Selasa, 11 Muharram 1441H; Akhirat Kita Berkait Dengan Jiran
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ :
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ :كَم
مِن جَارٍ مُتَعَلِّقٍ بِجَارِهِ يَومَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ: يَارَبِّ
هَذَا أَغْلِقُ بَابَهُ دُونِي فَمَنَعَ مَعْرُوفَهُ
Daripada Ibnu
Umar RA berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Berapa ramai
orang di hari kiamat (nasibnya) bergantung pada tetangganya yang lain,
(tetangganya itu) berkata: “Wahai Tuhanku, orang ini menutup pintunya
untukku, dia tidak mahu memberi miliknya kepadaku”
(HR Hannad dalam
kitab Az-Zuhd No 2/58) Status: Hadis Hasan dalam Silsilah Ahadits
Ash-Sahihah No:2616.
Pengajaran:
1. Sebagai Muslim kita bertanggungjawab terhadap jiran tetangga.
2.
Dalam hidup bermasyarakat dan bernegara, kita ada jiran yang terdiri
daripada kerabat, ada jiran sesama Islam dan ada jiran bukan Islam.
Setiap mereka ada hak yang menjadi tanggungjawab kepada kita untuk
ditunaikan. Antara hak jiran yang menjadi tanggungjawab kita ialah sikap
prihatin dan mengambil tahu hal ehwal jiran. Menunaikan tanggungjawab
antaranya memberi menasihati, mengajak kepada maaruf dan mencegah
kemungkaran. Tidak lupa juga memberi bantuan kepada yang memerlukan.
3.
Berbuat baik kepada jiran dengan menunaikan hak mereka merupakan
sebahagian dari tanggungjawab iman kita. Daripada Abi Syuraih RA, bahawa
Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَلْيُحْسِنْ إِلَى جَارِهِ
“Barangsiapa
yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia
berbuat baik kepada jirannya.” (HR Muslim No: 77)
4. Jangan
sampai di hari kiamat, ketika kita nak masuk syurga tetapi tertahan
kerana ada jiran mendakwa semasa di dunia, kita tidak ambil tahu hal
jiran. Dibiarkan jiran tanpa keprihatinan dan bantuan dari kita.
No comments:
Post a Comment