Jumaat, 2 Zulkaedah 1444H: Bersifat Jujur
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ،
قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " اشْتَرَى
رَجُلٌ مِنْ رَجُلٍ عَقَارًا لَهُ فَوَجَدَ الرَّجُلُ الَّذِي اشْتَرَى
الْعَقَارَ فِي عَقَارِهِ جَرَّةً فِيهَا ذَهَبٌ ، فَقَالَ لَهُ : الَّذِي
اشْتَرَى الْعَقَارَ خُذْ ذَهَبَكَ مِنِّي إِنَّمَا اشْتَرَيْتُ مِنْكَ
الْأَرْضَ وَلَمْ أَبْتَعْ مِنْكَ الذَّهَبَ ، وَقَالَ : الَّذِي لَهُ
الْأَرْضُ إِنَّمَا بِعْتُكَ الْأَرْضَ وَمَا فِيهَا فَتَحَاكَمَا إِلَى
رَجُلٍ ، فَقَالَ : الَّذِي تَحَاكَمَا إِلَيْهِ أَلَكُمَا وَلَدٌ ، قَالَ :
أَحَدُهُمَا لِي غُلَامٌ ، وَقَالَ : الْآخَرُ لِي جَارِيَةٌ ، قَالَ :
أَنْكِحُوا الْغُلَامَ الْجَارِيَةَ وَأَنْفِقُوا عَلَى أَنْفُسِهِمَا
مِنْهُ وَتَصَدَّقَا "
Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda: Ada seorang lelaki membeli daripada
seorang lelaki yang lain sebidang tanah yang ada rumah. Lelaki si
pembeli itu kemudiannya terjumpa di dalam rumah tersebut sebuah bejana
yang mengandungi emas. Dia lalu berkata kepada lelaki yang menjual tanah
tersebut, "Engkau ambillah emasmu ini. Aku hanya membeli daripadamu
sebidang tanah ini, bukan aku membeli emas daripadamu." Si lelaki
penjual pula berkata, "Aku sudah menjual kepadamu tanah ini berserta
segala apa yang ada di dalamnya sekali." Mereka berdua lantas bertemu
seorang lelaki yang lain untuk dihakimi. Lelaki yang diminta menjadi
hakim ini lalu bertanya, "Adakah kamu berdua mempunyai anak?" Salah
seorang lelaki itu berkata, "Aku ada anak lelaki". Lelaki kedua pula
berkata, "Aku ada anak perempuan." Lelaki yang menjadi hakim itu
berkata, "Kahwinkahlah anak-anak kamu itu, dan infaqkanlah emas ini
kepada mereka, di samping bersedekahlah juga." (HR Muslim No: 3246)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Pentingnya kejujuran di dalam menuntut hak. Orang yang jujur tidak akan rugi kerana sifat jujur membawa keberkatan.
2.
Seorang hakim yang baik perlu bijak membuat keputusan penghakiman. Di
dalam kisah ini, si hakim bukan hanya melihat bagaimana memutuskan emas
tersebut menjadi hak siapa, tetapi beliau memikirkan bagaimana kes
tersebut dapat diselesaikan dengan menghasilkan kebaikan serta
kesejahteraan kepada kedua-dua pihak.
3. Dalam memberi pandangan
atau nasihat, berusahalah seberapa boleh untuk membantu mengukuhkan
persaudaraan, lebih daripada menentukan hak seseorang ke atas yang lain.
4.Orang yang beriman perlu sentiasa bersifat: lebih takut terambil hak orang lain daripada menuntut hak sendiri.
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Friday, June 2, 2023
Bersifat Jujur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment