Tuesday, July 8, 2014

Kelebihan Berpuasa

Selasa, 10 Ramadhan 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : 
"Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. 

Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa." 

Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. 

Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117.

Monday, July 7, 2014

Penaklukan Kota Mekah Di Bulan Ramadhan

Isnin, 9 Ramadhan 1435H: Dari Thawus dari Ibnu Abbas katanya: "Disuatu bulan Ramadhan, Rasulullah saw pernah keluar untuk menaklukkan kota Mekah. Ketika rombongan tiba di 'Usfan di siang hari, maka beliau minta diambilkan minuman. Kemudian beliau segera meminumnya secara terang-terangan agar diketahui oleh sahabat-sahabatnya. 

Beliau menaklukkan kota Mekah tepat di bulan Ramadhan. Pada mulanya Rasulullah saw tetap berpuasa, kemudian beliau membatalkan puasanya. 

Karena itu beliau tidak melarang seorang yang membatalkan puasanya dan tidak pula melarang seorang yang meneruskan puasanya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2275.

Friday, July 4, 2014

Sunnah Segera Berbuka Dan Mengakhirkan Sahur

Jumaat, 6 Ramadhan 1435H: Dari Abi Athiyah katanya; "Aku pernah berkata kepada Aisyah: "Kami mempunyai dua teman dari sahabat Rasulullah saw. Yang satu, suka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur. Sedang yang lain suka mengakhirkan berbuka puasa dan menyegerakan sahur, bagaimanakah pendapatmu?"

Tanya Aisyah: "Siapa diantara keduanya yang suka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur?"

Jawabku: "Dia adalah Abdullah bin Mas'ud".

Kata Aisyah: "Yang dikerjakan Abdullah bin Mas'ud itulah yang sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw."


Hadis Sunan An-Nasai

Thursday, July 3, 2014

Sahur Dan Solat Subuh

Khamis, 5 Ramadhan 1435H: Berita dari Anas bin Malik mengatakan bahawa Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit keduanya makan sahur bersama-sama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi saw. berdiri hendak pergi solat, maka solatlah beliau. 

"Aku bertanya kepada Anas," kata Tsabit, "Berapa lamanya antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat?" 

Jawab Anas, "Kira-kira selama orang membaca lima puluh ayat."

Hadis Sahih Bukhari .

Wednesday, July 2, 2014

Puasa Kerana Iman & Ikhlas

Rabu, 4 Ramadhan 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, June 27, 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1435 & SELAMAT BERPUASA

Jumaat, 29 Sya'aban 1435H: Firman Allah S.W.T: Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."

Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya. Kecuali bagi orang yang mempuasakan puasa tertentu, maka dia boleh meneruskannya." ( Hadis Sahih Muslim)

Dari Abu Salamah dari Abu Hurairah: Rasulullah saw telah bersabda: "Jangan ada diantara kamu yang mendahului berpuasa di bulan Ramadhan sehari atau dua hari kecuali seorang yang telah terbiasa mengerjakan puasa sunnah di luar bulan Ramadhan, iaitu jika puasa sunnahnya yang biasa dikerjakan itu jatuh pada hari yang diragukan, maka dia boleh melakukan puasa." (Hadis An Nasai)

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA

MAAF ZAHIR BATIN

Wednesday, June 25, 2014

Dilarang Berpuasa Terus Menerus

Rabu, 27 Sya'ban 1435H: Dari Abdullah r.a., katanya: 

"Bahawasanya Nabi saw. puasa terus menerus. " Kerana itu orang banyak pun puasa terus menerus. Tetapi kemudian mereka merasa kesulitan, maka dilarang oleh Nabi saw. 

Kata mereka, "Bukankah Tuan puasa terus menerus?" 

Sabda Nabi, "Aku tidak seperti kamu. Aku sentiasa diberi makan dan minum."

Hadis Sahih Bukhari.

Tuesday, June 24, 2014

Sunnah Segera Berbuka Puasa

Selasa, 26 Syaaban 1435H: Dari Abu 'Athiyah katanya: 

"Pada suatu kali aku dan Masruq pernah datang kepada Aisyah. Kata Masruq; "Ada dua orang sahabat Rasulullah saw yang keduanya termasuk orang-orang baik, hanya saja yang satu suka mengakhirkan berbuka puasa dan solat maghrib, sedangkan yang lain suka menyegerakan berbuka puasa dan solat maghrib". 

Tanya Aisyah; "Siapa diantara keduanya yang suka menyegerakan berbuka puasa dan solat maghrib?" 

Jawab Masruq: "Yang suka menyegerakan berbuka puasa dan solat maghrib adalah Abdullah bin Mas'ud". 

Kata Aisyah: "Itulah yang pernah dicontohkan oleh Rasulullah saw."

Hadis Sunan An-Nasai.

Monday, June 23, 2014

Puasa Ketika Bermusafir

Isnin, 25 Sya'aban 1435H: Dari 'Urwah dari Abu Muraawih bahawasanya Hamzah bin Amru pernah berkata pada Rasulullah saw:

"Wahai Rasulullah, aku masih mampu melakukan puasa dalam perjalananku, bolehku aku meneruskan puasaku?" 

Sabda beliau: "Allah telah memberi izin bagi seorang musafir untuk membatalkan puasanya. Kerana itu siapa saja yang mahu meneruskan puasanya, maka hal itu dibolehkan, tetapi barangsiapa yang ingin membatalkan puasanya, maka hal itupun dibolehkan juga."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2264.

Friday, June 20, 2014

Puasa Merupakan Perisai

Jumaat, 22 Sya'aban 1435H : Dari Abu Sholeh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abi Hurairah berkata:

"Rasulullah saw bersabda: "Semua amalan manusia baginya kecuali ibadah puasa. Ibadah puasa hanyalah untuk-Ku, maka Akulah yang akan memberikan pahalanya.

Puasa itu merupakan perisai. Kerana itu jika salah seorang dari kamu berpuasa, maka janganlah dia berbuat keji dan janganlah dia berteriak-teriak, sampaipun jika ada orang yang mencacinya atau memusuhinya, maka katakanlah: "Aku sedang berpuasa".

Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad, bau mulut seorang yang berpuasa di hari kiamat kelak akan dinilai oleh Allah lebih harum dari bau minyak kasturi.

Bagi seorang yang berpuasa akan mendapatkan dua kesenangan, dia akan senang ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Tuhannya."


Hadis Sunan An-Nasai 

Thursday, June 19, 2014

Perbanyakkan Amalan Di Bulan Ramadhan

Khamis, 21 Sya'aban 1435H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : 

"Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril tetap menemui beliau tiap-tiap malam, hingga habis Ramadhan Rasulullah saw. memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Di hari-hari Jibril mendatanginya, beliau tambah giat berbuat kebajikan melebihi angin lalu."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, June 18, 2014

Puasa Hari Melihat Anak Bulan (Hari Syak)

Rabu, 20 Sya'aban 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Janganlah kamu dahului puasa Ramadhan dengan puasa satu atau dua hari sebelumnya. Kecuali bagi orang yang mempuasakan puasa tertentu, maka dia boleh meneruskannya."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, June 17, 2014

Allah Memberinya Makan Dan Minum

Selasa, 19 Sya'aban 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: 

"Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum"

Hadis Sahih Bukhari

Monday, June 16, 2014

Antara Amalan Ahli Syurga

Isnin, 18 Sya'aban 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bertanya: 

"Siapakah di antara anda yang berpuasa hari ini?" 

Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!" 

Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda yang mengiringkan jenazah ke pekuburan hari ini?" 

Jawab Abu Dakar, "Aku, ya Rasulullah!" 

Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda sekalian yang memberi makan orang miskin hari ini?" 

Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!" 

Tanya Rasulullah saw., "Siapakah di antara anda yang mengunjungi orang sakit hari ini?" 

Jawab Abu Bakar, "Aku, ya Rasulullah!" 

Maka bersabda Rasulullah saw., "Siapa yang dapat melakukan perbuatan-perbuatan itu semuanya, nescaya dia masuk syurga."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, June 13, 2014

Berpuasa Sunat Tiga Hari Setiap Bulan

Jumaat, 14 Sya'aban 1435H: Dari Mu'adzah Al 'Adawiyah r.a., dia bertanya kepada 'Aisyah isteri Rasulullah saw., katanya :"Betulkah Rasulullah saw. puasa tiga hari setiap bulan?" 

Jawab 'Aisyah, "Ya, betul" 

Aku bertanya pula kepadanya, "Hari apa sajakah beliau puasa tiap-tiap bulan itu?" 

Jawab 'Aisyah r.a., "Beliau tidak menentukan hari apa beliau puasa setiap bulan itu."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, June 11, 2014

Puasa Wishal

Rabu, 12 Sya'aban 1435H: Dari Abu Hurairah r,a., katanya: 

"Rasulullah saw. melarang orang melakukan puasa wishal. Maka berkata seorang lelaki muslim kepada beliau: "Bukankah anda sendiri melakukan puasa secara wishal, ya Rasulullah?" 

Jawab Rasulullah saw.: "Tidak seorang pun di antara kamu yang menyamai ku. Bila hari telah malam, aku diberi makan dan minum oleh Tuhan ku." 

Ketika ternyata mereka enggan hendak berhenti puasa wishal, Nabi saw. puasa pula secara wishal bersama-sama mereka dua hari berturut-turut. Sesudah itu bulan (Syawal) datang. 

Lalu beliau bersabda: "Seandainya bulan (Syawal) belum terbit nescaya ku teruskan puasa wishal bersama-sama kamu semua - Rasulullah mengucapkan sabdanya itu dengan nada marah, kerana mereka enggan dilarangnya puasa wishal."

Hadis Sahih Muslim .

Thursday, June 5, 2014

Istiqamah Dalam Beramal

Khamis, 6 Sya'ban 1435H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: 

"Rasulullah saw. tidak pernah puasa sunat tiap bulan dalam setahun, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'aban. 

Beliau bersabda, "Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan beramal. Sedangkan amal yang paling disukai Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap walaupun sedikit."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, June 4, 2014

Perbanyakkan Puasa Sunat Di Bulan Sya'ban.

Khamis, 5 Syaaban 1435H: Dari 'Aisyah,Ummul Mukminin r.a., katanya: 

"Rasulullah saw. sering puasa sehinga kami mengira bahawa beliau akan puasa seterusnya. 

Dan beliau sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. 

Dan aku tidak pernah melihat beliau puasa terus sebulan penuh kecuali bulan Ramadhan. 

Dan aku juga tidak pernah melihat beliau puasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'ban."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, June 3, 2014

Bolehkan Orang Berpuasa Berciuman ?

Selasa, 4 Syaaban 1435H : Dari 'Amru bin Abi Salamah r.a., dia pernah bertanya kepada Rasulullah saw., katanya: 

"Bolehkah orang yang puasa berciuman?" 

Jawab Rasulullah saw., "Tanyalah kepada Ummu Salamah!" 

Lalu Ummu Salamah menceritakan kepada 'Amru, bahawa Rasulullah saw. pernah melakukannya. 

Kata 'Amar, "Ya, Rasulullah! Allah telah mengampuni dosa anda yang telah lalu dan yang akan datang." 

Sabda Rasulullah saw., "Demi Allah! Sesungguhnya akulah yang paling taqwa dan yang paling takut kepada Allah daripada kamu sekalian."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, June 2, 2014

Melewati Hadapan Orang Solat

Isnin, 2 Syaaban 1435H:  Dari Abu Juhaim r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Kalau tahulah orang yang lewat di hadapan orang solat akan dosanya, nescaya maulah dia berdiri empat puluh (hari atau bulan atau tahun) daripada lewat di hadapan orang yang sedang solat."

Hadis Sahih Muslim .

Friday, May 30, 2014

Berdamailah!

Jumaat, 30 Rejab 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Pintu syurga dibuka setiap hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang tidak musyrik, kecuali orang yang bermusuhan dengan saudaranya (sesama muslim). 

Maka dikatakan, tunggulah dahulu kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai! Tunggulah kedua orang ini berdamai!"

Hadis Sahih Muslim .

Thursday, May 29, 2014

Bersedekahlah Mengikut Kemampuan

Khamis, 29 Rejab 1435H: Dari Asma' binti Abu Bakar Siddiq r.a., katanya dia mendatangi Nabi saw., lalu dia bertanya: 

"Ya, Nabi Allah! Aku tidak punya apa-apa untuk disedekahkan selain yang diberikan Zuber (suamiku) kepada ku (untuk belanja rumah tangga). Berdosakah aku apabila wang belanja itu ku sedekahkan ala kadarnya?" 

Jawab Nabi saw., "Sedekahkanlah ala kadarnya sesuai dengan kemampuanmu, dan jangan menghitung-hitung, kerana Allah akan menghitung-hitung pula pemberian-Nya kepada mu, dan akan kikir kepada mu."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, May 28, 2014

Berumah Tangga atau Berpuasa

Rabu, 28 Rejab 1435H: Dari 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Hai, para pemuda! 

Siapa-siapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggung jawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). 

Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, May 27, 2014

Berwuduklah Dengan Sempura

Selasa, 27 Rejab 1435H: Dari 'Usman bin 'Affan r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang berwuduk dengan sempurna, maka keluarlah segala dosa dari tubuhnya, sehingga dari bawah kukunya juga."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, May 26, 2014

Lima Binatang Berbahaya

Isnin, 26 Rejab 1435H: Dari Salim r.a., dari bapanya, dari Nabi saw., sabdanya: 

"Ada lima macam binatang berbahaya, tidak berdosa membunuhnya walau di tanah haram sekalipun ketika ihram, iaitu: tikus, kala jengking, gagak, helang, dan anjing gila."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, May 23, 2014

Melintas Di Hadapan Orang Solat

Jumaat, 23 Rejab 1435H: Dari Abu Juhaim r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Kalau tahulah orang yang lewat di hadapan orang solat akan dosanya, nescaya maulah dia berdiri empat puluh (hari atau bulan atau tahun) daripada lewat di hadapan orang yang sedang solat."

Hadis Sahih Muslim .

Thursday, May 22, 2014

Pemurah Dan Kikir

Khamis, 22 Rejab 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Perumpamaan orang yang kikir dengan orang yang pemurah, seperti dua orang memakai baju besi yang menutupi susu sampai ke leher. 

Orang yang pemurah, bajunya lapang dan sempurna menutupi badan sampai ke anak-anak jarinya dan menghapus jejaknya (dosanya). 

Sedangkan orang yang kikir, kerana ia tidak hendak menafkahkan hartanya, maka tiap-tiap pertemuan bajunya menyempit di tempatnya. Ia berusaha hendak melonggarkan, tetapi tidak boleh longgar."

Hadis Sahih Bukhari .

Wednesday, May 21, 2014

Sedekah Untuk Dirimu Sendiri.


Rabu, 21 Rejab 1435H: Dari Abu Dzar r.a : 

Aku bertanya kepada Rasulullah saw, ‘Amal yang bagaimanakah yang paling utama?’ 
Jawab Nabi saw, “Iman dengan Allah dan jihad di jalan-Nya.” 
Tanyaku, ‘Budak yang bagaimanakah yang paling utama?’ 
Jawab Nabi saw, “Yang disenangi majikannya dan yang paling mahal harganya.” 
Tanyaku, ‘Jika aku tidak sanggup?’ 
Jawab Nabi saw, “Menolong orang bertukang, atau menyudahkan bengkalai orang yang tak sanggup menyelesaikannya.”
Tanyaku, ‘Bagaimana pendapat Anda (Nabi saw), jika aku tidak sanggup melakukan sesuatu?’ 
Jawab Nabi saw, “Jagalah jangan sampai engkau berbuat jahat kepada orang lain. Maka yang demikian itu merupakan sedekah darimu untuk dirimu sendiri.” 

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, May 20, 2014

Menceritakan Perihal Wanita (Aurat) Kepada Suami

Selasa, 20 Rejab 1435H: Diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud r.a., Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: 

"Janganlah seorang perempuan bergaul dengan perempuan lain kemudian menceritakan perihal perempuan lain itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya itu melihat perempuan yang diceritakannya". 


(HR al-Bukhari dan Muslim)

Monday, May 19, 2014

Syirik Dan Kafir

Isnin, 19 Rejab 1435H : Dari Jabir r.a : Rasulullah saw bersabda, 

Sesungguhnya tali penghubung antara seseorang dengan syirik dan kafir, ialah meninggalkan solat.”

Hadis Sahih Muslim

Friday, May 16, 2014

Adab Makan

Jumaat,16 Rejab 1435H: Hadis riwayat Umar bin Abu Salamah ra., ia berkata:

Ketika aku dalam asuhan Rasulullah saw., pada saat makan tanganku terjulur hendak menjangkau talam lalu Rasulullah saw. bersabda kepadaku:

“Hai anak muda! Sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang terdekat darimu.”


Hadis Sahih Muslim.

Monday, May 12, 2014

Seksaan Alam Kubur

Isnin, 12 Rejab 1435H: Ibnu Abbas r.a. menceritakan: 

"Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. 

Maka berkata Nabi saw., "Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar." 

Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, "Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan." 

Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong. 

Seseorang bertanya, "Ya, Rasulullah! Mengapa Anda lakukan itu?" 

Jawab Nabi, "Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering".

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, May 9, 2014

Hamba Yang Tahu Bersyukur

Jumaat, 9 Rejab 1435H: Dari Mughirah bin Syu'bah r.a. katanya: 

"Nabi saw. pernah melakukan solat sampai bengkak kedua tumit beliau. 

Lalu beliau ditanya orang, "Mengapa Anda memaksa diri begini? 

Padahal Allah Ta'ala telah mengampuni segala dosa Anda, baik yang telah lalu maupun yang akan datang." 

Jawab Rasulullah saw., "Tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba Allah yang tahu bersyukur?"

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, May 7, 2014

Dosa Paling Besar

Rabu, 7 Rejab 1435H: Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Saya bertanya, 

"Ya Rasulullah, dosa manakah yang paling besar?" 

Beliau menjawab: "Jika engkau mengadakan sekutu bagi Tuhan, padahal Dia lah yang menciptakan engkau." 

Saya berkata: "Setelah itu apa?" 

Beliau menjawab: "Jika engkau membunuh anak sendiri kerana takut ia makan bersama mu." 

Saya berkata: "Setelah itu apa?" 

Beliau menjawab: "Berzina dengan isteri tetanggamu."

Hadis Sahih Bukhari.

Tuesday, May 6, 2014

Sumpah Palsu

Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang bersumpah dengan sumpah palsu untuk menguasai harta orang lain, kemudian dia mati dalam sumpahnya itu, maka dia itu mati dalam murka Allah." 

Kata Abdullah, "Kemudian Rasulullah saw. membacakan kepada kami ayat Quran untuk memperkuat sabda beliau itu: "Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji Allah dan Sumpah mereka dengan harga murah, orang-orang itu tidak mendapat bagian di akhirat; dan Allah tidak akan bertutur kata dengan mereka, tidak melihat kepada mereka dan tidak membersihkan mereka dari dosa, sedangkan mereka mendapat seksa yang pedih." (Ali 'Imran : 77)

Hadis Sahih Muslim.

Monday, May 5, 2014

Antara Dua Pilihan

Isnin, 5 Rejab 1435H: Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: 

"Apabila Rasulullah saw. diberi pilihan dua urusan atau pekerjaan, beliau memilih yang termudah, selama yang termudah itu tidak mengandung dosa, jika pekerjaan itu mengandung dosa, maka beliau menjauhkan diri daripadanya sejauh-jauhnya. 

Dan beliau tidak pernah mencela seseorang, melainkan apabila orang itu melanggar larangan Allah 'Azza wa Jalla."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, May 2, 2014

Amalan Membawa Ke Syurga

Jumaat, 2 Rejab 1435H: Dari Hudzaifah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: 

"Ada seorang lelaki meninggal, lalu dia masuk syurga." 

Dia ditanya, "Apa amalmu (di dunia"?") 

Jawabnya, "Aku pedagang. Aku biasa memberi tangguh kepada orang-orang yang sedang dalam kesulitan, dan memberi kemudahan bagi orang yang mampu." 

Maka orang itu diampuni dosa-dosanya.

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, April 30, 2014

Solat Lima Waktu Menghapus Dosa Kecil

Rabu, 30 Jamadilakhir 1435H: Dari Abu hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : 

"Bagaimana pendapat anda, jikalau sebuah sungai mengalir di hadapan rumah anda, di mana anda mandi setiap hari lima kali, masih adakah kotoran yang melekat di badan anda?" 

Jawab mereka, "Tidak, ya Rasulullah!" 

Sabda beliau, "Seperti itulah solat yang lima waktulah menghapus dengannya segala dosa-dosa kecil."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, April 29, 2014

Mematuhi Perintah

Selasa, 28 Jamadilakhir 1435H: Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a. w., beliau bersabda: 

Mengindahkan dan mematuhi perintah itu adalah wajib, selama tiada diperintah mengerjakan maksiat (dosa). Tapi kalau kamu diperintah berbuat maksiat (dosa), jangan diindahkan dan jangan dipatuhi!

Hadis Sahih Bukhari

Friday, April 25, 2014

Mematuhi Perintah

Jumaat, 25 Jamadilakhir 1435H: Dari Ibnu Umar r.a. dari Nabi s.a. w., beliau bersabda: 

"Mengindahkan dan mematuhi perintah itu adalah wajib, selama tiada diperintah mengerjakan maksiat (dosa). 

Tapi kalau kamu diperintah berbuat maksiat (dosa), jangan diindahkan dan jangan dipatuhi!"

Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1338.

Thursday, April 24, 2014

Imam Itu Perisai

Khamis, 24 Jamadilakhir 1435H: Dari Ya'la, iaitu Ibnu 'Atha', dia mendengar dari Abu' Alqamah, dari Abu Hurairah r.a., katanya ; 

Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya imam itu perisai. Kerana itu apabila dia solat sambil duduk, maka solat pulalah kamu sambil duduk. 

Dan apabila imam membaca 'Sami'allahu liman hamidah' ucapkanlah 'Allahumma rabbana lakal hamdu'. 

Apabila ucapan penduduk bumi seiringan dengan ucapan penduduk langit, diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu."

Hadis Sahih Muslim 

Wednesday, April 23, 2014

Perbaguskan Wuduk

Rabu, 23 Jamadilakhir 1435H: Dari 'Usman bin 'Affan r.a., ketika itu dia sedang berada di halaman masjid, maka terdengar azan 'Asar, lalu dia berwuduk. Sesudah wuduk dia berkata: 

"Demi Allah Akan ku sampaikan kepada anda sebuah hadis; yang kalau bukanlah kerana suatu ayat dalam Al Quran yang memerintahkan supaya menyampaikannya, tidak akan ku sampaikan kepada anda. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 

"Tidak ada seorang pun lelaki muslim yang berwuduk, lalu dibagus-baguskannya wuduknya itu, sesudah itu dia solat, nescaya di ampuni Allah dosa-dosanya yang terjadi antara solatnya itu dengan solat berikutnya."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, April 22, 2014

Sakit Menghilangkan Dosa

Selasa, 22 Jamadilakhir 1435H: Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: 

"Rasulullah saw. datang berkunjung ke rumah. Ummu Saib, maka bertanya beliau, "Sakit apa kamu sampai menggigil begitu?" 

Jawab Ummu Saib, "Demam! Allah Ta'ala tidak memberi berkat dengannya." 

Sabda Nabi saw., "Janganlah kamu menyalahkan penyakit, kerana penyakit itu dapat menghilangkan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa) anak Adam, seperti halnya dapur tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, April 21, 2014

Harta Suami

Isnin, 21 Jamadilakhir 1435H: Dari Asma (binti Abu Bakar Shiddiq) r.a. katanya:

"Seorang wanita datang kepada nabi saw. seraya berkata. "Aku mempunyai keperluan. Berdosakah kalau aku berdandan dengan harta suami ku yang belum diberikannya kepada ku?"' 

Jawab Rasulullah saw., "Orang yang berdandan dengan apa yang belum diberikan suaminya, sama dengan memakai dua helai baju palsu (penuh dosa):"

Hadis Sahih Muslim.

Friday, April 18, 2014

Doa

Jumaat, 18 Jamadilakhir 1435H: Dari Abdullah bin Amru r.a. bahawa Abu Bakar Siddik r.a. berkata kepada Nabi saw.: 

"Ya Rasulullah! Ajarkanlah kepada saya doa yang akan ku baca dalam solat!" 

Nabi menyuruh: "Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menganiaya diri ku sendiri dan tiada akan mengampuni dosa selain Engkau. Sebab itu, ampunilah dosaku dengan ampunan yang datang dari sisi Engkau, kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang!"

Hadis Sahih Bukhari .

Thursday, April 17, 2014

Wuduk Yang Sempurna

Khamis, 17 Jamadilakhir 1435H: Dari 'Usman bin 'Affan r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang berwuduk untuk solat, dan disempurnakannya wuduknya itu sebagus-bagusnya, sesudah itu dia pergi menunaikan solat wajib berjemaah dengan orang ramai di masjid, nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, April 16, 2014

Minta Maaflah Sekarang

Rabu, 16 Jamadilakhir 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Siapa yang merosak nama baik atau harta benda orang lain, maka minta maaflah kepadanya sekarang ini, sebelum datang hari di mana mata wang tidak laku lagi. 

Kalau ia mempunyai amal baik, sebahagian dari amal baiknya itu akan diambil, sesuai dengan kadar aniaya yang telah dilakukannya. 

Kalau ia tidak mempunyai amal baik, maka dosa orang lain itu diambil dan ditambahkan kepada dosanya."

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, April 15, 2014

Allah Maha Pengampun

Selasa, 15 Jamadilakhir 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bercerita: 

"Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa Yahudi. 

Maka dibukanya sepatu botnya, kemudian diceduknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu. 

Maka Allah swt. mengampuni dosa-dosa wanita itu."

Hadis Sahih Muslim .

Monday, April 14, 2014

Ucapan Amin

Isnin, 14 Jamadilakhir 1435H: Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Apabila imam membaca Amin, maka ucapkan pulalah Amin! 

Kerana barangsiapa bersamaan Aminnya dengan Amin malaikat, diampuni segala dosa-dosanya yang telah lalu.

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, April 11, 2014

Kebajikan Dan Dosa

Jumaat, 11 Jamadilakhir 1435H: Dari Nawwas bin Sam'an Al Anshari r.a., katanya: 

"Aku pernah bertanya kepada Rasulullah saw. tentang erti kebajikan dan dosa." 

Sabda beliau, "Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa ialah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan perbuatanmu itu akan diketahui orang lain."

Hadis Sahih Muslim .

Thursday, April 10, 2014

Tangisan Amru Bin 'Ash

Khamis, 10 Jamadilakhir 1435H:  Dari Ibnu Syumamah Al Mahri r.a., katanya: 

"Kami menyaksikan 'Amru bin 'Ash ketika dia hendak meninggal. "Dia lama menangis sambil menghadapkan mukanya ke dinding. Kerana itu anaknya berujar, 

"Wahai Ayahku! Bukankah Rasulullah saw. telah menyampaikan berita gembira bagi Ayah, begini dan begitu. (Kenapa Ayah masih menangis?)" 

Lalu 'Amru bin 'Ash menengok kepada anaknya seraya berkata, "Sesungguhnya perbekalan kita yang paling utama ialah syahadat: Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad Rasulullah. Aku ini telah mengalami tiga zaman. 

Pertama, aku menyedari, tidak ada orang yang paling benci kepada Rasulullah saw. melebihi benci ku. Ketika itu tidak ada yang lebih ku inginkan kecuali menangkapnya lalu membunuhnya. Kalaulah aku meninggal ketika itu, tentu aku masuk neraka. 

Kedua, tatkala Allah menanamkan Islam ke dalam dada ku, aku datangi Nabi saw., lalu aku berujar, "Hulurkanlah tangan Anda, aku hendak berjanji setia (bai'at) dengan Anda." Beliau mengulurkan tangannya dan menjabat tangan ku sambil berkata, "Apa maksud mu hai 'Amru?" Jawab ku, "Aku hendak masuk Islam dengan syarat." Tanya beliau, "Apa syarat yang engkau minta?" Jawab ku, "Supaya segala dosa ku diampuni." Kata beliau, "Apakah engkau belum tahu, bahawa Islam menghapus segala dosa yang sebelumnya? Hijrah dan Haji juga menghapus dosa-dosa yang sebelumnya?" Semenjak itu aku merasakan, tidak ada orang paling cinta kepada ku melebihi cinta Rasulullah saw. Dan tidak ada orang yang paling terhormat di mata ku melebihi beliau. Sebab itu, aku tak kuasa menatapnya demi untuk memuliakannya. Sehingga andaikan aku diminta orang untuk menggambarkan bentuk beliau, aku tak sanggup, kerana aku tak pernah mengangkat pandanganku kepada beliau. Kalaulah aku mati ketika itu, sungguh besar harapan ku bahawa aku masuk syurga. 

Ketiga, Kemudian aku menjabat berbagai jabatan pemerintahan, di mana aku sendiri tidak tahu bagaimana sesungguhnya keadaan ku selama dalam jabatan-jabatan itu. Kerana itu jika aku mati, janganlah jenazah ku dihantar para wanita peratap dan jangan pula membawa api. Apabila aku telah dikubur, timbunlah jenazahku dengan tanah sampai rata, kemudian tunggulah kira-kira selama orang menyembelih korban dan membagi-bagikan dagingnya, supaya aku tidak kesepian bersama mu, tatkala aku memikirkan jawapan terhadap malaikat yang dikirim Tuhan mu untuk menanyai ku."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, April 9, 2014

Dosa Paling Besar

Rabu, 9 Jamadilakhir 1435H: Dari Anas Malik r.a, katanya: Rasulullah saw, pernah menyebutkan dosa-dosa besar, atau pernah ditanya orang tentang hal itu. Beliau berkata: 

"Mempersekutukan Allah, membunuh manusia, durhaka kepada orang tua." 

Setelah itu beliau berkata: "Akan saya beritahukanlah kepada mu dosa besar yang paling besar?" 

Beliau melanjutkan: "Perkataan bohong!" 

Atau beliau berkata: "Kesaksian yang dusta.".

Hadis Sahih Bukhari.

Tuesday, April 8, 2014

Halal,Haram,Ragu & Maksiat

Selasa, 8 Jamadilakhir 1435H: Dari Nukman bin Basyir r.a., katanya Nabi saw. bersabda: 

"Yang halal sudah nyata, yang haram sudah nyata dan antara keduanya beberapa perkara yang diragukan. 

Barangsiapa meninggalkan apa yang diragukan tentang dosanya, biasanya orang itu meninggalkan pula apa yang sudah nyata berdosa. 

Dan siapa yang berani , melakukan apa yang masih diragukan tentang dosanya, dikhuatirkan ia jatuh pada perkara yang nyata dosanya. 

Segala macam maksiat adalah larangan Allah. Barangsiapa bermain-main sekitar larangan Allah, dikhuatirkan ia akan jatuh ke dalamnya."

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, April 7, 2014

An Najwa (Suatu Rahsia)

Isnin, 7 Jamadilakhir 1435H: Dari Shafwan bin Muhriz r.a. katanya seorang lelaki bertanya kepada Ibnu 'Umar, "Bagaimana yang Anda dengar sabda Rasulullah saw. tentang "An Najwa" (suatu rahsia)?" 

Jawab Ibnu 'Umar, "Aku mendengar beliau mengatakan, bahawa nanti pada hari kiamat orang-orang mukmin didekatkan kepada Tuhannya, Allah azza wa Jalla, sehingga dia terdinding. Lalu Allah mengingatkannya akan dosa-dosanya seraya bertanya, "Ingatkah kamu akan dosa-dosamu itu?" 

Jawab orang mukmin, "Kami ingat, wahai Tuhan!" 

Firman Allah, "Aku telah menutupnya (merahsiakan atau menyembunyikan) selama kamu di dunia, dan sekarang pada hari kiamat Ku ampuni pula dosa-dosa mu itu." Lalu diberikanNya surat keterangan kelakuan baik. 

Adapun orang-orang kafir dan munafik, mereka diteriakkan (diumumkan) di tengah-tengah khalayak ramai, "Inilah orang-orang yang mendustakan Allah."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, April 4, 2014

Proses Penciptaan Manusia

Jumaat, 4 Jamadilakhir 1435H: Dari Abdullah r.a. katanya: 

"Rasulullah saw. yang mutlak benar menceritakan kepada kami, sesungguhnya proses penciptaan seseorang kamu setelah berada dalam perut ibunya selama 40 hari. kemudian dari menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama 40 hari. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) selama 40 hari. 

Kemudian diutus malaikat meniupkan ruh (jiwa) kepadanya. Kemudian diperintahkan kepada malaikat menuliskan empat ketetapan. Iaitu mengenai rezekinya, ajalnya, amalnya dan celaka atau bahagia. 

Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya seseorang yang beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jaraknya ke syurga hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya menetapkan dia menjadi ahli neraka lalu dia beramal (pada usia umurnya) dengan amalan ahli neraka maka dia akan masuk neraka. 

Sebaliknya seseorang yang beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jaraknya ke neraka hanya tinggal sehasta tetapi suratan taqdirnya telah ditulis menjadi ahli syurga lalu (pada sisa umurnya) dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka dia akan masuk syurga."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, April 3, 2014

Kesabaran Allah SWT

Khamis, 3 Jamadilakhir 1435H: Dari 'Abdullah bin Qais r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : 

"Tidak ada yang lebih sabar mendengar ejekan, selain Allah Ta'ala. Orang-orang kafir mengatakanNya berbilang (banyak atau bersekutu), atau mereka mengangkat anak bagiNya. Namun begitu Allah Ta'ala tetap memberi mereka rezeki, memaafkan mereka, dan memberikan apa yang mereka minta."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, April 2, 2014

Bayi Dalam Kandungan

Rabu, 2 Jamadilakhir 1435H: Dari Anas bin Malik r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: 

"Tuhan menyuruh malaikat mengurus anak dalam kandungan. Lalu malaikat itu berkata: 

"Ya Tuhan, benda cair! 

Ya, Tuhan, segumpal darah beku! 

Ya Tuhan, segumpal daging!" 

Setelah Tuhan hendak menciptakannya (hidup), malaikat bertanya: 

"Ya Tuhan! laki-laki atau perempuan? 

Celaka atau berbahagia? 

Bagaimana rezekinya dan ajalnya?" 

Lalu dituliskan hal itu ketika sedang berada dalam perut ibunya."

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, April 1, 2014

Rezeki

Selasa, 30 Jamadilawal 1435H: Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Sesungguhnya apabila orang-orang kafir mengerjakan kebajikan di dunia, dia diberi upah dengan amalnya itu berupa rezeki di dunia. 

Adapun orang-orang mukmin, maka pahala kebajikannya disimpan Allah Ta'ala untuknya di akhirat serta diberinya rezeki di dunia berhubung dengan taatnya."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, March 31, 2014

Hisab Di Hari Kiamat

Isnin, 29 Jamadilawal 1435H: Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat, dia akan terseksa." 

Tanya Aisyah, "Bukankah Allah Azza wa Jalla telah berfirman, "Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah." (Al Insyiqaq, 84:8). 

Jawab beliau, "Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti." Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya terseksa."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, March 25, 2014

Penduduk Syurga

Selasa, 23 Jamadilawal 1435H : Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. katanya Nabi saw. bersabda: 

"Allah Ta'ala berfirman kepada penduduk syurga. "Hai penduduk syurga!" 

Maka menjawab penduduk syurga. "Kami siap memenuhi panggilan dan perintah-Mu, wahai Tuhan kami. Segala kebaikan berada di tangan Engkau." 

Lalu bertanya Allah Ta'ala, "Adakah kamu merasa puas?" 

Jawab mereka, "Bagaimana kami tidak akan puas, bukankah Engkau telah memberi kami segala kenikmatan yang belum pernah Engkau berikan kepada makhluk lain?" 

Tanya, "Mahukah kalian Aku beri nikmat yang lebih istimewa dari itu?" 

Jawab mereka, "Wahai Tuhan, nikmat apa pulakah yang lebih istimewa dari itu?" 

Jawab Allah Ta'ala, "Akan Ku curahkan kepada mu keredhaan-Ku, di mana Aku tidak akan pernah marah kepada mu sesudah itu untuk selama-lamanya."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, March 24, 2014

Bencana, Tuhan Mengampuni Kesalahannya

Isnin, 22 Jamadilawal 1435H : Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata: 

"Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat." 

Rasulullah saw: menjawab: "Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu." 

Saya berkata: "Demikian itu kerana Anda mendapat pahala dua kali lipat." 

Rasul menjawab: "Benar!" 

Setelah itu beliau berkata: "Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan daunnya."

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, March 21, 2014

Imam & Solat Berjemaah

Jumaat, 18 Jamadilawal 1435H : Abu Mas'ud al Anshari r.a. menceritakan bahawa seseorang mengadu kepada Rasulullah saw. katanya, 

"Ya, Rasulullah! Hampir saja aku tidak mampu , solat berjemaah, kerana si Fulan yang menjadi imam memanjangkan solatnya bersama kami." 

Saya belum pernah melihat Nabi saw. sangat marah waktu mengajar, seperti marahnya di hari itu. Sabda beliau, 

"Para jemaah semuanya! Janganlah Anda menjauhkan orang dari solat berjemaah. Siapa mengimami solat, hendaklah ia memendekkan solatnya, kerana di antara mereka (makmum) ada orang yang sakit, orang yang lemah, dan orang yang mempunyai keperluan."

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, March 19, 2014

Sempurnakan Solat Dengan Tenang

Rabu, 17 Jamadilawal 1435H: Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila qamat telah dibacakan oleh hendak solat, maka janganlah kamu datang dengan tergesa-gesa, tetapi datanglah dengan berjalan seperti biasa, bersikap tenang. Ikutlah solat pada rakaat yang mana saja kamu dapati. Mana yang ketinggalan sempurnakanlah (sesudah imam memberi salam). "

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, March 18, 2014

Senang Dan Menyenangkan

Selasa, 16 Jamadilawal 1435H: Dari Abu Qatadah bin Rabi' r.a., dia menceritakan bahawa pada suatu ketika, satu jenazah lewat di hadapan Nabi saw., lalu beliau bersabda: 

"Senang dan menyenangkan." 

Para sahabat bertanya, "Apa maksud ucapan anda itu, ya Rasulullah?" 

Jawab Nabi saw., "Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia telah senang (istirehat) dari kesusahan dunia. 

Dan bila seorang jahat yang meninggal, maka dia menyenangkan (mengistirehatkan) seluruh hamba Allah, seluruh negeri, pohon-pohon dan binatang dari kejahatannya."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, March 14, 2014

Doa Nabi Memohon Hujan

Jumaat, 12 Jamadilawal 1435H: Berita dari Anas bin Malik r.a., katanya:
"Pada suatu ketika di zaman Nabi, terjadi musim kemarau. Ketika Nabi saw. membaca khutbah Jumaat, tiba-tiba seorang Arab dusun berdiri dan berkata: Ya, Rasulullah! Harta benda telah binasa dan rakyat kelaparan. kerana itu mendoalah kepada Allah swt. untuk kita semua.
" Nabi mendoa dengan mengangkat kedua belah tangannya. Ketika Nabi mulai mendoa itu kami tidak menampak awan sedikit pun di langit. Demi Allah yang diri ku dalam kekuasaan...Nya, belum sampai Nabi menurunkan tangannya, awan mendung telah kelihatan bergulung-gulung seperti bukit. Nabi saw. belum turun dari mimbar, namun hari telah hujan, sehingga kelihatan air hujan bertitikan dari janggut Nabi saw. Hujan lebat turun pula hari itu, esok, lusa dan seterusnya beberapa hari berikutnya sampai hari Jumaat pula.

Arab dusun itu atau mungkin juga Arab yang lain berdiri dan berkata pula: "Ya, RasuLullah! Bangun-bangunan telah roboh dan harta benda telah habis tenggelam. kerana itu mendoalah kepada Allah (mohon diselamatkan). Nabi mengangkat kedua belah tangannya dan mendoa: "Ya, Allah! Di sekitar kami saja dan jangan di atas kami." Beliau menunjuk dengan tangannya ke suatu penjuru berawan, maka kelihatan, awan itu menyingkir. Di atas kota Madinah kelihatan lingkaran-lingkaran seperti lubang yang bundar. Lembah-lembah padang pasir mengalirkan air selama sebulan. Setiap orang yang datang dari segenap penjuru memberitakan kemurahan yang melimpah-ruah."


Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, March 13, 2014

Solat Minta Hujan - Istiqa

Khamis, 11 Jamadilawal  1435H : Dari Abdullah bin Zaid r.a., katanya: 

"Nabi saw. pernah keluar untuk minta hujan. Beliau menghadap ke kiblat, mendoa dan membalikkan cadarnya. Kemudian beliau solat dua rakaat, menyaringkan bacaan di kedua rakaat itu."

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, March 12, 2014

Orang Islam Bersaudara

Rabu, 10 Jamadilawal 1435H : Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. 

Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. 

Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. 

Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti."

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, March 10, 2014

Segerakanlah Berbuat Amal Kebajikan

Isnin, 8 Jamadilawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Segerakanlah berbuat amal kebajikan, sebelum datang bencana yang bagaikan malam gelap gelita. 

Pagi-pagi seseorang masih mukmin, tetapi bila hari petang dia kafir. 

Atau petang hari dia masih mukmin, pagi hari dia kafir. 

Dijualnya agamanya kerana mengharapkan keuntungan dunia."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, March 7, 2014

Membaca Sepertiga AlQuran

Jumaat, 5 Jamadilawal 1435H: Dari Abu Darda' r.a., dari Nabi saw., sabdanya:
"Tidak sanggupkah kamu membaca sepertiga Quran dalam semalam?"
Mereka balik bertanya, "Bagaimana cara membaca sepertiganya?"

Jawab Nabi saw., "Qui huwallahu ahad (Surat Al Ikhlas) sama dengan sepertiga Al Quran."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, March 6, 2014

Perumpamaan Orang Yang Membaca Al Quran

Khamis, 4 Jamadilawal 1435H: Dari Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Perumpamaan orang mukmin yang membaca Quran ialah seperti jeruk manis. Baunya harum dan rasanya manis. 

Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Quran, ialah seperti kurma, tidak berbau tetapi rasanya manis. 

Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Quran, ialah seperti kemangi, baunya harum tetapi rasanya pahit. 

Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Quran, ialah seperti peria, tidak berbau dan rasanya pahit."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, March 5, 2014

Dingin dan Panas

Rabu, 3 Jamadilakhir 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: 

"Apabila udara sangat panas, maka solatlah kalau udara sudah agak dingin. kerana udara yang sangat panas itu bertiup dari neraka jahannam. 

Dan mengadulah neraka kepada Tuhannya, "Sebahagian ku memakan sebahagian yang lain."

Maka Tuhan mengizinkannya berhembus dua kali, satu kali di musim dingin dan satu kali di musim panas. Maka itulah yang kamu rasakan, bersangatan panas di musim kemarau dan bersangatan dingin di musim dingin."

Hadis Sahih Bukhari.

Tuesday, March 4, 2014

Solat Malam Rasulullah saw

Selasa, 2 Jamadilawal 1435H: Diceritakan dari 'Aisyah r.a., bahawa dia ditanya orang mengenai solat Rasulullah saw. di waktu malam. Jawab 'Aisyah, 

"Beliau tidur pada awal malam dan bangun pada akhirnya, lalu beliau solat. Kemudian beliau kembali pula ke tempat tidurnya. 

Maka apabila muadzin telah azan (untuk solat Subuh), beliau bangun. Kalau memang perlu, beliau mandi lebih dahulu, jika tidak, beliau mengambil wuduk saja, kemudian beliau pergi solat ke masjid."

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, March 3, 2014

Awas! Dengan Ucapan Kafir

Isnin, 1 Jamadilawal 1435 Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang berkata kepada saudaranya, "Hai Kafir!", maka ucapan itu kembali kepada salah satu di antara keduanya. 

Jika apa yang diucapkannya itu benar, maka ucapan itu tertuju kepada orang yang dipanggil. 

Jika tidak, maka ucapan itu tertuju kepada yang mengucapkan."

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, February 27, 2014

Kelebihan Solat Berjemaah

Khamis, 27 Rabiulakhir 1435H: Abu Hurairah r.a. memberitakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: 

"Solat seseorang dengan berjemaah, pahalanya berlipat ganda daripada solatnya seorang diri di rumahnya atau di pasar, dua puluh lima kali ganda. 

Sebabnya ialah, kerana apabila seseorang berwuduk, kemudian disempurnakannya wuduknya itu, lalu dia pergi ke masjid dengan niat hanya untuk menunaikan solat, maka tidak satu langkah pun langkah yang dilangkahkannya, melainkan ditinggikan Allah darjatnya satu tingkat untuk setiap langkah, dan dihapuskan pula kesalahannya. 

Apabila dia telah solat, maka malaikat sentiasa mendoakannya selama dia masih berada di tempatnya solat, katanya: "Wahai, Allah! Limpahkan kepadanya kebaikan dan kasihilah dia!" 

Dan seseorang kamu sentiasa dianggap seperti dalam solat selama dia menunggu-nunggu waktu solat."

Hadis Sahih Bukhari .

Wednesday, February 26, 2014

Mujizat Rasulullah SAW

Rabu, 26 Rabiulakhir 1435H: Dari Anas r.a. katanya: 

Dibawa kepada Nabi s.a.w. sebuah bejana, waktu beliau di Zaura. Lalu beliau letakkan tangannya dalam bejana itu. Maka terbitlah air dari antara anak jari beliau. Lalu orang banyak berwuduk. 

Qatadah berkata: Saya bertanya kepada Anas: "Berapa banyaknya kamu ketika itu?" Jawab Anas: "Tiga ratus atau kurang lebih tiga ratus".

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, February 25, 2014

Fadhilat Wuduk

Selasa, 25 Rabiulakhir 1435H: Dari 'Usman bin 'Affan r.a., ketika itu dia sedang berada di halaman masjid, maka terdengar azan 'Asar, lalu dia berwuduk. Sesudah wuduk dia berkata: 

"Demi Allah Akan ku sampaikan kepada anda sebuah hadis; yang kalau bukanlah kerana suatu ayat dalam Al Quran yang memerintahkan supaya menyampaikannya, tidak akan ku sampaikan kepada anda. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, 

"Tidak ada seorang pun lelaki muslim yang berwuduk, lalu dibagus-baguskannya wuduknya itu, sesudah itu dia solat, nescaya di ampuni Allah dosa-dosanya yang terjadi antara solatnya itu dengan solat berikutnya."

Hadis Sahih Muslim .

Friday, February 21, 2014

Kelebihan Wuduk

Jumaat, 20 Rabiulakhir 1435H: Dari Nu'aim bin 'Abdullah Al Mujmir r.a., katanya: 

"Aku melihat Abu Hurairah mengambil wuduk. Mula-mula dicucinya mukanya melebihi batas wajib dengan sempurna bagus. Kemudian dicucinya tangannya yang kanan hingga masuk ke lengan, kemudian tangannya yang kiri hingga masuk lengan juga. Sesudah itu disapunya kepalanya. Kemudian dicucinya kaki kanannya hingga masuk ke betis. 

Setelah itu dia berkata, "Begitulah ku lihat Rasulullah saw. berwuduk." 

Lalu disampaikannya sabda Rasulullah saw., "Pada hari kiamat kelak, anda semua akan tampak bercahaya-cahaya gilang-gemilang kerana anda menyempurnakan wuduk anda sebagus-bagusnya. Kerana itu lebihilah batas-batas tertentu yang diwajibkan mencucinya ketika berwuduk."

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, February 20, 2014

Wuduk Yang Sempurna

Khamis, 20 Rabiulakhir 1435H: Humran r.a., maula Usman (bin Affan) mengkhabarkan, bahawa dia melihat Usman bin Affan meminta seember air untuk berwuduk. Dia menuangkan air itu ke tangannya dan membasuh kedua telapak tangannya tiga kali. Kemudian dia memasukkan tangan kanannya ke dalam air, lalu berkumur-kumur dan membersihkan, hidung dengan menghirup air ke hidung dan menyemburkannya kembali. Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh kedua belah tangannya hingga siku tiga kali. Kemudian dia menyapu kepalanya, dan setelah itu dia membasuh kaki hingga dua mata kaki tiga kali. Kemudian dia berkata, "Bersabda Rasulullah saw. 'Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini, kemudian solat dua rakaat dengan khusyuk, nescaya diampuni (Allah) dosanya yang telah lalu." (Hadis Sahih Bukhari) 


Dari Humran, maula 'Usman bin 'Affan r.a. katanya: "Pada suatu hari 'Usman bin 'Affan berwuduk dengan sempurna. Kemudian dia berkata, "Aku melihat Rasulullah saw. berwuduk, maka disempurnakannya wuduknya itu sebagus-bagusnya, kemudian beliau bersabda: "Siapa yang berwuduk seperti itu, kemudian dia pergi ke masjid tanpa ada yang mendorongnya selain solat, nescaya diampuni Allah dosanya yang telah lalu."Hadis Sahih Muslim.)

Wednesday, February 19, 2014

Memuliakan Tamu

Rabu, 19 Rabiulakhir 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: 
"Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw. lalu dia berkata, "Aku dalam kesulitan susah hidup dan lapar."  
Maka beliau bawa pulang itu ke rumah isteri beliau satu persatu menanyakan kalau-kalau mereka ada sedia makanan. 

Para isteri beliau menjawab. "Demi Allah yang mengutus Anda dengan yang hak, aku tidak sedia apa-apa selain air." Begitulah jawapan mereka masing-masing. 

Lalu bersabda beliau kepada para sahabat. "Siapa bersedia menerima tetamu malam ini nescaya di beri rahmat oleh Allah Ta'ala." 

Maka berdirilah seorang lelaki Ansar seraya berkata, "Aku, Ya Rasulullah!" 

Maka dibawanya lah orang itu ke rumahnya. Dia bertanya kepada isterinya, "Adakah engkau sedia makanan?" 

Jawab isterinya, "Tidak ada, kecuali makanan anak-anak." 

Katanya, "Pujuklah mereka dengan apa saja. Bila tetamu kita dah masuk tunjukkan kepadanya bahawa kita makan bersamanya. Bila dia telah mulai makan, berdirilah ke dekat lampu lalu padamkan." 

Maka duduklah mereka dan sang tetamu pun makanlah. Setelah Subuh, sahabat tersebut bertemu dengan Nabi saw. lalu kata beliau, "Allah kagum dengan cara kamu berdua melayani tetamu kalian malam tadi."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, February 18, 2014

Minum Dan Makan Berdiri

Selasa, 18 Rabiulakhir 1435H: Dari Anas r.a., dari Nabi saw., bahawasanya beliau pernah melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. 

Kata Qatadah, lalu kami bertanya: "Kalau makan?" Jawab Anas, "Itu lebih buruk dan lebih keji."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, February 17, 2014

Mencela Makanan

Isnin, 17 Rabiulakhir 1435H : Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw. mencela suatu makanan sekali-kali tidak. Apabila beliau memang mengingininya dimakannya dan apabila beliau tidak mengingininya beliau diam saja."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, February 14, 2014

Bijaksanalah Membimbing Wanita

Jumaat, 14 Rabiulakhir 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda: 
"Siapa yang iman dengan Allah dan hari kiamat, maka apabila dia menyaksikan suatu peristiwa, hendaklah dia menanggapinya dengan baik atau diam. 

Bijaksanalah membimbing wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Dan bahagiannya yang paling bengkok ialah yang sebelah atas. Jika engkau berusaha meluruskannya, nescaya dia patah. Tetapi jika engkau biarkan, dia akan sentiasa bengkok. Kerana itu bijaksanalah membimbing wanita dengan baik."

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, February 13, 2014

Tiada Solat Sunat Sesudah Qamat

Khamis, 13 Rabiulakhir 1435H: Berita dari Malik bin Buhainah r.a., mengatakan. bahawa Rasulullah saw. pernah melihat seorang laki-Iaki solat dua rakaat sesudah qamat. Ketika Rasulullah saw. telah selesai solat, dan orang banyak memandang hairan kepada orang itu, maka Rasulullah saw. bersabda: "Subuh! Subuh! Subuh! Subuh!" (empat kali)." ( Hadis Sahih Bukhari.)


Dari Ibnu Buhainah r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika solat Subuh telah diqamatkan, Rasullullah saw. melihat seseorang lelaki mengerjakan solat sunat. Maka bersabda Rasulullah saw. kepadanya, "Apakah anda solat Subuh empat rakaat?" (Hadis Sahih Muslim.)

Wednesday, February 12, 2014

Bacalah Quran Pada Waktu Subuh

Rabu, Rabiulakhir 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda :

"Pahala solat berjemaah melebihi pahala solat sendirian dua puluh lima darjat. Malaikat malam dan siang bertemu pada waktu Subuh." 

Kata Abu Hurairah selanjutnya, "Kerana itu bacalah Quran pada waktu Subuh, kerana membacanya waktu Subuh disaksikan para malaikat."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, February 7, 2014

Tujuh Orang Yang Mendapat Naungan Allah

Jumaat, 7 Rabiulakhir 1434H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: "Allah swt. akan memberikan naungan kepada tujuh jenis orang pada hari kiamat, di mana tidak ada naungan ketika itu kecuali naungan Allah. 

1. Imam (pemimpin, kepala pemerintahan yang adil.) 
2. Pemuda yang terdidik/terlatih sejak kecil dalam menyembah Allah. 
3. Seseorang yang hatinya tergantung di mesjid. 
4. Dua orang yang saling mengasihi kerana Allah; mereka berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah 
5. Seorang laki-laki yang dirayu untuk berbuat maksiat oleh wanita bangsawan yang cantik, lantas ia menolak dengan berkata halus, "Aku takut kepada Allah." 
6. Seorang yang bersedekah dengan sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang telah diberikan tangan kanannya. 
7. Seorang yang mengingat Allah waktu bersunyi-sunyi, lantas meleleh air matanya."

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, February 6, 2014

Pengubat Hati Kematian Anak

Khamis, 6 Rabiulakhir 1435H: Dari Abu Hassan r.a. katanya dia bertanya kepada Abu Hurairah r.a. "Aku kematian dua orang anakku. Dapatkah anda menceritakan kepada ku hadis Rasulullah saw. yang dapat mengubati hati kami atas kematian anak-anak kami itu?" 

Jawab Abu Hurairah. Nabi saw. pernah bersabda: "Ya, anak-anak tersebut selamanya menjadi penghuni syurga. Salah seorang dari mereka datang menemui bapanya, atau kedua orang tuanya lalu dipegangnya baju atau tangan orang tuanya seperti aku memegang ujung bajumu ini. Maka tidak dilepaskannya, atau dia tidak berhenti memegang, sehingga Allah Ta'ala memasukkannya bersama bapanya ke syurga."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, February 5, 2014

Rasa Kasih Sayang

Rabu, 5 Rabiulakhir 1435H :Dari 'Aisyah r.a, katanya: Ada seorang Arab dusun datang kepada Nabi saw. sambil berkata: 

"Kamu mencium anak-anak, sedangkan kami tidak pernah mencium mereka." 

Lalu Nabi saw. menjawab: "Apakah daya saya, seandainya Tuhan telah mencabut rasa kasih sayang dari hatimu."

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, January 29, 2014

Sedekah Yang Besar Pahalanya.

Rabu, 27 Rabiulawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw., lalu dia bertanya:

"Ya, Rasulullah! Sedekah bagaimanakah yang besar pahalanya?" 

Jawab Rasulullah saw., "Sedekah ketika anda sedang sihat, ketika anda sedang kikir, takut miskin, ketika anda sedang mengharap-harap akan menjadi seorang hartawan yang kaya-raya; maka pada saat-saat seperti itu janganlah anda lalai, bersedekahlah. 

Dan janganlah ditangguhkan sehingganya nyawa anda telah sampai di tenggorokan, barulah anda bahagi-bahagikan sedekah anda, ini untuk si Fulan, ini untuk si Fulan. Dan ingatlah, sesungguhnya harta itu memang untuk si Fulan."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, January 28, 2014

Makanlah Dengan Tangan Kanan

Selasa, 28 Rabiulawal 1435H: Dari Iyas bin Salamah bin Akwa' r.a., dia mengatakan bahawa bapanya menceritakan kepadanya, 

"Seorang lelaki makan dekat Rasulullah saw. dengan tangan kiri. Maka bersabda beliau kepadanya, "Makanlah dengan tangan kanan!" 

Jawab orang itu, "Aku tidak bisa!" 

Sabda Nabi saw., "Tidak bisa? Tidak ada orang yang melarangmu melainkan perasaan sombongmu." 

Kata Iyas, " Orang itu benar-benar menjadi tidak dapat mengangkat tangan ke mulutnya."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, January 27, 2014

Gambar Patung

Isnin, 25 Rabiulawal 1435H: Dari Sa'id bin Abul Hasan r.a., katanya: 

Pada suatu waktu, ketika saya berada di dekat Ibnu Abbas, tiba-tiba datang kepadanya seorang laki-laki. Kata laki-laki itu kepada Ibnu Abbas, "Ya, Ibnu Abbas! Sesungguhnya aku ini seorang manusia. Penghidupanku dari usaha tangan ku sendiri. Aku bekerja membuat patung-patung." 

Kata Ibnu Abbas, "Tidaklah akan ku ceritakan kepada mu selain apa yang ku dengar dari ucapan Rasulullah saw. Beliau bersabda, "Barangsiapa menggambar suatu patung, maka sesungguhnya Allah akan menyeksanya sehingga ia memberi nyawa pada patung itu sedangkan tidak boleh memberi nyawa kepada patung itu untuk selama-lamanya." 

Laki-laki itu jadi sesak nafasnya tambah sesak, sehingga mukanya pucat. Kata Ibnu Abbas, "Celaka! Jika engkau tidak mahu, dan engkau hendak memperbuat juga, gambarlah pohon-pohon ini yakni segala yang tidak bernyawa."

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, January 22, 2014

Kata-kata Kepada Jenazah

Rabu,20 Rabiulawal 1435H : Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:

Ketika iring-iringan membawa jenazah lewat, orang-orang memuji jenazah dengan kebaikan, kemudian Nabi saw. bersabda: "Wajib, wajib, wajib." 

Lalu lewat pula iringan jenazah lain, orang-orang mencelanya dengan keburukan, kemudian Nabi saw. bersabda: "Wajib,wajib,wajib." 

 Umar berkata: "Menjadi penebusmu, ayah dan ibuku! Ada iringan jenazah lewat dan orang-orang memujinya sebagai orang baik, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib. Lewat pula iringan jenazah lain yang disifati sebagai orang jahat, lalu engkau mengatakan: Wajib, wajib, wajib." 

"Apa artinya itu?" 

Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang kalian puji sebagai orang baik, maka wajib baginya surga, sedangkan orang yang kalian katakan sebagai jahat, maka wajib baginya neraka. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi. Kalian adalah para saksi Allah di bumi.' 

(Shahih Muslim No.1578)

Tuesday, January 21, 2014

Seorang Muslim Adalah Saudara Bagi Sesama Muslim

Selasa, 19 Rabiulawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim. Kerana itu janganlah menganiayanya, jangan membiarkannya teraniaya, dan jangan menghinanya. 

"Taqwa tempatnya di sini! Sambil beliau menunjuk ke dadanya tiga kali. 

"Alangkah besar dosanya menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim haram menumpahkan darah saudaranya sesama muslim. Haram merampas hartanya, dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baiknya."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, January 20, 2014

Kutukan Allah Kepada Wanita

Isnin, 18 Rabiulawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a, Nabi saw bersabda:

"Allah mengutuk wanita yang mempergunakan rambutnya untuk mengulas rambut wanita lain, wanita yang mengulas rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar dikulitnya dengan tusukan dan wanita yang minta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan."

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, January 16, 2014

Berselawat Ke atas Rasulullah saw.

Khamis, 14 Rabiulawal 1435H : Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya: "Ketika kami sedang berada di dalam majlis Sa'ad bin 'Ubbadah, tiba-tiba Nabi saw. datang. Basyir bin Sa'ad bertanya kepada beliau, "Allah Ta'ala memerintahkan kami supaya berselawat kepada Anda. Bagaimana caranya kami berselawat itu, ya Rasulullah?" , 

Kata Abu Mas'ud, "Rasulullah saw. diam saja tidak segera menjawab. Sehingga kami mengira, mungkin beliau tidak menyukai pertanyaan kami itu.

"Kemudian beliau bersabda, "Ucapkanlah: 'Allahumma shalli 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad. Kama shallaita 'ala aali Ibrahim. Wa baarik 'ala Muhammad, wa 'ala aali Muhammad. Kama barakta 'ala aali Ibrahim. Fil 'alamina innaka hamidun majid.' (Wahai Allah! Limpahkanlah rahmatMu kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Dan limpahkanlah berkatMu kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau melimpahkannya kepada keluarga Ibrahim. Di alam semesta ini sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Agung). 

Kemudian memberi salam, dan caranya ialah sebagaimana anda semua telah mengetahui."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, January 15, 2014

Beberapa Nama Rasulullah saw

Selasa, 13 Rabiulawal 1435H: Dari Muhammad bin Jubair bin Muth'im, dari bapanya r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Aku mempunyai beberapa nama: 

(1) Aku bernama Muhammad. 
(2) Aku bernama Ahmad
(3) Aku bernama Al Mahi (penumpas), di mana Allah menumpas kekafiran keranaku. 
(4) Aku bernama Al Hasyir (pengumpul) di mana Allah swt. mengumpulkan manusia atas risalahku. 
(5) Dan aku bernama Al 'Aqib (penutup), di mana tidak ada seorang jua pun lagi Nabi sesudahku. 
(6) Dan sesungguhnya, juga aku oleh Allah diberi nama Ra'uf (penyantun) 
(7) dan Rahim (penyayang)."

Hadis Sahih Muslim

Monday, January 13, 2014

Anjing & Gambar Haiwan

Isnin, 11 Rabiulawal 1435H: Dari Aisyah r.a. katanya: "Jibril berjanji akan datang berkunjung kepada Rasulullah saw. pada suatu waktu yang ditentukan. 

Ketika waktu itu telah tiba, ternyata Jibril belum datang. Di tangan beliau ada sebuah tongkat. Maka diletakkannya tongkat itu sambil berkata, "Allah dan Rasulnya tidak menyalahi janji." 

Beliau menoleh, maka terlihat olehnya seekor anak anjing kecil di bawah tempat tidur. 

Tanya beliau, "Hai. 'Aisyah! Sejak bila anak anjing itu masuk ke sana?" 

Jawab Aisyah. "Wallah! Aku tidak tahu!" Rasulullah menyuruh keluarkan anak anjing itu lalu dikeluarkan. 

Maka datanglah Jibril. Rasulullah saw. bertanya, "Anda berjanji akan datang pada waktu yang telah ditentukan. Aku telah menunggu-nunggu tetapi Anda tak kunjung tiba." 

Jawab Jibril, "Aku terhalang oleh anjing dalam rumah Anda. Kami (bangsa Malaikat) tidak mahu masuk ke dalam rumah yang di situ ada anjing dan gambar-gambar (haiwan)."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, January 10, 2014

Kain Bergambar

Jumaat, 8 Rabiulawal 1435H: Dari Anas r.a, katanya: Aisyah ada mempunyai sehelai kain yang bergambar-gambar, diletakkannya menjadi tabir rumahnya. Nabi saw mengatakan kepadanya: 

"Hilangkan kain ini dari pemandanganku, kerana gambar-gambarnya sentiasa menganggu aku dalam solatku."

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, January 9, 2014

Baju Bergambar

Khamis, 8 Rabiulawal 1435H : Berita dari 'Aisyah, katanya: "Nabi saw. pernah solat memakai baju bergambar-gambar. Suatu kali Nabi saw. terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, Nabi saw. berkata, 

"Bawalah baju ku ini kepada Abu Jahm dan bawa kemari tukaran dari Abu Jahm. Baju ini melalaikan ku sebentar ini dari solat ku." 

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, January 8, 2014

Gambar Di Dalam Rumah

Rabu, 7 Rabiulawal 1435H: Dari 'Aisyah, Ummul Mukminin r.a., dia mengkhabarkan, bahawa dia membeli sebuah bantal kecil yang bergambar-gambar. Ketika Rasulullah saw. melihat bantal itu, beliau berdiri saja di pintu tidak jadi masuk. Kemudian ku lihat di wajah beliau bahawa beliau benci. 

Lalu kataku, "Ya, Rasulullah! Aku taubat kepada Allah dan Rasul-Nya. Apakah kiranya kesalahanku?

Jawab Rasulullah saw., "Apakah perlunya bantal itu?" 

Jawab ku, "Saya beli untuk Tuan, untuk tempat duduk Tuan dan untuk sandaran Tuan." 

Sabda beliau, "Sesungguhnya pemilik gambar-gambar seperti itu bakal diseksa pada hari kiamat. Dikatakan kepada mereka, "Hidupkanlah apa yang kamu buat." 

Selanjutnya beliau bersabda, "Sesungguhnya rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar tidak dimasuki malaikat. "

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, January 6, 2014

Apabila Matinya Ulama

Isnin, 5 Rabiulawal 1435H: Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw bersabda:

 "Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati sanubari manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama). 

Apabila orang berpengetahuan telah punah, maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. 

Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka itu sesat dan menyesatkan."

Hadis Sahih Bukhari