Khamis,16hb Rabiul Awal 1444H: Berselawat Diampun Dosa dan Diangkat Darjat
عَنْ بُرَيْدِ بْنِ
أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً
وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ
عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Dari Buraid
bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin
Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat
kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan selawat kepadanya
sepuluh kali, dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan ia diangkat
sepuluh darjat untuknya."
(HR An-Nasa'i No:1280) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sekali, Allah akan membalas dengan sepuluh kali.
2. Orang yang berselawat sekali akan dihapuskan sepuluh kesalahannya
3. Orang yang berselawat sekali akan diangkat sepuluh darjat untuknya di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment