Isnin, 30 Zulkeadah 1444H: Amalan Yang Mengatasi Jihad
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ أَيَّامٍ
العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ
الأَيَّامِ العَشْرِ فَقَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الجِهَادُ فِي
سَبِيلِ اللَّهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ: "وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ
بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ"
Daripada
Ibn Abbas dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: " Tiada hari-hari yang
amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan
hari-hari ini-baginda memaksudkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."Para
sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak
dapat menandinginya?" Baginda bersabda,"Walaupun jihad di jalan Allah
tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar
berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali (menemui
syahid).
(Abu Daud di dalam Bab Puasa: 2438) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah menyukai orang yang melakukan amal soleh pada 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah.
2.
Orang yang melakukan amal soleh dalam tempoh ini dapat memberikan
pahala yang lebih besar dari Jihad kecuali orang yang pergi berjihad itu
gugur syahid.
3. Al-Hafiz Ibnu Hajar menjelaskan: Yang
jelasnya, antara sebab keistimewaan 10 hari awal Zulhijjah ini
berbanding hari lain ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat
yang besar iaitu solat, puasa, sedekah, korban dan haji. Himpunan
amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain (Fath
al-Bari).
4. Justeru peluang kita yang menemui 10 hari pertama
Zulhijjah ini perlu direbut untuk mempertingkatkan pelbagai amalan
harian kita.
5. Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah
tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran,
zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi
mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni
anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir
miskin dan seumpamanya.
No comments:
Post a Comment