Tuesday, January 20, 2015

Solat Sunat Istikharah

Selasa, 29 Rabiulawal 1436H: Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mengajarkan kepada kami solat istikharah untuk segala urusan, seperti dia mengajarkan kepada kami surat Al Quran; Sabda beliau: 

"Apabila seseorang kamu hendak melakukan sesuatu pekerjaan, lebih dahulu hendaklah ia solat dua rakaat yang bukan fardu, kemudian membaca doa: "Allahumma inni astakhairuka bi'ilmika waastaqdirukabi qudratika waas-aluka min fadhlikal 'azhim; Fainnaka taqdiru wa laa aqdiru wata'lamu wa laa a'lamu wa anta 'allamul ghuyuub. Allaahumma inkunta ta'lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amri ('ajili amri wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarik lii fiihi. Wa inkunta ta'lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diini wa ma'aasyi wa 'aaqibatu amrii ('ajili amri wa aajilihi) fashrifhu 'annii washrifnii 'anhu waqdur liyal khaira haitsu kaana tsummaardhini." 

(Wahai Allah! Sesungguhnya aku mohon pilihan kepada Engkau dengan ilmu Engkau, dan mohon kuasa kepada Engkau dengan kekuasaan Engkau, dan aku meminta kepada Engkau kurniaMu yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Maha kuasa, sedangkan aku tidak kuasa. Dan Engkau Maha Tahu, sedangkan aku tidak tahu. Dan Engkau Maha Tahu segala yang ghaib. 

Wahai, Allah! Jika menurut pengetahuanMu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat kesudahannya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah dia bagi ku, kemudian berikan berkat bagi ku padanya. 

Dan jika menurut pengetahuanMu pekerjaan ini tidak baik bagi agama, kehidupan serta akhir kesudahannya, maka singkirkanlah dia dari ku, dan jauhkanlah aku daripadanya, serta tukarlah bagi ku dengan yang lebih baik daripadanya, kemudian redhailah dia bagiku."
Hadis Sahih Bukhari

Monday, January 19, 2015

Amal Bahagia Atau Amal Celaka?

Dari' Ali r.a., katanya: "Kami menghadiri pemakaman Baqi' Gharqad. Ketika Nabi saw. tiba, beliau terus duduk dan kami pun duduk pula di keliling beliau. Di tangannya ada sebuah tongkat. Beliau merunduk dan menggaris-garis tanah dengan tongkat itu. 

Kemudian beliau bersabda, "Tiap-tiap orang hidup dituliskan Allah tempatnya di syurga atau di neraka. Dituliskan juga apakah dia celaka atau bahagia." Bertanya seseorang, "Ya, Rasulullah! Tidak bolehkah kami menyerah saja kepada kitab kami, sehingga kami tidak perlu beramal? Siapa di antara kami termasuk orang bahagia, sendirinya ia akan mengamalkan amal bahagia, dan orang yang ditulis celaka akan beramal celaka." 

Nabi saw. menjawab, "Adapun orang yang bahagia, ialah mereka yang dimudahkan Allah melakukan amal bahagia, "dan orang yang celaka ialah orang yang mudah melakukan amal celaka." 

Kemudian Nabi saw. membaca firman Allah swt., "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang mudah (perbuatan baik). Adapun orang-orang yang kikir dan merasa dirinya cukup, serta mendustakan pahala yang terbaik, maka Kami akan mudahkan baginya jalan yang sukar (kejahatan)." (At Lail, 92: 5 - 10).

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, January 16, 2015

Mendoakan Kebaikan

Jumaar, 25 Rabiulawal 1436H: Dari Abu Darda' r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Tidak seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) yang berjauhan. melainkan malaikat mendoakannya pula: "Mudah-mudahan engkau beroleh kebaikan pula."

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, January 15, 2015

Sabar Diperlukan Ketika Permulaan Musibah

Khamis, 24 Rabiulawal 1436H: Dari Anas r.a., katanya: "Nabi saw. bertemu dengan seorang wanita sedang menangis di samping kuburan. Nabi saw. bersabda kepadanya, 

"Takutlah kepada Allah dan sabarlah!" 

Jawab wanita itu, "Pergilah kamu! Sebab kamu tidak merasakan penderitaan yang saya derita ini." Sesungguhnya wanita itu tidak kenal dengan Nabi saw. Maka diberitahukan orang kepadanya bahawa itulah Nabi saw. 

Kerana itu dia pergi menemui Nabi saw. dan dia tidak melihat seorang penjaga pun. (Lalu ia terus menemui Nabi saw.) 

 Katanya kepada Nabi, "(Maaf Tuan), Saya tidak mengenal Tuan." 

Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya sabar itu (diperlukan) ketika permulaan kena musibah."

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, January 14, 2015

Sabar Dari Meminta-Minta

Rabu, 23 Rabiulawal 1436H: Dari Abu Said r.a., katanya: "Beberapa orang kaum Ansar meminta (sesuatu) kepada Rasulullah saw., lalu diberi oleh beliau. Kemudian mereka minta lagi, terus diberi oleh beliau, diminta lagi, diberi lagi sehingga habislah apa yang ada pada Rasulullah. 

Sabda beliau, "Tidak ada lagi pada ku dan tidak ada pula yang ku simpan. (Ingatlah!) siapa yang ingin terpelihara dari minta-minta, Allah akan memeliharanya, siapa yang merasa cukup, Allah akan mencukupkannya, dan siapa yang berhati sabar, Allah akan memberinya kesabaran; tiada satu juga pemberian Allah yang diberikanNya kepada seseorang, yang lebih baik dan lebih lapang daripada sabar."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, January 9, 2015

Istimewa Untuk Hamba Yang Saleh

Jumaat,  18 Rabiulawal 1436H: Dan Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: 

"Allah berfirman: "Aku telah menyediakan untuk hambaKu yang saleh, apa yang belum pernah mata melihat, belum pernah telinga mendengar dan belum pernah teringat dalam hati manusia."

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, January 8, 2015

Bukan Kemiskinan Yang DiTakuti Tapi...

Khamis, 17 Rabiulawal 1436H:  Dari Amr bin 'Auf orang Ansar r.a., sekutu Bani Amir bin Luai dan ia pernah turut menghadiri peperangan Badr, Rasulullah s.a.w. mengutus Abu Ubaidah bin Jarrah ke Bahrain untuk memungut pajak. Rasulullah s.a.w. sendiri yang mengadakan perdamaian dengan penduduk Bahrain, dan beliau angkat 'Ala bin Hadrami menjadi Amir (pembesar) mereka. Maka datanglah Abu Ubaidah membawa harta dari Bahrain. Orang Ansar mendengar kedatangan Abu Ubaidah, kebetulan waktu solat subuh bersama-sama dengan Nabi s.a.w. Setelah beliau selesai solat subuh bersama-sama, lalu mereka datang menghadap beliau. Rasulullah s.a.w. tersenyum ketika melihat mereka. 

Beliau bersabda: "Saya kira kamu telah mendengar bahawa Abu Ubaidah datang membawa sesuatu". 

Mereka berkata: "Sebenarnya, ya Rasulullah!" 

Beliau bersabda: "Bergembiralah dan harapkanlah apa yang menyenangkan kamu! Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang lebih saya takutkan terhadap kamu, melainkan yang lebih saya takuti terhadap kamu ialah jika kamu diberi sebanyak-banyaknya harta dunia sebagaimana yang telah diberikan kepada orang yang ada sebelum kamu, lalu kamu merebutkannya sebagaimana mereka merebutkan, dan kamu dibinasakannya sebagaimana mereka telah dibinasakannya".

Hadis Sahih Bukhari.

Wednesday, January 7, 2015

Adab Melawat Persakit

Rabu, 16 Rabiulawal 1436H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., Rasulullah saw. masuk ke tempat seseorang melihatnya sakit. Beliau setiap kali pergi melihat orang sakit selalu berkata: "Tidak apa-apa. Baik saja, insya Allah!" 

Lalu saya berkata: "Baik? Tidak mungkin. Penyakitnya adalah demam panas yang keras diderita oleh orang tua yang akan menyebabkannya meninggal" 

Nabi menjawab: "Kalau begitu, memang benar."

Hadis Sahih Bukhari .

Tuesday, January 6, 2015

Orang Islam Yang Paling Baik

Selasa, 15 Rabiulawal 1436H: Dari 'Abdullah bin 'Amr bin 'Ash r.a., katanya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Orang Islam yang bagaimanakah yang paling baik?

Jawab Rasulullah saw., "Ialah orang-orang yang menjaga orang-orang Islam lainnya dari bencana lidah dan perbuatannya".

Hadis Sahih Muslim 

Monday, January 5, 2015

Tiga Doa Rasulullah SAW Untuk Ummatnya

Isnin, 14 Rabiulawal 1436H: Dari 'Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya, "Pada suatu hari Rasulullah saw. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu'awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat pula bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, 

"Aku memohon kepada Tuhan ku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan ku supaya jangan membinasakan ummat ku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. 

Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda ummat Nabi Nuh, atau seperti tentera dan Raja Fir'aun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. 

Aku memohon supaya ummat ku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, December 24, 2014

Awan Gelap & Hujan

Rabu, 2 Rabiulawal 1436H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. kalau melihat awan gelap di langit, beliau menghadap, membelakang, masuk, dan ke luar, dan berubah wajah beliau. Dan kalau hujan turun dari langit, beliau gembira (tenang kembali). 

Aisyah berkata: Lalu saya tanyakan yang demikian itu kepada beliau. 

Nabi s.aw. bersabda: "Setelah mereka melihat awan terbentang di langit datang menuju ke lembah, mereka itu berkata: Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami! Bukan! Itulah (bahaya) yang kamu minta supaya datang dengan segera! Angin yang mengandung seksaan yang pedih!"

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, December 23, 2014

Jangan Meminta-Minta Mati Kerana Suatu Musibah

Selasa, 1 Rabiulawal 1436H: Dari Anas r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Sekali-kali janganlah kamu meminta-minta mati kerana suatu musibah yang menimpa. Jika kamu hendak meminta juga, maka mendoalah sebagai berikut : "Allahumma ahyini mall kaanatil hayatu khairan Ii, wa tawaffani idza kaanatil wafaatu khairan li." (Wahai Allah! Panjangkanlah umurku jika umur panjang itu yang lebih baik bagi ku, dan matikanlah aku jika mati itu yang lebih baik bagiku).

Hadis Sahih Muslim

Thursday, December 18, 2014

Istiqamah Dalam Beramal Walaupun Sedikit

Khamis, 25 Safar 1436H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah puasa sunat tiap bulan dalam setahun, lebih banyak daripada puasanya di bulan Sya'aban. 

Beliau bersabda, "Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri yang bosan beramal. Sedangkan amal yang paling disukai Allah ialah amal yang dilakukan secara tetap walaupun sedikit."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, December 17, 2014

Jangan Tertipu Dengan Penglihatan Mata

Rabu, 24 Safar 1436H: Dari Sahal bin Sa'ad As Sa'idi r.a. katanya Nabi saw. bersabda:

"Sesungguhnya ada orang beramal dengan amalan ahli syurga sepanjang penglihatan orang banyak, tetapi sebenarnya dia adalah ahli neraka. Dan ada pula orang yang beramal dengan amalan ahli neraka menurut pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia ahli syurga."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, December 16, 2014

Pintu-Pintu Syurga Berada Di Bawah Naungan Kilatan Pedang

Selasa, 23 Safar 1436H: Dari Abu Bakar bin Abdullah bin Qais r.a., dari bapanya, katanya dia mendengar bapanya bercerita, bahawa ketika bapanya sedang berhadapan dengan musuh, Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya pintu-pintu syurga berada di bawah naungan (kilatan) pedang." 

Lalu berdiri seorang lelaki sambil menangis, katanya: "Hai, Abu Musa! Apakah Anda pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda seperti itu?" 

Jawab Abu Musa, "Ada!" 

Orang itu pergi menemui kawan-kawannya seraya katanya, "Aku mengaturkan salam kepada Anda semua!" 

Kemudian dibukanya sarung pedangnya lalu dilemparkannya. Sesudah itu, dengan pedang terhunus dia pergi menyerbu musuh, memukul mati dengan pedangnya, setiap musuh yang ditemuinya sehingga akhirnya dia sendiri mati pula terbunuh sebagai syahid."

Hadis Sahih Muslim .

Monday, December 15, 2014

Amanat Rasulullah saw

Isnin, 22 Safar 1436H: Dari 'Uqbah bin 'Amir r.a. katanya Nabi saw pernah bersabda mengenai para korban perang Uhud. Beliau naik ke mimbar seolah-olah memberi amanat kepada yang masih hidup dan yang telah syahid. 

 Sabda beliau. "Aku mendahului kalian ke telaga, Lebar telaga itu sejauh antara Ailah ke Juhtah. Aku tidak menyangsikan bahawa kamu akan kembali musyrik sepeninggal ku. Tetapi yang aku takutkan ialah kamu terpengaruh oleh dunia. Kemudian kamu berbunuh-bunuhan dan akhirnya kalian musnah seperti kemusnahan umat yang sebelum kalian." 

Kata 'Uqbah, "Itulah yang terakhir kali aku melihat Rasulullah saw. berpidato di mimbar."

Hadis Sahih Muslim .

Friday, December 12, 2014

Tinggalkan Ahi Warismu Dalam Keadaan Kaya

Jumaat, 19 Safar 1436H: Dari Sa'ad bin Abi Waqqash r.a.. katanya: Pada tahun haji yang penghabisan, saya sakit, dan Rasulullah saw. datang mengunjungi saya. Aku bertanya kepada beliau, "Saya merasa sakit saya ini agak mengkhuatirkan. Saya ada mempunyai kekayaan sedangkan yang akan mewarisinya tidak ada, selain seorang anak perempuan. Bolehkah saya sedekahkan dua pertiga dari kekayaan saya itu?" 

Jawab Nabi, "Tidak boleh!" 

Aku bertanya, "Seperdua." 

Kemudian beliau bersabda, "Sepertiga! Sepertiga itu sudah banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu itu dalam keadaan kaya, lebih baik daripada engkau tinggalkan dia dalam keadaan miskin, meminta-minta kepada orang lain. Perbelanjaan yang telah engkau keluarkan semata-mata kerana Allah, sesungguhnya akan diberi pahala oleh Allah, sehingga belanja yang telah engkau keluarkan untuk isteri mu sekalipun." 

Kataku, "Ya, Rasulullah! Aku telah ketinggalan oleh kawan-kawanku (yang mati syahid)." 

Jawab Nabi saw., " Engkau sekali-kali tidak ketinggalan. Setiap amal soleh yang telah engkau perbuat akan menambah darjat dan ketinggianmu: Mudah-mudahan umurmu panjang sehingga bermanfaat bagi satu kaum dan kerugian bagi yang lain. Oh Allah! Teruskanlah sahabat-sahabatku hijrah dan janganlah dibiarkan mereka surut ke belakang." 

Tetapi Rasulullah saw. sangat menyayangkan seorang yang miskin tak dapat pindah iaitu Saad bin Khaulah. Beliau saw. menangisinya tatkala mendengar dia meninggal di Mekah."

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, December 11, 2014

Termasuk Kehidupan Yang Terbaik

Khamis, 18 Safar 1436H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah saw. sabdanya: 

"Termasuk kehidupan yang terbaik, iaitu orang-orang yang mempersiapkan hidupnya untuk jihad fi sabilillah (berjuang atau berperang untuk menegakkan agama Allah). Ia segera melompat ke punggung kuda tatkala mendengar trompet perang dan menunggu komando. Ia segera memacu kudanya ke medan perang mencari kematian (syahid) yang didambakannya. 

Atau seorang yang tinggal di puncak-puncak bukit dan di lembah-lembah, dengan hidup sederhana, ditegakkannya solat, dibayarnya zakat, disembahnya Tuhan terus menerus sampai meninggal, dan tidak pernah merugikan umat manusia, bahkan dia sentiasa berbuat kebajikan terhadap sesamanya."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, December 10, 2014

Semata-Mata Kerana Allah

Rabu, 17 Safar 1436H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 
"Natil (bin Odis Al Hazami), seorang penduduk Syam, bertanya kepadanya, "Wahai, Tuan Guru! Ajarkanlah kepada kami hadis yang Anda dengar dari Rasulullah saw." 

Jawab Abu Humirah, "Baik! Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Orang yang pertama-tama diadili kelak di hari kiamat, ialah orang mati syahid. Orang itu dihadapkan ke pengadilan, lalu diingatkan kepadanya nikmat-nikmat yang telah diperolehnya, maka dia mengakuinya." 

Tanya, "Apakah yang engkau perbuat dengan nikmat itu?" 

Jawab, "Aku berperang untuk agama Allah sehingga aku mati syahid.

Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau berperang supaya dikatakan gagah berani. Dan gelar itu telah engkau peroleh." 

 Kemudian dia disuruh seret dengan muka telungkup lalu dilemparkan ke neraka.  

Kemudian dihadapkan pula orang 'alim yang belajar dan mengajarkan ilmunya serta membaca Al Quran. Dihadapkannya kepadanya nikmat yang telah diperolehnya, semua diakuinya." 

Tanya, "Apa yang engkau perbuat dengan nikmat itu?" 

Jawab, "Aku belajar, mengajar, dan membaca Quran kerana Engkau." 

Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau belajar dan mengajar supaya disebut orang Alim, dan engkau membaca Al Quran supaya dikatakan sebagai Qari (ahli baca). Semua itu telah dipanggilkan orang kepada mu." 

Kemudian dia disuruh seret dengan muka menghadap ke tanah lalu di lemparkan ke neraka. 

Sesudah itu dihadap pula orang yang diberi kekayaan oleh Allah dengan berbagai macam harta. Semua kekayaannya dihadapkan kepadanya lalu diingatkan segala nikmat yang telah diperolehnya, ia pun mengakui. 

Tanya, "Apa yang telah engkau perbuat dengan harta sebanyak itu?" 

 Jawab, "Setiap bidang yang Engkau sukai tidak ada yang ku tinggalkan, melainkan aku sumbang semuanya kerana Engkau." 

Firman Allah, "Engkau dusta! Sesungguhnya engkau melakukan semuanya itu supaya engkau disebut orang yang pemurah, dan gelar itu telah engkau peroleh." 

Kemudian dia disuruh seret dengan muka menghadap ke tanah lalu dilemparkan ke neraka.

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, December 9, 2014

Bersungguh Untuk Mati Syahid

Selasa, 16 Safar 1436H: Dari Sahal bin Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif, dari bapanya, dari kakaknya, katanya Nabi saw. bersabda: 

"Siapa yang memohon kepada Allah dengan sungguh-sungguh hendak mati syahid, maka Allah menaikkannya ke tingkatan para syuhada sekalipun kenyataannya dia mati biasa di tempat tidur."

Hadis Sahih Muslim .

Monday, December 8, 2014

Kelebihan Mati Syahid

Isnin, 15 Safar 1436H: Dari Anas bin Malik r.a., Dari Nabi S.A.W., beliau bersabda: 

"Seseorang yang meninggal, sedang dia mempunyai kebaikan pada sisi Tuhan, tiada menyukai untuk kembali ke dunia, biar diberikan kepadanya dunia dan seisinya, melainkan orang mati syahid, kerana telah dilihatnya kelebihan mati syahid itu. Sesungguhnya dia suka kembali ke dunia, lalu terbunuh sekali lagi."

Hadis Sahih Bukhari .

Friday, December 5, 2014

Syurga Untuk Orang-Orang Yang Beriman

Jumaat, 12 Safar 1436H: Dari Umar bin Khaththab r.a., katanya: 

"Ketika perang Khaibar sedang berkecamuk, sekelompok sahabat datang kepada Rasulullah saw. Kata mereka, "Si Fulan syahid. Si Fulan syahid! Ketika mereka melalui mayat seorang laki-laki mereka berkata pula, "Si Fulan syahid.

Jawab Rasulullah saw., "Sesungguhnya aku melihatnya berada dalam neraka, memakai pakaian yang dicurinya dari harta rampasan yang belum dibagi.

Kemudian Rasulullah bersabda, "Hai, anak Khaththab! Beritahukan kepada orang banyak: "Tidak dapat masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman." 

Kata Umar, "Aku keluar, lalu ku serukan kepada orang banyak: "Ketahuilah! Sesungguhnya tidak dapat masuk syurga melainkan orang-orang yang beriman"

Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0091.

Thursday, December 4, 2014

Kelebihan Mati Syahid

Khamis, 11 Safar 1436H: Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. sabdanya: 

"Tidak satu pun orang yang telah masuk syurga ingin hendak kembali ke dunia, walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya, kecuali orang-orang mati syahid. Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, lalu dia mati (syahid) di dunia sampai sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang mati syahid."

Hadis Sahih Muslim

Diampun Dosa Orang Yang Ditimpa Bencana

Khamis, 11 Safar 1436H: Dari 'Abdullah bin Mas'ud r.a. katanya: 

Saya masuk ke tempat Rasulullah saw. ketika beliau sedang menderita sakit. Beliau saya raba dengan tangan saya, lalu saya berkata: "Ya Rasulullah, penyakit Anda amat berat." 

Rasulullah saw: menjawab: "Benar, penyakit saya sama dengan penyakit dua orang di antara kamu." 

Saya berkata: "Demikian itu kerana Anda mendapat pahala dua kali lipat." 

Rasul menjawab: "Benar!" 

Setelah itu beliau berkata: "Setiap orang Islam yang mendapat bencana penyakit dan lain-lain, maka Tuhan menggugurkan (mengampuni) kesalahan-kesalahannya, sebagaimana pohon kayu mengugurkan daunnya."

Hadis Sahih Bukhari .

Wednesday, December 3, 2014

Pahala Mati Syahid

Rabu, 10 Safar 1436H: Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang sungguh-sungguh ingin hendak mati syahid, dia akan diberi pahala seperti pahala orang mati syahid, sekalipun dia tidak mengalami mati syahid yang sesungguhnya."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, November 28, 2014

Amal Yang Paling Utama

Jumaat, 5 Safar 1436H: Dari Abu Dzar r.a., katanya: 

"Aku bertanya kepada Rasulullah saw., "Amal yang bagaimanakah yang paling utama?" 

Jawab beliau: "Iman dengan Allah dan jihad di jalanNya." 

Tanya ku, "Budak yang bagaimanakah yang paling utama?

Jawab Rasulullah saw., "Yang disenangi majikannya, dan yang paling mahal harganya." 

Tanya ku, "Jika aku tidak sanggup?" 

 Jawab Rasulullah saw., "Menolong orang bertukang, atau menyudahkan bengkalai orang yang tak sanggup menyelesaikannya." 

Tanya ku, "Bagaimana pendapat Anda, jika aku tak sanggup melakukan sesuatu?" 

Jawab Nabi saw., "Jagalah jangan sampai engkau berbuat jahat kepada orang lain. Maka yang demikian itu merupakan sedekah darimu untuk diri mu sendiri."

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, November 27, 2014

Membunuh & Terbunuh Keduanya Masuk Syurga

Khamis, 4 Safar 1436H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Allah Ta'ala tertawa (rela) kepada dua orang lelaki, di mana seorang di antaranya membunuh yang lain, lalu keduanya masuk syurga. 

Tanya para sahabat, "Bagaimana bisa begitu, ya Rasulullah?" 

Jawab beliau, "Lelaki yang terbunuh itu mati dalam jihad fi sabilillah, maka dia itu mati syahid. Kemudian si pembunuh taubat kepada Allah Ta'ala, lalu Allah menerima taubatnya. Sesudah itu dia mati pula dalam perang fi sabilillah, maka dia itu mati syahid."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, November 21, 2014

Fadhilat Jihad Fi Sabilillah

Jumaat, 28 Muharram 1436H: Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Jihad fi sabilillah (berjuang atau berperang menegakkan agama Allah) pagi dan petang lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, November 20, 2014

Amalan Yang Paling Utama

Khamis, 27 Muharram 1436H: Dari Abu Zar r.a, katanya: 

Saya bertanya pada Nabi s.a.w.: "Apakah amal yang paling utama?" 

Beliau menjawab: "Percaya kepada Allah dan jihad (berjuang) di jalanNya (agama Allah.". 

Saya bertanya: "Hamba sahaya manakah yang lebih utama dimerdekakan?" 

Jawab beliau: "Yang lebih mahal harganya dan lebih disukai oleh yang empunya." 

Saya berkata: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?"

Sabda beliau: "Engkau tolong orang bekerja atau engkau ajar orang yang tiada berketerampilan.

Tanya: "Kalau saya tiada dapat melakukan itu?" 

Sabda beliau: "Jangan berbuat jahat kepada manusia! Hal yang demikian itu adalah sedekah yang engkau sedekahkan untuk diri engkau sendiri."

Hadis Sahih Bukhari .

Wednesday, November 19, 2014

Amal Yang Disukai Allah

Rabu, 26 Muharram 1436H: Abdullah r.a. bercerita, katanya: 

"Aku bertanya kepada Rasulullah saw., " Apakah amal yang paling disukai Allah?" 

Jawab beliau, "Solat pada waktunya. " 

Tanya Abdullah' "Sesudah itu apa?"

Jawab beliau, "Berbuat baik kepada ibu bapa." 

Tanya Abdullah, "Sesudah itu apa?" 

Jawab Nabi saw., "Jihad (berjuang) di jalan Allah." 

Kata Abdullah,": Nabi saw. mengatakannya semua kepada ku. Dan kalau ku minta lagi, nescaya beliau akan menambahnya pula."

Hadis Sahih Bukhari .

Friday, November 14, 2014

Tidak Ada Lagi Hijrah Sesudah Penaklukan Mekah

Jumaat, 21 Muharram 1436H: Dari 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya orang mengenai hijrah. Maka bersabda Rasulullah saw., 

"Tidak ada lagi hijrah sesudah penaklukan Mekah. Yang ada ialah Jihad dan Niat yang soleh. Apabila kamu diperintahkan berjihad (berjuang atau berperang) maka patuhilah!"

Hadis Sahih Muslim.

Friday, November 7, 2014

Fadhilat Jihad Fi Sabilillah

Jumaat, 14 Muharram 1436H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 
"Hai, Abu Sa'id! Siapa yang rela Allah menjadi Tuhannya, Muhammad menjadi Nabinya, dan Islam menjadi agamanya, dia wajib masuk syurga.

Abu Sa'id kagum mendengar sabda Nabi saw. tersebut, lalu dia meminta supaya Nabi mengulang sabdanya itu. Maka diulang oleh beliau. Kemudian bersabda pula beliau, "Ada lagi yang lain. Iaitu seorang hamba dinaikkan darjatnya seratus darjat di syurga. Jarak antara dua darjat seperti jarak antara langit dan bumi." 

Tanya, "Apa itu, ya Rasulullah?" 

Jawab beliau. "Jihad fi sabilillah! Jihad fi sabilillah! (berjuang atau berperang menegakkan agama Allah!)"

Hadis Sahih Muslim

Thursday, November 6, 2014

Fadhilat Jihad

Khamis, 13 Muharram 1436H: Dari Abdur Rahman bin Jabr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Kedua telapak kaki hamba Tuhan yang berdebu kerana berjihad dalam agama Allah, tiada akan disentuh api neraka".

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, November 5, 2014

Berbakti Kepada Ibubapa Adalah Jihad

Rabu, 12 Muharram 1436H: Dari Abdullah bin Amru r.a., katanya: 

"Seorang lelaki datang kepada Nabi saw. minta izin hendak ikut jihad (berperang). 

Tanya Nabi saw. kepadanya, "Apakah kedua orang tua mu masih hidup?" 

 Jawab orang itu, "Masih!" 

Sabda beliau, "Berbakti kepada keduanya adalah jihad."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, November 4, 2014

Jihad Di Jalan Allah

Selasa, 11 Muharram 1436H: Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Tuhan menjamin bahawa orang yang berjihad pada jalan Allah, jika ia keluar (berjihad), semata-mata berjihad untuk jalan (agama) Allah dan kerana membenarkan perintahNya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikannya ke tempat kediamannya semula dengan mendapat pahala dan rampasan".

Hadis Sahih Bukhari

Monday, November 3, 2014

Fadhilat Puasa Asyura (10 Muharram)

Isnin, 10 Muharram 1436H: Dari Abu Qatadah Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. ditanya orang tentang puasa hari Arafah. 

Jawab beliau. "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang." 

Kemudian beliau ditanya pula tentang puasa hari 'Asyura. 

Jawab beliau, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu."

Hadis Sahih Muslim 

Friday, October 31, 2014

Puasa Asyura (10 Muharram)

Jumaat, 7 Muharram 1436H: Dari 'Aisyah r.a.. katanya: 

"Biasanya orang-orang Quraisy pada masa jahiliyah, puasa dari hari 'Asyura. Dan Rasulullah saw. pun mempuasakannya. 

Ketika beliau tiba di Madinah, dia mempuasakannya dan suruhnya pula orang-orang puasa pada hari itu. 

Tatkala puasa Ramadhan telah diwajibkan, beliau meninggalkan puasa Asyura, dan siapa yang ingin mengerjakannya dibolehkan dan siapa yang ingin meninggalkannya boleh pula."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, October 30, 2014

Puasa Hari Asyura (10 Muharram)

Khamis, 6 Muharram 1436H: Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., dia menceritakan bahawa ketika Rasulullah saw. puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan memerintahkan kaum Muslimin supaya puasa, para sahabat berkata, 

"Hari ini adalah hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani." 

Lalu Rasulullah saw. bersabda: "Apabila masih menyaksikan tahun yang akan datang, insya Allah kita puasa pada tanggal sembilan Muharram." 

Kata 'Abdullah selanjutnya, "Ternyata tahun depan itu, beliau sudah wafat."

Hadis Sahih Muslim .

Wednesday, October 29, 2014

Seutama-Utama Puasa & Solat

Rabu, 5 Muharram 1436H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : 

"Seutama-utama puasa sesudah puasa Ramadhan ialah puasa bulan Muharram, dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, October 28, 2014

Syarat Menjadi Imam Solat Berjemaah

Selasa, 4 Muharam 1436H: Dari Abu Mas'ud Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Orang yang patut jadi imam (solat berjemaah) ialah yang paling pandai membaca Kitabullah. 

Jika ternyata mereka sama pandai, maka yang paling alim tentang sunnah. 

Jika ternyata mereka sama alim, maka yang paling dahulu hijrah. 

Jika ternyata mereka bersamaan pula hijrah, maka yang paling dahulu masuk Islam.
 
Janganlah kamu menjadi imam dalam wilayah kekuasaan orang lain, 

dan jangan pula duduk di tempat yang disediakan khusus untuk kemuliaan seseorang, kecuali dengan izinnya"

Hadis Sahih Muslim 

Monday, October 27, 2014

Memelihara Anjing

Isnin, 3 Muharam 1436H: Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa memelihara anjing selain anjing penjaga ternak atau anjing pemburu, maka berkurang pahala amalnya setiap hari sebesar dua qirath." (Satu qirath sebesar bukit Uhud).

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, October 21, 2014

Kelebihan Surah Ikhlas

Selasa, 26 Zulhijjah 1435H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: Rasulullah saw. mengirim seorang lelaki dalam satu pasukan, lalu orang itu membaca dalam solat dengan para sahabatnya "Qul huwallahu ahad" (Surah Ikhlas sampai tamat). Ketika mereka telah kembali, hal itu diceritakan orang kepada Rasulullah saw. 

Maka sabda beliau, "Tanyakanlah kepadanya, apa alasannya berbuat seperti itu." 

Lalu mereka tanyakan kepada lelaki itu kenapa dia berbuat demikian. 

Jawabnya, "Kerana di dalam surah Ikhlas itu tersebut sifat-sifat Allah. Kerana itu aku suka membacanya." 

Sabda Rasulullah saw., "Sampaikan kepadanya, bahawa Allah menyukainya pula."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, October 20, 2014

Berbakti Kepada Ibubapa Adalah Jihad

Isnin, 25 Zulhijjah 1435H: Dari Abdullah bin Amru r.a., katanya: 

"Seorang lelaki datang kepada Nabi saw. minta izin hendak ikut jihad (berperang). 

Tanya Nabi saw. kepadanya, "Apakah kedua orang tua mu masih hidup?" 

 Jawab orang itu, "Masih!" 

Sabda beliau, "Berbakti kepada keduanya adalah jihad."

Hadis Sahih Muslim

Friday, October 17, 2014

Pemimpin Yang Jujur & Yang Tidak Jujur

Jumaat, 22 Zulhijjah 1435H: Dari Ma'qil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan saya telah mendengar beliau bersabda: "Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan memerintahi rakyat, kalau dia tidak memimpin rakyat itu dengan jujur, nescaya dia tiada akan memperoleh bau syurga." 

Dari Maaqil r.a. katanya: Saya akan menceritakan kepada engkau hadis yang saya dengar dari Rasulullah saw. dan beliau bersabda: "Seorang pembesar yang memerintahi rakyat kaum Muslimin, apabila pembesar itu mati, sedang dia tidak jujur terhadap rakyat, nescaya dia dilarang oleh Allah, masuk syurga."

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, October 16, 2014

Tiga Golongan Yang Mendapat Seksaan Pedih

Khamis,21 Zulhijjah 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah saw. bersabda: 

"Tiga golongan tidak bercakap-cakap Allah dengan mereka dan tidak akan menyucikan mereka di hari kiamat dan mereka memperoleh seksaan yang pedih: 

1. Orang yang mempunyai kelebihan air dalam perjalanan, tetapi dia tidak mahu memberikannya kepada musafir (yang memerlukan).

2. Orang yang setia kepada Imam (Kepala Pemerintahan), tetapi dia berjanji setia itu hanya kerana hendak memperoleh keuntungan dunia. Kalau dia diberi, dipenuhinya janjinya. Tetapi kalau tidak diberi, janji itu tidak dipenuhinya. 

3. Orang yang jual beli suatu barang sesudah Asar, lalu orang yang membeli itu bersumpah dengan nama Allah, bahawa telah dibayarnya sekian, lalu dibenarkan oleh orang menjual. Maka diberikannya barang itu, pada hal yang sebenarnya belum dibayar."

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, October 10, 2014

Mohon Berlindung Dari Neraka

Jumaat, 15 Zulhijjah 1435H: Dari 'Adi bin Hatim r.a. bahawa Nabi saw. menyebut neraka, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. 

Kemudian beliau menyebutnya sekali lagi, lalu memalingkan mukanya dan Mohon berlindung dari neraka. 

Kemudian beliau bersabda: "Pelihara diri mu dari neraka, walaupun dengan memberikan sebelah kurma. Siapa yang tidak sanggup hendaklah dengan mengucapkan perkataan yang baik."

Hadis Sahih Bukhari .

Thursday, October 9, 2014

Tanda-Tanda Kiamat

Khamis, 14 Zulhijjah 1435H: Dari Hudzaifah bin Asid Al Ghiffari r.a. katanya: 

"Rasulullah saw. menengok kami ketika kami sedang berbincang-bincang seraya bertanya: 

"Apa yang sedang kalian perbincangkan?" 

Jawab para sahabat, "Kami berbincang-bincang mengenai hari kiamat." 

Sabda beliau, "Kiamat tidak akan terjadi sebelum terlihat sepuluh macam tanda: 

(1) Ad Dukhan (asap atau kabut), 
(2) Dajjal (si penipu besar), 
(3) Dabbah (binatang melata). 
(4) Matahari terbit di barat. 
(5) 'Isa anak Maryam a.s. turun 
(6) Ya'juj dan Ma'juj. 
(7) Gerhana di timur. 
(8) Gerhana di barat. 
(9) Gerhana di Jazirah 'Arab. 
(10) Api menyala di Yaman menghalau ummat manusia ke mahsyar (tempat berkumpul)."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, October 8, 2014

Gerhana Matahari & Gerhana Bulan

Rabu, 13 Zulhijjah 1435H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: 

"Pada suatu hari di masa Rasulullah saw. masih hidup, terjadi gerhana matahari. Kerana itu beliau berdiri mengerjakan solat (gerhana) dan berdirinya itu sangat lama. 

Kemudian beliau rukuk, dan rukuknya itu sangat lama. 

Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal) dan i'tidalnya itU sangat lama pula, tetapi tidak selama berdirinya yang pertama. 

Kemudian rukuk pula lama-lama, tetapi tidak selama yang pertama. 

Kemudian beliau sujud, dan sesudahnya langsung berdiri kembali lama-lama, tetapi tidak selama berdirinya yang pertama. 

Kemudian beliau rukuk pula lama-lama tetapi tidak selama rukuk yang pertama. 

Kemudian beliau mengangkat kepala (i'tidal) dan sesudah itu berdiri pula lama-lama, tetapi tidak selama berdirinya yang pertama. 

Kemudian beliau sujud, dan sesudah itu selesai. 

Sedangkan matahari telah terang kembali. Lalu beliau berkhutbah di hadapan orang ramai. Mula-mula beliau memuji dan menyanjung Allah swt., dan sesudah itu beliau bersabda, antara lain sabdanya: "Sesungguhnya matahari dan bulan adalah suatu bukti di antara sekian banyak bukti kebesaran Allah. Keduanya tidak mengalami gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang. Kerana itu jika kamu melihat gerhana matahari dan bulan, takbir dan mendoalah kepada Allah swt., solat dan bersedekahlah kamu banyak-banyak. 

"Hai, umat Muhammad! Tidak seorang pun yang sangat benci kepada perzinaan selain daripada Allah. (Kerana itu hindarilah!) 

Hai, umat Muhammad! Kalaulah kamu tahu apa yang ku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis, dan sedikit tertawa. 

Camkanlah! Bukankah telah kusampaikan."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, October 3, 2014

Puasa Sunat Hari Arafah

Jumaat, 8 Zulhijjah 1435H: Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Isma'il bin 'Ulabbah memberitahukan kepada kami, Ayub memberitahukan kepada kami di mana keduanya berkata: "Hammad bin Zaid memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ghailan bin Jarir dari 'Abdullah bin Ma'bad Az-Zamani dari Abu Qatadah bahawasanya nabi s.a.w. bersabda: 

"Puasa pada hari 'Arafah, sesungguhnya saya memohon kepada Allah, agar dapat menghapus dosa satu tahun sesudahnya dan satu tahun sebelumnya." 

Di dalam bab ini terdapat hadis dari Abu Sa'id. Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Qatadah tersebut adalah hadis hasan. Para ulama' menganggap sunat untuk berpuasa pada hari 'Arafah kecuali di 'Arafah."

Hadis Sunan At-Termizi .

Thursday, October 2, 2014

Wuquf Di Arafah Termasuk Syiar Islam

Khamis, 7 Zulhijjah 1435H: Dari Muhammad ibnu Jubair bin Muth'im dari ayahnya berkata: 

"Pada hari Arafah, aku kehilangan untaku, maka aku mencarinya di padang Arafah, dimana aku Rasulullah saw sedang wuquf, maka aku berkata: "Sesungguhnya wuquf di Arafah ini termasuk syiar Islam."

