Tuesday, October 1, 2013

Haji Itu Adalah Arafah

Selasa, 26 Zulkaedah 1434H: Muhammad bin Basysyar menceritakan kepada kami, Yahya bin Sa'id dan 'Abdur Rahman bin Mahdi memberitahukan kepada kami di mana keduanya berkata: "Sufyan memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Bukair bin 'Atha' dari 'Abdur Rahman bin Ya'mar "bahawasanya orang-orang dari penduduk Najd mendatangi Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda berada di 'Arafah, kemudian mereka bertanya kepada baginda, baginda lantas menyuruh seorang penyeru untuk menyerukan:

"Haji itu adalah 'Arafah. Barangsiapa yang datang pada malam 'Arafah sebelum fajar terbit maka ia telah mendapatkan haji. 

Hari-hari Mina itu adalah tiga hari, barangsiapa yang bersegera (meninggalkannya) dalam dua hari maka ia tidak mendapatkan dosa; dan barangsiapa yang mengakhirkan (sampai tiga hari) maka ia tidak mendapatkan dosa". 

Muhammad berkata: "Yahya memberi tambahan: "Dan baginda menyusulkan seseorang kemudian ia berseru dengan kalimat tersebut."

Hadis Sunan At-Termizi.

Monday, September 30, 2013

Haji Wada Rasulullah SAW

Isnin,24 Zulkaedah 1434H: Dari Salim ibnu Abdullah, bahawa Abdullah ibnu Umar berkata: "Pada haji wada', Rasulullah saw telah menunaikan haji tamattu', iaitu mengerjakan umrah sebelum haji, kemudian beliau membayar dam (ternak urban), dan ternak itu telah dibawanya ke Dzul Hulaifah (tempat beliau berihram). 

Maka beliau berihram untuk umrah, setelah itu berihram untuk haji, dan orang-orang pun menunaikan haji tamattu' bersama Rasulullah saw dengan mengerjakan umrah sebelum haji. Maka sebahagian orang-orang itu ada yang membayar dam dan membawa damnya sebahagian dari mereka ada yang tidak membayar dam. 

Maka ketika Rasulullah saw sampai di Mekah, beliau bersabda: "Siapa diantara kamu yang membayar dam, maka ia tidak dihalalkan melakukan sesuatu telah diharamkan, hingga ia menyelesaikan hajinya. 

Dan siapa tidak membayar dam, maka hendaknya ia tawaf di Baitullah, lalu sai' antara Shafa dan Marwa, setelah itu memotong rambutnya dan bertahalul. Kemudian berihram untuk haji, lalu menyembelih ternak korban.

Dan barangsiapa yang tidak mempunyai ternak kurban, maka hendaknya ia berpuasa selama tiga hari dalam masa haji dan ditambah tujuh hari(lagi) apabila ia telah pulang ke rumah keluarganya." 

Kemudian Rasulullah saw mengerjakan tawaf qudum (tawaf ketika baru datang di tanah suci Mekah) dan menyempurnakan rukun yang pertama. Pada tiga putaran dari tujuh putaran dari tawaf, beliau mengelilingi Ka'bah dengan berlari kecil, lalu pada empat putaran selanjutnya beliau mengelilingi dengan berjalan biasa. 

Setelah selesai tawafnya, beliau solat dua rakaat di maqam Ibrahim (tempat solat Nabi Ibrahim). 

Setelah salam maka beliau pergi ke Shafa, lalu beliau melakukan sa'i antara Shafa dan Marwa sebanyak tujuh kali. Dan beliau tidak dihalalkan lakukan sesuatu yang telah diharamkan beliau menyempurnakannya. Lalu menyembelih korbannya kemudian mengerjakan tawaf ifadlal di Baitullah. Setelah itu beliau bertahallul. Demikian pula orang yang membawa ternak korban mereka juga mengerjakan apa yang dikerjakan oleh Rasulullah saw."

Hadis Sunan An-Nasai 

Friday, September 27, 2013

Haji Yang Bersih Dari Dosa

Jumaat, 21 Zulkaedah 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang mendatangi rumah ini (menunaikan ibadah haji atau umrah) tanpa merosaknya dengan perbuatan dan perkataan kotor, serta tidak membuat maksiat, maka dia kembali pada keadaannya seperti baru lahir (bersih dari dosa)."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, September 26, 2013

Tawaf - Sunat Berlari Tiga Kali Putaran

Khamis, 20 Zulkaedah 1434H: Dari Ibnu 'Abbu r.a., katanya: "Rasulullah saw. dan juga sahabat beliau datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dalam keadaan lemah oleh penyakit Madinah. Lalu orang-orang musyrik Mekah berkata sesama mereka, "Esok akan datang ke sini suatu kaum yang lemah kerana mereka diserang penyakit panas yang memayahkan. Oleh kerana itu mereka duduk di dekat hijir memperhatikan kaum muslimin tawaf. 

Nabi saw. memerintahkan mereka supaya berlari tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran antara dua sudut supaya dilihat kaum musyrikin ketangkasan mereka. 

Maka berkata kaum musyrikin sesama mereka, "Inikah orang-orang yang kamu katakan lemah kerana sakit panas, ternyata mereka lebih kuat dari golongan ini dan itu."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, September 25, 2013

Nazar Haji

Rabu, 19 Zulkaedah 1434H: Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa seorang perempuan datang kepada Nabi saw. bertanya: "Ibu saya bernazar akan mengerjakan haji, tetapi dia telah meninggal dunia sebelum sempat mengerjakannya. Bolehkah saya mengerjakan haji menggantikannya?" 

Jawab Nabi: "Ya boleh! Kerjakanlah haji itu untuk menggantikannya! 

Bagaimana pendapat engkau, kalau kiranya ibu engkau berhutang engkaukah yang akan membayarnya?" 

Jawab perempuan itu: "Ya!" 

Kata Nabi: "Bayarlah, kerana hutang (kewajiban) kepada Allah lebih patut dibayar."

Hadis Sahih Bukhari 

Tuesday, September 24, 2013

Saai Antara Safa dan Marwah

Selasa, 18 Zulkaedah 1434H: Dari 'Urwah r.a., dari bapanya, dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku berpendapat, jika seseorang tidak saai antara Safa dan Marwah tidak membatalkan hajinya."
 
Tanya 'Aisyah, "Apa alasanmu?"
 
Jawab ku, "Firman Allah Taala yang berbunyi: "Sesungguhnya Safa dan Marwah sebahagian dari syi'ar agama Allah. " (Al Baqarah: 158).
 
Kata 'Aisyah, "Tidak sempurna haji dan umrah seseorang tanpa saai antara Safa dan Marwah. Kalau benarlah apa yang kamu katakan, tentu firman Allah Ta'ala itu seharusnya berbunyi: Tidaklah berdosa orang yang tidak saai antara keduanya. Tahukah kamu sebabnya?
 
Sebabnya ialah: Di zaman jahiliyah, orang-orang Ansar menyembah dua berhala yang terletak di tepi pantai, iaitu berhala yang disebut Isaf dan Nailah. Sesudah mereka mendatangi kedua berhala itu, mereka saai antara Safa dan Marwah, dan sesudah itu mereka bercukur. Setelah Islam datang, mereka enggan saai antara keduanya, kerana mereka tak ingin mengingat perbuatan mereka semasa jahiliyah.
 
Kata 'Aisyah, lalu Allah menurunkan ayat: "Sesungguhnya Safa dan Marwah sebahagian daripada syiar agama Allah." (Al Baqarah : 158). Maka sejak itu, mereka saai antara keduanya."

Sahih Muslim

Monday, September 23, 2013

Tempat Miqat Umrah dan Haji

Isnin, 17 Zulkaedah 1434H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya:"Rasulullah saw. menetapkan miqat (tempat memulai ihram) bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah,
 
Bagi penduduk Syam di Juhfah,
 
Bagi penduduk Nejed di Qarnalmanazil, dan
 
Bagi penduduk Yaman, Yalamlam.
 
Tempat-tempat itu berlaku pula bagi orang-orang yang bukan penduduk negeri-negeri tersebut, tetapi dia bermaksud menunaikan ibadah haji dan umrah melalui tempat-tempat itu bagi orang yang lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat tersebut atau bagi penduduk Mekah sendiri, miqatnya ialah di mana mereka berada.
 
(Sahih Muslim)

Friday, September 20, 2013

Haji - Mencukur Rambut

Jumaat, 14 Zulkaedah 1434H: Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Bahawasanya Rasulullah saw. mencukur rambut ketika beliau haji wada'."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, September 19, 2013

Wajib Haji Bagi Yang Berkemampuan

Khamis, 13 Zulkaedah 1434H: Muhammad bin Yahya Al-Qutha'i Al-Bashri menceritakan kepada kami, Muslim bin Ibrahim memberitahukan kepada kami, Hilal bin 'Abdullah, pelayan Rabi'ah bin 'Amr bin Muslim Al-Bahili memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari AL-Harits dari 'Ali di mana ia berkata:
 
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai bekal dan kenderaan yang dapat membawanya sampai ke Baitullah namun ia tidak berhaji maka tidak ada halangan baginya bila ia mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani. Yang demikian itu kerana Allah berfirman di dalam kitabNya: (yang ertinya: "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.")
 
Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan gharib yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat gharib ini. Dalam sanadnya terdapat beberapa pendapat. Hilal bin 'Abdullah itu tidak dikenali; sedangka Al-Harith itu dianggap daif dalam hadis ini."
 
(Hadis Sunan At-Termizi)

Wednesday, September 18, 2013

Umrah Dalam Bulan Haji

Rabu, 12 Zulkaedah 1434H : Ahmad bin 'Abdah Adh-Dhabbi menceritakan kepada kami, Ziyad bin 'Abdullah menceritakan kepada kami (yang berasal) dari Mujahid dari Ibnu 'Abbas "bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: " 'Umrah itu masuk ke dalam haji sampai hari Kiamat."
 
Masalah yang sama diriwayatkan dari Suraqah bin Malik bin Ju'syum dan Jabir bin 'Abdullah. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ibnu 'Abbas itu adalah hadis hasan. Yang dimaksudkan dengan hadis ini iaitu bahawasanya tidak ada larangan menunaikan 'umrah dalam bulan-bulan haji. Demikianlah pendapat Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq.
 
Maksud dari hadis ini ialah bahawa orang-orang Jahiliyah tidak mengerjakan 'umrah pada bulan-bulan haji. Ketika Islam datang, Nabi s.a.w. memberikan keringanan dalam masalah itu, di mana baginda bersabda: " 'Umrah itu masuk ke dalam haji sampai hari Kiamat"; maksudnya tidak ada larangan mengerjakan 'umrah pada bulan-bulan haji. Bulan-bulan haji itu adalah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari dari bulan Zulhijjah.
 
Seseorang tidak boleh menunaikan haji kecuali pada bulan-bulan haji. Sedangkan bulan-bulan yang mulia adalah bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Demikianlah diriwayatkan oleh para ulama' yang tidak sedikit dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan yang lain."

Hadis Sunan At-Termizi

Friday, September 13, 2013

Perempuan Mengerjakan Haji Bersama Muhrim

Jumaat, 7 Zulkaedah 1434H: Dari Ibnu Abbas r.a.: Ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda:
"Janganlah seorang laki-laki tinggal berdua saja dengan seorang perempuan!
Dan janganlah seorang perempuan berpergian, melainkan bersama muhrim!"
Seorang laki-laki lalu berdiri, katanya: "Hai Rasulullah! Nama saya telah didaftarkan untuk peperangan ini dan itu, sedang isteri saya akan pergi mengerjakan haji".
Beliau bersabda: "Pergilah engkau mengerjakan haji bersama isteri engkau!"

Sahih Bukhari

Wednesday, September 11, 2013

Apa Nabi Buat Dalam Rumahtangganya?

Rabu, 5 Zulkaedah 1434H. Aswad r.a. berkata bahawa ia bertanya kepada 'Aisyah, katanya: "Apakah yang diperbuat Nabi dalam rumah tangganya?" Jawab 'Aisyah, "Beliau juga melakukan pekerjaan rumah tangga, menolong isteri beliau. Dan apabila waktu solat telah tiba, beliau pergi solat."(Sahih Bukhari)

Monday, September 9, 2013

Kewajiban Haji Hanya Sekali

Isnin, 3 Zulkaedah 1434H : Dan Abu Sinan Ad-Du-aly dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Rasulullah saw berkhutbah: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan haji atas kamu." Tanya Al-Aqra' ibnu Habis: "Apakah haji itu diwajibkan setiap tahun?" Asalnya beliau diam saja, kemudian bersabda: "Andaikan saya berkata "Ya", nescaya akan menjadi wajib. Dan kamu tidak akan dapat mematuhinya. Kewajiban haji hanya sekali saja."( Sunan An-Nasai )

Friday, September 6, 2013

Belajarlah Mengerjakan Haji

Jumaat, 30 Syawal 1434H: Dari Jabir r.a., katanya : "Aku melihat Nabi saw. melontar dari atas kenderaannya pada hari Nahar (hari menyembelih kurban, iaitu 10 Zulhijjah). Lalu beliau bersabda: "Hendaklah kamu sekalian pelajari sungguh-sungguh bagaimana caranya aku mengerjakan haji, kerana aku tidak tahu, barangkali aku tidak akan sempat lagi mengerjakan haji sesudah hajiku ini."

(Sahih Muslim)

Thursday, September 5, 2013

Ihram Haji & Umrah

Khamis, 29 Syawal 1434H: Dari 'Aisyah r.a. katanya: "Diantara kamu ada yang ihram untuk haji ifrad (mendahulukan haji dari umrah), ada yang ihram untuk haji Qiran (mengerjakan haji digabung dengan umrah sekaligus) dan ada pula yang ihram untuk haji Tamattuk (mendahulukan umrah daripada haji)."

( Sahih Muslim)

Wednesday, September 4, 2013

Berlindung Dengan Allah Dari Seksa Kubur

Rabu, 28 Syawal 1434H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Dua orang wanita tua bangsa Yahudi datang ke rumahku, lalu keduanya berkata: "Sesungguhnya ahli kubur itu diseksa dalam kuburnya." Aku mendustakan ucapan mereka dan tidak mahu mengiakannya. Setelah mereka keluar, Rasulullah saw. datang. Lalu ku ceritakan kepada beliau kedatangan wanita tua Yahudi itu serta ucapan mereka yang mengatakan bahawa ahli kubur diseksa dalam kubur mereka. Jawab Rasulullah saw., "Mereka benar! Memang ahli kubur itu diseksa, sehingga seksaan mereka itu terdengar oleh binatang ternak." Kata 'Aisyah, "Semenjak itu, ku lihat beliau sentiasa berlindung dengan Allah dan seksa kubur dalam solat."

(Sahih Muslim)

Friday, August 30, 2013

Penuhi Undangan

Jumaat, 23 Syawal 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Seburuk-buruk makanan ialah makanan pesta, di mana orang yang seharusnya datang tidak diundang, sedangkan orang yang enggan datang malah diudang. Dan siapa yang tidak memenuhi suatu undangan sesungguhnya dia durhaka kepada Allah dan RasulNya."

(Sahih Muslim)

Thursday, August 29, 2013

Penuhilah Undangan

Khamis, 22 Syawal 1434H: Dari 'Abdullah bin 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Penuhilah suatu undangan apabila kamu memang diundang menghadirinya. Kata Nafi', 'Abdullah bin 'Umar memang selalu mendatangi setiap undangan, baik undangan pesta perkahwinan atau tidak; bahkan sekalipun dia sedang puasa." 

