Isnin, 20hb Rabiul Awal 1444H; Amalan Rasulullah SAW Sebelum Tidur
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَوَى إِلَى
فِرَاشِهِ كُلَّ لَيْلَةٍ جَمَعَ كَفَّيْهِ ثُمَّ نَفَثَ فِيهِمَا فَقَرَأَ
فِيهِمَا قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَ قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ وَ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا مَا اسْتَطَاعَ مِنْ
جَسَدِهِ فَبَدَأَهُمَا عَلَى رَأْسِهِ وَوَجْهِهِ وَمَا أَقْبَلَ مِنْ
جَسَدِهِ يَفْعَلُ ذَلِكَ ثَلاثَ مَرَّاتٍ
Daripada Aisyah RA
bahawa biasanya Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam,
baginda menyatukan kedua telapak tangannya lalu ditiup dan dibacakan
’Qul huwallahu ahad’ (surat Al Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’
(surat Al Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surat An Naas).
Kemudian baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan.
Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.”
(HR. Bukhari No. 5017). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar umatnya agar sentiasa memiliki adab termasuk ketika hendak tidur malam.
2.
Antara adab sebelum tidur ialah membaca al-Muawwizat iaitu surah
al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas sebanyak tiga kali dan ditiup ditapak
tangan serta disapu ke seluruh anggota tubuh badan dimana yang sampai.
3.
Ibnu Hajar Al Asqolani menyatakan bahawa; “Yang dimaksudkan dengan
‘Al-Muawwizat’adalah surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.” (Fathul
Bari 9/62)
4. Antara kelebihan membaca al-Muawwizat adalah untuk
menjauhkan daripada gangguan jin, syaitan, sihir, was-was dan segala
kejahatan
termasuk dijauhi dari kesakitan. Hadis Rasuullah SAW:
عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اشْتَكَى يَقْرَأُ عَلَى نَفْسِهِ
بِالْمُعَوِّذَاتِ وَيَنْفُثُ فَلَمَّا اشْتَدَّ وَجَعُهُ كُنْتُ أَقْرَأُ
عَلَيْهِ وَأَمْسَحُ بِيَدِهِ رَجَاءَ بَرَكَتِهَا
Daripada Aisyah
RA, bahwasanya; Apabila Rasulullah SAW menderita sakit, maka baginda
membacakan al-Mu'awwidzaat untuk dirinya sendiri, lalu baginda
meniupkannya. Dan ketika sakitnya parah, maka akulah yang membacakannya
pada baginda, lalu mengusapkan dengan menggunakan tangannya bagi
mengharap keberkahannya. (HR Bukhari No: 4629) status:Hadis Sahih
No comments:
Post a Comment