Hadis Sunan An-Nasai 

Wednesday, October 1, 2014

Larangan Berpuasa Hari Arafah di Padang Arafah

Rabu, 6 Zulhijjah 1435H: Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan 'Ali bin Muhammad, mereka berkata: Mewartakan kepada kami Waki', mewartakan kepada kami Hausyab bin 'Aqil, mewartakan kepadaku Mahdiy Al-'Abdiy, dari 'Ikrimah, dia berkata: 

"Saya mengunjungi Abu Hurairah di dalam rumahnya, lalu saya bertanya kepadanya tentang puasa hari 'Arafah. Lalu Abu Hurairah menjawab: Rasulullah SAW. melarang berpuasa hari 'Arafah di padang 'Arafah."

Hadis Sunan Ibnu Majjah.

Tuesday, September 30, 2014

Melontar Jumrah

Selasa, 5 Zulhijjah 1435H: Dari Jabir r.a.. katanya: 

"Rasulullah saw. melontar Jumrah pada hari Nahar (10 Zulhijjah) di waktu Dhuha; dan sesudah itu (iaitu tanggal 11, 12, dan 13) sesudah matahari gelincir."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, September 29, 2014

Menyimpan Daging Kurban

Isnin, 4 Zulhijjah 1435H: Dari Salamah bin Akwa' r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda : 

"Siapa-siapa di antara kamu yang menyembelih korban, maka janganlah dia menyimpan daging korban itu di rumahnya lebih dari tiga hari walaupun agak sedikit." 

Tahun berikutnya para sahabat bertanya, "Tetapkah kami tidak boleh menyimpan di rumah lebih dari tiga hari?" 

Jawab beliau, "Tidak! Tahun yang lalu kita sedang berperang. Aku ingin supaya daging korban itu lebih luas tersebar."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, September 26, 2014

Dilarang Mengambil Upah Dari Haiwan Korban

Jumaat, 1 Zulhijjah 1435H: Dari 'Ali r.a., katanya: 

"Aku disuruh Rasulullah saw. mengurus penyembelihan haiwan kurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. 

Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. 

Kata 'Ali, untuk upahnya kamu ambilkan dari wang kami sendiri."

Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1252.

Thursday, September 25, 2014

Ibadat Korban Rasulullah saw

Khamis, 30 Zulhijjah 1435H: Dari Anas r.a., katanya:

Rasulullah saw. menyembelih korban dua ekor kibasy (biri-biri) putih yang telah bertanduk. 

Beliau menyembelih keduanya dengan tangan beliau sendiri sambil membaca Basmalah dan Takbir dan dengan memijakkan kaki beliau di pangkal leher biri-biri itu."

Hadis Sahih Muslim 

Wednesday, September 24, 2014

Ibadat Qurban - Larangan Mencukur Rambut & Memotong Kuku

Rabu, 29 Zulkaedah 1435H: Dari Ummu Salamah r.a. katanya Nabi saw. bersabda: 

"Apabila kamu melihat bulan Zulhijjah telah terbit, dan kamu bermaksud menyembelih korban, maka janganlah kamu mencukur rambut dan jangan memotong kuku (hingga selesai menyembelih)."

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, September 23, 2014

Menyembelih Korban Dengan Menyebut Nama Allah

Selasa, 28 Zulkaedah 1435H: Dari Jundab bin Sufyan r.a. katanya: 

"Aku hadir solat 'Idul Adha bersama-sama Rasulullah saw. Tidak lama setelah selesai solat, beliau terlihat daging korban yang telah disembelih sebelum solat. 

Maka bersabda beliau, "Siapa menyembelih korban sebelum solat, maka hendaklah disembelihnya yang lain sebagai pengganti. 

Dan siapa yang belum menyembelih hendaknya menyembelihnya dengan menyebut nama Allah." 

Hadis Sahih Muslim & Bukhari.

Monday, September 22, 2014

Waktu Ibadat Qurban

Isnin, 27 Zulkaedah 1435H: Dari Barra' r.a., katanya: Nabi saw. berkata: 

"Hal pertama yang kita lakukan pada hari ini adalah solat. 

Kemudian kita kembali pulang dan menyembelih binatang korban. Siapa yang melakukannya, maka ia telah bertindak sesuai dengan sunnah kita. 

Siapa yang menyembelih sebelum solat, maka sembelihannya itu hanya berupa daging yang diberikannya kepada para keluarganya, dan tidak ada hubungannya dengan ibadah pengorbanan!" 

Setelah itu Abu Burdah bin Niyar, yang telah menyembelih binatangnya sebelum solat, berdiri dan berkata: "Saya masih mempunyai seekor kambing muda!" Rasul berkata: "Sembelihlah! tetapi untuk orang lain setelah engkau, hal itu tidak memenuhi syarat."

Hadis Sahih Bukhari 

Wednesday, September 17, 2014

Haji Mabrur Pahalanya Syurga

Rabu, 22 Zulkaedah 1435H: Dari Syaqiq dari Abdullah r.a, berkata: Rasulullah saw bersabda: 

"Kerjakanlah ibadah haji dan umrah secara beriringan, kerana keduanya dapat menghapus kefakiran dan dosa-dosa, sebagaimana api dapat menghilangkan karat besi, karat emas dan karat perak. 

Dan haji yang mabrur tidak ada pahalanya selain syurga."

Hadis Sunan An-Nasai

Friday, September 12, 2014

Solat Ketika Mengerjakan Haji

Jumaat, 17 Zulkaedah 1435H: Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Husyaim memberitahukan kepada kami, 'Ali bin Zaid bin Jud'an memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Abu Nadlrah dimana dia berkata: 

"Imran bin Hushain ditanya tentang solat orang yang berpergian (musafir), dimana dia menjawab: "Saya mengerjakan haji bersama dengan Rasulullah s.a.w. dimana beliau mengerjakan solat dua rakaat. Saya mengerjakan haji bersama dengan Abu Bakr dimana dia mengerjakan solat dua rakaat; bersama dengan 'Umar dimana dia mengerjakan solat dua rakaat; dan bersama dengan 'Utsman selama enam tahun dari masa kekhalifahannya atau lapan tahun dimana dia juga mengerjakan solat dua rakaat." 

Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih."

Hadis Sunan At-Termizi.

Thursday, September 11, 2014

Wukuf Di Muzdalifah

Khamis, 16 Zulkaedah 1435H: Asy-Sya'bi mengatakan, menceritakan kepadaku Urwah ibnu Mudharris ibnu Aus ibnu Haritsah ibnu La'm berkata: 

"Ketika Nabi saw berada di Muzdalifah, aku datang pada beliau saw dan aku bertanya: "Adakah aku mendapatkan pahala haji?" 

Jawab beliau: "Barangsiapa yang solat subuh dengan berjamaah bersama kami, dan wuquf di tempat ini (Muzdalifah) hingga selesai, dan sebelumnya ia telah wuquf di Arafah di malam hari maupun di siang hari, maka ia telah menyempurnakan hajinya dengan sebaik-baiknya dan menghilangkan semua dosa-dosanya."

Hadis Sunan An-Nasai.

Wednesday, September 10, 2014

Mati Dalam Keadaan Yahudi atau Nasrani

Rabu, 15 Zulkaedah 1435H: Muhammad bin Yahya Al-Qutha'i Al-Bashri menceritakan kepada kami, Muslim bin Ibrahim memberitahukan kepada kami, Hilal bin 'Abdullah, pelayan Rabi'ah bin 'Amr bin Muslim Al-Bahili memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari AL-Harits dari 'Ali di mana ia berkata: 

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mempunyai bekal dan kenderaan yang dapat membawanya sampai ke Baitullah namun ia tidak berhaji maka tidak ada halangan baginya bila ia mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani. 

Yang demikian itu kerana Allah berfirman di dalam kitabNya: (yang ertinya: "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.") 

Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan gharib yang tidak kami ketahui kecuali dari riwayat gharib ini. Dalam sanadnya terdapat beberapa pendapat. Hilal bin 'Abdullah itu tidak dikenali; sedangka Al-Harith itu dianggap daif dalam hadis ini

Hadis Sunan At-Termizi.

Tuesday, September 9, 2014

Bermalam di Mina

Selasa, 14 Zulkaedah 1435H: Bukair ibnu Atha' berkata: "Aku telah mendengar Abdur Rahman ibnu Ya'mur Addiliy berkata: "Aku telah menyaksikan Rasulullah saw wuquf di Arafah, tiba-tiba datang padanya seorang lelaki utusan orang-orang Nejed, orang itu bertanya tentang haji. 

Jawab beliau: "Haji ialah harus wuquf di Arafah, barangsiapa yang datang di Arafah di malam hari, sebelum waktu subuh tiba, maka ia telah mendapatkan hajinya. 

Bermalam di Mina itu tiga hari. Barangsiapa yang ingin cepat berangkat (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya. Dan barangsiapa yang menanggungkan (keberangkatannya dari dua hari itu) ,maka tidak ada dosa pula baginya." 

Kemudian beliau membocengkan seseorang dan memberitahukan hal itu pada orang-orang".

Hadis Sunan An-Nasai

Monday, September 8, 2014

Haji Adalah Wukuf Di Arafah

Isnin, 13 Zulkaedah 1435H: Dari Bukair ibnu 'Atha' dari Abdur Rahman ibnu Ya'mar r.a berkata: 

"Saya telah menyaksikan Rasulullah saw didatangi orang-orang dan ditanya tentang manasik haji, jawab beliau: 

"Yang terpenting dalam ibadah haji adalah wuquf di Arafah, maka barangsiapa yang mendapatkan malam Arafah sebelum fajar terbit, maka ia telah menyempurnakan hajinya."

Hadis Sunan An-Nasai.

Thursday, September 4, 2014

Haji Rasulullah SAW

Khamis, 9 Zulkaedah 1435H: Dari Ja'far ibnu Muhammad berkata, menceritakan kepadaku, ayahku, dia berkata: 

"Kami datang kepada Jabir ibnu Abdullah dan bertanya kepadanya tentang haji Rasulullah saw. 

Jawab Jabir: "Di Madinah Rasulullah tinggal selama sembilan tahun. Ketika diserukan kepada orang-orang bahawa, Rasulullah saw akan menunaikan ibadah haji tahun ini, maka banyak orang yang berdatangan ke Madinah, semuanya ingin ikut berhaji bersama Rasulullah saw, ingin mencontoh apa yang dilakukan oleh beliau. Rasulullah saw berangkat ketika bulan zulkaedah hanya tinggal lima hari, dan kamipun turut pergi bersama beliau. 

Kata Jabir: "Pada waktu Rasulullah saw masih ditengah kami dan Al Quran masih sentiasa turun pada beliau dan beliau tahu segala maksud kandungannya, kerana itu apa yang beliau lakukan, kamipun melakukannya dan waktu itu kami keluar hanya dengan niat berhaji."

Hadis Sunan An-Nasai

Wednesday, September 3, 2014

Umrah Di Bulan Ramdhan

Rabu, 8 Zulkaedah 1435H: Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Nabi saw. kembali dari menunaikan ibadah haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan Al Anshariyah, 

"Apakah yang menghalangi mu untuk menunaikan haji?" 

Jawab Ummu Sinan, "Bapa si Fulan. Maksudnya ialah suaminya. Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor dipakainya untuk menunaikan haji baginya dan yang lain untuk menyiram kebun kami, 

Sabda Nabi saw., "Sesungguhnya 'Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji beserta ku."
 
Hadis Sahih Bukhari

Friday, August 29, 2014

Tiga Cara Perlaksanaan Haji

Jumaat, 3 Zulkaedah 1435H: Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Muhammad bin Bisyr Al-'Abdiy, dari Muhammad bin 'Amr; mewartakan kepadaku Yahya bin 'Abdurrahman bin Hathib, dari 'Aisyah, dia berkata: 

"Kami keluar bersama Rasulullah saw. untuk haji, menurut tiga cara. Diantara kami ada yang berihram untuk baji dan 'umrah sekaligus. Dan diantara kami ;da yang berihram untuk haji saja (haji Ifrad) Dan diantara kami ada yang berihram untuk 'umrah saja. 

Dan barangsiapa yang berihram untuk haji dan'umrah sekaligus, maka dia tidak halal (tahallul) dari sesuatu yang haram baginya sehingga menyelesaikan seluruh manasik haji. 

Dan barangsiapa berihram untuk haji saja, maka dia tidak halal dari sesuatu yang haram baginya sehingga menyelesaikan seluruh manasik haji. 

Dan barangsiapa berihram untuk 'umrah saja, lalu dia thawaf di baitullah dan sa'i antara Shafa dan Marwa, maka dia telah halal dari apa yang haram baginya sehingga dia menghadapi (mengerjakan) haji".

Hadis Sunan Ibnu Majjah .

Thursday, August 28, 2014

Umrah Itu Masuk Ke Dalam Haji Sampai Hari Kiamat

Khamis, 2 Zulkaedah 1435H: Ahmad bin 'Abdah Adh-Dhabbi menceritakan kepada kami, Ziyad bin 'Abdullah menceritakan kepada kami (yang berasal) dari Mujahid dari Ibnu 'Abbas "bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: " 'Umrah itu masuk ke dalam haji sampai hari Kiamat." 

Masalah yang sama diriwayatkan dari Suraqah bin Malik bin Ju'syum dan Jabir bin 'Abdullah. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ibnu 'Abbas itu adalah hadis hasan. Yang dimaksudkan dengan hadis ini iaitu bahawasanya tidak ada larangan menunaikan 'umrah dalam bulan-bulan haji. Demikianlah pendapat Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. 

 Maksud dari hadis ini ialah bahawa orang-orang Jahiliyah tidak mengerjakan 'umrah pada bulan-bulan haji. Ketika Islam datang, Nabi s.a.w. memberikan keringanan dalam masalah itu, di mana baginda bersabda: " 'Umrah itu masuk ke dalam haji sampai hari Kiamat"; maksudnya tidak ada larangan mengerjakan 'umrah pada bulan-bulan haji. Bulan-bulan haji itu adalah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari dari bulan Zulhijjah. 

Seseorang tidak boleh menunaikan haji kecuali pada bulan-bulan haji. Sedangkan bulan-bulan yang mulia adalah bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Demikianlah diriwayatkan oleh para ulama' yang tidak sedikit dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan yang lain."

Hadis Sunan At-Termizi

Wednesday, August 27, 2014

Lima Kunci Ghaib

Rabu, 1 Zulkaedah 1435H: Ibnu Umar r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Kunci yang ghaib ada lima; tidak seorang pun dapat mengetahuinya melainkan hanya Allah swt.: 

1. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan terjadi esok. 
2. Tidak seorang pun yang mengetahui bayi yang ada dalam kandungan. 
3. Tidak seorang pun yang mengetahui apa yang akan dikerjakannya esok. 
4. Tidak seorang pun yang mengetahui di bumi mana dia akan mati, dan 
5. Tidak seorang pun tahu bila hujan akan turun."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, August 26, 2014

Doa Nabi Kepada Tujuh Orang Quraisy

Selasa, 30 Syawal 1435H: Abdullah bin Mas'ud r.a. menceritakan: "Pada suatu ketika Nabi saw. solat dekat Kaabah. Sedangkan Abu Jahal dan beberapa orang kawannya duduk bersama-sama. Salah seorang di antara mereka berkata kepada yang lain, "Siapa yang berani, mengambil Uri (isi perut) unta Bani Fulan dan meletakkannya di punggung si Muhammad ketika dia sujud?" 

Seorang yang paling jahat di antara mereka (Uqbah bin Abu Muaith) bangkit, lalu pergi mengambil uri unta itu. Kemudian dia menunggu sebentar. Waktu Nabi saw. sujud, diletakkannya uri unta itu ke punggung Nabi, antara kedua bahu beliau. 

Saya melihat kejadian itu, tetapi saya tidak berdaya apa-apa, andaikata saya mendapat kekuatan tentu saya cegah. Mereka tertawa terbahak-bahak saling mengolok satu sama lain untuk mempermainkan Nabi. Rasulullah saw. sujud terus, tidak mengangkat kepalanya hingga datang Fatimah (puteri beliau) membuangkan kotoran itu dari punggung beliau. 

Nabi mengangkat kepalanya dan mendoa tiga kali, 'Ya, Allah , Hukumlah orang Quraisy!" (Tiga kali). Abu Jahl dan kawan-kawannya ketakutan mendengar Nabi mendoakan mereka, kerana mereka tahu bahawa doa di tempat itu diperkenankan Allah. 

Kemudian Nabi menyebut nama mereka satu persatu, "Ya, Allah! Binasakanlah Abu Jahl, Utbah bin Rabiah, Syaibah bin Rabiah, Walid bin Uqbah, Umaiyah bin Khalf, Uqbah bin Abu Muaith." Nabi menyebut nama orang yang ketujuh tetapi saya telah lupa nama orang itu. 

Kata Abdullah bin Masuud selanjutnya, "Demi Allah, yang diri ku dalam genggaman-Nya, aku melihat sendiri orang-orang yang disebutkan Rasulullah saw dalam doanya itu, mati terkubur dalam lobang bekas sumur (waktu perang) Badar."

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, August 25, 2014

Masuk Neraka Kerana Seekor Kucing

Isnin, 29 Syawal 1435H: Dari Abdullah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Seorang wanita diseksa Allah pada hari kiamat lantaran dia mengurung seekor kucing sehingga kucing itu mati. Kerana itu Allah swt. memasukkannya ke neraka. 

Kucing itu dikurungnya tanpa diberi makan dan minum dan tidak pula dilepaskannya supaya ia dapat menangkap makanannya yang terdapat di bumi."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, August 22, 2014

Mata Terbeliak Ketika Mati

Jumaat, 26 Syawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?" 

Jawab mereka, "Ya, kami melihatnya, ya Rasulullah." 

 Sabda beliau: "Hal itu terjadi, kerana penglihatannya mengikuti rohnya ketika sedang pergi."

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, August 21, 2014

Pemimpin Yang Diharamkan Masuk Syurga

Khamis, 25 Syawal 1435H: Dari Al Hasan r.a., katanya: 

"Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma'qil bin Yasar Al Muzani ketika dia sakit hampir meninggal. Kata Ma'qil kepada 'Ubaidullah, "Aku hendak menyampaikan kepada mu sebuah hadis yang ku dengar sendiri dari Rasulullah saw., yang kalau aku yakin bahawa usiaku akan panjang, hadis ini belum akan ku sampaikan kepada mu.

Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda. "Tidak ada seorang hamba yang dipercayakan Allah kepadanya memimpin rakyatnya, kemudian dia mati, sedangkan pada hari kematiannya dia (masih) menipu rakyatnya, nescaya Allah mengharamkan syurga baginya."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, August 20, 2014

Dilarang Masuk Syurga

Rabu, 24 Syawal 1435H: Dari Jundub, katanya: Rasulullah s.a.w.. bersabda: 

"Ada seorang laki-laki sebelum kamu, ia mendapat luka dan tiada sabar, lalu diambilnya pisau dan dipotongnya tangannya. Maka mengalirlah darah terus menerus sehingga akhirnya ia mati. 

Tuhan berfirman: "HambaKu mempercepat kematiannya! Aku melarangnya masuk syurga".

Hadis Sahih Bukhari.

Tuesday, August 19, 2014

Mempersekutukan Allah

Selasa, 23 Syawal 1435H: Abdullah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda:
"Siapa yang mati, padahal ia mempersekutukan Allah, orang itu masuk neraka." Dan kataku, "Siapa yang mati tidak mempersekutukan Allah, orang itu masuk syurga."

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, August 18, 2014

Sempurnakan Rukuk Dan Sujud

Isnin, 22 Syawal 1435H: Diceritakan oleh Hudzaifah r.a., bahawa dia melihat seorang laki-laki yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya. Setelah orang itu selesai solat, Hudzaifah berkata kepadanya, 

" Engkau tidak solat. Kalau engkau mati, maka engkau mati bukan di dalam agama Muhammad saw."

