Tuesday, September 19, 2017

Dunia Itu Manis

Selasa, 28 Zulhijjah 1438H: Dari Abu Sa'id Al Khudri r.a. dari Nabi saw. sabdanya:

"Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekalian. 

Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita, kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israil adalah wanita."

Hadis Sahih Muslim

Monday, September 18, 2017

Bila Tidak Saling Mengenal

Isnin, 27 Zulhijjah 1438H: Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Ruh (jiwa) bagaikan para parajurit yang aneka ragam. Bila saling mengenal, mereka akan bersatu. Bila tidak saling mengenal, mereka akan berpecah-belah."
 
Hadis Sahih Muslim

Friday, September 15, 2017

Kebaikan Bukan Dengan Tergesa-Gesa

Jumaat, 24 Zulhijjah 1438H: Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Saya berangkat bersama-sama dengan Nabi saw. pada hari 'Arafah. Nabi saw. mendengar suara herdikan yang keras dan pukulan terhadap unta.

Lalu beliau memberi isyarat kepada mereka dengan cemetinya, dan bersabda: "Hai, orang banyak! Tenanglah! kerana sesungguhnya kebaikan itu diperoleh bukanlah dengan tergesa-gesa."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, September 14, 2017

Apabila Muadzin Qamat

Khamis, 23 Zulhijjah 1438H: Berita dari Abu Qatadah r.a. mengatakan, bahawa Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila muadzin telah qamat untuk solat, maka janganlah kamu berdiri lebih dahulu, sebelum melihat ku (berdiri di hadapanmu), dan hendaklah kamu bersikap tenang. "

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, September 13, 2017

Jangan Tergopoh-Gopoh

Rabu, 22 Zulhijjah 1438H: Dari Abu Qatadah r.a., katanya: "Ketika kami sedang solat bersama Nabi saw., tiba-tiba beliau mendengar suara gaduh seorang laki-laki. 

Setelah selesai solat beliau bertanya, "Apa yang terjadi?" 

Jawab mereka, "Kami tergopoh-gopoh hendak solat." Sabda 

Nabi saw., "Jangan berbuat begitu! Apabila kamu hendak solat (berjemaah), bersikaplah tenang. Mana yang kamu dapati, solatlah bersama mereka, dan mana yang kamu tertinggal sempurnakanlah kemudian."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, September 12, 2017

Balasan Allah Kepada HambaNya

Selasa, 21 Zulhijjah 1438H: Dari Abu Hurairah ra. katanya Rasulullah saw. bersabda: "Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak. 

Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambanya selama hamba itu mahu menolong saudaranya. 
 
Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. 

Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid)lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat.

Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya. 

Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya."

Hadis Sahih Muslim

Friday, September 8, 2017

Pohon Kurma Menangis

Jumaat, 17 Zulhijjah 1438H: Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya seorang wanita Ansar bertanya kepada Rasulullah saw., katanya:

"Ya, Rasulullah! Bolehkah saya buatkan untuk Tuan sebuah bangku tempat duduk bagi Tuan? Kerana saya mempunyai seorang anak muda tukang kayu."

Sabda Nabi saw., "Kalau anda mahu, silakan!"

Kata wanita itu, "Maka saya buatkan sebuah mimbar untuk beliau. Pada hari Jumaat, Nabi saw. duduk di mimbar itu. Pohon kurma yang berada di samping beliau berkhutbah itu berteriak sehingga hampir belah.

Nabi saw. turun, lalu beliau pegang pohon kurma itu dan mendakapnya".Pohon kurma itu pun menangis seperti tangisnya anak kecil yang didiamkan (ibunya). (Beliau mendakapnya) sampai kurma itu tenang.

Sabda Nabi, "Ia menangis seperti itu, kerana mendengar apa-apanya dari zikir (pelajaran)."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, September 7, 2017

Apabila Qamat Telah DiBacakan

Khamis, 16 Zulhijjah 1438H: Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila qamat telah dibacakan oleh hendak solat, maka janganlah kamu datang dengan tergesa-gesa, tetapi datanglah dengan berjalan seperti biasa, bersikap tenang.

Ikutlah solat pada rakaat yang mana saja kamu dapati. Mana yang ketinggalan sempurnakanlah (sesudah imam memberi salam). "

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, September 6, 2017

Seperti Saf Malaikat

Rabu, 15 Zulhijjah 1438H: Dari Jabir bin Samurah r.a., katanya: "Rasulullah saw. mendatangi kami lalu beliau bersabda:

"Apa sebabnya anda mengangkat kedua tangan anda (dalam solat), sehingga ku lihat bagaikan ekor kuda liar? Bersikap tenanglah dalam solat!"

Kemudian beliau mendatangi kami pula, dan melihat kami berkelompok-kelompok. Lalu beliau bersabda: "Mengapa ku lihat anda berpisah-pisah?"

Kemudian beliau mendatangi kami pula lalu bersabda: "Mengapa anda tidak membuat saf (berbaris) seperti saf malaikat di hadapan Tuhannya?"

Tanya kami, "Bagaimana caranya saf malaikat di hadapan Tuhannya?"

Jawab beliau, "Mereka penuhi lebih dahulu saf pertama, dan mereka rapatkan barisan mereka."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, September 5, 2017

Solatlah Dengan Tenang

Selasa, 14 Zulhijjah 1438H: Diberitakan oleh Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi saw. masuk ke dalam masjid, kemudian masuk pula seorang laki-laki lalu dia solat. Selesai solat, orang itu datang dan memberi salam kepada Nabi saw. Nabi menolak orang itu dan bersabda,

"Ulangilah solat anda kembali kerana anda belum solat!" Maka diulanginya solatnya kembali, kemudian dia datang dan memberi salam kepada Nabi.

Sabda Nabi, "Ulangilah solat anda kembali, kerana anda belum solat!" Sampai tiga kali Nabi saw. menyuruh orang itu demikian.

Jawab orang itu, "Demi Allah, yang telah mengutus anda dengan yang hak. Aku belum tahu cara solat yang lebih baik dari itu. kerana itu ajarkanlah kepada ku."

Jawab Nabi saw., "Apabila engkau berdiri hendak solat, ucapkanlah Takbir. Kemudian baca ayat-ayat Quran yang mudah bagi mu. Kemudian rukuk sehingga engkau tenang dalam rukuk itu, kemudian bangkit, berdiri lurus kembali. Sesudah itu sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Sesudah itu bangkit, duduk, sehingga engkau tenang tenteram dalam dudukmu itu. Kemudian sujud, sehingga engkau tenang dalam sujudmu itu. Lakukanlah seperti itu setiap kamu solat."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, August 30, 2017

Wukuf Di Arafah

Rabu, 8 Zulhijjah 1438H: Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Orang-orang Quraisy dan orang-orang yang seagama dengan mereka, dahulu mereka wukuf di Muzdalifah dan mereka dinamakan "Al Hums" (pemberani).

Tetapi orang-orang Arab lainnya wukuf di Arafah. Ketika Islam datang Allah 'Azza wa Jalla memerintahkan kepada Nabi-Nya supaya datang ke Arafah dan wukuf di sana. Setelah itu berangkat dari sana bersama-sama. 

Itulah yang dimaksud dengan firman Allah swt.: "Kemudian berangkatlah kamu semua dari tempat berangkatnya orang ramai."(Al Baqarah : 199)

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, August 29, 2017

Tiada Solat Sunat

Selasa, 7 Zulhijjah 1438H: Usamah bin Zaid r.a. menceritakan, "Pada suatu ketika Rasulullah saw. Berangkat dari Arafah untuk melakukan suatu perjalanan. 

Ketika beliau sampai di sebuah jalan pada suatu bukit, beliau turun dan buang air kecil di situ. Kemudian beliau berwuduk dengan sederhana saja. 

Saya bertanya kepada beliau, "Apakah kita akan solat, ya, Rasulullah ?" 

Jawab Nabi, "Nanti, di tempat perhentian di muka." 

Rasulullah menaiki kenderaannya kembali. Setelah sampai di Muzdalifah, beliau turun pula, dan berwuduk dengan sempurna. Kemudian orang qamat untuk solat Maghrib. 

Tiap-tiap orang menyuruh untanya berlutut (berehat) di perhentian itu. (Tidak lama sesudah itu) orang qamat pula untuk solat Isyak dan langsung melakukan solat.

Antara keduanya (Maghrib dan Isyak) Nabi tidak solat (sunat)."

Hadis Sahih Bukhari & Muslim

Monday, August 28, 2017

Talbiyah & Takbir

Isnin, 6 Zulhijjah 1438H: Dari Muhammad bin Abu Bakar Ats Tsaqari r.a., bahawasanya dia bertanya kepada Anas bin Malik ketika pada suatu pagi keduanya berangkat dari Mina ke Arafah,

"Apakah yang engkau kerjakan hari ini beserta Rasulullah saw"?"

Kata Anas, "Di antara kami ada yang membaca Talbiyah, beliau tidak melarangnya, dan ada pula yang mengucapkan takbir, pun beliau tidak melarangnya."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, August 25, 2017

Dilarang Ambil Upah Dari Haiwan Korban

Jumaat, 3 Zulhijjah 1438H: Dari 'Ali r.a., katanya: "Aku disuruh Rasulullah saw. mengurus penyembelihan haiwan kurban, menyedekahkan daging dan kulitnya, dan mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. 
 
Tetapi dilarang beliau mengambilkan upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Kata 'Ali, untuk upahnya kamu ambilkan dari wang kami sendiri."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, August 24, 2017

Daging Korban

Khamis, 2 Zulhijjah 1438H: Dari Ali r.a., katanya: "Sesungguhnya Nabi saw. memerintahkan kepadanya supaya berdiri ketika menyembelih unta korbannya, lalu keseluruhan korban itu supaya dibahagi-bahagikan dagingnya, kulitnya dan pelananya dan tidak sepotong jua pun yang diberikan kepada tukang potong."

Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, August 23, 2017

Jangan Cukur Rambut & Potong Kuku

Rabu, 1 Zulhijjah 1438H: Dari Ummu Salamah r.a. katanya Nabi saw. bersabda:

"Apabila kamu melihat bulan Zulhijjah telah terbit, dan kamu bermaksud menyembelih korban, maka janganlah kamu mencukur rambut dan jangan memotong kuku (hingga selesai menyembelih)."

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, August 22, 2017

Tujuh Bahagian Kurban

Selasa, 29 Zulkaedah 1438H: Dari Abu Zubair dari Jabir bin 'Abdullah r.a., katanya:

"Kami pernah menyembelih korban bersama-sama Rasulullah saw. di tahun perjanjian Hudaibiyah, untuk korban seekor unta atau korban seekor sapi, kami bersekutu tujuh orang."

Hadis Sahih Muslim

Monday, August 21, 2017

Tidak Sah Korbannya

Isnin, 28 Zulkaedah 1438H: Dari Al Barra' bin 'Azib r.a.: "Rasulullah saw. berkhutbah kepada kami di hari raya korban (idul adha) sesudah solat hari raya." 
Sabda beliau: "Siapa yang solat seperti solat kita ini, dan berkorban seperti kita berkorban, nescaya betullah korbannya itu. Dan siapa yang menyembelih korban sebelum solat, maka tidak sah korbannya itu."
Abu Burdah bin Niaz, pakcik Al Barra' berkata: "Ya, Rasulullah! Ku sembelih kambing ku sebelum solat, dan aku tahu hari ini adalah hari raya makan minum. Dan aku lebih suka kambing ku menjadi haiwan sembelihan pertama di rumah ku. Sebab itu ku sembelih kambing ku, dan aku makan terlebih dahulu sebelum pergi solat." 
Jawab Nabi, "Kambingmu itu kambing daging (untuk dimakan)." 
Kata Abu Burdah, "Ya, Rasulullah! Kami masih mempunyai kambing-kambing kecil, dan ada seekor kambing muda yang lebih berharga bagi ku daripada dua ekor kambing besar. Cukupkah itu untuk korban ku?" 
Jawab Nabi, "Ya, cukup! Tetapi tidak cukup lagi bagi orang lain sesudahmu." 
Hadis Sahih Bukhari

Friday, August 18, 2017

Menyembelih Korban

Jumaat, 25 Zulkaedah 1438H: Dari Jundab r.a. bahawa dia menyaksikan Nabi saw. di hari raya Haji, beliau solat dan sesudah itu berkhutbah, mengucapkan:

"Siapa yang telah menyembelih korban sebelum solat Hari Raya, hendaklah disembelihnya seekor lagi sebagai gantinya.

Dan siapa yang belum menyembelih korban, hendaklah disembelihnya dengan nama Allah."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, August 11, 2017

Mencukur Rambut

Jumaat; 18 Zulkaedah 1438H: Dari Yahya bin Bushain r.a., dari neneknya, bahawasanya dia mendengar Nabi saw. ketika haji wada', mendoakan orang-orang yang mencukur rambut tiga kali, sedangkan orang yang menggunting rambut satu kali."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, August 10, 2017

Haji & Umrah

Khamis, 17 Zulkaedah 1438H: Dari Ya'la bin Umayyah, dari bapanya r.a., katanya: "Seorang lelaki mendatangi Rasulullah saw. di Ja'ranah, ketika beliau sedang umrah. Janggut dan rambut lelaki itu dicatnya kuning (pakai pacar) dan dia memakai jubah. 

Lalu dia bertanya kepada Rasulullah saw., "Bolehkah aku umrah dalam keadaan dan pakaianku seperti sekarang?" 

Jawab Rasulullah saw., "Tanggalkan jubahmu, cuci cat janggut dan rambutmu. Lalu apa yang diperbuat dalam haji lakukan pula dalam umrah."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, August 9, 2017

Saai Antara Safa & Marwa

Rabu, 16 Zulkaedah 1438H: Dari 'Urwah bin Zubair r.a., katanya dia berujar kepada 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw.,

"Aku berpendapat, tidaklah membatalkan jika seseorang tidak saai antara Safa dan Marwa. Dan aku sendiri tidak peduli untuk tidak saai antara keduanya."

Jawab 'Aisyah r.a., "Pendirianmu itu salah, hai anak saudara perempuanku! Rasulullah saw. dan kaum muslimin semuanya saai antara Shafa dan Marwa. Dan yang demikian itu adalah sunnah."

Dahulu, para penyembah berhala Manat yang berada di Mutsailal, mereka memang tidak saai antara Safa dan Marwa. Maka ketika Islam datang, hal itu kami tanyakan pada Nabi saw. Lalu Allah 'Azza wa Jalla menurunkan ayat :

"Sesungguhnya Safa dan Marwah termasuk lambang-lambang kebesaran agama Allah. Maka siapa yang haji ke Bait, atau umrah tidaklah berdosa mereka saai antara keduanya. (Al Baqarah : 158)

Hadis Sahih Muslim

Tuesday, August 8, 2017

Tinggalkan Ahli Warismu Dalam Keadaan Kaya

Selasa, 15 Zulkaedah 1438H; Dari 'Amir bin Sa'ad r.a., dari bapanya, katanya: "Rasulullah saw. mengunjungi ku ketika Haji Wada', kerana aku sakit keras hampir meninggal.

Lalu aku berkata kepada beliau, "Ya, Rasulullah! Sebagaimana Anda lihat sendiri, kini aku sedang terbaring sakit keras. Sedangkan aku mempunyai harta, tetapi tidak ada yang akan mewarisinya selain hanya seorang anak perempuan ku. Bolehkah ku sedekahkan dua pertiga dari harta ku itu?"

Jawab Rasulullah saw., "Jangan!"

Tanya ku, "Bagaimana kalau ku sedekahkan seperduanya, bolehkah itu?"

Jawab beliau, "Tidak!"

"Sepertiga?" 
 
"Sepertiga pun terlalu banyak. Sesungguhnya, adalah lebih baik engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya, daripada mereka engkau tinggalkan dalam keadaan miskin, menadahkan tangan mereka meminta-minta kepada orang banyak. Dan apa yang engkau nafkahkan kerana Allah, maka engkau diberi pahala kerananya, hingga sesuap nasi sekalipun yang engkau berikan untuk makan isteri mu."

Tanya ku, "Aku masih tertinggal di Mekah setelah kawan-kawan ku kembali ke Madinah, bagaimana itu?"

Jawab beliau, "Sesungguhnya engkau tidak tertinggal. Setiap amal yang engkau lakukan kerana Allah, selalu mengangkat darjatmu ke tingkat yang lebih mulia. Mudah-mudahan engkau panjang umur, sehingga bermanfaat bagi kaum muslimin, dan mencelakakan bagi kaum kafir."

Wahai Allah! Lanjutkanlah hijrah sahabat-sahabat ku, dan janganlah engkau biarkan mereka mundur kembali."
 
 Tetapi sayang bagi Sa'ad bin Khaulah, dia wafat di Mekah, dan Rasulullah saw. menangisinya."

Hadis Sahih Muslim

Monday, August 7, 2017

Tempat Memulai Ihram

Isnin, 14 Zulkaedah 1438H: Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Nabi saw. telah menentukan batas, tempat orang memulai ihram. Untuk orang yang datang dari Madinah, ialah Dzul Hulaifah. 

Untuk orang yang datang dari Syam, ialah Juhfah, 

Untuk orang yang datang dari Nejd, Qarn Manazil 

Dan untuk orang yang datang dari Yaman, ialah Yalamlam. 

Semua tempat-tempat itu ialah tempat Ihram untuk orang-orang negeri tersebut dan orang-orang lain yang bermaksud (mengerjakan) haji melalui negeri-negeri itu. 

Selain dari orang-orang yang telah disebutkan itu, maka mulai ihramnya ialah dari mana ia muncul, seperti orang Mekah ialah dari Mekah."

Hadis Sahih Bukhari

Friday, August 4, 2017

Antara Isi Khutbah Haji Wada

Jumaat, 11 Zulkaedah 1438H: Dari Yahya bin Hushain r.a., katanya: "Aku mendengar nenekku mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah saw. bersabda dalam khutbah beliau ketika Haji Wada',

"Sekali pun pegawai yang diangkat dalam pemerintahanmu seorang hamba sahaya tetapi dia memerintah (memimpin) dengan Kitabullah, hendaklah kamu patuh dan setia kepadanya."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, August 3, 2017

Amal Yang Paling Utama

Khamis, 10 Zulkaedah 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya seseorang bertanya kepada Rasulullah saw.: "Amal yang bagaimanakah yang paling utama?"

Jawab Nabi saw., "Iman dengan Allah."

Tanyanya pula, "Kemudian apa?"

Jawab Rasulullah saw., "Jihad fi-Sabilillah."

Tanyanya pula, "Kemudian apa lagi?"

Jawab Rasulullah saw., "Haji yang mabrur."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, August 2, 2017

Solat Qasar Ketika Haji & Umrah

Rabu, 9 Zulkaedah 1438H: Dari Anas r.a., katanya : Nabi saw. pernah solat Zohor di Madinah empat rakaat dan solat Asar di Dzulhulaifah dua rakaat (qasar). Dan aku mendengar mereka (mengucapkan talbiyah) dengan suara keras, pada haji dan umrah."

Hadis Sahih Bukhari

Tuesday, August 1, 2017

Balasan Haji Yang Mabrur

Selasa, 8 Zulkaedah 1438H: Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah saw. bersabda: 
 
"(Pahala) satu kali Umrah sampai Umrah (berikutnya, dapat) menghapus dosa yang terjadi antara keduanya. Dan Haji yang mabrur (diterima Allah) tiada balasannya melainkan syurga." 
 
Hadis Sahih Bukhari

Monday, July 31, 2017

Haji - Terlanjur atau Terlupa

Isnin, 7 Zulkaedah 1438H: Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a .,katanya: "Ketika haji wada', Rasulullah saw. pernah berhenti di Mina untuk menunggu orang banyak agar bertanya kepada beliau. 
 
Maka tampillah seorang lelaki, lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah. Aku sudah terlanjur bercukur sebelum menyembelih korban, bagaimana itu?" 
 
Jawab beliau, "Sembelihlah, tidak mengapa!" 
 
Kemudian datang pula lelaki yang katanya: "Ya, Rasulullah! Aku sudah terlanjur menyembelih lebih dahulu sebelum melontar, bagaimana itu?" 
 
Jawab beliau, "Lontarlah. Tidak mengapa!"
 
Kata 'Abdullah, "Segala sesuatu yang ditanyakan kepada beliau, ialah hal-hal yang urutannya tidak tertib kerana terlanjur atau lupa. 
 
Dijawab oleh beliau, "Teruskanlah, tidak berdosa." 
 
Hadis Sahih Muslim

Friday, July 28, 2017

Haji Rasulullah SAW

Jumaat, 4 Zukaedah 1438H: Dari Zaid bin Arqam r.a., katanya: "Rasulullah saw. berperang sembilan belas kali peperangan, dan beliau naik haji sesudah hijrah satu kali, di mana beliau tidak pergi haji lagi sesudah itu, selain haji Wada'."

Hadis Sahih Musim

Thursday, July 27, 2017

Haji Perpisahan

Khamis, 3 Zulkaedah 1438H: Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Shadaqah bin Khalid; mewartakan kepada kami Hisyam bin Al-Ghaz, dia berkata: Aku mendengar Nafi', mewartakan hadis dari Ibnu 'Umar, bahawasanya Rasulullah saw. berwuquf diantara Jamrah-jamrah, pada hari Nahr dalam sebuah ibadah haji beliau.

Nabi saw. bertanya: "Hari apakah ini?"

Para sahabat menjawab; "Hari Nahr".

Beliau bertanya lagi: "Negeri apakah ini?"

Para sahabat menjawab: "Ini adalah negeri Allah, Tanah Haram".

Beliau bertanya lagi: "Bulan apakah ini?"

Para sahabat menjawab: "Bulan Allah, bulan Haram".

Beliau bersabda: "Ini adalah hari haji akbar. Darah kalian, harta kalian dan kehormatan kalian adalah haram atas kalian, sebagaimana haramnya negeri ini, di bulan ini di hari ini".

Kemudian beliau berkata: "Apakah sudah aku sampaikan?"

Para sahabat menjawab: "Ya, sudah".

Maka Nabi saw. mulai berkata: "Ya Allah saksikanlah!"

Kemudian beliau mengucapkan selamat tinggal kepada orang ramai, lalu mereka mengatakan: "Ini adalah haji perpisahan".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis No 3058

Wednesday, July 26, 2017

Haji & Puasa Nadzar

Rabu, 2 Zulkaedah 1438H: Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Al-Walid bin Muslim; mewartakan kepada kami 'Utsman bin 'Atha-, dari ayahnya, dari Abul-Ghauts bin Hushain (seorang laki-laki dari Al-Fur'u), bahawasanya dia minta fatwa kepada Nabi saw. mengenai (nadzar) ayahnya untuk haji. Lalu dia mati sebelum sempat melaksanakan haji. 
 
Nabi saw. berkata: "Berhajilah untuk ayahmu". 
 
Kemudian beliau bersabda: "Dan demikian juga puasa nadzar, ia harus ditunaikan untuknya". 
 
Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada 'Utsman bin 'Atha- Al Khurasaniy, dia dilemahkan oleh Ibnu Ma'in. Dan ada yang mengatakan: "Munkarul-hadits, ditinggalkan. Al-Hakim berkata: Dia meriwayatkan hadits-hadits maudhu' dari ayahnya 
 
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 2905.

Tuesday, July 25, 2017

Nilai Umrah Di Bulan Ramadhan

Selasa, 1 Zulkaedah 1438H: Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: "Pada suatu waktu, ketika Nabi saw. kembali dari menunaikan ibadah haji, beliau bersabda kepada Ummu Sinan Al Anshariyah, 

"Apakah yang menghalangi mu untuk menunaikan haji?"

Jawab Ummu Sinan, "Bapa si Fulan. Maksudnya ialah suaminya. Dia hanya mempunyai dua ekor unta. Yang seekor dipakainya untuk menunaikan haji baginya dan yang lain untuk menyiram kebun kami". 

Sabda Nabi saw.,"Sesungguhnya 'Umrah di bulan Ramadhan sama nilainya dengan menunaikan ibadah haji beserta ku."

Hadis Sahih Bukhari

Monday, July 24, 2017

Haji Ifrad, Tammatuk & Qiran

Isnin, 30 Syawal 1438H: Qutaibah menceritakan yang demikian itu kepada kami, 'Abdullah bin Nafi' Ash-Shani' memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Ubaidullah bin 'Umar dari Nafi' dari Ibnu 'Umar dengan hadis yang tersebut di atas. 

Abu 'Isa berkata: "Ats-Tsauri berkata:"Apabila kamu mengerjakan haji ifrad maka itu baik; apabila kamu mengerjakan haji qiran itu maka itu baik; dan jika kamu bertammatuk pun baik." Asy-Syafi'i berpendapat seperti itu.

Dan Abu 'Isa berkata: "Yang saya paling senangi adalah haji ifrad, tammatuk dan kemudian qiran."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis No 0820

Friday, July 21, 2017

Haji - Wanita Dan Mahramnya

Jumaat, 27 Syawal 1438H: Ahmad bin Mani' menceritakan kepada kami, Abu Muawiyah memberitahukan kepada kami dari Al A'masy dari Abu Sholih dari Abu Said berkata: Rasulullah saw bersabda: 

"Tidak halal (boleh) bagi perempuan yang percaya kepada Allah dan hari akhir untuk bepergian yang lebih dari tiga hari, kecuali disertai ayahnya, saudaranya, suaminya, anaknya atau orang yang ada hubungan mahram dengannya."

Di dalam bab ini ada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah, Ibnu Abbas dan Ibnu Umar. Hadis ini hasan sahih. Diriwayatkan dari Nabi saw bahawasanya beliau bersabda: 

"Janganlah seorang perempuan bepergian dalam masa satu hari satu malam, kecuali bersama mahramnya". 

Mengamalkan hadis ini menurut sebahagian ulama menganggap makruh bagi seorang perempuan untuk bepergian, kecuali bersama mahramnya.

Sebahagian ulama berbeza pendapat di dalam masalah perempuan yang kaya dan ia tidak punya mahram; apakah ia wajib menunaikan haji?

Sebagian ulama berkata: "Tidak wajib baginya menunaikan haji, kerana mahram termasuk perjalanan. Karena firman Allah Azza wajalla: (yaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke baitullah) 

Mereka berkata: "Kalau ia tak punya mahram, maka bererti ia tak mampu mengadakan perjalanan ke Baitullah dan inilah pendapat Sofyan As Tsauri dan orang Kufah.

Sebahagian ulama berkata: jikalau perjalanannya aman, maka wajib baginya bepergian bersama jemaah untuk berhaji dan inilah pendapat Malik bin Anas dan Syafi'i.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis No 1178

Thursday, July 20, 2017

Apa Itu Haji?

Khamis, 26 Syawal 1438H: Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar; mewartakan kepada kami Marwan bin Mu'awiyah. Mewartakan kepada kami 'Ali bin Muhammad dan 'Amr bin 'Abdullah, keduanya berkata: Mewartakan kepada kami Waki'; mewartakan kepada kami Ibrahim bin Yazid Al-Makkiy, dari Muhammad bin 'Abbad bin Ja'far Al-Makhzumiy, dari Ibnu 'Umar, dia berkata:

"Ada seorang laki-laki berdiri ke arah Nabi saw., lalu berkata: "Ya Rasulullah! Apa yang mewajibkan haji?" 

Beliau menjawab: "Bekal dan kenderaan".

Dia bertanya: "Ya Rasulullah, siapakah seorang haji itu?"

Beliau menjawab: "Seorang yang badannya lusuh dan berbau".

Lalu berdiri yang lain,lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apa itu haji?"

Beliau menjawab: "Al-'Ajju dan Ats-Tsajju" Waki' berkata: "Al'Ajju yaitu bersorak dengan ucapan talbiyah dan Ats-Tsajju yaitu menyembelih unta yang gemuk"
.
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis No 2896

Wednesday, July 19, 2017

Manasik Haji

Rabu, 25 Syawal 1438H: Dari Bukair ibnu 'Atha' dari Abdur Rahman ibnu Ya'mar r.a berkata: 

"Saya telah menyaksikan Rasulullah saw didatangi orang-orang dan ditanya tentang manasik haji, jawab beliau: 

"Yang terpenting dalam ibadah haji adalah wuquf di Arafah, maka barangsiapa yang mendapatkan malam Arafah sebelum fajar terbit, maka ia telah menyempurnakan hajinya."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis No 2877

Tuesday, July 18, 2017

Mengerjakan Haji Untuk Arwah

Selasa, 24 Syawal 1438H: Dari 'Abdullah bin Buraidah, dari bapanya, katanya: "Ketika aku sedang duduk dekat Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang wanita lalu dia bertanya:

"Aku pernah memberikan seorang hamba sahaya perempuan kepada ibu ku dan kini ibu ku telah meninggal. Bagaimana itu?"

Jawab beliau, "Engkau tentu mendapat pahala dari pemberianmu itu, dan sekarang pemberianmu itu kembali kepada mu sebagai pusaka."

Tanya wanita itu, "Ibuku punya hutang sebulan puasa. Bolehkah aku puasa untuk membayarnya?"

Jawab beliau, "Ya, boleh! Puasalah untuknya!"

Tanyanya lagi, "Ibuku belum pernah haji. Bolehkah aku yang menghajikannya?

Jawab beliau, "Ya, boleh! Hajikanlah dia!"

Hadis Sahih Muslim

Monday, July 17, 2017

Seruan Haji

Isnin, 23 Syawal 1438H : Dari Ja'far ibnu Muhammad berkata, menceritakan kepadaku, ayahku, dia berkata: "Kami datang kepada Jabir ibnu Abdullah dan bertanya kepadanya tentang haji Rasulullah saw. 
 
Jawab Jabir: "Di Madinah Rasulullah tinggal selama sembilan tahun. Ketika diserukan kepada orang-orang bahawa, Rasulullah saw akan menunaikan ibadah haji tahun ini, maka banyak orang yang berdatangan ke Madinah, semuanya ingin ikut berhaji bersama Rasulullah saw, ingin mencontoh apa yang dilakukan oleh beliau. 
 
Rasulullah saw berangkat ketika bulan zulkaedah hanya tinggal lima hari, dan kamipun turut pergi bersama beliau. 
 
Kata Jabir: "Pada waktu Rasulullah saw masih ditengah kami dan Al Quran masih sentiasa turun pada beliau dan beliau tahu segala maksud kandungannya, kerana itu apa yang beliau lakukan, kamipun melakukannya dan waktu itu kami keluar hanya dengan niat berhaji."
 
 Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2598.

Friday, July 14, 2017

Haji Itu Wukuf Di Arafah

Jumaat, 20 Syawal 1438H: Ibnu Abi Umar menceritakan kepada kami, Sufyan bin Uyainah memberitahukan kepada kami, dari Sufyan Ats Tsauri dari Bukhair bin Atha' dari Abdurrahman, Ya'mar, ia berkata : Rasulullah SAW. bersabda : 

"Haji itu wuquf di Arafah, haji itu wuquf di Arafah, haji itu wuquf di Arafah, tinggal di Mina selama tiga hari, barang siapa yang ingin cepat pulang (dari Mina) sesudah dua hari, maka tiada dosa baginya.

Dan barang siapa yang ingin menangguhkan dari kepulangannya dari dua hari itu), maka tiada dosa pula baginya. 

Dan barang siapa menemui waktu di Arafah sebelum terbit fajar, maka ia tetap menemui waktu haji". 

Ibnu Abi Umar berkata : Sulyan bin Ayainah berkata : Hadis inilah yang paling baik yang diriwayatkan As Tsauri. Hadis ini hasan sahih.Syu'bah meriwayatkan hadis ini dari Bukhair bin Atha' dan saya tidak mengetahui hadis ini, kecuali dari hadisnya Bukhair bin Atha'.

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 4. Hadis No 4058

Thursday, July 13, 2017

Haji Badal

Khamis,19 Syawal 1438H: Dari Yusuf ibnu Zubair dari Abdullah ibnu Zubair r.a berkata Ada seorang lelaki dari qabilah Khats'am datang kepada Rasulullah dan berkata: 

"Ayahku sudah sangat tua dan ia tidak kuat bermusafir tika Allah menurunkan kewajiban haji. Apakah tercukupi haji itu, bila aku yang menunaikan haji untuknya?" 

Tanya beliau: "Apakah kamu anak yang terbesar?" 

Jawabnya: "Ya".

Tanya beliau: "Bagaimana pendapatmu, andaikan ayahmu menanggung hutang, apakah kamu akan melunasinya?" 

Jawabnya: "Tentu". 

Sabda beliau: "Kalau begitu, tunaikanlah haji untuknya."


Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis No 2497

Wednesday, July 12, 2017

Sempurakan Haji Untuk Diri Dulu

Rabu, 18 Syawal 1438H: Mewartakan kepada kami Muhammad bin 'Abdullah bin Numair; mewartakan kepada kami 'Abdah bin Sulaiman, dari Sa'id, dari Qatadah, dari Gharazah, dari Sa'id bin Jubair dari Ibnu 'Abbas, bahawasanya Rasulullah saw. mendengar seseorang berkata: "Labbaik 'an Syubrumah (Yakni, aku berhaji untuk Syubrumah.". 

Maka Rasulullah saw. bertanya: "Siapa Syubrumah itu?"

Dia menjawab: "Dia adalah kerabatku". 

Beliau bertanya: "Apakah engkau sudah haji?"

"Belum". Jawabnya.

Beliau berkata: "Jika demikian, jadikanlah haji ini untuk dirimu, kemudian hajikan Syubrumah".

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis No 2903

Tuesday, July 11, 2017

Halangan Mengerjakan Haji

Selasa, 17 Syawal 1438H: Abdullah ibnu Abdullah dan Salim ibnu Abdullah berkisah pada Abdullah ibnu Umar: "Sebelum Ibnu Az Zubair terbunuh, dia hendak melaksanakan haji, padahal ketika itu tentera musuh telah mengepungnya. 
 
Kami berkata: "Tidak mengapa jika kamu tidak menunaikan haji tahun ini. Kami khuwatir antara kita dan Baitullah akan terhalang oleh musuh." 
 
Jawab Az-Zubair: "Dulu kami pernah melaksanakan haji bersama Rasulullah saw, tiba-tiba kaum kafir Quraisy bergerak menuju Baitullah, maka Rasulullah saw segera menyembelih ternak korbannya dan memotong rambutnya. Dan kini aku menjadikan kamu sebagai saksi, bahawa aku menetapkan hendak menunaikan umrah. Jika tiada rintangan antara aku dan Baitullah, maka aku akan tawaf dan melakukan apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw sewaktu aku masih bersama beliau." 
 
Kemudian Az-Zubair berjalan selama satu jam, dan ia berkata: "Sesungguhnya haji dan umrah itu satu kewajiban. Saya menjadikan kamu saksi, bahawa aku telah menetapkan hendak melaksanakan kewajiban haji bersama umrah". 
 
Maka tidaklah ia bertahallul dari haji ataupun umrah hingga hari Nahr (10 Dzul Hijjah), dan ia menyembelih korbannya." 
 
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2720.

Monday, July 10, 2017

Tiga Cara Mengerjakan Haji

Isnin, 16 Syawal 1438H: Mewartakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah; mewartakan kepada kami Muhammad bin Bisyr Al-'Abdiy, dari Muhammad bin 'Amr; mewartakan kepadaku Yahya bin 'Abdurrahman bin Hathib, dari 'Aisyah, dia berkata: 
 
"Kami keluar bersama Rasulullah saw. untuk haji, menurut tiga cara. Diantara kami ada yang berihram untuk baji dan 'umrah sekaligus. Dan diantara kami ;da yang berihram untuk haji saja (haji Ifrad) Dan diantara kami ada yang berihram untuk 'umrah saja. 
 
Dan barangsiapa yang berihram untuk haji dan'umrah sekaligus, maka dia tidak halal (tahallul) dari sesuatu yang haram baginya sehingga menyelesaikan seluruh manasik haji. 
 
Dan barangsiapa berihram untuk haji saja, maka dia tidak halal dari sesuatu yang haram baginya sehingga menyelesaikan seluruh manasik haji. 
 
Dan barangsiapa berihram untuk 'umrah saja, lalu dia thawaf di baitullah dan sa'i antara Shafa dan Marwa, maka dia telah halal dari apa yang haram baginya sehingga dia menghadapi (mengerjakan) haji"
 
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 3. Hadis Nombor 3075.

Friday, July 7, 2017

Miqat - Tempat Memulai Ihram

Jumaat, 13 Syawal 1438H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. menetapkan miqat (tempat memulai ihram) bagi penduduk Madinah di Zulhulaifah, bagi penduduk Syam di Juhfah, bagi penduduk Nejed di Qarnalmanazil, dan bagi penduduk Yaman, Yalamlam.

Tempat-tempat itu berlaku pula bagi orang-orang yang bukan penduduk negeri-negeri tersebut, tetapi dia bermaksud menunaikan ibadah haji dan umrah melalui tempat-tempat itu bagi orang yang lebih dekat ke Mekah dari tempat-tempat tersebut atau bagi penduduk Mekah sendiri, miqatnya ialah di mana mereka berada."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, July 5, 2017

Anak-Anak Kecil Yang Mengerjakan Haji

Rabu, 11 Syawal 1438H: Qutibah bin Sa'id menceritakan kepada kami, Hatim bin Isma'il memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Muhammad bin Yusuf dari Sa'ib bin Yazid di mana ia berkata:

"Ayah saya mengerjakan haji dengan saya bersama-sama dengan Rasulullah s.a.w. pada haji Wada', sedangkan saya adalah anak yang berumur tujuh tahun".

Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih. Para ulama' bersepakat bahawa apabila anak-anak mengerjakan haji sebelum menginjak dewasa kerana haji sewaktu anak-anak itu tidaklah mencukupi sebagai haji (yang termasuk rukun) Islam.

Demikian juga seorang hamba, apabila ia mengerjakan haji semasa menjadi hamba kemudian ia dimerdekakan maka ia berkewajipan untuk menunaikan haji lagi apabila memenuhi syarat untuk mengadakan perjalanan (ke Mekah); dan haji sewaktu ia menjadi hamba itu tidaklah menggugurkan kewajipan haji.

Demikianlah pendapat Ats-Tsauri, Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq".

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0930


Tuesday, July 4, 2017

Umrah Di Bulan-Bulan Haji

Selasa, 10 Syawal 1438H: Ahmad bin 'Abdah Adh-Dhabbi menceritakan kepada kami, Ziyad bin 'Abdullah menceritakan kepada kami (yang berasal) dari Mujahid dari Ibnu 'Abbas "bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda: " 'Umrah itu masuk ke dalam haji sampai hari Kiamat."

Masalah yang sama diriwayatkan dari Suraqah bin Malik bin Ju'syum dan Jabir bin 'Abdullah. Abu 'Isa berkata: "Hadis Ibnu 'Abbas itu adalah hadis hasan. Yang dimaksudkan dengan hadis ini iaitu bahawasanya tidak ada larangan menunaikan 'umrah dalam bulan-bulan haji.

Demikianlah pendapat Asy-Syafi'i, Ahmad dan Ishaq. Maksud dari hadis ini ialah bahawa orang-orang Jahiliyah tidak mengerjakan 'umrah pada bulan-bulan haji. Ketika Islam datang, Nabi s.a.w. memberikan keringanan dalam masalah itu, di mana baginda bersabda: " 'Umrah itu masuk ke dalam haji sampai hari Kiamat"; maksudnya tidak ada larangan mengerjakan 'umrah pada bulan-bulan haji.

Bulan-bulan haji itu adalah Syawal, Zulkaedah dan sepuluh hari dari bulan Zulhijjah. Seseorang tidak boleh menunaikan haji kecuali pada bulan-bulan haji.

Sedangkan bulan-bulan yang mulia adalah bulan Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Demikianlah diriwayatkan oleh para ulama' yang tidak sedikit dari kalangan sahabat Nabi s.a.w. dan yang lain."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis No 0936

Monday, July 3, 2017

Puasa Enam Hari Bulan Syawal

Isnin, 9 Sywal 1438H: Ahmad bin Mani' meceritakan kepada kami, Abu Mu'awiyah memberitahukan kepada kami, Sa'id bin Sa'id memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka yang demikian itu adalah puasa satu tahun." 
Di dalam ini terdapat hadis dari Jabir, Abu Hurairah dan Tsauban. Abu 'Isa berkata: "Hadis Abu Ayyub itu adalah hadis hasan sahih. Orang ramai senang mengerjakan puasa enam hari pada bulan Syawal kerana adanya hadis tersebut."
Ibnul Mubarak mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu baik sebagaimana halnya puasa tiga hari pada setiap bulan.
Ibnul Mubarak berkata: "Diriwayatkan dalam sebahagian hadis: "Puasa ini dihubungkan dengan bulan Ramadan." Ibnul Mubarak memilih agar enam hari itu adalah permulaan bulan; diriwayatkan dari Ibnul Mubarak bahawasanya ia berkata: "Apabila seseorang mengerjakan puasa enam hari dari bulan Syawal itu secara terpisah-pisah maka hal itu boleh." 
Abu 'Isa berkata: " 'Abdul 'Aziz bin Muhammad meriwayatkan hadis ini dari Shafwan bin Sulaim dan Sa'd bin Sa'd dari 'Umar bin Tsabit dari Abu Ayyub dari Nabi s.a.w. dengan hadis seperti tersebut di atas. Syu'bah meriwayatkan hadis ini dari Warqa' bin 'Umar dari Sa'd bin Sa'id. Sa'd bin Sa'id adalah saudara Yahya bin Sa'id Al-Anshari. Sebahagian ahli hadis membicarakan tentang Sa'd bin Sa'id dari segi hafalannya."
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor 0756.

