Rabu, 29hb Rabiul Awal 1444H. Pemimpin Yang Menipu Rakyat
مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ الْمُزنِيَّ
قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيهِ اللَّهُ رَعِيَّةً يَمُوتُ يَوْمَ
يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعِيَّتِهِ إِلَّا حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ
الْجَنَّةَ
Ma'qil bin Yasar al-Muzani RA berkata, Sesungguhnya
aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa diberi amanah oleh
Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat,
nescaya Allah mengharamkan Syurga keatasnya".
(HR Muslim No: 203) Status:
Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Amanah adalah modal paling besar dalam melaksanakan kewajipan kepimpinan.
2. Kejujuran pemimpin melaksanakan amanah adalah dituntut.
3.
Pemimpin atau ketua sewajarnya menunjukkan kejujuran melaksanakan
amanah dalam kepimpinan untuk dijadikan contoh dan ikutan kepada rakyat
atau pekerja di bawahnya daripada tukang sapu hinggalah pegawai
tertingginya.
4. Allah mengharamkan syurga kepada mana-mana pemimpin yang menipu rakyat atau pekerja, menzalimi atau memudaratkan mereka.
5.
Ibnu Bathal berkata: “Ini adalah ancaman keras terhadap para pemimpin
zalim yang menyia-nyiakan amanah yang diberikan Allah kepada mereka,
atau mengkhianati rakyat, atau menzalimi mereka, sehingga dia dituntut
kerana menzalimi rakyat pada hari kiamat”.
6. Sebagai pemimpin,
ketua, pegawai, sama ada di peringkat tertinggi Negara mahupun dalam
sebuah organisasi kecil perlu bersungguh-sungguh melaksanakan
tanggungjawab kepimpinan bukan menipu rakyat atau orang bawahan.
7. Milikilah sifat kepimpinan yang kompeten dan berintegriti ke arah pembentukan negara yang dirahmati Allah.
No comments:
Post a Comment