintah Allah, maka ia akan tetap bersamaku." Thalut hanya membolehkan meminumnya seteguk saja dan diambil dari tangan. Sekedar menghilangkan rasa haus dan membahasi bibir yang kering.
Tetapi ketika mereka sampai ke tepi sungai, kebanyakan dari mereka melanggar perintah Thalut. Kecuali sedikit saja yang tetap setia kepada Thalut. Thalut mengambil inisiatif untuk meninggalkan mereka yang melanggar perintahnya, dan mengajak pasukannya yang sedikit untuk bergegas ke medan perang.

Saat tiba di medan perang, tentaranya yang sedikit itu merasa ngeri dan takut untuk melawan musuh-musuh mereka yang berjumlah besar. Pasukan musuh yang berjumlah besar itu berada di bawah kepemimpinan Jalut (Goliat). Pasukan Bani Israel berkata kepada Thalut: "Hari ini kami tidak ada kekuatan untuk melawan Jalut dan pasukannya. Dan kami tidak berani untuk berperang melawan mereka!" lalu mereka pun pergi meninggalkan medan perang. Tinggallah di sana Thalut dan beberapa orang saja dari tentaranya. Mereka yang tetap itu adalah orang-orang yang meyakini akan bertemu Allah, mengharap surga dan segala kenikmatannya.

Melihat kondisi seperti itu, Thalut memberikan kata-kata yang memberi ketentraman kepada pasukannya: "Berapa banyak kelompok kecil sanggup mengalahkan kelompok yang lebih besar atas izin Allah! Dan Allah bersama orang-orang yang sabar." Saat memasuki peperangan Thalut berdoa kepada Allah dengan khusyu: "Wahai Tuhanku karuniakan kepada kami kesabaran, tetapkanlah pendirian kami dan tolonglah kami dari orang-orang kafir." Allah pun berkenan memberikan pertolonganNya, Thalut dan pasukannya mendapat kemenangan.

Diantara "orang-orang sabar" yang tetap bersama Thalut adalah Nabi Daud As. Saat itu ia belum diangkat menjadi Nabi dan belum menjadi raja. Ia diangkat menjadi Nabi dan menjadi raja Bani Israel setelah peperangan ini. Dengan gagah berani ia maju kebarisan dimana Jalut berada dan kemudian membunuhnya. Dan setelah perang ini Daud diangkat menjadi raja Bani Israel dan dikaruniai ilmu yang banyak.

Pasukan Thalut kembali ke negeri Palestina dengan kemenangan. Tetapi kemengan ini tercoreng oleh ulah sebagian pasukan Bani Israel, yaitu melanggar perintah Thalut dan lari dari medan perang.

Beberapa catatan yang menjadi pelajaran dalam kisah ini.
  1. Sebuah kelompok atau masyarakat perlu ada seorang yang memimpin. Ini untuk memudahkan pengaturan. Nabi Saw memerintahkan kita untuk menunjuk salah seorang menjadi pemimpin jika bepergian, walau jumlah kita hanya tiga orang.
  2. Kecerdasan firasat seorang Nabi merupakan bukti bahwa ia sanggup memahami karakter umatnya. Kemampuan firasat seperti ini biasanya dimiliki oleh orang-orang yang memiliki hati bersih, selalu dekat kepada Allah dan ikhlas berbadah kepadanya. Jadi ini merupakan pemberian dari Allah atas segala ibadahnya. Nabi Saw mengatakan: "Takutlah kalian kepada firasat seorang mukmin, karena ia melihat dengan cahaya Allah."
  3. Nama panglima musuh dalam Al Qur'an adalah Jalut, sementara dalam riwayat Israiliyat adalah Goliat. Dalam menentukan mana yang benar ada baiknya kita lebih mengutamakan pendapat Al Qur'an.
  4. Kepemimpinan diwariskan bukan dengan kekerabatan, teman dan hubungan keluarga. Tetapi dengan ilmu dan kekuatan.
  5. Dalam ayat didahulukan kata kekuatan ilmu daripada kekuatan fisik. Itu dimaksudkan kata Imam Ar Razy seorang ahli tafsir, bahwa kekuatan dalam jiwa dan akal lebih utama daripada kekuatan fisik. Sebagian ahli tafsir mengatakan, yang dimaksud dengan Thalut memiliki kekuatan fisik yaitu Thalut memang memiliki fisik paling kuat, tubuh tinggi besar dan wajah yang paling tampan.
  6. Thalut melarang pasukannya meminum air sungai padahal minum adalah sesuatu yang dibolehkan dalam agama. Ini merupakan bentuk pelajaran dari kepemimpinan, bahwa seorang pemimpin boleh memberi pelajaran kepada rakyatnya untuk menguji kepatuhannya

Wednesday, March 17, 2010

Mengingati Kematian

Rabu, 1 Rabiulakhir 1431H :-ALLAH berfirman bermaksud: “(Allah) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkara lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Mulk ayat 2).


Allah memulakan ayat ini dengan menyebut perkataan ‘mati’ terlebih dulu sebelum menyebut perkataan ‘hidup’. Apabila seseorang itu sentiasa mengingati mati, maka dia akan lebih tenang menghadapi segala ujian Allah. Ujian itu hanya proses untuk mendapat kejayaan daripada Allah. Kematian adalah suatu perkara yang tidak dapat dihindari dengan apa cara sekalipun. Mati adalah perpisahan nyawa daripada jasad seseorang yang menjadikannya musnah dan hancur dimakan ulat dan tanah. Rasulullah saw bersabda " Kematian itu adalah satu yang pasti berlaku kepada setiap orang".


Kematian bukanlah suatu kesudahan daripada segala-galanya. Sebenarnya ia adalah proses perpindahan dari alam dunia ke alam barzakh (kubur) dan suatu kehidupan manusia dalam bentuk yang lain. Mengingati saat kematian akan menenangkan manusia dan mengingatkan kita bahawa setiap yang hidup akan kembali kepada Allah. Segala detik hidup yang sedang dilalui ini adalah bersifat sementara. Proses kehidupan ini amat singkat sebelum berpindah ke alam lain. Islam menganjurkan manusia supaya sentiasa mengingati mati dan mempelajari pula hakikat mati itu supaya kita dapat menempuh mati dengan penuh pengertian dan kesedaran.


Hakikatnya kematian memisahkan manusia daripada segala yang dikasihi dan dimiliki seperti anak-anak, harta benda dan kemewahan hidup. Rasulullah saw bersabda " Kematian adalah pemutus segala kenikmatan" .Bekalan yang dapat dibawa hanyalah amal salih yang dikerjakan ketika hidup di dunia ini. Sungguh rugi jika tidak melakukan amal ibadat ketika hidup di dunia ini. Ketahuilah Allah akan mengazabkan sesiapa saja yang lalai mengerjakan perintah-Nya. Allah berfirman bermaksud: “Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah al-Anbia, ayat 35).

Tidak diragukan lagi seorang mukmin itu ketika mana beliau mengingati kematian, pasti akan menemui, menyedari bahawa beliau akan dipersoalkan setiap amalannya sedang beliau keseorangan. Sesungguhnya tempat persemadiannya itu samada taman dari taman-taman syurga ataupun jurang dari jurang-jurang neraka. Seseorang mukmin ketika mana menyedari serta mengingati kesemua ini, menginsafi serta menghayati di pemikirannya, pastilah hatinya akan merasai ketakutan kepada Allah. Lalu sentiasa memuraqabahkan dirinya kepada Allah di ketika terang dan tersembunyi. Bahkan dalam pada itu juga ia akan menjuruskan seluruh tindakannya ke arah amal saleh sebagai persediaan serta bekalan untuk hari yang dijanjikan ini.

Semoga ia akan berada di kalangan mereka yang Allah limpahkan nikmat ke atas mereka iaitu golongan para-para nabi, siddiqin, syuhada dan sebaik mereka yang dibuat teman.
Tidak ada yang lebih baik dan apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka: 'Berbekallah untuk peristiwa yang pasti berlaku. Maka sesungguhnya maut itu ketentuan bagi seorang hamba. Relakah engkau untuk menjadi teman pengiring bagi suatu golongan yang bagi mereka penuh bekalan, sedangkan engkau tanpa bekalan.'

Lanjutan daripada ini Rasulullah s.a.w memerintahkan umat ini untuk memperbanyakkan mengingati kematian dan pemutus kelazatan. Di riwayatkan oleh Tirmizi dari Abu Hurairah r.a, sabda Nabi s.a.w: “Perbanyakanlah mengingati perkara yang menghilangkan kelazatan - iaitu kematian.” Seterusnya Baginda s.a.w. memerintahkan untuk menziarahi kubur dan menyatakan faedahnya. Muslim meriwayatkan dari Buraidah r.a berkata: Sabda Rasulullah s.a.w: “Adalah aku (sebelum ini) menegah kamu dari rnenziarahi kubur, maka (tetapi kini) ziarahilah.”

Dalam suatu riwayat yang lain: “Maka barangsiapa yang hendak menziarahi kubur maka ziarahilah! Maka sesungguhnya ia mengingatkan kepada akhirat.” Lantaran ini jugalah baginda ar-Rasul mendidik para sahabatnya untuk bersedia menghadapi maut supaya mereka tidak dilalaikan oleh angan-angan. Bukhari meriwayatkan dari Ibn Umar r.a berkata: Rasulullah memegang dua bahuku lalu bersabda. “Hendaklah engkau berada di dunia seperti mana engkau seorang pedagang ataupun perentas jalan (pengembara).”

Ibn Umar berkata: 'Apabila engkau berada di waktu petang janganlah menunggu sehingga waktu subuh, dan apabila engkau di waktu subuh janganlah menanti hingga waktu petang, gunakanlah masa sihatmu sebelum engkau sakit dan masa hidup engkau sebelum engkau mati.' Daripada ini jugalah baginda ar-Rasul s.a.w menyuruh seseorang muslim bersegera menulis surat wasiat sebagai persediaan untuk “Hari Perjalanan”. As- Syaikahan meriwayatkan dan Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak ada yang paling penting bagi seseorang muslim baginya sesuatu yang diwasiatkan dan ia tidak akan tidur dua malam berturut-turut melainkan di sisinya wasiat yang ia tuliskan.” Berkata Ibn Umar: “Tidak aku lalui suatu malam pun semenjak aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang demikian melainkan di sisiku wasiatku.”

Seterusnya baginda mengibaratkan mereka yang sentiasa mengingati maut sebagai mereka yang paling berakal di kalangan manusia dan paling mulia di kalangan mereka. Diriwayatkan dan Abi Dunya dan At-Tabarani, Ibn Majah dan Baihaqi dan Ibn Umar bahawa seorang lelaki bertanyakan Nabi s.a.w, mukmin yang manakah paling cerdik?” Sabda Nabi: “Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik persediaan mereka selepas mati. Mereka itulah yang paling cerdik.”

Pada salafus salih adalah merupakan mereka yang paling banyak mengingati kematian dan mengambil pengajaran darinya. Adalah Ibn Umar r.a apabila mengingati kematian dan keadaan-keadaannya, ia menjadi tidak tenang seperti burung yang sedang berkibas dan tiap-tiap malam beliau mengumpulkan fukaha’ lalu mereka saling ingat kematian dan hari Kiamat. Setelah itu mereka menangis seolah-olah mereka menangisi satu kematian.

Hamid al-Qusairi berkata: “Setiap kita meyakini kematian, tetapi kita tidak membuat sebarang persediaan terhadapnya. Setiap kita juga meyakini dengan syurga tetapi tidak kelihatan kita melakukan sebarang amalan. Dan setiap kita meyakini dengan neraka akan tetapi kita tidak kelihatan takut kepadanya. Apakah yang menyebabkan kamu bergembira? Tidakkah ingatan dan harapan kamu kepada kematian itu merupakan perkara yang pertama-tama sekali mengingatkan kamu kepada suruhan Allah sama ada dengan melaksanakan kebaikan atau menghindari kejahatan. Wahai saudaraku, berjalanlah kamu kepada tuhanmu dengan jalan yang sebaik-baiknya.”

Berkata Hassan al-Basri: Maut membongkarkan kecelaan dan keaiban dunia. Maka mereka yang berakal tidak akan tinggal di dalamnya dalam keadaan penuh kegembiraan. Dan tidaklah bagi seseorang hamba yang melazimkan (menetapkan) dirinya untuk mengingati kematian melainkan dia akan merasakan dunia ini begitu kecil dan segala yang ada di dalamnya adalah hina.


Diriwayatkan daripada Muzni, ia berkata: Aku menemui as-Syafie ketika ia sedang sakit yang membawa kematian kepadanya. Aku berkata kepadanya: “Bagaimanakah keadaan engkau?” Lalu ia menjawab: “Aku akan menjadi seorang pengembara yang akan keluar dari dalam dunia ini. Dan kepada saudaraku, aku akan menjadi seorang yang akan dipisahkan dan mereka.

Sementara segala amalan keburukan aku adalah penanggunganku (akibatnya) dan aku merupakan seorang yang amat mengharapkan untuk meminum gelas kerahmatan (Allah). Kepada Allahlah aku akan kembali. Tidak aku ketahui apakah rohku ini bergerak ke syurga lalu aku akan mengucapkan tahniah kepadanya, atau ke neraka yang aku tanggung (seksanya).”


Kemudian beliau bernasyid:

Bila jiwaku tidak bermaya lagi dan jalan hidupkan sudah menjadi buntu.
Maka aku menjadi harapan terhadap keampunanmu itu sebagai tangga.

Dosa memang telah menguasai diriku tetapi bila aku membandingkannya dengan keampunan-Mu,

maka ianya (keampunan-Mu) itu adalah lebih besar.Kamu (ya Allah) akan sentiasa memberi keampunan kepada yang berdosa.

Kamu bersifat pemurah dari segi pemberian, dan pengampun dari segi memberikan kemuliaan dan penghormatan.”

Adalah Abu Darda’ r.a. ketika ia sedang duduk di suatu kubur, maka ditanyakan kepadanya, apakah yang engkau buat di situ? Jawabnya: “Aku sedang duduk di hadapan suatu kaum yang mengingatkan aku kepada tempat kembaliku. Bila mana aku menghilangkan diri daripada mereka (berpindah dan pergi ke tempat lain) mereka tidak akan mengumpat dan mencaci aku.” Kata Maimun bin Mahran: Aku keluar her sama-sama dengan ‘Umar bin Abdul Aziz kepada suatu tanah perkuburan, maka apabila ia melihat kepada kubur itu lalu ia menangis. Kemudian ia datang kepadaku dan berkata: “Ini adalah kubur datuk nenek Bani Umaiyah, seolah-olah mereka itu tidak lagi bersama-sama menikmati kehidupan (kesenangan hidup dunia) dengan penduduk dunia. Apakah kamu tidak mendapati mereka yang telah mati itu telah ditimpakan kepada mereka azab-azab Allah, bencana-bencana serta telah berterusan mengongkongi hidup mereka, dan ditimpa pula kepada mereka penyakit-penyakit yang menyerang tubuh badan mereka?” Kemudian beliau menangis, seraya berkata: “Demi Allah, tiada yang aku ketahui seorang manusia pun yang mendapat kenikmatan yang banyak (lebih), kecuali daripada mereka yang sudah sampai ke kubur ini dan sudahpun terselamat daripada azab-azab Allah s.w.t.”

Lantaran itu, wahai dai kepada Allah ingatlah kamu kepada mati dan perkara-perkara yang selepasnya, berbekallah kamu daripada pelabuhan dunia ni dengan amalan yang saleh, dan sentiasa tingkatkanlah diri kamu di dalam tangga kerohanian, dan selamatlah kamu dengan sempurna, dan akhirnya kamu akan sampai kepadanya di bawah kelembutan keredaan Allah, dan bersedialah untuk hari yang akan kamu temui!
Abdullah Nasih Ulwan

Friday, March 12, 2010

Beberapa Penghalang Mustajabnya Doa.

Jumaat, 26 Rabiulawal 1431H ,Berdasarkan hadis-hadis terdapat beberapa penghalang mustajabnya doa antaranya seperti berikut :
  1. Makan, minum dan pakaian dari sumber yang haram. Sabda Nabi SAW : “Wahai manusia sesungguhnya Allah itu baik, Ia tidak menerima kecuali yang baik. Sesungguhnya Allah telah memerintah orang-orang beriman sebagaimana Ia telah memerintah dengannya Rasul-rasul sebagaimana firmanNya : Wahai Rasul-rasul makanlah dari yang baik-baik dan kerjakan amalan yang soleh,sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu kerjakan ( Al-Mu`minun:51 ) dan firmanNya: Wahai orang-orang yang beriman makanlah dari yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezekikan kepada kamu ( Al-Baqarah:72 ). Kemudian Nabi SAW menyebut mengenai seorang lelaki yang jauh permausafirannya, kusut masai rambutnya lagi berdebu mukanya menghulur ( mengangkat ) dua tangannya ke langit ( sambil berdoa ) : Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan yang haram, maka bagaimana akan dimustajabkan ( doanya ) yang sebegitu”. ( Ahmad, Muslim, At-Tirmizi, Ad-Darimi)
  2. Gopoh / tergesa-gesa ( minta dimustajabkan doa) seterusnya meninggalkan berdoa. Sabda Nabi SAW : “Dimustajabkan doa salah seorang dari kamu selama ia tidak gopoh / tergesa-gesa, ia berkata: “Aku telah berdoa tetapi tidak pernah dimustajabkan doaku”. ( Al-Bukhari, Muslim)
  3. Isi kandung doa mengandungi permohonan dosa dan memutuskan silaturrahim. Sabda Nabi SAW: “ Mana-mana orang Islam yang berdoa dengan satu doa yang didalam doanya itu tiada perkara dosa dan memutuskan silaturrahim nescaya Allah akan memberikan dengan doanya itu salah satu dari tiga perkara : 1. Disergerakan baginya doa itu ( dimustajabkan) atau 2. Disimpan untuknya doa itu diakhirat atau 3. Dipalingkan darinya keburukan yang semisal ( sebanding ) dengan doanya. Lalu para sahabat berkata : “ Kalau begitu kami akan benyak berdoa. Sabda Nabi SAW : “Allah lebih banyak limpah kurniaNya.” ( Ahmad, Al-Hakim, Abu Ya`la, Al-Bazzar).
  4. Meninggalkan amar ma`ruf dan nahi mungkar. Didalam hadis, Rasulullah SAW bersabda: “Demi jiwaku yang berada didalam TanganNYa, hendaklah kamu menyuruh kepada yang ma`ruf ( kebaikan ) dan mencegah yang mungkar atau ( sekiranya kamu tidak melakukan demikian ) telah hampir Allah akan menurunkan hukuman / siksaan ke atas kamu dariNya kemudian kamu berdoa kepadaNya maka tidak dimustajabkan bagi kamu. “( Ahmad, At-Tirmizi).
  5. Berdoa kepada Allah hanya ketika susah sahaja dengan lupa kepadaNya ketika senang. Sabda Nabi SAW : “ Kenallah kamu akan Allah semasa senang nescaya Allah akan kenal kamu ketika kamu susah.” ( Ahmad, At-Thabarani, Al-Hakim, Ibnu Abi`Asim).
  6. Suami yang mempunyai isteri yang buruk akhlak tetapi tidak menceraikannya, tidak mengadakan saksi ketika memberi hutang dan memberi/menyerahkan harta kepada orang yang belum sempurna akal. Rasulullah SAW bersabda : “ Tiga golongan manusia yang berdoa kepada Allah tetapi tidak dimustajab doa mereka : 1. Seorang lelaki (suami) yang dibawah penguasaannya seorang perempuan (isterinya ) yang buruk akhlak tetapi ia tidak menceraikanya. 2. Seorang yang baginya ada hak hartanya atas orang lain ( yakni ia membei hutang kepada orang ) tetapi ia tidak mengadakan saksi ke atas hutang itu. 3. Sesorang yang memberi / menyerahkan harta yang dibawah jagaanya kepada orang yang belum sempurna akalnya, lalu Nabi SAW membaca firman Allah dari Surah An-Nisa` ayat 5 yang bermaksud: Dan janganlah kamu berikan / serahkan kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta ( mereka yang ada dalam jagaan ) kamu. “ ( Al-Hakim, At-Thahawi, Abu Nu`aim, Ad-Dailami ). Termasuk dalam maksud “orang-orang yang belum sempurna akal” ialah kanak-kanak, anak yatim, pemboros, dungu, gila dan seumpana mere yang tidak berkelayakan menguruskan harta mereka sendiri.
  7. Berdoa dalam keadaan hati yang lalai lagi lupa kepada Allah. Sabda Nabi SAW : “ Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin doa kamu akan dimustajabkan. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memustajabkan doa dari hati yang lalai lagi lupa ( kepada Allah ). “ At-Tirmizi, Al-Hakim, At-Thabarani.
  8. Berdoa dengan meninggikan/ mengangkat suara ketika berdoa ( yakni jangan berdoa dengan cara suara yang kuat ) kepada ditegah oleh Allah dan RasulNya SAW. Allah berfirman : “ Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan bersuara perlahan,sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas” (Surah Al a`raaf ayat 55 ). Allah memuji Nabi Zakaria yang berdoa kepadaNya dengan suara pelahan melalui firmanNYa :” (ingatkanlah peristiwa ) takala Zakaria berdoa kepada TuhanNya dengan suara yang perlahan.” ( Surah Maryam : ayat 3 ).

Thursday, March 11, 2010

RIAK

Khamis, 25 Rabiulawal 1431H: Riak jadikan amalan seperti debu berterbangan. Adakah rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka menunjuk-nunjuk dan suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia. Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.

Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: “Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya “Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.

Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal? Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut iniDikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim

Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud ”Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan: Ayat 23).Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan “Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah.”

Wednesday, March 10, 2010

Keutamaan Azan

Rabu, 24 Rabiulawal 1431H : - Azan merupakan salah satu tanda kewujudan umat Islam di suatu tempat atau di sesebuah negara ialah dengan terbinanya masjid-masjid dan kedengarannya Muazzin melaungan azan memanggil dan mengingatkan umat Islam supaya mengerjakan sembahyang. Inilah yang menjadi syiar dan keagungan Islam yang mesti dijaga dan dihormati.

Imam Nawawi Rahimahullah pernah berkata bahawa azan itu mempunyai empat hikmah:

  1. Untuk menzahirkan tanda Islam dan kalimah tauhid.
  2. Untuk memberitahu tanda masuk waktu sembahyang.
  3. Untuk memberitahu akan tempat sembahyang.
  4. Untuk memanggil berjemaah.

Tugas sebagai muazzin adalah tugas yang sangat mulia dan banyak kelebihannya. Bayangkan mengenai kelebihan yang diterima oleh seorang muazzin itu sebagaimana yang diperolehi Bilal bin Rabah Radiallahu-Anhu, seorang muazzin yang paling terkenal dan termasyhur di zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di mana baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah mendengar bunyi tapak kaki Saiyidina Bilal bin Rabah di dalam syurga, sedangkan pada ketika itu Saiyidina Bilal bin Rabah masih hidup. Inilah tanda tingginya martabat sebagai muazzin di sisi Allah Subhanahu Wataala .

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadith:-
Maksudnya:Dari Ibnu Amru bin Al-‘As Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Tukang azan yang melaungkan azan secara sukarela adalah seperti seorang syahid yang berlumuran darah, jika dia meninggal dunia, matinya tidak berulat di dalam kubur. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi:-
Maksudnya:Barangsiapa azan tujuh tahun dengan ikhlas kerana Allah Subhanahu Wataala, nescaya wajib baginya lepas dari api neraka. (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi)

Sebagai umat Islam kita sepatutnya mengambil berat terhadap seruan yang menyeru ke arah mencapai kemenangan dan mengingati Allah Subhanahu Wataala. Jangan dipermudah-mudahkan dan tidak diambil indah serta berpura-pura tidak mendengar dan langsung tidak menyahutnya, kerana perbuatan sedemikian adalah dicela oleh syara’. Islam telah mengajarkan kita supaya apabila azan dilaungkan oleh muazzin, maka orang yang mendengar hendaklah mengatakan seperti apa yang dikatakan oleh muazzin itu kecuali pada “Hayya ‘Alas-Solah” dan “Hayya ‘Alal-Falah” maka katakanlah “Laa Haula Walaa Quwata Illa Billah” dan pada azan subuh apabila dikatakan “Assalatu Khairum-Mininan-Naum” maka katakanlah “Sadaqta Wabararta”.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:-
Maksudnya:Dari Abi Said Al-Khudri Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Apabila kamu mendengar seruan azan, maka kamu ucapkan sepertimana orang yang azan itu ucapkan. (Riwayat Imam Al-Bukhari).

Di samping itu perlu juga diketahui bahawa azan juga boleh menjadi penawar dan obat kepada kerasukan, resah gelisah, menghindarkan daripada kejahatan jin, meredakan orang marah dan mengelokkan perangai buruk, orang yang hendak belayar dan ketika berlaku kebakaran. Azan juga sunat diperdengarkan kepada anak yang baru lahir.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:-
Maksudnya:Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu, bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: Seandainya manusia mengetahui tentang apa kelebihan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka mengundi, nescaya mereka akan mengundi. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Wahai kaum muslimin,Ingatlah bahawa kita ini adalah orang Islam yang sepatutnya tidak mengabaikan ajaran Islam dan hendaklah menyahut seruan-seruan ke arah kebaikan. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wataala.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al Jumu'ah, ayat 9:-
Tafsirnya:Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya.

Kelebihan Azan Dan Iqamah
Melakukan azan dan iqamah adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah (amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin). Oleh yang demikian, amin itu lebih baik daripada dhamin. (I‘anah ath-Thalibin: 1/383) Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: “Imam-imam itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana (amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan mengampunkan orang-orang yang azan.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Ada juga pendapat lain yang mengatakan bahawa menjadi imam itu lebih afdhal daripada azan dan iqamah. Kerana dikhususkan bagi orang yang menjadi imam itu terdiri daripada orang yang berilmu tinggi. Demikian juga mendirikan sembahyang itu lebih afdhal daripada menyerukannya. (I‘anah ath-Thalibin: 1/384) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam maksudnya : “Maka azanlah untuk kamu oleh salah seorang di kalangan kamu, kemudian hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang akhbar (berilmu) di kalangan kamu.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau bagaimanapun menurut Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi, bahawa azan berserta iqamah itu lebih afdhal daripada menjadi imam. (I‘anah ath-Thalibin: 1/384)

Selain itu, banyak lagi disebutkan di dalam hadis mengenai kelebihan-kelebihan azan dan iqamah dan orang yang melaungkannya. Antaranya ialah:

  1. Sehingga Orang Sanggup Berundi Untuk Medapatkannya
    Hadis daripada Abu Hurairah katanya:
    Maksudnya: “Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seandainya manusia mengetahui tentang apa (kelebihan) dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka berundi, nescaya mereka akan berundi. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada at-tahjir (sembahyang zohor di awal waktu) nescaya mereka akan berlomba-lomba mendapatkannya. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada al-‘atamah (sembahyang isya’) dan subuh nescaya mereka mendatanginya walaupun dengan merangkak-rangkak.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  2. Dipohonkan Ampun Dan Mendapat Pahala Sepertimana Pahala Orang Yang Bersembahyang Dengannya. Hadis daripada al-Bara’ bin ‘Azib katanya: Maksudnya: “Bahawasanya Nabi Allah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada (makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan dipohonkan ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia oleh sesiapa yang mendengarnya daripada tumbuhan yang hidup dan kering dan baginya pahala seperti pahala sesiapa yang bersembahyang bersamanya.”(Hadis riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
  3. Mengusir Syaitan
    Hadis daripada Abu Hurairah katanya: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri. Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan berkata: “Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa rakaat dia bersembahyang.” (Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud dan an-Nasa’ie)
  4. Mendapat Pahala Yang Banyak
    Sebagaimana di dalam hadis daripada Mu‘awiyah katanya: Maksudnya: “Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat.”
    (Hadis riwayat Muslim)
    Adapun yang dimaksudkan dengan orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat itu ialah disebabkan dia melihat pahalanya yang banyak. Menurut an-Nadhr bin Syumail, adapun kelebihannya ketika berada di padang mahsyar melepaskannya daripada kesusahan dan kesesakan disebabkan ramainya orang pada hari perhitungan itu. Menurut pendapat yang lain, bahawa orang itu banyak pengikutnya. Kata Ibnu al-A‘arabiy, maksudnya ialah orang yang banyak amalannya. Sementara menurut al-Qadhi ‘Iyadh dan yang lainnya ialah bermaksud orang yang cepat masuk ke dalam syurga. Dikatakan juga ianya bermaksud sebagai ketua. (Syarah Shahih Muslim: 2/77)
  5. Balasan Syurga
    Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan.”(Hadis riwayat Ibnu Majah)
  6. Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi Di Hari Qiamat
    Sebagaimana hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman katanya: Maksudnya: “Sesungguhnya Abu Sa‘id al-Khudriy Radhiallahu ‘anhu berkata kepadanya (‘Abdullah bin ‘Abdurrahman): “Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya. Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa‘id: “Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.”(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’ie)
  7. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab
    Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: “Jika dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan dimakbulkan doa.” (Hadis riwayat Ahmad)

    Sabda Baginda lagi:
    Maksudnya: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Azan menurut syarak ialah seruan atau pemberitahuan, yang terdiri daripada rangkaian ayat tertentu yang disyariatkan, bertujuan memberitahu dan memanggil orang ramai untuk sembahyang lima waktu juga sembahyang Jumaat. Azan mengandungi kata-kata mengagung-agungkan Allah, kalimah syahadah diikuti dengan ajakan beribadah dan kejayaan yang diistilahkan sebagai hay'alah dan diakhiri dengan kata-kata mengagung-agungkan Allah.

Orang yang menyeru kalimah-kalimah azan dinamakan muazzin atau tukang azan. Azan adalah sesuatu yang disyariatkan berdasarkan keterangan al-Quran, sunah dan ijma ulama.
Dalam surah al-Jum'at: 9 dijelaskan: “Wahai orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingati Allah dan tinggalkan jual beli. Yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
Bermaksud bahawa apabila imam telah naik mimbar dan muazzin telah azan pada hari Jumaat, maka kaum muslimin wajib segera memenuhi panggilan muazzin dan meninggalkan semua urusan dunia yang sedang dilakukan.

Terlalu banyak fadilat azan, juga kelebihan orang yang melaungkan azan, antaranya ialah:

  1. Keampunan Allah yang banyak, di mana keampunan itu digambarkan sejauh laungan suara yang dilaungkan ketika azan dan baginya pahala sama seperti pahala orang yang sembahyang bersamanya, seperti yang dijelaskan dalam hadis daripada Barra bin Azib, yang menyatakan bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat ke atas mereka yang berada di saf hadapan, manakala muazzin diampuni dosanya sepanjang suaranya, ucapannya dibenarkan oleh mereka yang mendengarnya, yang terdiri daripada benda basah dan kering dan dia akan memperoleh pahala sebanyak pahala mereka yang sembahyang bersamanya.
  2. Iblis dan syaitan lari bertempiaran mendengar bacaan azan, berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk sembahyang, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila sempurna azan, dia datang hingga apabila dilaungkan iqamah untuk sembahyang dia lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia datang, mengganggu dan menimbulkan rasa waswas dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat dia sembahyang.”
    Kerana itu tidak seyogia seseorang itu keluar dari masjid ketika dilaungkan azan, supaya tabiat seseorang itu tidak menyerupai tabiat syaitan. Walaupun demikian tidak mengapa kerana uzur, kerana sesuatu hajat, tetapi seseorang itu hendaklah balik semula ke masjid.
    Hadis daripada Said bin Al-Mussayyab, beliau berkata, dikatakan bahawa Rasulullah ada bersabda: “Tidak seyogia seseorang itu keluar dari masjid, selepas an-nida,' kecuali dia hendak kembali semula ke masjid atau dia menjadi seorang munafik”.
  3. Dengan azan dosa-dosa diampuni Allah dan akhirnya seseorang itu dimasukkan ke syurga berdasarkan hadis Aqabah bin Amir, beliau berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda: “Tuhan kamu kagum terhadap orang yang memelihara kambing di atas kelompok bukit yang berazan dan menunaikan sembahyang.” Allah berfirman:” Lihatlah hamba-Ku ini, dia azan dan mendirikan sembahyang kerana takutkan Aku. Maka sesungguhnya Aku telah ampuni hamba-Ku ini dan Aku masukkan dia dalam syurga.”

Azan selepas masuk waktu sembahyang adalah daripada amalan sunah. Azan disyariatkan untuk memberitahu waktu, kerana itu ia tidak disyariatkan untuk dilakukan sebelum masuk waktu, kecuali pada sembahyang subuh, iaitu azan awal untuk memberitahu orang yang sedang tidur.

Orang yang azan atau muazzin hendaklah Islam, baligh lagi berakal. Hanya dilakukan oleh kaum lelaki dan tidak mengurang atau menambah ayat-ayat azan yang telah disyariatkan. Azan adalah ibadah. Ibadah perlu dilakukan menurut apa yang telah disyariatkan. Untuk memperoleh kesempurnaan sembahyang, sunat-sunat azan hendaklah diikuti, iaitu azan hendaklah dilakukan dalam keadaan suci, bersih daripada hadas kecil dan besar dan dilakukan semata-mata kerana Allah. Berdasarkan keterangan ini, ibu yang baru bersalin tidak boleh membacakan azan, biarpun untuk anak yang baru dilahirkan, kerana ibu berkenaan adalah keadaan berjunub. Perempuan tidak ahli untuk berazan.

Azan sembahyang hendaklah dilakukan dalam keadaan berdiri dan menghadap kiblat. Sunat meletakkan tapak tangan kanan di telinga kanan dan tapak tangan kiri di telinga kiri atau memasukkan jari telunjuk dalam telinga kanan dan kiri menurut seperti yang dilakukan oleh Bilal. Bilal berkata: “Maka aku masukkan jariku dalam telinga lalu aku azan”- hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Hibban. Azan sembahyang hendaklah dilaungkan oleh orang yang bersuara baik lagi lantang kerana Rasulullah pernah bersabda kepada Abdullah bin Zaid agar mengajar azan kepada bilal kerana suara Bilal lebih lantang daripada suaranya.

Kaum wanita yang hendak sembahyang berjemaah tidak disunatkan azan. Suara tinggi wanita boleh membawa fitnah. Hadis daripada Ibn Umar menjelaskan: “Kaum wanita tidak boleh azan juga iqamah”. Sunat berselawat ke atas Nabi sebaik-baik sahaja azan tamat dilaungkan. Allah akan berselawat kepada orang yang berbuat demikian sepuluh selawat bagi setiap selawat yang dilafazkan.

Bacaan iqamah sebaik-baik dibaca oleh orang yang azan. Demikianlah disebut dalam sebuah hadis daripada Ziad bin Harith as-Sadaiy, yang menyatakan bahawa dia pernah azan. Tidak lama selepas itu Bilal datang untuk iqamah. Baginda bersabda: “Bahawasanya saudara Sada' (Ziad bin Harith) telah azan, sesiapa yang azan, dialah yang iqamah” - Riwayat Abu Daud dan Tarmizi.

Rasulullah menyatakan bahawa doa yang dipohon antara azan dan iqamah tidak akan ditolak oleh Allah - Riwayat Abu Daud dan Tarmizi.

Sunat bagi makmum bangun untuk mendirikan sembahyang apabila muazzin membaca pada ayat qad qamati `s-salah. Demikianlah yang dijelaskan oleh Anas r.a, Ahmad Rahimu `Llah, juga oleh Abu Hanifah. Ibn Umar tidak berdiri kecuali setelah mendengar muazzin sempurna membaca kalimah-kalimah berkenaan. Menurut mazhab Asy-Syafie, seseorang itu tidak perlu bangun sehingga iqamah yang dibaca oleh muazzin sempurna dibaca.

Muazzin perlu mendapat izin atau persetujuan daripada imam sebelum iqamah, apatah lagi sekiranya iqamah itu dilakukan orang lain. Tidak seyogia seseorang itu masuk urusan iqamah sehinggalah dia mendapat izin daripada imam. Tidak menambah perkataan ``sayyidina'' contohnya ketika iqamah juga azan. Tidak terdapat bukti daripada ulama salaf daripada kitab-kitab hadis, juga daripada amalan sahabat, tabiin, juga daripada ulama fikah, pengikut-pengikutnya juga oleh khulafau `r-rasyidin. Menambah kalimah ini pada ibadah yang disyariatkan bukan merupakan amalan memuliakan Nabi. Setiap amalan mesti ada sandaran.

Dilarang seseorang itu keluar dari masjid ketika atau selepas azan. Hadis daripada Abu Hurairah menjelaskan bahawa dia telah melihat seorang lelaki keluar dari masjid selepas muazzin melaungkan azan. Baginda bersabda: Perbuatan ini sesungguhnya telah mengingkari Abu Al-Qasim s.a.w. - hadis ditakhrij oleh Muslim dalam sahihnya. Hukum iqamah sama seperti hukum azan. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan ketika iqamah, antaranya sunat mempercepat bacaan iqamah dengan menghimpunkan dua baris ayat iqamah dengan satu nafas, berdasarkan hadis Jabir yang menyatakan: Apabila azan, hendaklah engkau lambatkan dan apabila iqamah hendaklah engkau cepatkan. Jadikan jarak antara azan dan iqamah sekira-kira orang yang makan dapat menghabiskan makanannya.

Dalam hadis Abdullah bin Maghfal dijelaskan bahawa baginda bersabda: Tempoh antara dua azan ialah satu sembahyang. Menurut Abdul Aziz bin Abdullah Ibn Bazz r.a, iqamah tidak perlu cepat, sehinggalah imam memerintahkan supaya iqamah, di mana ia mengambil masa suku jam, satu per tiga jam atau seumpamanya mengikut keperluan. Sekiranya imam lambat datang, orang lain boleh menjadi imam sembahyang bersama orang lain. Berdasarkan keterangan ini, tukang azan tidak perlu iqamah cepat untuk mendirikan sembahyang kerana tempoh antara azan dan iqamah sebelum menunaikan sembahyang itu adalah jelas.

Menurut pendapat ulama Asy-Syafie, sunat dilakukan iqamah di tempat yang lain daripada tempat azan dengan suara yang lebih rendah, perlahan daripada suara azan. Iqamah tidak boleh dilakukan sehinggalah imam memberi keizinan berdasarkan kepada amalan Bilal yang meminta izin baginda sebelum iqamah: Aku berkata kepada Nabi Muhammad, aku hendak melakukan iqamah. Baginda menjawab: Tukang azan lebih berhak dengan azan dan imam lebih berkuasa terhadap iqamah - riwayat Ibn Adiy.

Di luar keperluan sembahyang, sunat azan di sebelah telinga kanan bayi yang baru dilahirkan dan diiqamahkan di telinga sebelah kiri. Azan juga perlu dilakukan ketika berlaku kebakaran, waktu perang, berlaku ribut taufan, juga ketika iblis dan syaitan menjelmakan diri. Begitu juga azan pada telinga orang yang sedih, orang yang jatuh, orang yang sedang marah dalam keadaan panas baran atau ketika seseorang itu tidak sedarkan diri, menjadi liar kelakuannya atau ketika dirasuk iblis dan syaitan. Iblis akan lari jauh hasil daripada azan yang dilaungkan. Tidak disunatkan azan ketika mayat dimasukkan dalam kubur menurut pendapat yang muktamad di kalangan ulama mazhab Asy-Syafie.

Tuesday, March 9, 2010

Pakaian Muslimah Menurut Al-Quran & As-Sunnah

Selasa, 23 Rabiulawal 1431H : - Pakaian Seorang Wanita Beriman (Muslimah) Menurut al-Qur’an & as-Sunnah. Syarat-Syarat asas pakaian seorang wanita,
  1. Menutup Seluruh Tubuh, melainkan bahagian yang dikecualikan (yang boleh untuk tidak ditutup).
  2. Bukan dengan tujuan untuk berhias atau melawa.
  3. Menggunakan kain yang tebal (bukan yang tipis) sebagai kain pakaiannya.
  4. Tidak ketat (longgar) dan menggambarkan bentuk tubuh.
  5. Tidak diberi wangian (perfume).
  6. Tidak menyerupai pakaian lelaki.
  7. Tidak menyerupai pakaian wanita kafir.
  8. Bukan pakaian untuk bermegah-megah.

Perintah Menutup AuratAllah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)

لا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ وَلا أَبْنَائِهِنَّ وَلا إِخْوَانِهِنَّ وَلا أَبْنَاءِ إِخْوَانِهِنَّ وَلا أَبْنَاءِ أَخَوَاتِهِنَّ وَلا نِسَائِهِنَّ وَلا مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ وَاتَّقِينَ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدًا

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengenakan (dan melabuhkan) jilbabnya (pakaian) ke seluruh tubuh mereka”. Dengan demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, dan dengan itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-ahzaab, 33: 59)

Maksud Hijab:

Hijbab adalah bentuk mashdar, dan maknanya secara bahasa adalah yang besifat menutup, melindungi, dan mencegah.Dari segi syara’ (istilah) adalah seseorang wanita yang menutup tubuh dan perhiasannya, sehingga orang asing (yang bukan tergolong dari mahramnya) tidak melihat sesuatu pun dari tubuhnya dan perhiasan yang dia kenakan sebagaimana yang diperintahkan supaya ditutup (dihijab). Iaitu ditutup/dihijab dengan pakaiannya atau dengan tinggal di rumahnya.Wanita mukmin berhijab dengan mengenakan khimar (kain tudung/penutup kepala) yang dilabuhkan sehingga ke dada-dada mereka dan dengan mengenakan jilbab yang menutupi seluruh tubuh mereka.

Maksud Khimar:

Lafaz al-Khumru/khumur (ألخمر) yang termaktub di dalam ayat 31 surah an-Nuur di atas adalah bentuk jama’ dari lafaz khimar (خمار) yang membawa maksud sesuatu yang dapat menutupi. Maksudnya di sini, adalah merujuk kepada menutupi kepala (tidak termasuk dada). Atau, ia juga disebut dengan al-Miqna’ (sigular) atau al-Maqaani’ (jamak/plural) yang membawa maksud tudung (penutup kepala). Secara lengkapnya (istilah) ia adalah pakaian yang menutup bahagian kepala iaitu mencakupi rambut, telinga, dan leher.Berdasarkan penelitian Syaikh al-Albani, beliau menyatakan bahawa khimar adalah penutup kepala, tidak ada yang nampak darinya, melainkan lingkaran wajahnya. (al-Albani, Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah, 1412H, m/s. 14)Manakala sebahagian pendapat yang lain (dari ulama) menyatakan menutup termasuk bahagian wajah/muka.

Maksud Jilbab:

Bentuk jama’ dari kata Jilbab adalah jalaabib (جلاَبِيب). Jilbab ialah pakaian yang menutupi seluruh tubuh. Fungsi jilbab lebih luas/umum dari khimar, kerana jilbab merujuk kepada menutup tubuh wanita dari kepalanya sehingga ke bahagian bawah tubuhnya (termasuk kaki). (Melainkan apa yang dibenarkan untuk tidak ditutup/dibolehkan terbuka)Al-Jauhari berkata: “Jilbab adalah kain/pakaian yang menutupi seluruh tubuh.” (al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, jil. 7, m/s. 372)

Friday, March 5, 2010

Dakwah Tugas Umat Islam

Jumaat,19 Rabiulawal 1431H : Menjalan kerja-kerja dakwah atau mengajak manusia kepada kepada kalimah Tauhid iaitu beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW , adalah satu tugas berat dan mencabar yang perlu dipikul oleh semua umat Islam. Tugas dakwah mengajak manusia kepada Islam mentauhidkan Allah SWT wajar dimulakan dengan diri sendiri, ahli keluarga, sanak saudara, masyarakat dan seterusnya negara malahan ke seluruh alam kerana Rasulullah SAW membawa Islam sebagai rahmat kepada sekelian alam. Dakwah bukan sahaja kepada mengingatkan umat Islam tetapi mengajak dan menyampaikan kalimah Allah ke atas mereka yang bukan beragama Islam, juga menjadi tanggungjawab umat Islam kerana Nabi sudah wafat dan kerja-kerja Nabi masih dan mesti diteruskan oleh umatnya yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Setiap usaha dakwah mempunyai halangan dan cabaran tersendiri yang merupakan fitrah untuk menguji keimanan umatnya. Ini dibuktikan menerusi sirah Rasulullah SAW yang mendepani cabaran dahsyat ketika itu. Berkat kesabaran dan ketabahan Baginda, Islam bertapak di sanubari jiwa manusia melangkaui satu pertiga dunia. Menyelusuri sirah, merakamkan bahawa Baginda SAW menyampaikan dakwah berseorangan apabila diangkat menjadi Nabi dan kemudian diikuti oleh sahabat-sahabat baginda. Sadina Abu Bakar apabila menerima Islam bertanya kepada Rasulullah SAW apakah tugas beliau, Rasulullah SAW menjawab tugas aku adalah tugas kau iaitu menyampaikan dakwah. Kemudian baginda membina persahabatan yang ampuh dengan sahabat hingga Saidina Ali sanggup menggadai nyawa mengganti tempat tidur Baginda dalam peristiwa hijrah. Saidina Abu Bakar sanggup membelanjakan seluruh hartanya untuk perjuangan menegakkan Islam, sehingga ditanya oleh Baginda SAW, apakah yang ditinggalkan, beliau menjawab Allah dan Rasul-Nya.Saidina Umar ketika mendengar berita kewafatan Baginda SAW tidak dapat menerimanya pada awalnya kerana kasih dan cintakan Baginda.Abd Rahman bin Auf pula mempunyai falsafah tersendiri dalam membela Islam iaitu dengan menumpukan kepada kekuatan ekonomi.
Menerusi Sirah Nabi dan kisah-kisah Sahabat baginda, kunci kejayaan dakwah mereka ialah dipandukan oleh kekuatan akidah (Tauhid ) yang dibentuk oleh Rasulullah SAW, persahabatan yang kukuh, kesetiaan dalam perjuangan, kekuatan ekonomi, kesatuan pemikiran dan tindakan adalah nadi perjuangan menegakkan Islam. Sahabat-sahabat mengorban jiwa raga, harta-benda, dan keluarga dalam menegakkan usaha-usaha dakwah.
Ahli agama dan umat Islam perlulah mengambil pendekatan dakwah hari ini mengikut cara-cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kerana dengan cara Rasulullah SAW barulah ada keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Usaha dakwah tidak akan memberi kesan besar jika bergerak secara individu.Usaha menggerak manusia ke arah kelimah Tauhid adalah tugas besar dan dipandang mulia di sisi Allah SWT. Memetik kata-kata Ibn Qayyim al-Jauziyyah, “Dakwah kepada kalimah tauhid adalah tugas para Rasul dan pengikutnya.”Beliau juga mengungkapkan, “Sesiapa yang berdakwah dengan pena untuk kebaikan Islam dan umatnya adalah satu cabang dakwah, sesiapa yang menyeru manusia dengan kepetahan lidahnya untuk kebaikan Islam dan umatnya adalah dakwah dan sesiapa yang mengajar dengan ketajaman akal dan ilmunya adalah dakwah.” Setiap usaha dakwah, diberitakan dengan perkhabaran gembira. Islam memberi kegembiraan terhadap gerakan dakwah Islamiah antaranya:

· Dakwah adalah tugas Rasul dan umatnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktikad dan perbuatan syirik), dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” – (Surah Yusof, ayat 108)

· Bersegera melakukan dakwah akan memperoleh ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Ini ditegaskan menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengEsakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah.” – (Surah Fussilat, ayat 33).Imam Al-Syaukani menyatakan, “Tugas dakwah yang dilakukan, tiada perkara yang lebih baik dilakukan selainnya, tiada jalan yang lebih jelas selain dari jalannya dan tiada ganjaran pahala yang lebih besar selainnya.”

· Ganjaran pahala menanti penggerak dakwah. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu.” – (Hadis riwayat Muslim). Imam Nawawi menyatakan yang dimaksudkan dengan ‘menunjukkan jalan kebaikan’ ialah melakukannya dengan perkataan, penulisan dan perlakuan. Orang yang menunjuk jalan kepada seseorang mengenai Islam, ia akan diberi ganjaran sama seperti pahala orang menerima seruan Islam itu dan pahala mengamalkannya.Sesiapa yang mengajak seseorang kepada melakukan sembahyang dan puasa, baginya pahala sama seperti orang menerima ajakannya dan melaksanakannya sehingga ke hari kiamat.

· Allah SWT akan membuka jalan keredaan-Nya bagi sesiapa yang menjalankan tugas dakwah dengan penuh keikhlasan dan mengharap keredaan-Nya. Allah SWT menjanjikan balasan syurga sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Balasan mereka di sisi Allah ialah Syurga ‘Adn (tempat tinggal yang kekal), yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekallah mereka di dalamnya selama-lamanya, Allah reda akan mereka, dan mereka pun reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberian-Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya.” (Surah al-Bayyinah, ayat 8)

· Nabi SAW memberi jaminan kepada sesiapa yang berada di landasan dakwah dengan penuh keimanan dan kesabaran mendepani cabaran dan halangan. Antara jaminan itu ialah neraca timbangan amal kebaikannya akan digandakan di akhirat. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang menunjukkan jalan kepada seseorang untuk mendapat hidayah Allah (Islam) adalah baginya pahala seperti mana orang yang menerima (Islam) itu dan mengamalkannya dan tidak akan dikurangi walau sedikit pun dari neraca timbangannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

· Usaha dakwah adalah salah satu sebab kejayaannya di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad, ayat 7)

Thursday, March 4, 2010

Mengenali Rasulullah SAW

Khamis, 19 Rabiulawal 1431 H :Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Yaitu Rasulullah SAW,penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali, Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya seperti malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan 'fathonah',
Bahkan yang paling 'Fathonah' dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannyaKerana dia yakin,
kalau esoknya dia hidupTuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,Dia mengambil jalan yang utama,
Yaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lewat dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin,
anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya,
tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang dapat menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam saja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa,
hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang,
disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran 'Ulul Azmi'Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua 'Ulul Azmi', dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu'nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lewat, tidak diizinkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ini siapa?Saidina Abu Bakar berkata "Saya Abu BakarPengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Ya Rasul itu sudah wafat"Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci,
Akhirnya Islam menjadi pilihannya
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul,
berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagiCerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,D
ia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, tidak meninggalkan harta,
Dia meninggalkan Al Quran dan Sunnah
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Yaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat nadinya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis 'jawa miul kalim'Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bilaKawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan kawan-kawannya,

