Isnin, 6hb Rabiul Awal 1444H; Orang Yang Enggan Masuk Syurga
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ
رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ أُمَّتِي
يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَمَنْ يَأْبَى قَالَ مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي
فَقَدْ أَبَى
Daripada Abu Hurairah RA, bahwa Rasulullah SAW
bersabda: "Setiap umatku akan masuk syurga kecuali yang enggan, " Para
sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?" Nabi menjawab:
"Siapa yang taat kepadaku masuk syurga dan siapa yang mendurhakaiku
dialah orang yang enggan."
(HR Bukhari No: 6737) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.
Setiap umat Nabi Muhammad SAW akan masuk ke syurga dengan syarat
mentaati dan mengikuti apa yang ditunjukkan Rasulullah SAW. Melaksanakan
segala perintah dan meninggalkan segala yang dilarang.
2.
Taat dan patuh itu antaranya dengan mentauhidkan Allah serta istiqamah
dalam melaksanakan syariat Allah seperti menunaikan solat, mengeluarkan
zakat, melaksanakan puasa Ramadhan, berbakti kepada kedua orang tua,
menjaga dari perkara yang haram seperti perbuatan zina, minum yang
memabukkan, serta perkara haram yang lain.
3. Orang yang enggan
dan tidak mahu mentaati syariat yang diperintahkan oleh Allah dan
Rasulullah SAW adalah orang yang enggan untuk masuk syurga. Orang
tersebut mencegah dirinya untuk masuk ke dalam syurga dengan melakukan
amal keburukan dan meninggalkan syariat yang diwajibkan.
4.
Wajib bagi setiap muslim untuk mentaati segala perintah Allah, serta
mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam setiap syariat yang baginda bawa.
Firman Allah:
وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
“Apa
yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah. Dan apa yang dilarangnya
bagimu, maka tinggalkanlah. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya
Allah amat keras hukumannya” (Al Hasyr: 7)
No comments:
Post a Comment