Rabu, 8 Rabiul Awal 1444H; Al-Quran dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai
عَنْ مَالِك أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ
أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ
وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Daripada Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW
telah bersabda: "Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalian
tidak akan tersesat selamanya selama berpegang teguh dengan keduanya
iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabi " (Muwatta’ Malik No: 1661 Dar Ihya
Ulum Arabiyyah)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Rasulullah SAW meninggalkan pusaka yang amat berharga untuk diwarisi
oleh orang beriman agar sentiasa berada di dalam petunjuk dan hidayah
Allah.
2. Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan dua pusaka yang wajib di amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan ini.
3.
Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah
mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran.
عن
جابر عن النبي صلى الله عليه وسلم قال اَلقُرْءَانُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ
وَمَاحِلٌ مُصَدَّقٌ مَن جَعَلَهُ أَمَامَهُ قَادَهُ إِلَى الْجَنَّةِ
وَمَن جَعَلَهُ خَلْفَ ظَهْرِهِ سَاقَطَهُ إِلَى النَّارِ
Daripada
Jabir RA dari Nabi SAW bersabda: Al-Quran adalah pemberi syafaat (yang
mana) syafaatnya akan diterima dan sebagai penghujah (yang mana)
hujahnya disokong. Barangsiapa meletakkan al-Quran di hadapannya maka
al-Quran akan memandunya ke syurga dan barangsiapa yang meletakkan
al-Quran di belakangnya maka al-Quran akan mencampakkannya ke neraka”
(HR Ibn Hibban No: 124) Status: Hadis Sahih
4. Sunnah adalah
penjelas bagi al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Al-Sunnah
adalah jalan, tingkah laku, amalan, pembawaan atau cara hidup Rasulullah
SAW sama ada melalui percakapan, perbuatan mahupun perakuan.
5.
Menerusi sunnah, orang beriman dapat memahami asas ibadah yang
diterangkan dalam al-Quran serta dalam bidang-bidang lain yang
diperlihatkan oleh Rasulullah SAW seperti muamalah, jinayat, akhlak,
pentadbiran dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment