Isnin, 23 Zulkeadah 1444H: Al-Quran dan Puasa Pemberi Syafaat
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ
عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ
بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ
النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Daripada
Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan
al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari
kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya
daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk
memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran
berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari,
kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda
bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan."
(Musnad Ahmad No:
6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat.
2.
Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan menolongnya dan
memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah
menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang
nafsunya.
3. Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran
(membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan
menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat.
4. Di hari kiamat
nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa
lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain
daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran
dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh
Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan
sebaik-baiknya.
5. Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan
seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa termasuk di bulan
Ramadan dan puasa sunat pada bulan-bulan lain. Beruntung juga orang yang
membaca al-Quran pada siang dan malam harinya dalam kerangka
mendekatkan diri kepada Allah.
Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah Al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda:
حَدَّثَنِي
أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي
يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
“Bacalah al-Quran
kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai
pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih
No comments:
Post a Comment