Friday, August 12, 2022

Tidak Masuk Syurga

 Jumaat, 14 Muharram 1444H: Tidak Masuk Syurga Kerana Memudaratkan Jiran

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ لَا يَأْمَنُ جَارُهُ بَوَائِقَهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga, orang yang jiran tetangganya tidak aman dari bahayanya." 

(HR Muslim No: 66) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.Berbuat baik dan memuliakan jiran tetangga adalah pokok kehidupan bermasyarakat yang bahagia dan harmoni.

2.Keberadaan kita sebagai jiran sentiasa dirasai bermanfaat dan membawa keamanan dan kesejahteraan.

3.Jadilah jiran yang mendorong orang lain menjadi baik dan bahagia di dunia dan akhirat.

4.Elakkan menganggu jiran atau melakukan perkara yang memudaratkan jiran sama ada dengan perbuatan mahupun perkataan.

5.Tidak akan masuk syurga seseorang yang dengan sebab perbuatan atau perkataannya, menyebabkan jirannya mendapat mudarat dan musibah.

6.Ingatlah pesanan Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah RA berkata:

قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّ فُلَانَةَ يُذْكَرُ مِنْ كَثْرَةِ صَلَاتِهَا، وَصِيَامِهَا، وَصَدَقَتِهَا، غَيْرَ أَنَّهَا تُؤْذِي جِيرَانَهَا بِلِسَانِهَا، قَالَ: هِيَ فِي النَّارِ

Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” (HR Ahmad No: 9675) Sanadnya Hasan

No comments: