"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Monday, October 9, 2023
Kelebihan Solat Malam
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَهُوَ قُرْبَةٌ إِلَى رَبِّكُمْ وَمَكْفَرَةٌ لِلسَّيِّئَاتِ وَمَنْهَاةٌ لِلْإِثْمِ
Daripada Abu Umamah dari Rasulullah SAW bahawa baginda bersabda: "Hendaknya kalian melakukan solat malam kerana solat malam adalah amalan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, dan mendekatkan kepada Tuhan kalian, menghapus keburukan, serta mencegah dosa." (Sunan Tirmidzi No: 3472) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
1. Solat malam atau qiamullail adalah amalan orang-orang yang soleh. Allah SWT memuji para hamba-Nya yang soleh yang sentiasa melakukan solat malam dan bertahajud:
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
“Mereka sedikit tidur di waktu malam; dan di akhir-akhir malam mereka memohon keampunan (kepada Allah).” [Adz-Dzaariyaat/51: 17-18]
2. Solat malam adalah amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebagai makanan spiritual membina kekuatan dalaman diri setiap Muslim.
3. Solat malam boleh menghapuskan keburukan atau kesalahan serta dosa.
4. Solat malam juga boleh mencegah seseorang dari melakukan dosa dan maksiat.
Sunday, October 8, 2023
Antara Amalan Paling Utama
عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Daripada Abu 'Amru Asy Syaibani bahawa seorang lelaki berkata kepada Ibnu Mas'ud, "Amal apakah yang paling utama?" ia berkata; "Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: "Solat pada waktunya, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Berbuat baik kepada kedua orang tua, " aku bertanya lagi, "Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?" baginda menjawab: "Jihad di jalan Allah." (HR. Tirmidzi No: 158) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Antara amal yang paling utama bagi seorang Muslim adalah:
1. Solat di awal waktu
2. Berbuat baik kepada ibu bapa (sama ada semasa mereka masih hidup mahupun selepas meninggal dunia)
3. Berjihad di jalan Allah (dalam pelbagai relong mengikut kemampuan, ruang dan kesempatan yang ada)
Marilah kita melakukan amal-amal yang menjadi keutamaan dalam kehidupan kita.
Saturday, October 7, 2023
Sunnah Ketika Makan
Friday, October 6, 2023
Ucapan Bila Melihat Yang Disukai Atau Dibenci.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Daripada 'Aisyah RA dia berkata; "Apabila Rasulullah SAW melihat sesuatu yang baginda sukai, baginda akan mengucapkan: "Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna." dan apabila baginda melihat sesuatu yang dibenci, baginda mengucapkan: "Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan." (Sunan Ibnu Majah No: 3793) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW mengajar kepada kita adab apabila melihat sesuatu sama ada yang disukai atau yang dibenci.
2. Apabila melihat sesuatu yang disukai, hendaklah kita mengucapkan kalimah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ
"Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya semua kebaikan menjadi sempurna."
3. Apabila melihat sesuatu yang kita benci hendaklah kita mengucapkan kalimah:
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
"Segala puji bagi Allah atas setiap keadaan
Mari kita amalkan kalimah terpuji apabila melihat sesuatu yang disukai mahupun juga yang dibenci
Wednesday, October 4, 2023
Contohi Rasulullah SAW Akhlak Terbaik
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu" HR Muslim No 4760. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap amal baik walaupun kecil, tetap mendapat ganjaran di sisi Allah
2. Berwajah ceria atau senyum apabila bertemu sahabat adalah antara amal kebaikan yang dituntut
3. Sikap ceria, senyum, gembira dan bertutur dengan kata-kata yang baik ketika berinteraksi dengan orang lain adalah suatu tuntutan akhlak Islam.
4. Penampilan wajah yang ceria ketika bertemu dapat mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslim.
5. Jangan memandang remeh perkara yang mungkin kecil tetapi memberi kesan dan ganjaran yang besar antaranya senyuman.
Marilah kita sentiasa berwajah ceria dengan senyuman sebagai menyahut sunah Nabi walaupun amalan ini dilihat kecil kerana senyuman itu sedekah.
Tuesday, October 3, 2023
Kelebihan Berselawat
Sunday, October 1, 2023
Rahmat Kepada Semua
عن أبي موسى الأشعري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال لن تُؤْمِنوا حتى تَراحموا قالوا يا رسولَ اللهِ كُلُّنا رحيمٌ قال إنه ليس برحمةِ أحدِكم صاحِبَه ولكنَّها رحمةُ الناسِ رحمةُ العامَّةِ
Daripada Abu Musa RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kamu tidak dikira beriman sehingga kamu berkasih sayang (saling rahmah). Para Sahabah berkata: Wahai utusan Allah, kami semua telah berkasih sayang. Baginda bersabda: “(Maksud aku) bukan seperti kasih sayang seseorang kamu terhadap kawannya, tetapi rahmah kasih sayang terhadap seluruh manusia, rahmah secara umum” (Riwayat al-Haythami dalam Majma’ al-Zawaid 8/189, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7418 Hadis Hasan Lighairihi)
Pengajaran:
1. Islam adalah agama rahmah. Rahmah adalah kata terbitan daripada kata akar ra-hi-ma / yar-ha-mu yang bermaksud lembut hati terhadap seseorang, memberi kasih sayang, belas ihsan, santun dan simpati (al-Mu’jam al’Arabiy al-Asasiy, 1989)
2. Memiliki sifat rahmah dengan berkasih sayang sesama Muslim adalah tanda keimanan seseorang.
3. Sifat rahmah berkasih sayang bukan hanya sesama Muslim malah juga kepada seluruh manusia termasuk juga yang bukan Islam serta makhluk alam yang lain seperti binatang dan tumbuhan.
4. Umat Islam haruslah memahami bagaimana proses ummah dijelmakan dalam peradaban Islam dari sudut kesatuan masyarakat manusia. Al-Quran mengarahkan untuk kita melakukan engagement dengan pelbagai kaum dan bangsa. Firman Allah:
يَٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ
“Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari (sepasang manusia) lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.” (hujurat: 13)
5. Memiliki sifat rahmah kepada manusia secara umum termasuk bukan Islam dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia dengan saling mengenali serta berusaha melakukan usaha dakwah melalui pelbagai pendekatan termasuk menunjukkan contoh terpuji. Menyayangi orang lain agar mereka juga mendapat hidayah dan taufik menjadi hamba Allah yang diredhai.
Zahirkanlah sifat rahmah kita sebagai Muslim kepada orang lain termasuk kawan dan lawan dengan engagement yang berterusan agar kita benar-benar memiliki sifat RAHMAH.
Saturday, September 30, 2023
Rasulullah SAW Pembawa Rahmat
Friday, September 29, 2023
Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik
حَدَّثَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ الْجَدَلِيُّ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ كَيْفَ كَانَ خُلُقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَهْلِهِ قَالَتْ كَانَ أَحْسَنَ النَّاسِ خُلُقًا لَمْ يَكُنْ فَاحِشًا وَلَا مُتَفَحِّشًا وَلَا سَخَّابًا بِالْأَسْوَاقِ وَلَا يُجْزِئُ بِالسَّيِّئَةِ مِثْلَهَا وَلَكِنْ يَعْفُو وَيَصْفَحُ
Telah menceritakan kepadaku Abu Abdullah Al Jadali dia berkata; Saya bertanya kepada Aisyah; "Bagaimanakah akhlak Rasulullah SAW terhadap keluarganya." Aisyah berkata; "Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun." (HR Ahmad No: 24797) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlak terhadap keluarga dan orang lain.
2. Rasulullah SAW tidak pernah melakukan perbuatan keji seperti perbuatan syirik.
3. Rasulullah SAW tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor serta tidak terjerit-jerit di pasar (shoping kompleks) atau di mana sahaja.
4. Antara akhlak terpuji Rasulullah SAW ialah tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya).
5. Rasulullah SAW adalah seorang yang pemaaf kepada orang lain.
6. Berusahalah kita mencontohi Rasulullah SAW dengan tidak mengeluarkan kata-kata kotor, terjerit-jerit dimana sahaja kita berada termasuk dalam bentuk tulisan di media sosial. Jadilah kita orang yang bermaaf.
Thursday, September 28, 2023
Contohi Akhlak Rasulullah SAW
Wednesday, September 27, 2023
Berselawat Dalam Majlis
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الرَّجُلُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّةً فِي الْمَجْلِسِ أَجْزَأَ عَنْهُ مَا كَانَ فِي ذَلِكَ الْمَجْلِسِ
Daripada Abi Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang berselawat kepada Nabi SAW sebanyak sekali di dalam sesebuah majlis, maka ianya telah mencukupi sepanjang ia berada di majlis tersebut. (Sunan at-Tirmidzi No: 3468) Status: Hassan Sahih
Pengajaran:
1. Majlis yang diberkati, di dalamnya disertakan dengan kalimah Allah dan selawat ke atas Nabi SAW
2. Berselawat sekali apabila berada dalam satu majlis atau program mencukupi bermaksud sangat mudah untuk dilakukan tetapi memiliki pahala yang sangat besar termasuk keampunan.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dari Abdullah bin ‘Amr RA, ia berkata:
مَنْ صَلَّى عَلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاَةً صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَمَلاَئِكَتُهُ سَبْعِيْنَ صَلاَةً, فَلْيُقِلَّ عَبْدٌ مِنْ ذَلِكَ أَوْ لِيُكْثِرْ.
“Barangsiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW sekali sahaja, maka Allah dan para Malaikatnya akan berselawat kepadanya sebanyak tujuh puluh selawat, maka perbanyaklah seorang hamba dalam membacanya.” (Al-Musnad Imam Ahmad X/106-107 No. 6605) Status: Hadis Hasan
3. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya.
4. Memperbanyak selawat pada bila-bila masa amat digalakkan
Selamat memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW dan perbanyakkanlah berselawat kepada baginda SAW.
Tuesday, September 26, 2023
Gigit Dengan Gigi Geraham Sunnah Rasulullah SAW
حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha' ia berkata; aku mendengar 'Irbadh bin Sariyah berkata; "Pada suatu hari Rasulullah SAW berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gemetar, dan airmata berlinangan. Lalu dikatakan; "Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat." Baginda bersabda: "Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulaf ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat." (HR Ibnu Majah No: 42) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Rasulullah SAW meninggalkan wasiat untuk kita laksanakan:
1. Hendaklah kita bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat kepada pemimpin yang benar dan hak, meskipun kepada seorang hamba Habasyi.
2. Sepeninggalan Rasulullah SAW, akan berlaku banyak perselisihan yang dahsyat. Sebagai orang beriman, kita mesti berpegang teguh dan bersungguh-sungguh sunnah Rasulullah SAW dan sunnah para khulafa ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk (menggigit dengan gigi geraham). Mengigit dengan gigi geraham lebih kuat dan mantap berbanding mengigit dengan gigi kacip yang boleh terlepas.
3. Berpegang teguh dengan sunnah yang dimaksudkan ialah teguh dan berterusan mengikuti dan mencontohi semua jalan hidup, pemikiran, amalan dan tunjuk ajar Rasulullah SAW dalam segenap lapangan hidup. Juga mengikuti jalan hidup khulafa ar-Rashidin.
Jadilah seperti Saidina Abu Bakar Ash Shiddiq RA yang menyatakan:
لَسْتُ تَارِكًا شَيْئًا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يَعْمَلُ بِهِ إِلَّا عَمِلْتُ بِهِ إِنِّي أَخْشَى إِنْ تَرَكْتُ شَيْئًا مِنْ أَمْرِهِ أَنْ أَزِيْغَ
“Tidaklah aku biarkan satupun yang Rasulullah SAW amalkan kecuali aku mengamalkannya kerana aku takut jika meninggalkannya sedikit saja, aku akan menyimpang.” (Atsar R. Abu Daud No. 2970)
4. Jangan terlibat dengan perkara bid’ah yang dikeji. Bid’ah yang dikeji mengikut Ibnu Hajar al-Asqalani adalah menambah atau mengurangkan dalam hal agama yang tiada dalil syarak dan ia adalah amalan yang dikeji oleh syarak.
Monday, September 25, 2023
Al Quran Dan Sunnah Panduan Hidup Diredhai
Sunday, September 24, 2023
Kelebihan Berselawat Ke Atas Nabi SAW
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بن مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُ النَّاسِ عَلَيَّ صَلاةً
Daripada Abdullah Bin Masoud berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya orang yang paling utama bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku. (HR at-Tabrani No: 9679) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW adalah amalan yang dituntut.
2. Mukmin yang paling utama akan bersama Rasulullah SAW pada hari kiamat nanti adalah yang paling banyak berselawat ke atas baginda.
3. Orang yang berselawat keatas Nabi SAW, para malaikat juga akan berselawat keatasnya. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun baginya. ‘Amir Bin Rabi’ah meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
ما مِنْ عبدٍ يُصَلِّي علَيَّ إلَّا صَلَّتْ عليه الملائكةُ ما دامَ يُصَلِّي علَيَّ فلْيُقِلَّ العبدُ مِنْ ذلِكَ أوْ لِيُكْثِرْ
Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak. (at-Thabrani, al-Mu’jam al-Ausath, 2/182, no. 1654. Ahmad, 24/457, no. 15689)
Saturday, September 23, 2023
Orang Menolak Syurga
Friday, September 22, 2023
Perbanyakkan Selawat Ke Atas Nabi SAW
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَة قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا} . قَالَ: قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا السَّلَامَ فَكَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكَ "قُولُوا: اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ". وَكَانَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي لَيْلَى يَقُولُ: وَعَلَيْنَا مَعَهُمْ.
Daripada Ka'b ibnu Ujrah berkata, bahawa ketika ayat ini diturunkan : Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56) Lalu kami bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui bagaimana cara mengucapkan salam penghormatan kepadamu. Maka bagaimanakah caranya mengucapkan selawat untukmu?" Rasulullah SAW. menjawab: Ucapkanlah, "Ya Allah, limpahkanlah selawat buat Muhammad dan keluarganya, sebagaimana telah Engkau limpahkan selawat buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Mahamulia. Dan limpahkanlah berkah buat Muhammad dan keluarganya sebagaimana telah Engkau limpahkan berkah buat Ibrahim dan keluarganya. Sesungguh¬nya Engkau Maha Terpuji lagi Mahamulia.” Dan Abdur Rahman ibnu Abu Laila mengatakan, "Dan semoga dilimpahkan pula kepada kami disertakan dengan mereka." (HR Bukhari No: 2497) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW adalah suatu yang dituntut kepada setiap Mukmin.
2. Abul Aliyah telah mengatakan bahawa yang dimaksud dengan selawat dari Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi SAW. Selawat dari para malaikat ialah doa mereka untuknya.
3. Sufyan As-Sauri mengatakan bahawa selawat dari Allah adalah rahmat-Nya, dan selawat dari para malaikat adalah permohonan ampun bagi yang bersangkutan.
4. Rasulullah SAW mengajarkan cara berselawat ke atas baginda. Seafdhal-afdhal selawat adalah selawat yang biasa dibaca semasa tasyahud akhir setiap solat (Mustika Hadis 1/259) atau yang dipanggil selawat Ibrahimi:
اللَّهُمَّ صِلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ. وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ. إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
5. Setiap Mukmin dituntut berselawat setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW. Antaranya dengan lafaz:
– صَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ
Atau
– عَلَيْهِ الصّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW. Abi Umamah berkata Rasulullah bersabda:
أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَإِنَّ صَلاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً
Banyakkanlah berselawat ke atasku di setiap hari Jumaat kerana selawat umatku diperlihatkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Maka sesiapa yang paling banyak selawatnya ke atasku, dialah yang paling dekat kedudukannya denganku. (Riwayat al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 3/249, no. 5791) Status: Hadis Hasan
Thursday, September 21, 2023
Rasulullah SAW Penyelamat Umat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّمَا مَثَلِي وَمَثَلُ أُمَّتِي كَمَثَلِ رَجُلٍ اسْتَوْقَدَ نَارًا فَجَعَلَتِ الدَّوَابُّ وَالْفَرَاشُ يَقَعْنَ فِيهِ فَأَنَا آخِذٌ بِحُجَزِكُمْ وَأَنْتُمْ تَقَحَّمُونَ فِيهِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya perumpamaan diriku dengan umatku adalah seperti seorang lelaki yang menyalakan api. Ketika itu, binatang dan kelekatu berjatuhan ke dalamnya. Maka aku mencegah kalian, namun kalian melemparkan diri ke dalamnya. (HR Bukhari No: 6483) Status : Hadis Sahih.
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW diutus untuk memberitahu manusia akan ancaman azab api Neraka yang menanti di Akhirat bagi mereka yang berbuat maksiat juga yang tidak beriman.
2. Rasulullah SAW berusaha untuk menyelamatkan manusia dari menjadi ahli Neraka. Baginda SAW menyampaikan Islam sebagai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
3. Imam An-Nawawi berkata: hadis ini membawa maksud bahawa Rasulullah SAW menggambarkan perbuatan orang jahil dan ingkar yang bergelumang dengan maksiat dan syahwat sebenarnya melemparkan diri ke dalam api Neraka, seperti kelekatu yang terbang ke dalam api kerana mengikut keinginan dan tidak mampu membezakan bahaya atau tidak, sedangkan Baginda SAW berusaha menghalang mereka dari terjatuh ke dalamnya.
4. Teknik memberikan perumpamaan yang boleh digambarkan oleh akal, adakalanya diperlukan bagi menyampaikan dakwah dan menyedarkan jiwa umat.
5. Jangan jadikan kita seperti kelekatu yang terhumban ke dalam api kerana tidak dapat membezakan antara bahaya dan bahagia. Ikutilah perintah dan larangan Rasulullah SAW yang sayang dan kasih kepada umatnya agar tidak terhumban ke dalam neraka.
6. Jadikan diri kita pewaris tugas Rasulullah sebagai pendakwah untuk menyelamatkan diri kita dan orang lain daripada api neraka.
Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. Berusahalah kita mencintai Rasulullah SAW dengan mencontohinya.
Wednesday, September 20, 2023
Kemanisan Iman
Monday, September 18, 2023
Percintaan Yana Agong
Saturday, September 16, 2023
Larangan Berbisik
Friday, September 15, 2023
Menjaga Hak Sesama Muslim
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَة
Bahawa Abdullah bin Umar RA mengkhabarkannya Rasulullah SAW bersabda: Seorang muslim saudara terhadap sesama muslim, tidak boleh menganiaya dan tidak akan membiarkan muslim lain dianiaya. Siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutup aib seorang muslim di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di hari kiamat. (HR Bukhari No: 2262) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain
2. Sebagai orang Islam, perlu menjaga hak orang Islam yang lain antaranya:
a. Tidak boleh berlaku zalim atau menganiaya ke atas orang Islam yang lain
b. Tidak boleh membiarkan orang Islam yang lain di zalimi
3. Menjadi tanggungjawab kita membantu saudara kita yang memerlukan bantuan atau hajat. Orang yang berbuat demikian, Allah akan memperkenankan hajatnya.
4. Orang Islam yang melapangkan kesempitan orang Islam yang lain semasa di dunia, Allah akan melapangkan dan mempermudahkan kehidupannya di hari kiamat.
5. Orang yang menutup kekurangan, aib atau keburukan Muslim yang lain semasa di dunia, nescaya Allah akan menutup aib dan kekurangannya semasa di akhirat kelak.
6. Menurut Al-Qadhi Iyadh dalam Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim (16/360): “Ditutupnya aib si hamba pada hari kiamat berkemungkinan 2 keadaan:
a. Allah SWT akan menutup maksiat dan aibnya dengan cara tidak mengumumkannya kepada manusia di padang mahsyar.
b. Allah SWT tidak akan menghisab aibnya dan tidak akan menyebut aibnya tersebut.”
Setiap kita perlu berhati-hati terutama dalam penggunaan media sosial. Mudahnya membuka aib, membuat fitnah dengan menzalimi terhadap individu tertentu. Sama-samalah kita memelihara hak saudara Islam kita yang lain.
Thursday, September 14, 2023
Berinteraksi Dan Bersabar Dengan Manusia
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ الَّذِي يُخَالِطُ النَّاسَ وَيَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْرًا مِنْ الْمُؤْمِنِ الَّذِي لَا يُخَالِطُ النَّاسَ وَلَا يَصْبِرُ عَلَى أَذَاهُمْ
Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin yang bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan bersabar atas perbuatan buruk mereka lebih besar ganjaran untuknya dari mereka yang tidak bercampur (berinteraksi) dengan manusia dan tidak bersabar atas perbuatan buruk mereka." (HR Ibnu Majah No: 4022) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Kewujudan kita di tengah-tengah masyarakat Islam dan bukan Islam atau masyarakat yang tidak menghayati Islam adalah suatu yang dipuji. Kehadirannya menjadi sumber peluang bagi memperoleh kebaikan yang banyak bagi sesiapa yang bersifat positif dan mahu meraihnya.
2. Keberadaan muslim dalam kelompok manusia merupakan peluang untuk menyampaikan dakwah, menjadi pengislah kepada kejahilan dan kejahatan. Melaksanakan tugas amar makruf nahi mungkar memerlukan kesabaran.
3. Berada di tengah-tengah kelompok manusia yang pelbagai, bermakna satu anjuran untuk melakukan engagement dengan semua golongan dan kaum sama ada Islam mahupun bukan Islam. Dalam melakukannya, pastilah akan menghadapi pelbagai kerenah, amalan buruk dan kesulitan.
4. Muslim yang ingin ganjaran besar di sisi Allah ketika berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam atau pelaku maksiat berpeluang berdakwah dengan menasihat, menegur, membimbing dan memimpin mereka melalui sifat RAHMAH bukan kebencian dan permusuhan.
5. Bersabar menghadapi pelbagai ragam kelompok semasa bergaul dan engagement dilakukan akan mendapat ganjaran yang besar disisi Allah.
6. Mereka yang memilih untuk berada di luar dari tengah-tengah manusia atau di tengah-tengah keburukan manusia tidak seharusnya merasa dirinya lebih suci daripada mereka yang berada di tengah-tengah manusia dan kejahatan.
7. Penting bagi setiap Muslim untuk mempertingkatkan amal-amal peribadinya secara konsisten agar menjadi contoh kepada orang lain dan menjadi benteng terpengaruh dengan kejahatan juga keburukan mereka.
Wednesday, September 13, 2023
Akhlak Seseorang Bergantung Akhlak Temannya
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: "Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan (Sunan Abu Daud No: 4193) Status: Hadis Hasan Sahih
Pengajaran:
a. Keperibadian seseorang berkait rapat dengan kebiasaan teman atau sahabat baik yang ia sering bergaul (tingkah lakunya sering dipengaruhi oleh tingkah laku dan gaya hidup teman rapatnya) .
b. Setiap ibu bapa perlu meneliti akhlak dan peribadi teman rapat anaknya. Jika teman pergaulan anaknya berakhlak buruk, perlu segera dijauhi.
c. Larangan bergaul dengan individu dalam masyarakat mencakupi pelaku dosa besar, bersahabat dengan mereka akan mendatangkan kemudaratan pada agama.
d. Carilah teman rapat yang Soleh. Kata Imam Ahmad Ibn Hanbal:
وَإِخْوَانُهُ الأَدْنُونَ كُلُّ مُوَفِّقِ بَصِيرَةٍ بِأَمْرِ اللهِ يَسْمُو إِلَى الْعُلاَ
“Saudara yang dekat dengannya adalah setiap orang yang (menjadi sahabat kita, yang dengan sebab dia, kita) beroleh taufik, (dengan sebab kita berkawan dengan dia, kita dapat) memahami perintah Allah serta (dengan sebab dia, kita) suka kepada hal-hal yang meninggikan darjat (di sisi Allah)”
Tuesday, September 12, 2023
Bergaul Dengan Orang Soleh
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَاحِبْ إِلَّا مُؤْمِنًا وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلَّا تَقِيٌّ
Daripada Abu Sa'id RA ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Janganlah berteman kecuali dengan orang mukmin dan jangan ada yang memakan makananmu kecuali orang yang bertakwa." (Sunan Tirmizi No: 2318) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Bergaullah dengan mereka yang beriman dan berakhlak mulia.
2. Syarah Sunan Abi Daud menjelaskan: Tabiat atau kebiasaan itu adalah sesuatu yang dicuri (diambil) dari orang lain (dibimbangi bila bergaul dengan orang yang tidak berakhlak akan menyebabkan seseorang meniru akhlak buruk tersebut).
3. Berilah makan kepada orang-orang yang soleh dan bertakwa.
4. Al-Khathabi menyatakan: Larangan memakan makanan kecuali orang yang bertakwa hanya berlaku pada makanan undangan bukan makanan kerana keperluan (kita disuruh membantu kepada sesiapapun lebih-lebih lagi kepada yang memerlukan termasuk non muslim juga binatang).
Monday, September 11, 2023
Agama Itu Nasihat
عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْم الدَّارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : الدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ . قُلْنَا لِمَنْ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ
Daripada Abu Ruqayyah Tamim Ad-Daary RA, bahawasanya Nabi SAW bersabda, “Agama itu nasihat”. Kami pun bertanya, “Untuk siapa (nasihat itu)?”. Baginda menjawab, “Nasihat itu adalah untuk Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya, Imam-imam kaum muslimin dan seluruh muslimin (rakyatnya)”. (HR Muslim No: 50) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Agama ini terletak pada nasihat menasihati kerana dengan nasihat akan menjadikan seseorang menunaikan hak-hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan rakyat.
2. Ibnu Mubarak pernah ditanya : Amal apakah yang paling utama? Beliau menjawab: Memberi nasihat kerana Allah.
3. Nasihat untuk Allah bermaksud beriman kepada Allah dengan mentauhidkan Allah, menunaikan hak-hak Allah sama ada hak yang wajib mahupun yang sunat. Ikhlas dalam beramal, menjauhi maksiat dan berjihad dijalanNya.
4. Nasihat untuk kitab-Nya bermaksud menunaikan hak Al-Quran: hak untuk dipelajari, dibaca, dijadikan sebagai petunjuk dan hidayah dengan membenarkan beritanya dan melaksanakan perintahnya.
5. Nasihat untuk Rasul bermaksud dengan cara membenarkan ajarannya, mengimani semua yang dibawa, mencintai dan mencontohi akhlaknya, berselawat serta menghidupkan sunnahnya, mentaati perintah dan larangannya, melawan para musuhnya, membela para pengikutnya, menghormati hak-haknya, memuliakannya, mengikuti seruannya juga menyebarluaskan sunahnya.
6. Nasihat untuk imam kaum muslimin dengan cara menolong dan mentaati pemimpin dan pemerintah dalam perkara kebenaran dan keadilan, patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan, menegur dan mengingati mereka dikala mereka lalai dari kewajipan dengan penuh hikmah.
7. Nasihat untuk kaum Muslimin dengan memberikan bimbingan kepada mereka apa yang dapat memberikan kebaikan dalam urusan dunia dan akhirat, memimpin mereka, memberikan bantuan kepada mereka, menutup aib dan cacat mereka, menghindarkan diri dari hal-hal yang membahayakan dan mengusahakan kebaikan bagi mereka, menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah mereka berbuat kemungkaran. Mengasihi mereka, memuliakan yang tua dan menyayangi yang muda, memberikan nasihat kepada mereka, menjauhi kebencian dan kedengkian, melindungi harta dan kehormatan mereka baik dengan ucapan mahupun perbuatan.
Semoga agama menjadi penasihat dan peringatan kepada kita untuk saling nasihat menasihati, ingat mengingati agar menjadi Muslim yang menunaikan hak Allah, hak al-Quran, hak Rasul, hak pemimpin dan Rakyat.
Sunday, September 10, 2023
Syirik Kecil
Saturday, September 9, 2023
Kebaikan Dan Dosa
Friday, September 8, 2023
Adab Menggunakan Media Sosial
Thursday, September 7, 2023
Perbuatan Dosa
Wednesday, September 6, 2023
Ghibah,Gosip Perbuatan Tercela
Tuesday, September 5, 2023
Berhati-hati Dalam Berbicara
Monday, September 4, 2023
Bertakwa Walau Dimana Berada
Sunday, September 3, 2023
Memutuskan Ukhuwah Menjauhkan Rahmat
Saturday, September 2, 2023
Jujur & Dusta
Friday, September 1, 2023
Saling Menyayangi
Thursday, August 31, 2023
Prihatin Saling Menyayangi
Wednesday, August 30, 2023
Bersama Dengan Orang Yang Dicintai
Monday, August 28, 2023
Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
Isnin, 11 Safar 1445H: Kasihi Yang Muda Hormati Yang Tua
Friday, July 28, 2023
Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah
Jumaat, 10 Muharram 1445H: Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا
يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Daripada Saad bin
Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati
hamba-hambaNya yang pengasih"
(HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim
2.
Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada
sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.
3.
Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah
sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan
wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.
4. Kasihilah
orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang
yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi
makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang
ditimpa musibah.
5. Jika kita benci atau tidak suka kepada
kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan
dengan cara memaki hamun dilaman sosial.
Thursday, July 27, 2023
Sayangi Manusia Lain
Khamis, 9 Muharram 1445H: Sayangi Manusia Lain
عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ
مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ
Daripada Jarir bin Abdullah RA
berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa
yang tidak menyayangi manusia." (HR Bukhari No: 6828) Status: Hadis
Sahih
Pengajaran:
1. Sifat saling mengasihi dan
menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan
kehidupan yang rahmah dan berkasih sayang.
2. Menyayangi sesama
manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain
yang berada di sekeliling antaranya seperti sabda Rasulullah SAW:
حَقُّ
الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ
قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ
وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ
فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Hak
seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila
engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu,
penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah
dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia
(dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia,
dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR Muslim No: 4023)
Status: Hadis Sahih
3. Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya
4.
Sayangilah orang lain dengan sikap prihatin terhadap orang yang berada
di sekeliling tanpa mengira Muslim mahupun non Muslim agar kita sentiasa
disayangi.
5. Jauhilah sifat benci, dengki, sakit hati sesama
kita juga kaum, bangsa, kumpulan dan lain-lain. Jadikanlah perbezaan
kumpulan, bangsa untuk kita saling berkenal mesra dan menyebarkan
kebaikan agar kita menjadi qudwah kepada mereka.
Wednesday, July 26, 2023
Rahmat Kepada Semua
Rabu, 8 Muharram 1445H: Rahmat Kepada Semua
عَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ , أَنَّهُ
سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : لن
تُؤْمِنوا حتى تَراحموا قالوا يا رسولَ اللهِ كُلُّنا رحيمٌ قال إنه ليس
برحمةِ أحدِكم صاحِبَه ولكنَّها رحمةُ الناسِ رحمةُ العامَّةِ
Daripada
Abu Musa RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Kamu tidak dikira beriman
sehingga kamu berkasih sayang (saling rahmah). Para Sahabat berkata:
Wahai Rasulullah, kami semua telah berkasih sayang. Baginda bersabda:
“(Maksud aku) bukan seperti kasih sayang seseorang kamu terhadap
kawannya, tetapi rahmah kasih sayang terhadap seluruh manusia, rahmah
secara umum (kepada seluruh makhluk)”
(Riwayat al-Haythami dalam Majma’
al-Zawaid 8/189, al-Hakim dalam al-Mustadrak 7418 dan dinilai Hasan
Lighairihi dalam Sahih al-Targhib wa al-Tarhib no. 2253)
Pengajaran:
1.
Islam adalah agama rahmah. Rahmah adalah kata terbitan daripada kata
akar ra-hi-ma / yar-ha-mu yang bermaksud lembut hati terhadap seseorang,
memberi kasih sayang, belas ihsan, santun dan simpati (al-Mu’jam
al’Arabiy al-Asasiy, 1989)
2. Memiliki sifat rahmah dengan berkasih sayang sesama Muslim adalah tanda keimanan seseorang.
3.
Sifat rahmah berkasih sayang bukan hanya sesama Muslim malah juga
kepada seluruh manusia termasuk juga yang bukan Islam serta makhluk alam
yang lain seperti binatang dan tumbuhan.
4. Umat Islam haruslah
memahami bagaimana proses ummah dijelmakan dalam peradaban Islam dari
sudut kesatuan masyarakat manusia. Al-Quran mengarahkan untuk kita
melakukan engagement dengan pelbagai kaum dan bangsa. Firman Allah:
يَٰأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ
“Wahai
manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari (sepasang
manusia) lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa
dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.” (al-Hujurat: 13)
5.
Memiliki sifat rahmah kepada manusia secara umum termasuk bukan Islam
dalam masyarakat majmuk seperti di Malaysia adalah dituntut. Ia boleh
dilakukan dengan saling mengenali serta berusaha melakukan usaha dakwah
melalui pelbagai pendekatan termasuk menunjukkan contoh terpuji.
Bersifat rahmah dengan menyayangi orang lain agar mereka juga mendapat
hidayah dan taufik menjadi hamba Allah yang diredhai.
6. Sifat
berkasih sayang adalah fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada semua
makhluk yang bernyawa. Bukan hanya kepada manusia tetapi juga kepada
binatang. Naluri kasih sayang selalu ada pada manusia seperti kasih
sayang kepada orang tua, kanak-kanak, golongan yang lemah serta sesama
manusia.
7. Suburkanlah sifat rahmah dengan saling sayang
menyayangi bukan hanya sesama Muslim malah berlaku rahmah kepada bukan
Islam dalam usaha menyebarkan dakwah. Semoga sifat rahmah yang kita
tunjukkan akan menjadi penyebab mereka cenderung kepada Islam.
8. Sifat kasih sayang yang ada pada diri seseorang akan menghindarkannya daripada menganiaya atau menzalimi orang lain.
9. Allah menyayangi orang yang menyayangi sesama makhluk. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
“Sesungguhnya
Allah hanya akan menyayangi hamba yang menyayangi (makhluk-Nya)”. (HR
At-Thobrani dalam al-Mu’jam al-Kabiir Status Hadis Hasan dalam sahih
Al-Jaami’ no 2377)
Tuesday, July 25, 2023
Muslim Yang Utama
Selasa, 7 Muharram 1445H: Muslim Yang Utama
عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قَالَ مَنْ
سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ
Daripada Abu Musa
RA berkata: 'Wahai Rasulullah, Islam manakah yang paling utama?"
Rasulullah SAW menjawab: "Siapa yang kaum Muslimin selamat dari lisan
dan tangannya".
(HR Bukhari No: 10) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Islam mengajar umatnya agar sentiasa memiliki akhlak yang mulia.
2.
Menjaga lisan daripada menuturkan sesuatu yang buruk terhadap orang
Islam lain seperti mengumpat, menghina, mencela, mengadu domba dan
lain-lain adalah dituntut.
3. Memelihara tangan dari melakukan
perbuatan keji dan menyakiti Muslim lain bukan hanya memukul malah
termasuk menulis dan menyebarkan sesuatu yang berbentuk umpatan,
fitnah, menghina, mengadu domba dan lain-lain.
4. Individu yang
paling utama di sisi Allah adalah mereka yang sentiasa dirasai
kebaikannya serta tidak menyakiti dan memudaratkan orang lain yang
berada disekelilingnya sama ada melalui lisan mahupun perbuatannya.
5.
Kita perlu ingat, apa yang ditulis, ditutur mahupun perlakuan kita
terhadap orang lain akan diminta pertanggungjawaban dihadapan Allah.
Firman Allah:
إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
“Sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati nurani, semua anggota itu tetap
akan diminta pertanggungjawabannya (ditanya di akhirat) tentang apa yang
dilakukannya.” (Surah Al-Isra 17 ; Ayat 36)
6. Imam
al-Khaththabi berkata, hadis ini bermaksud bahawa kaum muslimin yang
paling utama adalah orang yang selain menunaikan hak-hak Allah dengan
baik, dia juga dituntut menunaikan hak-hak sesama kaum muslimin dengan
baik pula.
Monday, July 24, 2023
Puasa Tasu’a
Isnin, 6 Muharram 1445H: Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharram)
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ
وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ
التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Abdullah bin
Abbas RA, beliau menceritakan: Ketika Nabi SAW melaksanakan puasa Asyura
dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang
berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang
diagungkan orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi SAW bersabda: “Tahun
depan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Namun,
belum sampai tahun depan, Nabi SAW diwafatkan. (HR. Muslim No: 1916)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Antara hari yang
digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa hari Tasu'a (9hb
Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam)
2.
Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam) dan puasa sunat
Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang
Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.
3. Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:
a)
Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari
Asyura, dan sehari selepas Asyura (9hb, 10hb dan 11hb Muharam).
b) Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis.
c) Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja.
Friday, July 21, 2023
Syurga Untuk Pengunjung Masjid
Jumaat, 3 Muharram 1445H: Syurga Untuk Pengunjung Masjid
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى
الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا
كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ
Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW,
baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada pagi atau petang
hari, maka Allah akan menyediakan persinggahan baginya di syurga, setiap
kali dia berangkat ke masjid di pagi atau petang hari." (Sahih Muslim
No:1073) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1.Orang yang sentiasa solat waktu di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.
2.Rasulullah
SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu
daripada golongan itu adalah …. mereka yang hatinya terikat dengan
masjid walau di mana dia berada:
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ
اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا
ظِلُّهُ….. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ
Daripada
Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang
dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan
kecuali naungan-Nya (di hari Akhirat): …. seorang yang hatinya sentiasa
terikat ke masjid. (Sahih Bukhari: 660)
3.Bersungguhlah menjaga
solat berjemaah khususnya di masjid bagi kaum lelaki. Ingatlah kisah
Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim
di Syam, beliau pernah berkata: Aku tidak pernah solat fardu secara
sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa
masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90
tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)
Tempat
pertama yang Rasulullah SAW bina ketika sampai ke Kuba dalam peristiwa
hijrah baginda adalah Masjid. Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan
masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah,
mendalami ilmu agama, dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli
kariah. Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat fardhu.