Thursday, June 22, 2017

Teruskan Mencari Lailatul Qadar

Khamis, 27 Ramadhan 1438H: Humaid bin Mas'adah menceritakan kepada kami, Yazid bin Zurai' menceritakan kepada kami, 'Uyainah bin 'Abdur Rahman memberitahukan kepada kami di mana ia berkata: 

"Ayahku memberitahukan kepada ku di mana ia berkata: "Masalah Lailatul Qadar itu disebut-sebut di hadapan Abu Bakrah kemudian ia berkata: 

"Saya tidak mencarinya kerana sesuatu yang saya dengar dari Rasulullah s.a.w. kecuali pada sepuluh terakhir, kerana sesungguhnya saya mendengar baginda bersabda: 

"Carilah Lailatul Qadar itu pada sembilan malam yang masih tersisa, atau tujuh malam yang masih tersisa, atau lima malam yang masih tersisa, atau tiga malam atau malam terakhir." 

Ia berkata: "Abu Bakrah mengerjakan solat pada 20 hari bulan Ramadan itu seperti solat-solatnya pada saat-saat yang lain di sepanjang tahun, apabila telah masuk sepuluh (terakhir) maka ia bersungguh-sungguh." 

Abu 'Isa berkata: "Hadis ini adalah hadis hasan sahih."

Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis No 0791

Wednesday, June 21, 2017

Malam 27 Ramadhan

Rabu, 26 Ramadhan 1438H: Ibnu Abi Umar ceritakan kepada kami, Sufyan menceritakan kepada kami dari Allah bin Abi Lubabah dan Ashim yang mendengar Zirr bin Hubaisy berkata: 

"Barang siapa melakukan ibadah sesaat setiap malam selama satu tahun, tentu dia memperoleh Lailatul-Qadar,

Ubai berkata: "Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa Abu Abdur Rahman sesungguhnya dia telah mengetahui bahawa Lailatul-Qadar adalah pada sepuluh akhir dari bulan Ramadhan dan sesungguhnya Lailatul-Qadar adalah malam 27 bulan Ramadhan tetapi dia menghendaki agar manusia tidak berpegang kepada perkiraan itu kemudian Ubai bersumpah yang pasti bahawa Lailatul-Qadar adalah. malam 27 bulan Ramadhan".

Ziir berkata kepada Ubai: "Dengan dasar apa kamu berkata demikian hai Abal-Mundair?"

Dia berkata: "Dengan dasar tanda yang diberitahukan Rasulullah SAW kepada kita iaitu bahawa matahari pada waktu itu terbit tanpa ada cahaya". 

Hadis ini adalah hadis Hasan Sahih Sunan At-Termizi Jilid 5. Hadis No 3409

Tuesday, June 20, 2017

Pahala Sama Beribadah Malam Lailatul Qadar

Selasa, 25 Ramadhan 1438H: Dari Khalid dalam hadisnya (maula Zubair) dari Tubai' dari Ka'ab berkata:

"Barangsiapa berwuduk dan dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia solat (kata Abdur Rahrnan: "Kemudian dia solat Isyak di akhir sepertiga malam"), lalu sesudah itu, dia solat sunat empat rakaat dengan sempurna, iaitu dia menyempurnakan ruku' dan sujudnya serta meresapi apa yang dibacanya; maka pahalanya sama dengan beribadah pada malam lailatui qadar." 

Sunan An-Nasai Jilid 5. Hadis Nombor 4798.

Monday, June 19, 2017

Beribadah Dengan Penuh Keimanan

Isnin, 24 Ramadhan 1438H: Dari Zuhri katanya: "Aku telah diberitahu oleh 'Urwah ibnu Zubair bahawasanya Aisyah pernah berkata: 

"Pada suatu malam di bulan Ramadhan Rasulullah saw mengerjakan solat malam berjamaah di masjid. Dan seterusnya kata Aisyah

"Nabi hanya menanjurkan sahabat-sahabatnya untuk gemar beribadah di malam hari di bulan Ramadhan, dan anjurannya itu tidak bersifat perintah, kerana itu beliau bersabda

"Barangsiapa yang beribadah di malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan berharap pahala dari Allah, maka dia akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu". 

Kata 'Urwah: "Demikianlah keadaan itu terus berlangsung hingga Rasulullah saw pulang ke rahmatullah".

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2,Hadis No 2161

Friday, June 16, 2017

Tujuh Akhir Ramadhan

Jumaat, 21 Ramadhan 1438H: Dari Ibnu Umar r.a., katanya: "Bahawasanya beberapa orang lelaki sahabat , Nabi saw. diperlihatkan kepada mereka Malam Qadar dalam tidur mereka pada tujuh yang akhir (bulan Ramadhan).

Rasulullah saw. bersabda: "Aku melihat apa yang kamu lihat, dan aku setuju dengan tujuh yang akhir. Maka siapa hendak mencari-carinya carilah pada tujuh yang akhir."

Hadis Sahih Bukhari

Thursday, June 15, 2017

Sepuluh Akhir Yang Ganjil

Khamis, 20 Ramadhan 1438H: Dan 'Aisyah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 
 
"Bersiap-siaplah untuk mendapatkan Malam Qadar itu pada bilangan ganjil daripada sepuluh yang akhir dari bulan Ramadhan."
 
Hadis Sahih Bukhari

Wednesday, June 14, 2017

Carilah Lailatul Qadar

Rabu, 19 Ramadhan 1438H; Harun bin Ishaq Al-Hamdani menceritakan kepada kami, 'Abdah bin Sulaiman memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Hisyam bin 'Urwah dari ayahnya dari 'Aisyah di mana ia berkata:
"Rasulullah s.a.w. biasa beri'tikaf pada sepuluh terakhir dalam bulan Ramadan, dan bersabda: "Bersungguh-sungguhlah kamu (untuk mendapatkan) Lailatul Qadar pada sepuluh terakhir dari bulan Ramadan."
Masalah yang sama diriwayatkan pula dari 'Umar, Ubayy bin Ka'b, Jabir bin Samurah, Jabir bin 'Abdullah, Ibnu 'Umar, Al-Falatan bin 'Ashim, Anas, Abu Sa'id, 'Abdullah bin Unais, Abu Bakrah, Ibnu 'Abbas, Bilal dan 'Ubadah dan Ash-Shamit. Abu 'Isa berkata: "Hadis 'Aisyah itu adalah hadis hasan sahih; sedangkan kata yujaawiru ertinya adalah beri'tikaf. Banyak riwayat dari Nabi s.a.w. bahawasanya baginda bersabda:
"Carilah Lalatul Qadar itu pada sepuluh terakhir pada setiap yang ganjil." Diriwayatkan dari Nabi s.a.w. tentang Lailatul Qadar iaitu bahawasanya Lailatul Qadar itu adalah pada malam 21, 24, 25, 27, 29 dan malam terakhir dari bulan Ramadan."
Asy-Syafi'i berkata: "Itu hanyalah pendapat saya. Dan Allah Maha Mengetahui; di mana Nabi s.a.w. menjawab suatu pertanyaan sewaktu ditanya tentang Lailatul Qadar. Dikatakan kepada baginda bahawa kami mencarinya pada malam ini, kemudian baginda bersabda: "Carilah Laiatul Qadar itu pada malam ini."
Asy-Syafi'i berkata: "Riwayat yang paling kuat menurut pendapat saya ialah bahawa Lailatul Qadar itu jatuh pada malam tanggal 21."
Abu 'Isa berkata: "Diriwayatkan dari Ubbay bin Ka'b bahawasanya ia bersumpah bahawa Lailatul Qadar itu berada pada malam 27 di mana ia berkata: "Rasulullah s.a.w. memberitahukan kepada kami dengan tanda-tanda malam itu kemudian kami menyebut-nyebut dan menghafalnya."
Diriwayatkan dari Abu Qilabah bahawasanya ia berkata: "Lailatul Qadar itu berkisar pada sepuluh terakhir."
'Abd bin Humaid memberitahukan yang demikian kepada kami, 'Abdur Razzaq memberitahukan kepada kami (yang berasal) dari Ma'mar dari Ayyub dari ABu Qilabah dengan maksud seperti itu."
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 2. Hadis Nombor

Tuesday, June 13, 2017

Malam Qadar Sepuluh Terakhir Ramadhan

Selasa, 18 Ramadhan 1438H: Diceritakan oleh Abu Salamah r.a., katanya: "Aku datang bertanya kepada Abu Sa'id Al Khudri, tanyaku: "Tidakkah lebih baik kita pergi ke Nakhl supaya kita dapat bercakap-cakap di sana?

Lalu kami pergi ke sana. Aku berkata kepadanya, "Ceritakanlah kepada ku, apa yang telah tuan dengar dari Nabi saw. tentang Malam Qadar"

Katanya, "Rasulullah sedang iktikaf sepuluh hari pertama bulan Ramadhan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Maka datanglah malaikat Jibril mengatakan, "Yang tuan inginkan itu (malam qadar) belum datang."

Nabi saw. meneruskan lagi iktikaf beliau pada sepuluh hari pertengahan bulan. Kami pun iktikaf pula bersama-sama dengan beliau. Lalu datang pula malaikat Jibril mengatakan: "Yang tuan inginkan belum datang. "

Keesokan pagi dari malam kedua puluh bulan Ramadhan, Nabi saw. berpidato.

Sabda beliau: "Barangsiapa iktikaf bersama-sama dengan ku, hendaklah diteruskannya, kerana kepada ku telah diperlihatkan Malam Qadar itu, tetapi aku lupa tanggalnya.Malam qadar itu ialah dalam sepuluh yang akhir (Ramadhan) di bilangan ganjil. Saya bermimpi seolah-olah saya sujud di tanah basah."

Atap masjid terbuat dari pelepah kurma. Di langit, kami tidak melihat awan sedikit pun. Tetapi tidak lama kemudian, datanglah awan gelap dan hujan pun turun dengan lebatnya. Kami solat bersama-sama dengan Nabi saw. dan kami melihat tanah dan air melekat di kening dan di puncak hidung Nabi, sesuai benar dengan mimpi beliau. "

Hadis Sahih Bukhari

Friday, June 9, 2017

Malam Ke -21 Ramadhan

Juma'at, 14 RamadhanDari Abu Sa'id Al Khudri r.a., katanya: "Rasulullah saw. i'tikaf pada sepuluh awal bulan Ramadhan, kemudian dilanjutkannya pada sepuluh pertengahan, dalam sebuah kubah kecil yang pintunya ditutup dengan tikar.

Lalu beliau ambil tikar itu dan diletakkannya di sudut gobah. 
Kemudian diulurkannya kepalanya seraya berujar memanggil orang banyak.

Maka mendekatlah mereka kepada beliau, lalu beliau bersabda: 
"Aku telah i'tikaf sejak sepuluh awal bulan untuk mendapatkan Malam qadar, kemudian sepuluh yang pertengahan.Kemudian dikatakan kepada ku bahawa malam qadar itu terdapat pada sepuluh yang akhir. Maka siapa yang suka i'tikaf, silakan!"

Lalu orang banyak i'tikaf bersama-sama dengan beliau. Sabda beliau pula, "Aku bermimpi melihat malam qadar di malam yang ganjil, di mana pagi-pagi aku sujud di tanah basah."

Memang, pagi-pagi malam kedua puluh satu beliau solat Subuh sedangkan hari hujan sehingga masjid tergenang air. Aku melihat tanah dan air.

Setelah selesai solat Subuh, Nabi saw. keluar sedangkan di kening dan di hidungnya ada tanah basah. Malam itu ialah malam kedua puluh satu dari sepuluh yang akhir bulan Ramadhan."

Hadis Sahih Muslim

Thursday, June 8, 2017

Orang Yang Paling Pemurah

Khamis, 13  Ramadhan 1438H: Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya : "Rasulullah saw. adalah orang yang paling pemurah berbuat kebajikan, terutama di bulan Ramadhan. 

Kerana setiap tahun Jibril tetap menemui beliau tiap-tiap malam, hingga habis Ramadhan Rasulullah saw. memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). 

Di hari-hari Jibril mendatanginya, beliau tambah giat berbuat kebajikan melebihi angin lalu."

Hadis Sahih Muslim

Wednesday, June 7, 2017

Makan Sahur

Rabu, 12 Ramadhan 1438H: Dari Tsaur dari Khalid bin Ma'dan katanya:

"Rasulullah saw pernah mengajak orang untuk makan sahur, sabda beliau: "Marilah kita ikut menghadiri makan siang yang penuh barakah, yakni makan sahur."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis No 2131

Tuesday, June 6, 2017

Solat Malam Rasulullah

Selasa, 11 Ramadhan 1438H: Dari Al-Aswad ibnu Yazid katanya; "Ketika aku bertanya pada Aisyah tentang solat malam Rasulullah saw, maka kata Aisyah: 

"Biasanya beliau tidur dulu di awal malam, kemudian beliau melakukan solat malam di pertengahannya. Jika telah tiba waktu sahur, maka beliau segera melakukan solat witir. 

Kemudian beliau kembali ke tempat tidurnya untuk beristirahat, atau jika beliau ingin berkumpul dengan isterinya, maka beliau segera melakukannya. 

Dan jika telah mendengar azan, maka beliau segera bangkit, jika beliau dalam keadaan junub, maka beliau segera mandi, kalau tidak, maka beliau hanya berwuduk lalu segera ke masjid."

Hadis Sunan An-Nasai Jilid 2. Hadis Nombor 1654

Friday, June 2, 2017

Segera Berbuka & Mangakhirkan Sahur

Jumaat, 7 Ramadhan 1438H: Dari Khaitsaman dan Abu 'Athiyah katanya: "Aku pernah berkata pada Aisyah: 

"Kami mempunyai dua teman dari sahabat Rasulullah saw.

Yang satu suka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur.

Sedangkan yang lain suka mengakhirkan berbuka puasa dan menyegerakan sahur, bagaimana pendapatmu?"

Tanya Aisyah: "Siapa diantara kalian yang suka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur?"

Jawabku: "Dia adalah Abdullah ibnu Mas'ud."

Kata Aisyah: "Yang dikerjakan oleh Abdullah ibnu Mas'ud. itulah yang sesuai dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah saw."

Hadis Sunan An-Nasai

Thursday, June 1, 2017

Perbezaan Puasa Dengan Ahli Kitab

Khamis, 6 Ramadhan 1438H: Dari 'Amru bin 'Ash r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: 

"Perbezaan puasa kita dengan puasa Ahli Kitab, ialah makan sahur."

Hadis Sahih Muslim