( Sahih Muslim)

Wednesday, August 28, 2013

Doa Tahiyyat

Rabu, 21 Syawal 1434H: Diberitakan oleh Abdullah r.a., katanya: "Ketika kami solat bersama-sama dengan Nabi saw., kami membaca "Assalam 'alallaahi min 'ibaadihi, assalamu 'ala fulaanin wa fulaanin. (Salam untuk Allah dari hamba-Nya; Salam untuk di Anu dan si Anu).
 
Mendengar bacaan itu Nabi saw. bersabda, "Janganlah kamu mengatakan Assalamu 'alallaah ", kerana Allah itu sendiri adalah As Salaam. Tetapi bacalah: "At tahiyyaatu lillaahi, wash shalawatu wath thaiyyibaatu, Assalaamu 'alaika ayyuhannabiyyu warahmatullahi wabarakaatuh, Assalaamu 'alaina wa 'ala 'ibadillaahish shaalihin. " (Penghormatan untuk Allah, seluruh doa dan segala kebaikan, Salam untukmu hai Nabi, disertai rahmat dan berkat Allah, Salam untuk kami, dan untuk para hamba Allah yang soleh-soleh).
 
Jika doa itu yang kamu baca, maka doamu meliputi seluruh hamba Allah, baik yang di langit mahupun yang antara langit dan bumi.
 
Selanjutnya bacalah: "Asyhadu anla ilaaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh." (Saya mengakui, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan hanya Allah. Dan saya mengakui bahawa Muhammad itu hamba Allah dan rasul-Nya). Setelah membaca doa itu. seseorang boleh memilih doa yang disukainya. dan berdoalah dengan doa yang disukainya itu.
 
(Sahih Bukhari)

Tuesday, August 27, 2013

Hisab Pada Hari Kiamat

Selasa, 20 Syawal 1434H: Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat, dia akan terseksa." Tanya Aisyah, "Bukankah Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah." (Al Insyiqaq, 84:8). Jawab beliau, "Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti." Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya terseksa." (Sahih Muslim)

Tuesday, August 20, 2013

Haq Saudara Sesama Islam

Selasa, 13 Syawal 1434H: Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw. beliau bersabda: "Kalau salah seorang kamu bersin, hendaklah ia mengucapkan: Alhamdulillah! (segala puji bagi Allah). Saudaranya atau temannya yang mendengar, hendaklah mengucapkan: Yarhamukallah (Semoga Allah merahmati saudara!). Kalau temannya telah mengucapkan Yarhamukallah, hendaklah ia mengucapkan lagi: Yahdikumullah wa yuslihu balakum! (Semoga Allah menunjuki saudara dan membaikkan keadaan saudara)."

(Sahih Bukhari)

Monday, August 19, 2013

Kutukan Malaikat

Isnin, 12 Syawal 1434H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menakut-nakuti saudaranya dengan menunjuk-nunjukkan senjata maka sesungguhnya malaikat mengutuknya sehingga dia berhenti menakut-nakuti, sekalipun saudaranya itu saudara sekandung." (Sahih Muslim)

Friday, August 16, 2013

Peristiwa Bulan Syawal

Jumaat, 9 Syawal 1434H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengahwini ku pada bulan Syawal; dan serumah tangga dengan ku pada bulan Syawal. Maka isteri Rasulullah saw. mana yang lebih dicintainya daripada ku?" (Sahih Muslim)

Thursday, August 15, 2013

Puasa Enam Di Bulan Syawal

Khamis, 8 Syawal 1434H: Ahmad bin Mani' meceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah memberitahukan kepada kami, Sa'id bin Sa'id memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka yang demikian itu adalah puasa satu tahun." Di dalam ini terdapat hadis dari Jabir, Abu Hurairah dan Tsauban. Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Ayyub itu adalah hadis hasan sahih. Orang ramai senang mengerjakan puasa enam hari pada bulan Syawal kerana adanya hadis tersebut." Ibnul Mubarak mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu baik sebagaimana halnya puasa tiga hari pada setiap bulan. Ibnul Mubarak berkata: "Diriwayatkan dalam sebahagian hadis: "Puasa ini dihubungkan dengan bulan Ramadan." Ibnul Mubarak memilih agar enam hari itu adalah permulaan bulan; diriwayatkan dari Ibnul Mubarak bahawasanya ia berkata: "Apabila seseorang mengerjakan puasa enam hari dari bulan Syawal itu secara terpisah-pisah maka hal itu boleh." Abu 'Isa berkata: " 'Abdul 'Aziz bin Muhammad meriwayatkan hadis ini dari Shafwan bin Sulaim dan Sa'd bin Sa'd dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub dari Nabi s.a.w. dengan hadis seperti tersebut di atas. Syu'bah meriwayatkan hadis ini dari Warqa' bin 'Umar dari Sa'd bin Sa'id. Sa'd bin Sa'id adalah saudara Yahya bin Sa'id Al-Anshari. Sebahagian ahli hadis membicarakan tentang Sa'd bin Sa'id dari segi hafalannya."(Hadis Sunan At-Termizi)

Wednesday, August 14, 2013

Puasa Sunat Enam Hari Di Bulan Syawal

Rabu, 7 Syawal 1434H: Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.'" (Hadis Sahih Muslim)

Friday, August 2, 2013

Tanda Malam Qadar

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0736.
Dari 'Abdullah bin Mas'ad r.a., katanya: "Siapa yang melakukan solat malam sepanjang tahun nescaya dia bertemu dengan "Malam Qadar" Jawab Ubay, "Demi Allah! Malam itu sesungguhnya terdapat dalam bulan Ramadhan. Demi Allah! Aku tahu malam itu, di mana Rasulullah saw. menyuruh kami menegakkannya (beribadah pada malam itu), iaitu yang kedua puluh tujuh Ramadhan. Tanda-tandanya ialah, esok pagi matahari kelihatan putih tanpa sinar yang mencorot."

Thursday, August 1, 2013

Malam Qadar

Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal." (Sahih Muslim)

Wednesday, July 24, 2013

10 Malam Akhir Ramadhan

Rabu, 15 Ramadhan 1434H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Apabila telah masuk sepuluh yang akhir bulan Ramadhan, Nabi saw. lebih giat beribadat malam-malamnya; beliau bangunkan keluarganya, beliau lebih tekun, dan beliau kencangkan ikat sarungnya (menjauhi isterinya untuk lebih banyak mendekati Allah swt.)"

(Hadis Sahih Muslim)

Tuesday, July 23, 2013

Lailatul-Qadar Malam 27 Ramadhan

Selasa, 14 Ramadhan 1434H: Ibnu Abi Umar ceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami dari Allah bin Abi Lubabah dan Ashim yang mendengar Zirr bin Hubaisy berkata: "Barang siapa melakukan ibadah sesaat setiap malam selama satu tahun, tentu dia memperoleh Lailatul-Qadar,
 
Ubai berkata: "Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa Abu Abdur Rahman sesungguhnya dia telah mengetahui bahawa Lailatul-Qadar adalah pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan dan sesungguhnya Lailatul-Qadar adalah malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan tetapi dia menghendaki agar manusia tidak berpegang kepada perkiraan itu kemudian Ubai bersumpah yang pasti bahawa Lailatul-Qadar adalah. malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan".
 
Ziir berkata kepada Ubai: "Dengan dasar apa kamu berkata demikian hai Abal-Mundair?"
 
Dia berkata: "Dengan dasar tanda yang diberitahukan Rasulullah SAW kepada kita iaitu bahawa matahari pada waktu itu terbit tanpa ada cahaya". Hadis ini adalah hadis Hasan Sahih. (Hadis Sunan At-Termizi)

Monday, July 22, 2013

Iktikaf Mencari Malam Qadar

Isnin, 13 Ramadhan 1434H : Diceritakan oleh Abu Salamah r.a., katanya: "Aku datang bertanya kepada Abu Sa'id Al Khudri, tanyaku: "Tidakkah lebih baik kita pergi ke Nakhl supaya kita dapat bercakap-cakap di sana?"
 
