Khamis, 12 Zulkaedah 1444H: Gambaran Orang Sombong Di akhirat
عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ
أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ
فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ
فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ
نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ
الْخَبَالِ
Daripada Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datuknya
dari Nabi SAW bersabda: "Orang-orang sombong dikumpulkan pada hari
kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari
segala penjuru, mereka diiring menuju penjara di neraka jahanam yang
bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum
muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal."
(HR
Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1.Sombong adalah sifat Iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan orang lain.
وَإِذۡ
قُلۡنَا لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ ٱسۡجُدُواْ لِأٓدَمَ فَسَجَدُوٓاْ إِلَّآ
إِبۡلِيسَ أَبَىٰ وَٱسۡتَكۡبَرَ وَكَانَ مِنَ ٱلۡكَٰفِرِينَ ٣٤
Dan
(ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri
hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat
melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan
yang kafir. (Surah al-Baqarah: 34).
2.Orang yang sombong tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ
“Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong”. (HR Muslim No:51)
3.Orang
yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka
manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.
4.Orang sombong akan diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas
5.Orang
yang sombong akan diberi minum muntahan dan darah penduduk neraka
(nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).
6.Sikap sombong merupakan satu sikap yang amat dilarang keras dalam Islam. Firman Allah SWT:
وَلَا تَمْشِ فِي الأرْضِ مَرَحًا إِنَّكَ لَنْ تَخرِقَ الأَرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُولًا
“Dan
janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana
sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak
akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang” (Surah al-Israa’ ayat: 37)
No comments:
Post a Comment