Rabu, 18 Zulkaedah 1444H: Jalan Taqarub Dan Mendapat Kecintaan Allah
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ
اللَّهَ قَالَ مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ
وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا
افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ
بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ
الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي
يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي
لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ
Daripada
Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Allah berfirman; Siapa yang
memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan perang kepadanya. Tidaklah seorang
hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan melakukan sesuatu yang lebih Aku
cintai daripada yang telah Aku wajibkan kepadanya. Tidaklah seseorang
itu sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan mengerjakan
amalan-amalan sunat, kecuali Aku akan mencintainya. Jika Aku sudah
mencintainya, maka Akulah pendengarannya yang ia jadikan untuk
mendengar, dan pengelihatannya yang ia jadikan untuk melihat dengannya,
dan tangannya yang ia jadikan untuk melakukan sesuatu, dan kakinya yang
dijadikannya untuk berjalan, jikalau dia memohon kepada Ku, pasti akan
Aku akan memberinya, dan jika meminta perlindungan daripada Ku, pasti
Aku melindunginya."
(HR Bukhari No: 6021) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Wali Allah adalah orang yang taat dan ikhlas dalam beramal, beriman dan bertaqwa, beramal dengan al-Quran dan Sunnah.
2. Orang yang menyakiti mukmin yang bertakwa maka Allah akan membinasakannya.
3. Melaksanakan amal fardhu adalah yang paling afdal dan disukai Allah.
4. Meninggalkan maksiat adalah sebahagian daripada melaksanakan kefardhuan.
5.
Mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardhu juga melalui amalan
sunat akan melayakkan seseorang hamba mendapat kecintaan Allah.
6.
Ibnu Rajab menyatakan: sesiapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendekatkan diri kepada Allah melalui amalan fardu dan sunat, darjatnya
akan diangkat di sisi Allah. Jika dia bertutur, dia bertutur kerana
Allah. Jika dia melihat, dia melihat kerana Allah.
7. Diantara
penghormatan yang Allah kurniakan kepada orang yang dicintai Allah
ialah Allah akan memperkenankan doanya jika dia meminta.
No comments:
Post a Comment