Lalu kami pergi ke sana. Aku berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepada ku, apa yang telah tuan dengar dari Nabi saw. tentang Malam Qadar"
 
Katanya, "Rasulullah sedang iktikaf sepuluh hari pertama bulan Ramadhan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Maka datanglah malaikat Jibril mengatakan, "Yang tuan inginkan itu (malam qadar) belum datang."
 
Nabi saw. meneruskan lagi iktikaf beliau pada sepuluh hari pertengahan bulan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Lalu datang pula malaikat Jibril mengatakan: "Yang tuan inginkan belum datang.
 
"Keesokan pagi dari malam kedua puluh bulan Ramadhan, Nabi saw. berpidato. Sabda beliau: "Barangsiapa iktikaf bersama-sama dengan ku, hendaklah diteruskannya, kerana kepada ku telah diperlihatkan Malam Qadar itu, tetapi aku lupa tanggalnya. Malam qadar itu ialah dalam sepuluh yang akhir (Ramadhan) di bilangan ganjil. Saya bermimpi seolah-olah saya sujud di tanah basah."
 
Atap masjid terbuat dari pelepah kurma. Di langit, kami tidak melihat awan sedikit pun. Tetapi tidak lama kemudian, datanglah awan gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya. Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan kami melihat tanah dan air melekat di kening dan di puncak hidung Nabi, sesuai benar dengan mimpi beliau. "
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0446.

Friday, July 19, 2013

Solat Witir

Jumaat, 10 Ramadhan 1434H:
'Aisyah r.a. menceritakan, bahawa Rasulullah saw. solat witir setiap malam, dan selesai pada waktu sahur."
 
Hadis Sahih Muslim

Thursday, July 18, 2013

Di Dalam Sahur Terdapat Berkat.

Khamis, 9 Ramadhan 1434H:
 
Dari Anas r.a., katanya Nabi saw. bersabda: "Sahurlah kamu, kerana di dalam sahur itu terdapat berkat."

Hadis Sahih Bukhari & Muslim

Wednesday, July 17, 2013

Waktu Sahur

Rabu, 8 Ramadhan 1434H:
 
Diceritakan dari Anas r.a. bahawasanya Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit, kedua-duanya makan sahur bersama-sama. Maka tatkala kedua-duanya telah sahur, Nabi saw. berdiri hendak solat dan beliau melakukannya.
 
Ditanya orang Anas, "Berapa lamanya antara keduanya selesai sahur dengan solat?"
 
Jawab Anas, "Kira-kira selama membaca lima puluh ayat."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0591.

Tuesday, July 16, 2013

Puasa Dalam Perjalanan

Selasa, 7 Ramadhan 1434H
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Janganlah engkau mencela orang yang puasa dan orang yang tidak puasa dalam perjalanan. Kerana Rasulullah saw. pernah puasa dan tidak puasa dalam perjalanan."
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1084.

Monday, July 15, 2013

Junub Di Bulan Ramadhan

Isnin, 6 Ramadhan 1434H:
Dari' Aisyah r.a., katanya: Nabi saw. pernah mendapati fajar dalam bulan Ramadhan dalam keadaan junub bukan bermimpi, lalu beliau mandi dan terus puasa. "

(Hadis Sahih Bukhari)

Saturday, July 13, 2013

Puasa Kerana Iman



Sabtu, 4 Ramahan 1434H

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"

(Sahih Muslim)

Friday, July 12, 2013

Puasa Ketika Musafir


Jumaat, 3 Ramadhan 1434H,

Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. melakukan suatu perjalanan jauh dalam bulan Ramadhan, sedangkan beliau puasa. 

Setelah sampai di 'Usfan, beliau minta bejana berisi minuman lalu diminumnya di siang hari itu supaya dilihat orang ramai. 

Selanjutnya beliau berbuka hingga masuk kota Makkah." 

Kata Ibnu 'Abbas r.a., "Dalam perjalanan itu Rasulullah saw.puasa dan berbuka. Maka siapa yang suka puasa boleh puasa dan siapa yang suka berbuka ia boleh tidak puasa." (Sahih Muslim)

Thursday, July 11, 2013

Solat Rasulullah SAW di Bulan Ramadhan

Khamis, 2 Ramadhan 1434H. 
Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Bagaimana caranya Nabi saw. solat dalam (malam) bulan Ramadhan?"

Jawab 'Aisyah, "Beliau solat tidak lebih dari sebelas rakaat, baik dalam bulan Ramadhan maupun lainnya. Mula-mula beliau solat empat rakaat. Jangan tanya, alangkah bagus dan lamanya.

Kemudian empat rakaat lagi, jangan tanya pula tentang bagus dan lamanya.

Kemudian solat witir tiga rakaat."

Kata 'Aisyah, dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., apakah beliau tidur lebih dahulu sebelum witir.

Jawab beliau, "Wahai, 'Aisyah! Kedua mata ku memang kelihatan tidur, tetapi hatiku tidak."

(Hadis Sahih Muslim)

Friday, July 5, 2013

Sederhana Dalam Segala Urusan

Jumaat, 26 Syaaban 1434H

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Tatkala telah turun ayat yang mengatakan: "Siapa melakukan suatu kejahatan, nescaya dia akan dibalas kerananya." (An Nisa', 4: 123), maka kaum muslimin sangat gusar kerananya.

Oleh kerana itu Rasulullah saw. bersabda: "Sederhanalah kamu dalam segala urusan (jangan berlebih-lebihan dan jangan pula lalai). Perbuatlah yang benar sesempurna mungkin, kerana setiap cubaan yang ditimpakan kepada kaum muslimin, akan menghapus dosa, walaupun cubaan itu hanya berupa kaki tersandung atau tertusuk duri."

( Hadis Sahih Muslim)

Thursday, July 4, 2013

Solat Awal Waktu

Khamis, 25 Syaaban 1434H.
Dari Abu Dzar r.a., katanya: "Rasulullah saw. bersabda kepada ku: Bakal terjadi sesudahku, dimana para pembesar melalaikan solat. Kerana itu solatlah kamu tepat pada waktunya. Jika kamu solat kembali bersama mereka, maka itu adalah suatu keuntungan (sunat) bagi mu. Jika tidak maka sesungguhnya kamu sudah menjaga solatmu." (pada awal waktunya).

 (Hadis Sahih Muslim)

Wednesday, July 3, 2013

Larangan Berpuasa Sunat Pertengahan Syaaban

Rabu, 24 Syaaban 1434H


Quitbah menceritakan  kepada kami, 'Abdul 'Aziz bin Muhammad memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Al-A'la bin 'Abdur Rahman dari ayahnya dari Abu Hurairah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila setengah dari bulan Sya'ban masih tersisa maka janganlah kamu sekalian berpuasa." 

Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Hurairah itu adalah hadis hasan sahih yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat ini dalam lafal yang seperti ini." Menurut sebahagian ulama', yang dimaksudkan dengan hadis ini ialah seseorang yang tidak biasa berpuasa kemudian dalam sisa bulan Sya'ban yang tinggal sedikit itu dia berpuasa untuk menyambut bulan Ramadan. 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. seperti hadis tersebut di atas; iaitu hadis yang menyebutkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bererti: "Janganlah kamu sekalian mendahului bulan Ramadan dengan puasa kecuali bila memang puasa itu bertepatan dengan puasa yang biasa dilakukan oleh salah seorang di antara kamu sekalian." Yang ditunjukkan dalm hadis ini ialah tidak disukai sengaja berpuasa kerana menyambut bulan Ramadan." 

(Hadis Sunan At Termizi)

Tuesday, July 2, 2013

Solat Nabi saw Dalam Bulan Ramadhan

Selasa, 23 Syaaban 1434H ,

Dari Abu Salamah bin 'Abdur Rahman r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah r.a., katanya: "Bagaimana caranya Nabi saw. solat dalam (malam) bulan Ramadhan?"

Jawab 'Aisyah, "Beliau solat tidak lebih dari sebelas rakaat, baik dalam bulan Ramadhanmaupun lainnya. Mula-mula beliau solat empat rakaat. Jangan tanya, alangkah bagus dan lamanya.

Kemudian empat rakaat lagi, jangan tanya pula tentang bagus dan lamanya.

Kemudian solat witir tiga rakaat." Kata 'Aisyah, dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., apakah beliau tidur lebih dahulu sebelum witir.

Jawab beliau, "Wahai, 'Aisyah! Kedua mata ku memang kelihatan tidur, tetapi hatiku tidak."

( Hadis SahihMuslim)


Monday, July 1, 2013

Solat Sunat Sebelum Subuh

 Isnin, 22 Syaaban 1434 H:

Dari Aisyah r.a katanya: " Di antara segala solat sunat, yang sangat dijaga olah  saw ialah solat sunat sebelum Subuh."

(Hadis Sahih Muslim)

Monday, June 10, 2013

Berdoa

Isnin, 1 Syaban 1434H: Hadis Anas ra.: Rasulullah saw. menjenguk seorang lelaki kaum muslimin yang telah lemah sekali sehingga (keadaannya) seperti anak burung. 

Rasulullah  saw. bertanya kepada lelaki itu: Apakah kamu pernah berdoa memohon sesuatu? 
Lelaki itu menjawab: Ya, aku berdoa: Ya Allah! Apa yang hendak Engkau siksa aku di akhirat, maka laksanakanlah segera di dunia. 

 Lalu Rasulullah saw. bersabda: Maha Suci Allah! Kamu tidak akan kuat atau tidak akan mampu menanggungnya. Kenapa kamu tidak berdoa dengan: Ya Allah! Berikan kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta jagalah kami dari siksa neraka. 

Ia (Anas) berkata: Kemudian Rasulullah saw. berdoa kepada Allah untuknya sehingga Allah pun menyembuhkannya. (Shahih Muslim No.4853)

Thursday, June 6, 2013

Memberikan Nama Anak "Muhammad"

Khamis, 27 Rejab 1434H:  Hadis riwayat Jabir bin Abdullah ra., ia berkata: Seseorang di antara kami mempunyai anak. Ia menamainya dengan nama Muhammad. Orang-orang berkata kepadanya: Kami tidak akan membiarkanmu memberi nama Rasulullah saw.

Orang itu berangkat membawa anaknya yang ia gendong di atas punggungnya untuk menemui Rasulullah saw. Setelah sampai di hadapan Rasulullah saw. ia berkata: Ya Rasulullah! Anakku ini lahir lalu aku memberinya nama Muhammad. Tetapi, orang-orang berkata kepadaku: Kami tidak akan membiarkanmu memberi nama dengan nama Rasulullah saw.

Rasulullah saw. bersabda: Kalian boleh memberikan nama dengan namaku, tetapi jangan memberi julukan dengan julukanku. Karena, akulah Qasim, aku membagi di antara kalian.

(Shahih Muslim No.3976)

Monday, May 27, 2013

Berikan Hak Jalanan

Isnin,17 Rejab 1434H: Dari Abu Said Al Khudri r.a., dari Nabi saw. sabdanya:
 
"Hindarilah olehmu duduk-duduk di pinggir jalan!"
 
Jawab para sahabat, "Kami terpaksa duduk-duduk di situ memperbincangkan hal-hal yang perlu."
 
Sabda RasuluUah saw., "Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ, berikan hak jalanan."
 
Tanya mereka, "Apa haknya, ya Rasulullah?"
 
Jawab beliau, "Pejamkan mata, jangan mengganggu, jawab salam (orang lalu), menganjurkan kebaikan, dan mencegah yang mungkar."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2000.

Thursday, May 23, 2013

Jangan Dekati Masjid!

Khamis,13 Rejab 1434H: Dari Jabir r.a., katanya: "Rasulullah saw. melarang kami memakan bawang dan kucai (sayur-sayuran yang menyebabkan mulut atau badan jadi bau). Tetapi kerana terpaksa kami makan juga.
 
Maka bersabda beliau saw., "Siapa yang memakan sayur-sayuran (yang menyebabkan badan atau mulut jadi bau) ini, maka janganlah mendekati masjid kami, kerana malaikat merasa terseksa juga dengan apa yang menyeksa manusia"
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0517.

Wednesday, May 22, 2013

Tanda Umat Rasulullah SAW

Rabu,12 Rejab 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Kelak di hari kemudian, telagaku lebih luas dari jarak antara Ailah dan Aden. Airnya lebih jernih daripada salju, lebih manis daripada madu dicampur susu. Bejana-bejananya lebih banyak daripada bintang-bintang di langit. Aku melarang orang mendekat ke telagaku itu, sebagaimana orang menghalau unta orang lain apabila datang ke telaganya."
 
Tanya mereka, "Ya, Rasulullah! Apakah anda mengenali kami ketika itu?"
 
Jawab Rasulullah saw., "Ya! Ketika itu anda mempunyai tanda yang tidak dipunyai umat-umat lain. Anda akan datang kepada ku bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana bekas wuduk"
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0194.

Tuesday, May 21, 2013

Sebelum Kiamat

Selasa, 11 Rejab 1434H: Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda:
 
"Belum akan terjadi kiamat sebelum umat ku mengikuti jejak umat beberapa abad sebelumnya, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta."
 
Ada orang bertanya: "Ya Rasulullah! Mengikuti orang Persia dan Romawi?"
 
Jawab beliau: "Siapa lagi orangnya selain ini?"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1967.

Monday, May 20, 2013

Ketahuilah!

Isnin, 10 Rejab 1434H: Dari 'Iyadh bin Himar Al Mujasyi'iy r.a. katanya: "Pada suatu hari Rasulullah saw. bersabda dalam khutbah sebagai berikut: "Ketahuilah! Sesungguhnya Tuhan ku memerintahkan kepada ku supaya mengajarkan kepada kamu sekalian apa-apa yang belum kamu ketahui. Iaitu pengajaran yang diajarkan Allah kepada ku hari ini.
 
Firman Allah: Setiap harta yang Aku (Allah) berikan kepada seseorang hamba adalah halal. Dan sesungguhnya Aku telah menciptakan hamba-hamba-Ku semuanya berada dalam agama yang lurus. Tetapi mereka kemudian didatangi oleh syaitan-syaitan lalu syaitan membelokkan mereka dari agama mereka dan mengharamkan apa-apa yang telah Ku halalkan bagi mereka, dan menyuruh mereka supaya mempersekutukan-Ku dengan sesuatu yang tidak diberi kekuasaan apa-apa. Sesungguhnya Allah mengawasi penduduk bumi dengan kemarahan, baik bangsa Arab maupun bangsa Ajam, kecuali sisa-sisa Ahli Kitab.
 
Firman Allah Ta'ala, "Sesungguhnya Aku mengutus engkau untuk mengujimu dan menguji orang lain dengan engkau. Aku turunkan kepada mu Kitab yang tidak hilang kena air, yang dapat engkau baca di waktu tidur dan bangun. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan kepada ku supaya membangkitkan kemarahan orang-orang Quraisy."
 
Jawab ku, "Ya, Tuhan ku! Nanti mereka pecah kepala ku dan mereka tinggalkan seperti (pecahan) roti."
 
Firman Allah, "Usir mereka seperti mereka mengusirmu. Perangi mereka, nanti Kami bantu kamu memerangi mereka. Keluarkan segala dana, nanti Kami beri dana engkau. Kirim pasukan tentera, nanti Kami kirim pula tentera membantumu lima kali lipat. Perangilah olehmu bersama-sama orang yang taat kepada mu, mereka yang durhaka kepada mu.
 
