Selasa, 14hb Rabiul Awal 1444H : Rahmat Kepada Semua
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن رسول
الله صلى الله عليه وآله وسلم قال لن تُؤْمِنوا حتى تَراحموا قالوا يا
رسولَ اللهِ كُلُّنا رحيمٌ قال إنه ليس برحمةِ أحدِكم صاحِبَه ولكنَّها
رحمةُ الناسِ رحمةُ العامَّةِ
Daripada Abu Musa RA bahawa
Rasulullah SAW bersabda: "Kamu tidak dikira beriman sehingga kamu
berkasih sayang (saling rahmah). Para Sahabah berkata: Wahai utusan
Allah, kami semua telah berkasih sayang. Baginda bersabda: “(Maksud aku)
bukan seperti kasih sayang seseorang kamu terhadap kawannya, tetapi
rahmah kasih sayang terhadap seluruh manusia, rahmah secara umum”
(Riwayat al-Haythami dalam Majma’ al-Zawaid 8/189, al-Hakim dalam
al-Mustadrak 7418 Hadis Hasan Lighairihi)
Pengajaran:
1.
Islam adalah agama rahmah. Rahmah adalah kata terbitan daripada kata
akar ra-hi-ma / yar-ha-mu yang bermaksud lembut hati terhadap seseorang,
memberi kasih sayang, belas ihsan, santun dan simpati (al-Mu’jam
al’Arabiy al-Asasiy, 1989)
2. Memiliki sifat rahmah dengan berkasih sayang sesama Muslim adalah tanda keimanan seseorang.
3.
Sifat rahmah berkasih sayang bukan hanya sesama Muslim malah juga
kepada seluruh manusia termasuk juga yang bukan Islam serta makhluk alam
yang lain seperti binatang dan tumbuhan.
4. Umat Islam haruslah
memahami bagaimana proses ummah dijelmakan dalam peradaban Islam dari
sudut kesatuan masyarakat manusia. Al-Quran mengarahkan untuk kita
melakukan engagement dengan pelbagai kaum dan bangsa. Firman Allah:
يَٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ
“Wahai
manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari (sepasang
manusia) lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.” (hujurat: 13)
5.
Memiliki sifat rahmah kepada manusia secara umum termasuk bukan Islam
dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia dengan saling mengenali
serta berusaha melakukan usaha dakwah melalui pelbagai pendekatan
termasuk menunjukkan contoh terpuji. Menyayangi orang lain agar mereka
juga mendapat hidayah dan taufik menjadi hamba Allah yang diredhai.
Zahirkanlah
sifat rahmah kita sebagai Muslim kepada orang lain termasuk kawan dan
lawan dengan engagement yang berterusan agar kita benar-benar memiliki
sifat RAHMAH.
No comments:
Post a Comment