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, August 15, 2014

Bertemu Dengan Allah

Jumaat, 19 Syawal 1435H: Dari 'Aisyah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang ingin bertemu dengan Allah nescaya Allah ingin pula bertemu dengannya. 

Dan siapa benci bertemu dengan Allah, nescaya Allah benci pula bertemu dengannya." 

Lalu aku bertanya : " Apakah yang dimaksud membenci mati? Kerana kami semua benci akan mati." 

Jawab beliau, "Bukan begitu! Tetapi setiap orang mukmin apabila diberi khabar gembira dengan rahmat Allah, dengan keredhaan-Nya dan dengan syurga-Nya, nescaya dia ingin bertemu dengan Allah. Maka Allah ingin pula bertemu dengannya. 

Sedangkan orang kafir, apabila diberi khabar dengan 'azab Allah dan dengan kemarahan-Nya, dia benci bertemu dengan Allah dan Allah benci pula bertemu dengannya."

Hadis Sahih Muslim .

Thursday, August 14, 2014

Bersungguh-sungguhlah Untuk Mati Syahid

Khamis, 18 Syawal 1435H: Dari Sahal bin Abu Umamah bin Sahal bin Hunaif, dari bapanya, dari kakaknya, katanya Nabi saw. bersabda: 

"Siapa yang memohon kepada Allah dengan sungguh-sungguh hendak mati syahid, maka Allah menaikkannya ke tingkatan para syuhada sekalipun kenyataannya dia mati biasa di tempat tidur."

Hadis Sahih Muslim.

Wednesday, August 13, 2014

Bukan Umatku

Rabu, 17 Syawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang tidak mematuhi Imam dan memencil dari jemaah, lalu dia mati, maka matinya seperti mati jahiliyah. 

Siapa yang mati terbunuh di bawah bendera kefanatikan, bermusuhan, dan berperang kerana fanatik kesukuan(kebangsaan), dia bukanlah umat ku. 

Dan siapa keluar dari umat ku lalu menyerang umat ku, membunuh orang-orang baik dan orang-orang jahat tanpa mempedulikan apakah dia orang mukmin atau tidak, dan tanpa mengindahkan janji yang telah dibuatnya, orang itu juga bukan umatku.

Hadis Sahih Muslim.

Tuesday, August 12, 2014

Kalaulah Manusia Tahu?

Selasa, 16 Syawal 1435H: Berita dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda: "Ketika seseorang berjalan di suatu jalan; kemudian di menjumpainya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya. 

Sesudah itu beliau bersabda. pula: "Yang disebut mati syahid itu ada lima macam: 1. Orang mati kena tikam. 2. Orang mati kerana sakit perut (kolera?) 3. Orang mati tenggelam. 4. Orang mati ditimpa tanah longsor (runtuh). 5. Orang yang mati fi sabilillah (mati di medan perang kerana berjuang menegakkan Agama Allah). 

Kalaulah manusia tahu keutamaan azan dan saf pertama solat berjemaah, tetapi mereka tidak mungkin mendapatkannya kecuali hanya dengan jalan diundi, nescaya mereka akan mahu diundi untuk mendapatkannya. 

Kalaulah mereka tahu keutamaan solat Zohor (dilakukan tepat pada awal waktu), pastilah mereka akan berlumba-lumba melaksanakannya. 

Dan kalaulah mereka mengetahui keutamaan solat Isyak dan solat Subuh (dengan berjemaah), pastilah mereka akan memerlukan datang (ke masjid), sekalipun mereka akan merangkak".

Hadis Sahih Bukhari 

Monday, August 11, 2014

Mati Syahid

Isnin, 15 Syawal 1435H: Dari Anas bin Malik r.a., dari Nabi saw. sabdanya: 

"Tidak satu pun orang yang telah masuk syurga ingin hendak kembali ke dunia, walaupun seluruh isi bumi ini diberikan kepadanya, kecuali orang-orang mati syahid. 

Orang yang mati syahid itu ingin kembali ke dunia, lalu dia mati (syahid) di dunia sampai sepuluh kali, kerana dia telah menyaksikan bagaimana mulianya orang mati syahid."

Hadis Sahih Muslim.

Friday, August 8, 2014

Jihad Dalam Agama

Jumaat, 12 Syawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Saya dengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Perumpamaan orang yang berjihad dalam agama Allah (dan Tuhan mengetahui orang yang berjihad dalam agamaNya), seumpama orang puasa yang mengerjakan solat. Tuhan menjamin kemenangan bagi orang yang berjihad dalam agamaNya; kalau dia gugur Tuhan akan memasukkannya ke dalam syurga atau mengembalikannya pulang dalam keadaan selamat serta mendapat pahala dan rampasan".

Hadis Sahih Bukhari.

Thursday, August 7, 2014

Peringatan Rasulullah: Yahudi Dan Nasrani?

Khamis,11 Syawal 1435H: Dari Abu Said r.a.: Nabi s.a.w. bersabda: 

"Kamu akan mengikuti Sunnah (tradisi) orang-orang yang sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta biarpun mereka memasuki lobang dhab (sebangsa biawak), kamu juga akan memasukinya". 

Kami berkata: "Hai Rasulullah! Orang Yahudi dan Nasranikah?"

Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa lagi?"

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, August 6, 2014

Sebelum Terjadi Kiamat

Rabu, 10 Syawal 1435H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Belum akan terjadi kiamat sebelum kaum muslimin memerangi orang-orang Yahudi, sehingga orang-orang Yahudi bersembunyi di balik-balik batu atau pohon. 

Lalu kata batu atau pohon, "Hai, muslim! Hai Abdullah! ini orang-orang Yahudi bersembunyi di belakangku. Ke sinilah, bunuh dia. 

 Kecuali pohon gharqad kerana pohon itu berasal dari Yahudi."

Hadis Sahih Muslim.

Monday, August 4, 2014

Puasa 6 Hari Di Bulan Syawal

Isnin, 8 Syawal 1435H: Dari Abu Ayyub Al Anshari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Siapa yang puasa bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.'"

Hadis Sahih Muslim.

Thursday, July 24, 2014

Malam 27 Ramadhan

Khamis, 26 Ramadhan 1435H: Ibnu Abi Umar ceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami dari Allah bin Abi Lubabah dan Ashim yang mendengar Zirr bin Hubaisy berkata: 

"Barang siapa melakukan ibadah sesaat setiap malam selama satu tahun, tentu dia memperoleh Lailatul-Qadar, Ubai berkata: "Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa Abu Abdur Rahman sesungguhnya dia telah mengetahui bahawa Lailatul-Qadar adalah pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan dan sesungguhnya Lailatul-Qadar adalah malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan tetapi dia menghendaki agar manusia tidak berpegang kepada perkiraan itu kemudian Ubai bersumpah yang pasti bahawa Lailatul-Qadar adalah. malam dua puluh tujuh bulan Ramadhan".

Ziir berkata kepada Ubai: "Dengan dasar apa kamu berkata demikian hai Abal-Mundair?"

Dia berkata: "Dengan dasar tanda yang diberitahukan Rasulullah SAW kepada kita iaitu bahawa matahari pada waktu itu terbit tanpa ada cahaya". Hadis ini adalah hadis Hasan Sahih.

Hadis Sunan At-Termizi.

Wednesday, July 23, 2014

Bilakah Lailatul Qadar ?

Rabu, 25 Ramadhan 1435H: Harun bin Ishaq Al-Hamdani menceritakan kepada kami, 'Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Hisyam bin 'Urwah dari ayahnya dari 'Aisyah di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. biasa beri'tikaf pada sepuluh terakhir dalam bulan Ramadan, dan bersabda: 

"Bersungguh-sungguhlah kamu (untuk mendapatkan) Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir dari bulan Ramadan."

Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Umar, Ubayy bin Ka'b, Jabir bin Samurah, Jabir bin 'Abdullah, Ibnu 'Umar, Al-Falatan bin 'Ashim, Anas, Abu Sa'id, 'Abdullah bin Unais, Abu Bakrah, Ibnu 'Abbas, Bilal dan 'Ubadah dan Ash-Shamit. Abu 'Isa berkata: "Hadis 'Aisyah itu adalah hadis hasan sahih; sedangkan kata yujaawiru ertinya adalah beri'tikaf. Banyak riwayat dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda: 

"Carilah Lalatul Qadar itu pada sepuluh terakhir pada setiap yang ganjil." Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. tentang Lailatul Qadar iaitu bahawasanya Lailatul Qadar itu adalah pada malam 21, 24, 25, 27, 29 dan malam terakhir dari bulan Ramadan." 

Asy-Syafi'i berkata: "Itu hanyalah pendapat saya. Dan Allah Maha Mengetahui; di mana Nabi s.a.w. menjawab suatu pertanyaan sewaktu ditanya tentang Lailatul Qadar. Dikatakan kepada baginda bahawa kami mencarinya pada malam ini, kemudian baginda bersabda:

"Carilah Laiatul Qadar itu pada malam ini." Asy-Syafi'i berkata: "Riwayat yang paling kuat menurut pendapat saya ialah bahawa Lailatul Qadar itu jatuh pada malam tanggal 21." 

Abu 'Isa berkata: "Diriwayatkan dari Ubbay bin Ka'b bahawasanya ia bersumpah bahawa Lailatul Qadar itu berada pada malam 27 di man ia berkata: "Rasulullah s.a.w. memberitahukan kepada kami dengan tanda-tanda malam itu kemudian kami menyebut-nyebut dan menghafalnya." 

Diriwayatkan dari Abu Qilabah bahawasanya ia berkata: "Lailatul Qadar itu berkisar pada sepuluh terakhir." 'Abd bin Humaid memberitahukan yang demikian kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ma'mar dari Ayyub dari ABu Qilabah dengan maksud seperti itu."

Hadis Sunan At-Termizi

Tuesday, July 22, 2014

Iktikaf Duapuluh Hari Di Bulan Ramadhan

Selasa, 24 Ramadhan 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: 

"Biasanya Nabi saw. iktikaf pada tiap-tiap bulan Ramadhan sepuluh hari. Tetapi pada tahun di mana beliau wafat, beliau iktikaf dua puluh hari."

Hadis Sahih Bukhari.

Monday, July 21, 2014

Iktikaf Sepuluh Terakhir Ramadhan

Isnin, 23 Ramadhan 1435H: Diceritakan oleh Abu Salamah r.a., katanya: "Aku datang bertanya kepada Abu Sa'id Al Khudri, tanyaku: "Tidakkah lebih baik kita pergi ke Nakhl supaya kita dapat bercakap-cakap di sana?" 

Lalu kami pergi ke sana. Aku berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepada ku, apa yang telah tuan dengar dari Nabi saw. tentang Malam Qadar" 

Katanya, "Rasulullah sedang iktikaf sepuluh hari pertama bulan Ramadhan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Maka datanglah malaikat Jibril mengatakan, "Yang tuan inginkan itu (malam qadar) belum datang." 

 Nabi saw. meneruskan lagi iktikaf beliau pada sepuluh hari pertengahan bulan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Lalu datang pula malaikat Jibril mengatakan: "Yang tuan inginkan belum datang. 

"Keesokan pagi dari malam kedua puluh bulan Ramadhan, Nabi saw. berpidato. Sabda beliau: "Barangsiapa iktikaf bersama-sama dengan ku, hendaklah diteruskannya, kerana kepada ku telah diperlihatkan Malam Qadar itu, tetapi aku lupa tanggalnya. Malam qadar itu ialah dalam sepuluh yang akhir (Ramadhan) di bilangan ganjil. Saya bermimpi seolah-olah saya sujud di tanah basah." Atap masjid terbuat dari pelepah kurma. Di langit, kami tidak melihat awan sedikit pun. 

Tetapi tidak lama kemudian, datanglah awan gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya. Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan kami melihat tanah dan air melekat di kening dan di puncak hidung Nabi, sesuai benar dengan mimpi beliau. "

Hadis Sahih Bukhari.

Friday, July 18, 2014

Malam Lailatul Qadar

Jumaat, 20 Ramadhan 1435H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya
"Rasulullah saw. i'tikaf pada sepuluh awal bulan Ramadhan, kemudian dilanjutkannya pada sepuluh pertengahan, dalam sebuah kubah kecil yang pintunya ditutup dengan tikar. Lalu beliau ambil tikar itu dan diletakkannya di sudut gobah. Kemudian diulurkannya kepalanya seraya berujar memanggil orang banyak. 

Maka mendekatlah mereka kepada beliau, lalu beliau bersabda: "Aku telah i'tikaf sejak sepuluh awal bulan untuk mendapatkan Malam qadar, kemudian sepuluh yang pertengahan. Kemudian dikatakan kepada ku bahawa malam qadar itu terdapat pada sepuluh yang akhir. 

Maka siapa yang suka i'tikaf, silakan!"

Lalu orang banyak i'tikaf bersama-sama dengan beliau. Sabda beliau pula, "Aku bermimpi melihat malam qadar di malam yang ganjil, di mana pagi-pagi aku sujud di tanah basah. Memang, pagi-pagi malam kedua puluh satu beliau solat Subuh sedangkan hari hujan sehingga masjid tergenang air. Aku melihat tanah dan air. 

Setelah selesai solat Subuh, Nabi saw. keluar sedangkan di kening dan di hidungnya ada tanah basah. Malam itu ialah malam kedua puluh satu dari sepuluh yang akhir bulan Ramadhan." 

(Hadis Sahih Muslim )

Thursday, July 17, 2014

Perumpamaan Membaca Al Quran

Khamis, 19 Ramadhan 1435H: Dari Abu Musa Al Asy'ari r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Perumpamaan orang mukmin yang membaca Quran ialah seperti jeruk manis. Baunya harum dan rasanya manis. 

Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Quran, ialah seperti kurma, tidak berbau tetapi rasanya manis. 

Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Quran, ialah seperti kemangi, baunya harum tetapi rasanya pahit. 

Dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Quran, ialah seperti peria, tidak berbau dan rasanya pahit."

Hadis Sahih Muslim

Monday, July 14, 2014

Pahala Memberi Buka Orang Yang Berpuasa

Isnin, 16 Ramadhan 1435H: Hannad menceritakan kepada kami, 'Abdur Rahim bin Sulaiman memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Abdul Malik bin Abu Sulaiman dari 'Atha' dari Zaid bin Khalid Al-Jahanni di mana ia berkata: 

"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang memberi buka orang yang berpuasa maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tanpa kurang sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu." Abu 'Isa berkata: "

Hadis ini adalah hadis hasan sahih."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0804.

Friday, July 11, 2014

Puasa Ketika Bermusafir

Jumaat, 13 Ramadhan 1435H: Dari Hisyam bin 'Urwah dari ayahnya dari Aisyah: Sesungguhnya Hamzah pernah berkata pada Rasulullah saw: 

"Wahai Rasulullah, aku dapat meneruskan puasaku dalam perjalananku", dia adalah seorang yang suka berpuasa. 

Maka sabda Nabi: "Jika kamu ingin meneruskan puasamu, maka teruskanlah, tetapi jika kamu ingin membatalkan puasamu, maka batalkanlah".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2267.

Thursday, July 10, 2014

Memasukkan Air Ke Dalam Hidung

Khamis, 12 Ramadhan 1435H: 'Abdul Wahhab Al-Warraq dan Abu 'Ammar menceritakan kepada kami di mana keduanya berkata: "Yahya bin Sulaim memberitahukan kepada kami di mana ia berkata: "Isma'l bin Katsir menceritakan kepada saya di mana ia berkata: 

"Saya mendengar 'Ashim bin Laqith bin Shabirah (yang berasal) dari ayahnya di mana ayahnya berkata: "Saya bertanya: "Wahai Rasulullah, beritahukan kepada saya tentang wuduk." 

Baginda bersabda: "Sempurnakanlah wuduk itu, sela-selalah di antara jari-jari, bersungguh-sungguhlah memasukkan air ke dalam hidung kecuali jika kamu berpuasa." 

Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Para ulama' melarang memasukkan air ke dalam hidung bagi orang yang sedang berpuasa, dan mereka berpendapat hal itu membatalkan puasa; dan di dalam hadis mengandungi pengertian yang menguatkan pendapat mereka itu.

Hadis Sunan At-Termizi.

Wednesday, July 9, 2014

Teruskan Berpuasa

Rabu, 11 Ramadhan 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw., sabdanya: 

"Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum."

Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0958.

Tuesday, July 8, 2014

Kelebihan Berpuasa

Selasa, 10 Ramadhan 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda : 
"Allah 'Azza wa Jalla berfirman: "Setiap amal anak Adam teruntuk baginya kecuali puasa; puasa itu adalah untukku dan aku akan memberinya pahala. 

Puasa itu ialah perisai. Apabila kamu puasa janganlah kamu rosak puasamu itu dengan sanggama, dan jangan menghina orang. Apabila kamu yang dihina atau dipukul orang, maka katakanlah: "Aku puasa." 

Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang puasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat kelak daripada bau kasturi. 

Dan bagi orang puasa ada dua kegembiraan. Apabila dia berbuka dia gembira dengan bukaannya dan apabila dia menemui Tuhannya (meninggal) dia gembira dengan puasanya.

Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 1117.

Monday, July 7, 2014

Penaklukan Kota Mekah Di Bulan Ramadhan

Isnin, 9 Ramadhan 1435H: Dari Thawus dari Ibnu Abbas katanya: "Disuatu bulan Ramadhan, Rasulullah saw pernah keluar untuk menaklukkan kota Mekah. Ketika rombongan tiba di 'Usfan di siang hari, maka beliau minta diambilkan minuman. Kemudian beliau segera meminumnya secara terang-terangan agar diketahui oleh sahabat-sahabatnya. 

Beliau menaklukkan kota Mekah tepat di bulan Ramadhan. Pada mulanya Rasulullah saw tetap berpuasa, kemudian beliau membatalkan puasanya. 

Karena itu beliau tidak melarang seorang yang membatalkan puasanya dan tidak pula melarang seorang yang meneruskan puasanya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 2275.

Friday, July 4, 2014

Sunnah Segera Berbuka Dan Mengakhirkan Sahur

Jumaat, 6 Ramadhan 1435H: Dari Abi Athiyah katanya; "Aku pernah berkata kepada Aisyah: "Kami mempunyai dua teman dari sahabat Rasulullah saw. Yang satu, suka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur. Sedang yang lain suka mengakhirkan berbuka puasa dan menyegerakan sahur, bagaimanakah pendapatmu?"

Tanya Aisyah: "Siapa diantara keduanya yang suka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur?"

Jawabku: "Dia adalah Abdullah bin Mas'ud".

Kata Aisyah: "Yang dikerjakan Abdullah bin Mas'ud itulah yang sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw."


Hadis Sunan An-Nasai

Thursday, July 3, 2014

Sahur Dan Solat Subuh

Khamis, 5 Ramadhan 1435H: Berita dari Anas bin Malik mengatakan bahawa Nabi saw. dan Zaid bin Tsabit keduanya makan sahur bersama-sama. Tatkala keduanya telah selesai sahur, Nabi saw. berdiri hendak pergi solat, maka solatlah beliau. 

"Aku bertanya kepada Anas," kata Tsabit, "Berapa lamanya antara keduanya selesai makan sahur dan mulai solat?" 

Jawab Anas, "Kira-kira selama orang membaca lima puluh ayat."

Hadis Sahih Bukhari .

Wednesday, July 2, 2014

Puasa Kerana Iman & Ikhlas

Rabu, 4 Ramadhan 1435H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"

Hadis Sahih Bukhari.