Firman Allah Ta'ala, "Penduduk syurga ada tiga macam: (1) Penguasa yang adil, pemurah, dan bertindak sesuai dengan hukum. (2) Orang yang berhati pengasih dan berhati lembut terhadap karib kerabat dan kaum muslimin. (3) Orang daif yang tidak terkendalikan otaknya, mereka di samping kamu hanyalah ikut-ikutan, mereka tidak mahu berkeluarga dan tidak menghendaki kekayaan.
 
Penduduk neraka ada lima macam: (1) Orang daif yang tidak mempergunakan otaknya, mereka hanya menjadi pengikut, tidak berusaha mencari nafkah untuk diri dan keluarganya. (2) Pengkhianat yang tidak tahu malu, sampai hal-hal kecil dikhianatinya juga. (3) Orang yang pagi petang berusaha hendak menipumu, tentang keluargamu, dan harta mu, (4) Orang bakhil atau pendusta. (5) Orang yang bermulut kotor (orang yang berperangai buruk dan suka menggunjing).
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2442.

Thursday, May 16, 2013

Hanya Seekor Semut

Khamis, 6 Rejab 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya:
 
"Seekor semut menggigit seorang Nabi di antara para nabi-nabi, lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu, lalu dibakarlah.
 
Kemudian Allah swt. mewahyukan kepadanya, "Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2096.

Wednesday, May 15, 2013

Bersugi Setiap Kali Solat

Rabu, 5 Rejab 1434H: Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Jikalau tidak memberati bagi umat ku, atau bagi manusia umumnya, nescaya ku suruh mereka mengosok gigi setiap kali akan solat
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0478.

Tuesday, May 14, 2013

Menziarahi Kubur

Selasa, 4 Rejab 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. ziarah ke kubur ibunya, lalu beliau menangis, maka menangis pulalah orang sekelilingnya.
 
Kemudian beliau bersabda: "Aku mohon izin kepada Tuhan ku untuk memintakan ampun bagi ibu ku, tetapi tidak diperkenankan-Nya.
 
Kemudian ku mohon izin untuk menziarahi kuburnya, maka diperkenankan-Nya bagi ku.
 
Kerana itu pergilah kalian ke kubur, kerana hal itu akan mengingatkan kalian kepada maut."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0924.

Monday, May 13, 2013

Nabi SAW & Umatnya Menjadi Saksi Dihari KIamat.

Isnin,3 Rejab 1434H: Dari Abu Said Al Khudri ra., Rasulullah bersabda: Nabi Nuh dipanggil pada hari kiamat.
 
Beliau menjawab: "Ya, Tuhan!"
 
Tuhan berfirman: "Sudahkah engkau sampaikan ajaran agama?"
 
Beliau menjawab: "Ya, sudah".
 
Lalu ditanyakan kepada umatnya: "Adakah Nuh menyampaikan kepada kamu?"
 
Mereka menjawab: "Tiada datang kepada kami orang yang menyampaikan peringatan".
 
Ditanyakan kepada Nuh: "Siapakah yang jadi saksi engkau?"
 
Nuh menjawab: "'Nabi Muhammad dan umatnya".
 
Lalu mereka (umat Muhammad) menjadi saksi, bahawa sesungguhnya Nuh telah menyampaikan, dan Rasulullah jadi saksi terhadap kamu (umat).
 
Hal itu disebutkan dalam firman Tuhan: "Dan begitulah Kami jadikan kamu umat pertengahan (adil) supaya kamu menjadi saksi terhadap manusia dan Rasulullah menjadi saksi terhadap kamu". (Surat Al Baqarah, 143)
 
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1579.

Friday, May 10, 2013

Doa Rasulullah Untuk Pemerintah

Jumaat, 29 Jamadil Akhir 1434H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. mendoa di rumahku, katanya:
 
"Wahai, Allah! Siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umat ku, lalu dia mempersulit urusan mereka, maka persulit pulalah dia, dan siapa yang menjawat suatu jawatan dalam pemerintahan umat ku, lalu dia berusaha menolong mereka, maka tolong pulalah dia."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1795.

Wednesday, May 8, 2013

Hujan

Rabu, 27 Jamadil Akhir 1434H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada suatu ketika di masa Nabi saw. pernah turun hujan. Maka bersabda Nabi saw., "Sebahagian manusia ada yang bangun pagi dalam keadaan syukur, iaitu orang-orang yang mengatakan, "Hujan ini rahmat Allah."
 
Dan ada pula yang kafir, iaitu mereka yang berkata, "Hujan ini kerana bintang ini dan itu."
 
Kata Ibnu 'Abbas, "Lalu diturunkan Allah ayat berikut: "Aku bersumpah dengan tempat turunnya bintang-bintang... sampai kepada ayat: "Sedangkan kebohongan kamu jadikan rezeki bagi kamu."(Al Waqi'ah: 75-82)

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0059

Thursday, May 2, 2013

Islam Pasti Menang

Khamis,21 Jamadil Akhir 1434H : Dari Mu'awiyah r.a., dia mengatakan dalam pidatonya di atas mimbar bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Sentiasa ada segolongan umat ku yang selalu berjuang menegakkan agama Allah Ta'ala. Mereka tidak akan celaka oleh orang-orang yang menghina atau menentang mereka sampai hari kiamat. Bahkan mereka tetap menang atas semua manusia."
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1873.

Tuesday, April 30, 2013

Pemerintah Yang Dilarang Masuk Syurga

Selasa, 19 Jamadil Akhir. Dari Ma'qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan saya telah mendengar beliau bersabda: "Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan memerintahi rakyat, kalau dia tidak memimpin rakyat itu dengan jujur, nescaya dia tiada akan memperoleh bau syurga."

Dari Maaqil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan beliau bersabda: "Seorang pembesar yang memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati, sedang dia tidak jujur terhadap rakyat, nescaya dia dilarang oleh Allah, masuk syurga."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1899

Monday, April 29, 2013

Jangan Taati Jika Diperintah Melakukan Maksiat

Isnin, 18 Jamadil Akhir 1434H: Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Setiap muslim wajib patuh dan setia terhadap pemerintah, disukai atau tidak disukainya, kecuali bila dia diperintah melakukan maksiat. Jika dia diperintah melakukan maksiat dia tidak perlu patuh dan setia."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1806.

Friday, April 26, 2013

Wajib Taat Menegakkan Kebajikan

Jumaat, 15 Jamadil Akhir 1434H: Dari Ali bin Abi Thalib r.a., katanya: "Pada suatu ketika, Rasulullah saw. mengirim sepasukan tentera (ke medan perang) dan mengangkat seorang lelaki menjadi komandan mereka. (Sampai di suatu tempat), sang komandan menyalakan api (unggun) dan memerintahkan anak buahnya melompat ke dalam api unggun tersebut. Sebahagian anak buahnya telah siap hendak melompat ke dalam api tersebut, tetapi yang lain berkata, "Kita harus lari dari api itu." Peristiwa itu mereka laporkan kepada Rasulullah saw.
 
Maka beliau bersabda, "Seandainya kamu melompat ke dalam api itu, kamu akan sentiasa berada di dalamnya hingga hari kiamat nanti."
 
Kemudian beliau berkata pula kepada yang lain dengan lemah lembut, "Tidak wajib taat terhadap perintah untuk mendurhakai Allah. Taat itu hanya wajib dalam rangka menegakkan kebajikan."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1807.

Thursday, April 25, 2013

Khalifah

Khamis, 14 Jamadil Akhir 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Bani Israel itu dipimpin (diperintah) oleh Nabi-nabi. Setiap seorang Nabi mati, digantikan Nabi yang lain. Tetapi tidak ada Nabi sesudahku, dan akan ada Khalifah-khalifah. Mereka itu sampai banyak."
 
Sahabat-sahabatnya bertanya: "Maka apakah perintah tuan kepada kami?
 
Beliau bersabda: "Tepatilah baiah (perjanjian) yang pertama, kemudian yang berikutnya. Berikanlah hak mereka, sesungguhnya Tuhan akan menanyai mereka tentang pimpinan (pemerintahan) yang mereka jalankan".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1506.

Wednesday, April 24, 2013

Tunjuklah Pengganti Khalifah

Rabu, 13 Jamadil Akhir 1434H; Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Aku hadir ketika bapaku ('Umar bin Khaththab) kena musibah ditikam orang. Para sahabat beliau yang hadir ketika itu memujinya.
 
Kata mereka, "Semoga Allah membalasi Anda dengan balasan yang baik."
 
Jawab 'Umar, "Aku penuh harap dan juga merasa cemas."
 
Kata mereka, "Tunjuklah pengganti Anda (untuk menjadi khalifah)!"
 
Jawab 'Umar, "Apakah aku arus memikul urusan pemerintahan waktu hidup dan matiku? Aku ingin tugasku sudah selesai, tidak kurang dan tidak lebih. Jika aku menunjuk penggantiku, memang orang yang lebih baik daripada ku yakni Abu Bakar Shiddiq - pernah menunjuk penggantinya. Tetapi jika aku membiarkan kamu memilih sendiri siapa yang akan menjadi khalifah, maka orang yang paling baik daripada ku, yakni Rasulullah saw. pernah membiarkan kamu memilih sendiri penggantinya menjadi khalifah."
 
Kata Abdullah. "Dengan ucapannya itu tahulah aku bahawa beliau tidak akan menunjuk penggantinya untuk menjadi khalifah."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1790.

Tuesday, April 23, 2013

Patuh Kepada Rasulullah,Patuh Kepada Allah

Selasa, 12 Jamadilakhir 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., Ia mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
 
"Kita umat yang terakhir (di dunia) paling di muka (di akhirat). Siapa yang mematuhi perintah saya, bererti ia telah patuh kepada Tuhan.
 
Sebaliknya, siapa yang mendurhakai saya, sesungguhnya ia mendurhakai Tuhan.
 
Siapa yang mematuhi Amir (pembesar negeri), sesungguhnya ia telah mematuhi saya dan siapa yang mendurhakai Amir, sesungguhnya ia telah mendurhakai saya.
 
Dan sesungguhnya Imam itu dinding (pembela) terhadap rakyat yang dibelakangnya.
 
Jika rakyat itu diperangi musuh, Imam mempertahankannya.
 
Jikalau ia memerintahkan taqwa kepada Allah dan ia bersikap adil, maka kerana hal yang demikian itu, ia memperoleh pahala.
 
Sebaliknya kalau ia berkata (berbuat) bukan demikian, maka ia berdosa (dihukum).".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1339.

Monday, April 22, 2013

Agama Itu Nasihat

Isnin, 11 Jamadil Akahir 1434H: Dari Tamim Ad Dariy, katanya Nabi saw. bersabda:
 
"Agama itu ialah nasihat."
 
Tanya kami: "Nasihat bagi siapa, ya Rasulullah?"
 
Jawab beliau, "Bagi Allah, bagi KitabNya, bagi RasulNya, bagi para pemimpin kaum muslimin, dan bagi orang ramai."
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0043.

Friday, April 19, 2013

Apabila Ada Yang Memecah Belah

Jumaat, 8 Jamadil Akhir 1434H: Dari 'Arfajah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah bersabda:
 
"Bila datang kepada mu seorang yang hendak mematahkan tongkatmu atau memecah belah persatuan kamu, padahal kamu bersatu di bawah satu pimpinan (yang baik), maka bunuhlah dia!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1818.

Thursday, April 18, 2013

Setia Mengharapkan Keuntungan Dunia

Khamis,7 Jamadil Akhir 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
 
"Ada tiga golongan, di mana Allah tidak akan bercakap dengan mereka di hari kiamat, tidak menengok kepada mereka dan tidak membersihkan mereka daripada dosa, bahkan mereka mendapat seksa yang pedih:
 
(1) Orang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, tetapi dia tidak mahu memberi orang yang kehausan dalam perjalanan;
 
(2) Orang yang menawarkan barang dagangannya dengan sumpah palsu sesudah 'Asar, dengan mengatakan modalnya sebegini atau sebegitu. Pembelinya percaya saja, padahal yang sebenarnya tidak begitu.
 
(3) Orang yang bersumpah setia kepada pemimpin untuk mengharapkan keuntungan dunia. Apabila dia beroleh keuntungan dipenuhinya janjinya, tetapi apabila tidak, tidak dipenuhinya.
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0085.

Wednesday, April 17, 2013

Pemimpin Yang Terbaik & Yang Terburuk

Rabu, 6 Jamadil Akhir 1434H: Dari 'Auf bin Malik r.a., dari Rasulullah saw., katanya:
 
"Imam (pemimpin atau pembesar) yang terbaik ialah mereka yang mencintai mu dan kamu mencintai mereka; mereka mendoakan kamu dan kamu mendoakan mereka.
 
Imam yang paling buruk (jahat) ialah yang kamu benci dan mereka membenci mu; kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk mu."
 
Bertanya seseorang, "Ya, Rasulullah! Bolehkah kami menyingkirkannya dengan pedang?"
 
Jawab Rasulullah saw., "Tidak, selama mereka masih solat bersama-sama kamu. Apabila kamu lihat suatu tindakan (kebijaksanaan) yang tidak baik dari pembesar mu, proteslah tindakannya, dan jangan lepas tangan untuk tidak taat (terhadap tindakannya yang baik)."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1821.

Tuesday, April 16, 2013

Pemimpin Yang Diharamkan Syurga

Selasa, 5 Jamadilakhir 1434H: Dari Al Hasan r.a., katanya:
 "Pada suatu hari, 'Ubaidullah bin Ziyad datang berkunjung ke rumah Ma'qil bin Yasar, ketika Ma'qil sedang sakit yang menyebabkan kematiannya.
 
Kata Ma'qil kepada 'Ubaidullah, "Akan ku sampaikan kepada Anda sebuah hadis yang ku dengar sendiri dari Rasullullah saw. Kalaulah aku yakin bahawa aku akan lama hidup, hadis itu belum akan ku sampaikan pada Anda.
 
Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Seorang hamba yang dipercayakan Allah memimpin rakyatnya, tetapi dia menipu rakyat, maka jika dia mati, Allah mengharamkan syurga baginya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0114.

Friday, April 12, 2013

Pemimpin Bagaikan Perisai

Jumaat, 1 Jamadilakhir 1434H : Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya:
 
"Sesungguhnya Imam (pemimpin, pembesar, atau penguasa) itu adalah bagaikan perisai, di mana orang berperang memakai perisai dan menjaga diri dengannya.
 
Jika Imam memerintahkan supaya taqwa kepada Allah 'Azza wa Jalla dan berlaku adil, dia mendapat pahala kerananya, dan jika dia memerintahkan selain itu, maka dia mendapat seksa."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1809.

Thursday, April 11, 2013

Apabila Masa Berubah

Khamis, 30 Jamadilawal 1434H: Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
 
"Tidak seorang pun di antara Nabi-nabi yang telah diutus Allah sebelumku, pasti di dalam umatnya terdapat golongan Hawariyun dan para sahabat yang terbina dengan pimpinannya serta patuh pada perintahnya.
 
Setelah berlalu beberapa masa, mereka digantikan oleh angkatan baru yang pandai berkata tetapi tidak berbuat, bahkan mengerjakan apa yang tidak diperintahkan kepada mereka.
 
Maka siapa yang berjuang menentang mereka dengan tangannya, itulah orang mukmin.
 
Dan siapa yang berjuang menentang mereka dengan lidahnya, dia juga mukmin, dan siapa yang menentang mereka dengan hatinya, dia itu orang mukmin.
 
Sesudah itu, tidak ada lagi iman walaupun agak seberat biji bayam."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0041.

Wednesday, April 10, 2013

Patuhilah Pemimpin

Rabu, 29 Jamadialawal 1434H : Diceritakan oleh Abu Tiyyah r.a., bahawa dia sesungguhnya mendengar dari Anas bin Malik, bahawa Nabi saw. bersabda kepada Abu Dzar, sabdanya:
 
"Dengarkan dan patuhilah (perintah pemimpin-pemimpin) walaupun dia seorang Habsyi yang kepalanya seperti kismis."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0394.

Tuesday, April 9, 2013

Islam Pasti Menang

Selasa, 28 Jamadilawal 1434H: Jabir bin Abdullah r.a. mendengar Nabi saw. bersabda :
Akan sentiasa ada hingga hari kiamat, segolongan umat ku yang berjuang menegakkan kebenaran dan mereka pasti menang."
 
Kata Nabi saw. selanjutnya, "Sementara itu Nabi Isa a.s. akan turun ke tengah-tengah umat. Lalu pemimpin-pemimpin mereka berkata kepadanya: Sudilah Anda solat dan menjadi pemimpin kami."
 
Jawab Nabi Isa a.s., "Tidak! Masing-masing kamu boleh menjadi pemimpin bagi yang lain, selaku suatu kehormatan yang dilimpahkan Allah kepada umat ini."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0128.

Monday, April 8, 2013

Setiap Kamu Adalah Pemimpin

Isnin, 27 Jamadilawal 1434H: Dari Ibnu 'Umar r.a., dari Nabi saw. sabdanya:
 
"Ketahuilah! Setiap kamu adalah penggembala (pemimpin), dan setiap kamu akan ditanya tentang gembalaanmu (kepemimpinan mu).
 
Seorang Amir (raja, penguasa, pembesar atau pemimpin) yang berkuasa terhadap rakyat, akan ditanya tentang kepemimpinannya.
 
Seorang lelaki adalah pemimpin atas keluarganya. Dia akan ditanya tentang kepemimpinannya.
 
Seorang wanita adalah pemimpin di rumah tangga suami dan anak-anaknya. Dia akan di tanya tentang kepemimpinannya.
 
Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta kekayaan majikannya yang dipercayakan kepadanya. Dia juga akan ditanya tentang kepemimpinannya.
 
Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan tanya tentang kepemimpinannya."

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1796.

Friday, April 5, 2013

Pemimpin Bertanggungjawab Atas Kepimimpinannya

Jumaat, 24 Jamadilawal 1434H: Abdullah bin Umar r.a. mengabarkan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap pemimpin bertanggung jawab atas kepemimpinannya.
 
Imam itu pemimpin dalam keluarganya, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.
 
Laki-laki itu pemimpin, bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.
 
Wanita itu pemimpin dalam rumah tangganya, dan bertanggung jawab tentang kepemimpinannya.
 
Khadam itu pemimpin bagi harta majikannya, bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya.
 
Kata Abdullah, agaknya Nabi saw. juga bersabda: "Laki-laki itu pemimpin bagi harta-benda ayahnya dan bertanggungjawab terhadap kepemimpinannya.
 
Kamu seluruhnya adalah pemimpin, bertanggungjawab atas kepemimpinannya."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0482.

Thursday, April 4, 2013

Mandi Jinabah (Junub)

Khamis, 23 Jamadilawal 1434H: Dari 'Abdullah bin Abu Qais r.a. katanya: "Aku bertanya kepada 'Aisyah r.a. tentang solat witir Rasulullah saw., lalu dia menjawab dengan menyebutkan hadis mengenai witir."
 
Kemudian aku bertanya pula, "Apakah yang dilakukan Nabi saw. dalam keadaan jinabah (junub); apakah beliau mandi sebelum tidur ataukah tidur lebih dahulu sebelum mandi?"
 
Jawab 'Aisyah r.a., "Kedua-duanya pernah dilakukan Nabi saw. Kadang-kadang beliau mandi lebih dahulu, sesudah itu baru beliau tidur. Kadang-kadang beliau wuduk lebih dahulu, lalu tidur."
 
Kataku, "Segala puji bagi Allah yang telah menjadikan segala urusan menjadi lapang."

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0256.

Wednesday, April 3, 2013

Bencana Besar

Rabu, 22 Jamadilawal 1434H: Dari Hudzaifah r.a., katanya: "Pada suatu hari kami berada bersama-sama 'Umar bin Khaththab, lalu dia bertanya: "Siapakah di antara Anda semua yang pernah mendengar Rasulullah saw. membicarakan perihal fitnah (bencana"?")
 
Jawab hadirin, "Kami pernah mendengar."
 
Kata 'Umar, "Barangkali yang Anda maksudkan, bencana yang terjadi dalam keluarga atau tetangga seseorang."
 
Jawab mereka, "Ya, benar!"
 
Kata 'Umar, "Bencana yang demikian dapat dihapus dengan solat, puasa dan sedekah. Tetapi siapa di antara Anda sekalian yang pernah mendengar Nabi saw. berbicara mengenai bencana besar yang terjadi seperti gelombang laut?"
 
Kata Hudzaifah, "Orang banyak diam saja. Kerana itu aku berkata: "Aku pernah dengar!"
 
Kata 'Umar, "Bagus, silakan bicara!"
 
Kata Hudzaifah, "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Fitnah membentang dalam lubuk hati manusia sedikit demi sedikit bagaikan tenunan sehelai tikar. Hati yang menerimanya akan mendapat berbintik hitam, sedangkan hati yang menolak fitnah itu akan tetap putih cemerlang selama langit dan bumi masih ada. Hati yang telah kena bercak hitam, lama-lama akan menjadi sangat hitam bagaikan belanga tertelungkup. Dia tidak lagi mengenal baik dan buruk, tetapi hanya mengikuti kehendak hawa nafsunya semata-mata."
 
Kata Hudzaifah melanjutkan, "Antara Anda dengan berkecamuknya bencana besar itu terdapat sebuah pintu yang terkunci rapat, namun dikhuatirkan pintu itu akan dipecahkan orang."
 
Tanya Umar, "Akan dipecahkan orang? Bagaimanakah kiranya kalau pintu itu dibuka saja, barangkali dapat ditutup kembali dengan baik."
 
Kata Hudzaifah, "Pintu itu ialah seorang pemimpin utama yang kemudian tewas dibunuh orang. Dan hadis ini bukanlah sekadar cerita dongeng belaka. "
 
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0117.

Tuesday, April 2, 2013

Orang Islam Yang Paling Baik

Selasa, 21 Jamadilawal 1434H: Dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?"
 
Jawab Rasulullah saw., "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya:'

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0033.

Monday, April 1, 2013

Mohonlah Syurga Firdaus

Isnin,20 Jamadilawal 1434H: Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan RasulNya, mengerjakan solat, dan puasa dalam bulan Ramadan, adalah kewajiban Tuhan memasukkannya ke dalam syurga, baikpun ia berjihad dalam agama Allah atau tetap tinggal di negeri kelahirannya".
 
Orang banyak bertanya: "Apakah tidak baik tuan gembirakan manusia dengan yang demikian itu'!"
 
Beliau menjawab: "Sesungguhnya dalam syurga ada seratus darjat (tingkatan). Tuhan menyediakannya untuk orang-orang yang berjihad dalam agamaNya, jarak antara satu darjat dengan yang di atasnya bagai antara langit dan bumi. Jikalau kamu bermohon pada Tuhan, mohonkanlah beroleh Firdaus..Sesungguhnya Firdaus itulah yang paling baik dan paling tinggi darjatnya yang pernah diperlihatkan kepada saya. Di atasnya 'Arsy Tuhan, dan di situ mengalir sungai-sungai syurga".

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1270.