Rasulullah mudah menangis
Kerana takutkan Tuhannya,Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya,
Tuhan berkata "Akhlaknya, sungguh agungnya,tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba"
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu' dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makanan yang dia suka, susu dan kurma,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkasYang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan ituSudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin,
Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sumber: Nazam oleh Syeikh Ashaari Muhammad

Tuesday, March 2, 2010

Muhammad - Rasul Dan Nabi

Selasa, 16 Rabiulawal 1431H :- Setiap 12 Rabiulawal boleh dikata seluruh negara Islam meraikan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah beberapa fakta mengenai kelahiran Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam

1. Allah Ta’ala berfirman:
Sungguh Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan mereka Al Kitab dan Al Hikmah dan sebelum itu, mereka benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” (QS. Ali Imran:164)

2. Allah Ta’ala berfirman:
“Katakanlah: “Sesungguhnya saya ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahwa sesungguhnya Tuhan kamu adalah Tuhan yang Esa.” (QS. Al Kahfi:11)

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah ditanya tentang puasa pada hari Senin. Beliau menjawab: “Pada hari itulah aku dilahirkan, lalu diangkat menjadi Rasul dan diturunkan Al-Qur’an kepadaku.” (HR. Muslim)

4. Rasullauh Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dilahirkan pada hari Senin bulan Rabi’ul Awal di Makkah Al Mukarramah tahun Al Fiil (571 M), berasal dari kedua orang tua yang sudah ma’ruf. Bapaknya bernama Abdullah bin Abdul Muthallib dan ibunya bernama Aminah binti Wahb. Kakek beliau memberinya nama Muhammad. Bapak beliau meninggal dunia sebelum kelahirannya.

5. Sesungguhnya termasuk kewajiban seorang muslim adalah hendaknya dia mengetahui kedudukan Rasul yang mulia ini, berhukum dengan Al Qur’an yang diturunkan kepadanya, berakhlak dengan akhlaknya serta mengutamakan dakwah kepada Tauhid yang mana risalahnya dimulai dengannya sesuai firman Allah Ta’ala: “Katakan: Sesungguhnya saya hanya menyembah Rabbku dan saya tidak mempersekutukan sesuatupun dengan-Nya.” (QS. Al-Jin:20)

Nama dan Garis keturunan (Nasab) RASULULLAH Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam

1. Allah Ta’ala berfirman:
Muhammad adalah Rasulullah.” (QS. Al Fath:29)

2. Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
Saya memiliki lima nama: Saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al-Mahi yang Allah menghapus kekufuran denganku, saya Al-Hasyir yang manusia dikumpulkan di atas kedua kakiku, dan saya Al-’Aqib yang tidak ada Nabipun setelahnya.” (Muttafaq ‘Alaih)
Dan Allah menamakannya dengan “Raufur Rahim

3. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam mengenalkan dirinya kepada kita dengan beberapa nama: “Saya Muhammad, saya Ahmad, saya Al Muqaffy (Nabi terakhir) dan Al Hasyir, saya Nabi At Taubah, Nabi Ar Rahman.” (HR. Muslim )

4. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda:
Tidaklah kamu heran bagaimana Allah memalingkan dari saya cacian orang-orang Quraisy dan laknat mereka? Mereka mencaci dan melaknat saya (dengan sesutu) yang sangat tercela, dan saya adalah Muhammad.” (HR. Bukhari )

5. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
Sesungguhnya Allah telah memilih dari keturunan Ismail Kinayah, dan dari Kinayah Allah memilih Quraisy, dari Quraisy Allah memilih bani Hasyim, dan dari bani Hasyim Allah memilih saya.” (HR. Muslim )

6. Dan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda yang artinya:
Namailah diri kalian dengan nama-nama saya, tapi janganlah kalian berkuniah (mengambil gelar) dengan kuniah saya. Karena sesungguhnya saya adalah Qasim sebagai pembagi diantara kalian.” (HR. Muslim )

RASULULLAH Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, SEOLAH-OLAH KAMU MELIHATNYA
1. Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. (Muttafaq ‘Alaih)

2. Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam berkulit putih dan berwajah elok. (HR. Muslim)

3. Bahwasanya badan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, jenggotnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, saya (Shahabat-pent) pernah melihatnya berpakaian merah, dan saya tidak pernah melihat yang lebih indah dari padanya. (HR. Bukhari)

4. Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam kepalanya besar, demikian juga kedua tangan dan kedua kakinya, serta tampan wajahnya. Saya (Shahabat-pent) belum pernah melihat orang yang seperti dia, baik sebelum maupun sesudahnya. (HR. Bukhari)

5. Bahwasanya wajah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bundar bagaikan Matahari dan Bulan. (HR. Muslim)

6. Bahwasanya apabila Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian Bulan, dan kami semua mengetahui yang demikian itu. (Muttafaq ‘Alaih)

7. Bahwasanya tidaklah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tertawa kecuali dengan senyum, dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahwa beliau memakai celak pada kedua matanya, padahal beliau tidak memakai celak. (Hadits Hasan, Riwayat At Tirmidzi)

8. Dari Aisyah Radhiyallahu ‘anha berkata: “Tidak pernah saya melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongannya. Akan tetapi tertawa beliau adalah dengan tersenyum.” (HR. Bukhari)

9. Dari Jabir bin Samrah Radhiyallahu ‘anhu berkata: “Saya pernah melihat Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pada bulan purnama. Saya memandang beliau sambil memandang bulan. Beliau mengenakan pakaian merah. Maka menurut saya beliau lebih indah daripada bulan.” (Dikeluarkan At Tirmidzi, dia berkata Hadits Hasan Gharib. Dan dishahihkan oleh Al Hakim serta disetujui oleh Adz-Dzahabi)

10. Dan betapa indahnya ucapan seorang penyair yang mensifati Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dengan sya’irnya: “Si Putih diminta memohon hujan dari awan dengan wajahnya. Si Pemberi makan anak-anak yatim dan pelindung para janda.” Sya’ir ini berasal dari kalamnya Abu Thalib yang disenandungkan oleh Ibnu Umar dan yang lain. Ketika itu kemarau melanda kaum muslimin, maka Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memohon hujan untuk mereka dengan berdo’a: Allahummasqinaa (Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami), maka turunlah hujan. (HR. Bukhari)

Adapun makna dan sya’ir tersebut adalah Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam yang disifati dengan Si Putih diminta untuk menghadapkan wajahnya yang mulia kepada Allah dan berdo’a supaya diturunkan hujan kepada mereka. Hal itu terjadi ketika beliau masih hidup, adapun setelah kematian beliau maka Khalifah Umar bin Al Khathab bertawasul dengan Al Abbas agar dia berdo’a meminta hujan dan mereka tidak bertawasul dengan beliau.

(Dinukil dari: Mengenal Pribadi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam , Penulis: Syaikh Muhammad Jamil Zainu. Alih bahasa: Mukhlish Zuhdi. Penerbit Yayasan Al-Madinah, Shafar 1419 H, hal. 11-16) Penulis : Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu